Thursday, 26 December 2013

Alasan Untuk Tidak Berniaga

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya akan memaparkan alasan-alasan yang selalu kita dengar jika kita mengajak kawan-kawan kita untuk berniaga.

"Tak pa lah Iqbal.Hang jela yang berniaga.aku malu la nak berniaga ni"

Saya ingin bertanya kepada sahabat semua jika kita nak pi beli barang apa-apa jela, adakah kita akan berkata kepada tauke tu "ikh abang ni, tak malu ka nak jual barang ni kat saya".Saya tak pernah dengar lagi la.Jadi kenapa pula kita nak malu berniaga sedangkan pelanggan kita tak pernah malu nak membeli dari kita.Cabaran Orang Melayu yang paling hebat dalam perniagaan adalah nak buang sifat malu dari dalam diri.Saya sendiri juga amatlah tebal muka ni nak mula berniaga.Dari rumah lagi dok doa harap-haraplah takde terserempak dengan kawan-kawan sekerja kat pasar malam tempat saya berniaga.Takut pasal rasa malu jika ada kawan-kawan mengutuk "la hang ka Iqbal.Biar betul boleh mai meniaga kat pasar malam ni.Macam tak percaya ja".Tetapi sekarang jika jumpa kawan-kawan sekerja saya sendiri yang akan menegur.Siap boleh berbangga lagi terlibat dengan perniagaan kat pasar malam dan seronok nak share pengalaman berniaga dengan depa.Mak saya peniaga kedai makan, ayah saya peniaga burung jadi apa salahnya kalau saya berniaga barangan baby, toto dan beg Deuter.Yang paling penting saya minat buat apa yang saya buat sekarang dan hati saya rasa bahagia membuatnya.Jadi rasa malu untuk berniaga tu dah lama berkubur dari dalam diri saya.Saya juga tersenyum simpul apabila melihat telatah isteri saya yang masih lagi malu-malu nak melayan customer apabila dia mengikut saya pada hari pertama.Tapi bila 2 3 kali berniaga sifat malu pun saya nampak sudah keluar dari dalam dirinya dan boleh melayan customer dengan baik.

"Aku bukan tak minat nak berniaga ni Iqbal, tapi aku kurang modal la"

Sebenarnya modal memanglah satu perkara yang penting untuk bermula berniaga.Tapi ia bukanlah satu perkara yang paling penting dalam perniagaan.Percaya tak cakap saya.Ok sekarang sahabat semua letakkan satu situasi kepada saya supaya saya boleh start berniaga tanpa mempunyai sekupang pun duit dalam simpanan.Macam mana saya nak berniaga tanpa mempunyai apa-apa modal di tangan.Ini adalah situasi yang paling teruk yang boleh sahabat semua hadapi jika tidak mempunyai duit walau sekupang pun.Apa yang boleh saya buat adalah saya boleh mengutip botol-botol plastik, tin-tin kosong, plastik buangan, tin minuman dan besi buruk yang banyak orang kita buang saja dalam tong sampah kemudian menjualnya.Rasanya saya tidak memerlukan masa yang banyak untuk mengumpul RM1 kan.Dengan RM 1 tu saya akan gunakan duit tu dengan membeli benih kucai dari jiran yang banyak menanamnya.Jika saya bernasib baik saya hanya boleh mendapatkannya secara percuma. Saya hanya perlu memotong saja kucai tu seminggu sekali untuk saya berniaga kucai di pasar tani.Dengan hasil jualan kucai, rasanya tak memerlukan masa yang lama untuk saya mendapat RM1 dan mula membeli benih bendi.Bendi adalah satu tanaman yang paling senang untuk dijaga dan hidup.3 bulan menjual kucai kemudian pada bulan ke 4 saya sudah boleh bermula dengan menjual bendi.Hasil jualan kucai dan bendi membolehkan saya membeli benih serai pula.Pada bulan ke 7 saya sudah mempunyai kucai, bendi dan serai untuk jualan saya.Dan begitulah saya menambah kasil jualan saya dari bulan ke bulan dan akhirnya dalam masa 2 tahun penuhlah meja saya di pasar hari dengan sayur-sayuran yang saya tanam sendiri.Mudah bukan.Jadi sapa yang kata tak cukup modal tu luku ja kepala dia pasal hanya bagi alasan.

"Aku takut la nak berniaga.Banyak risikonya.Aku tengok ramai ja orang meniaga tapi tak berjaya.Ramai yang gulung tikar"

Sifat untuk takut berniaga adalah satu sifat yang saya tak boleh nak salahkan orang Melayu kerana memang dah menjadi sifat orang Melayu yang hanya berminat berkebun dan menternak.Saya juga menyalahkan sistem pendidikan kita yang mengajar kita supaya takut untuk membuat salah.Yela.Bila kita menjawab soalan peperiksaan, kita perlu membulatkan jawapan yang betul sahaja.Jika kita membulatkan jawapan yang salah maka kita dianggap pelajar yang lembap, bodoh dan lemah dalam pelajaran.Dari kecil lagi kita diajar supaya membuat perkara yang betul sahaja.Kita dilarang membuat perkara yang salah sehinggakan kita takut untuk membuat keputusan.Takut-takut keputusan yang kita buat untuk berniaga adalah jawapan yang salah dan menjadi pekerja makan gaji adalah jawapan yang betul.Sebenarnya, dalam perniagaan lebih banyak kita membulatkan jawapan yang salah adalah lebih baik dari kita membulatkan jawapan yang betul.Lebih banyak kita membuat kesalahan lebih banyak kita boleh belajar dan mengambil iktibar daripadanya.Apa yang paling penting adalah belajar dan tidak mengulang kembali kesalahan kita.Di bawah ni adalah satu ayat yang paling femes yang pernah saya dengar

"Berapa banyak kita jatuh adalah tidak penting, yang penting adalah berapa banyak kita bangun, bangkit dan berlari semula.Itu adalah lebih penting dari segalanya jika kita mahu berjaya dalam perniagaan"


Mungkin sahabat semua pernah mendengar kisah Thomas Edison yang mencipta lampu tu kan.Dia telah mencuba sebanyak 99 kali untuk mencipta lampu dengan menggunakan filamen lampu dari logam yang berlainan.Kemudian, pembantunya berkata "Kita tidak akan boleh berjaya mencipta lampu.Kita telah mencuba sebanyak 99 kali tetapi tetap juga gagal". Thomas berkata, "kita tidak gagal wahai pembantuku, tetapi kita telah berjaya menemui bahawa terdapat 99 logam yang tidak sesuai untuk dijadikan filamen lampu.Akhirnya, pada percubaannya yang ke 100 dia telah pun berjaya mencipta lampu. Apa akan jadi kepada dunia kita jika Thomas berhenti pada kali yang ke 99 dan mendengar cakap pembantunya.Sudah tentu dunia kita masih lagi dalam kegelapan dan hanya menggunakan pelita atau pun lilin sahaja.

Wassalam.

1 comment: