Monday, 2 December 2013

Adakah Aku Telah Kaya?

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada posting saya kali ini, saya akan cuba mengulas tentang persoalan yang selalu bermain dalam pikiran kita. Bagaimana nak mengukur kekayaan seseorang. Adakah dengan mempunyai duit berjuta, tanah yang banyak, isteri sampai 4 orang (ehem2..saya suka..saya suka) atau hanya pendapatan kecil yang melebihi perbelanjaan kita.

Sebelum saya mengulas tentang persoalan ini, mari kita mengenal 3 jenis pendapatan yang setiap orang usahakan di dunia iaitu:

1-Earn Income        - pendapatan hasil dari duit makan gaji
2-Portfolio Income  - pendapatan hasil dari saham,bon,mutual fund,ASB
3-Passive Income    - pendapatan hasil dari rumah sewa dan tanah pajakan

Ini semua adalah contoh sumber pendapatan yang boleh kita perolehi di dunia ini. Tahukah sahabat semua bahawa terdapat juga 4 golongan pekerja di dunia ini iaitu:


1-Employee            
-pekerja yang makan gaji

2-Self-Employed    
 -pekerja yang bekerja sendiri seperti tauke kedai runcit, tukang gunting rambut,tauke pasar malam

3-Business Owner  
 -founder atau tauke yang tidak perlukan dia bekerja untuk membuatkan perniagaan dia berjalan. Dia hanya perlukan OPM (Other People Money), OPT (Other People Time) dan OPI (Other People Intelligent).Contohnya tauke yang mempunyai rangkaian business francais.

4-Investor            
  -pelabur dalam saham,hartanah, dan emas / perak.

Setelah kita tahu cara-cara untuk mendapatkan duit dan golongan mana kita berada barulah kita boleh mengukur tahap kekayaan kita.Sila lihat contoh di bawah:

Golongan: Miskin
Pekerjaan: Jurutera
Jenis Pendapatan: Earn Income
Golongan: Employee
Pendapatan Duit Gaji: RM3000
Perbelanjaan:
1-rumah             RM800
2-kereta             RM600
3-makan             RM800
4-anak-anak       RM200
5-nafkah isteri     RM400
6-simpan ASB    RM200

      TOTAL       RM3000

Golongan: Kaya
Pekerjaan: Pelabur
Jenis Pendapatan: Passive Income
Golongan: Investor
Pendapatan Rumah Sewa:  RM3000
Perbelanjaan:
1-rumah             RM800
2-kereta             RM600
3-makan             RM800
4-anak-anak       RM200
5-nafkah isteri     RM400
6-simpan ASB    RM200

      TOTAL       RM3000

Dapatkah sahabat semua pastikan apakah perbezaan antara 2 jenis orang di atas. YA. Yang berbeza hanyalah jenis pendapatan dan golongan 2 orang ni. Cuba kita bayangkan apa akan jadi jika tiba-tiba kita ditimpa kemalangan jalan raya yang mengorbankan kaki dan tangan kita. 

1-Apa yang boleh kita lakukan untuk menyara keluarga? 

2-Pekerjaan apa yang boleh disesuaikan untuk seorang yang kudung kaki tangan seperti kita? 
3-Bagaimana nasib bini dan anak kita? Adakah mereka akan meninggalkan kita bila kita ditimpa kesusahan
4-Siapa yang nak bela kita?Adakah bini/anak-anak atau mak bapak kita?

Dari analisis di atas, hanya golongan yang mempunyai pasif income & portfolio income dan seorang Business Owner & Investor sahaja yang boleh hidup kat dunia ni tanpa ada kaki dan tangan pasal duit tetap akan masuk ke dalam akaun bank selagi ada orang yang sewa rumah kita,selagi ada orang pajak tanah kita,selagi ada orang yang uruskan kedai kita, dan selagi ada orang lain yang bekerja bagi pihak kita.Saya sendiri masih lagi golongan yang mempunyai earn income dan golongan employee dan saya sedar saya perlu keluar dari golongan miskin ini dan masuk ke dalam golongan kaya. Tapi sahabat semua sedar tak yang sahabat semua dalam golongan miskin dan ada usaha ke tak nak masuk ke dalam golongan kaya?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk kita semua pikirkan.


"Orang kaya hidup di dunia tanpa perlu bekerja untuk mendapatkan duit dan mereka berbelanja tidak pernah melebihi pendapatan,orang miskin perlu bekerja untuk mendapatkan duit dan mereka sering berbelanja melebihi pendapatan mereka"

Motto Orang Kaya = Biar Nampak Selekeh Tapi Duit Tebal Dalam Dompet

Motto Orang Miskin = Biar Papa Asal Bergaya

Satu lagi contoh nak ukur kekayaan kita adalah dengan mengira jumlah aset dan perbelanjaan kita.Contohnya

Aset: 

1-Tanah (yg memang dah tulis nama kita kat geran)   RM50 000
2-Rumah (yg memang dah tulis nama kita kat geran)  RM80 000

Perbelanjaan:

1-Kita selesa hidup kat dunia kalau berbelanja sebulan   RM3000

Tetiba kita kena kemalangan jalan raya dan kudung kaki tangan.Kita pun jual la tanah dan rumah kita.Ada dalam akaun bank kita RM 130 000.Kita kena kemalangan tu masa unur kita 30 tahun.Pengiraannya

Umur: 30 tahun
Duit yang ada :           RM 130 000
Perbelanjaan sebulan: RM3000

Jadi    RM130 000/ RM 3000 = 43 bulan / 12 = 3.5 tahun.

Kesimpulannya, kita akan mati pasal takde apa nak makan selepas 3.5 tahun.Ini pengiraan yang ideal la.Tapi sebenarnya kalau ada kerajaan nak letak kita kat rumah orang OKU,boleh jaga makan minum kita memang la kita boleh hidup lebih lama dari tu.Sebagai seorang Islam saya percaya yang kalau saya takde duit langsung pun saya masih lagi boleh hidup kat dunia pasal rezeki sudah tertulis dan ajal saya sudah tersurat.Cuma segala tulisan saya supaya mengajak sahabat semua untuk menjadi seorang yang kaya adalah untuk:

1-Membanyakkan harta orang Melayu yang makin terhakis. Jangan nanti kita menumpang di bumi sendiri.Anak cucu kita kena merempat di negara asing untuk sesuap nasi.

2-Membanyakkan orang Islam boleh menunaikan zakat,sedekah,pergi buat umrah dan haji.Semua ibadat ni perlukan duit.Mana nak mampu laksanakan ibadah ni semua kalau kita dalam golongan miskin.

3-Gunakan harta tu sebagai pelaburan kita di akhirat. Banyakkan sedekah dan amal jariah untuk ummah.Macam mana nak tolong ummah dan perkasakan ummah kalau diri sendiri pun tak mampu nak tolong.Barang naik sikit semua dah mengeluh tetapi mereka yang berniaga tak kata apa pun.Barang naik depa pun naik harga jugak.Yang teruk adalah golongan makan gaji atau golongan miskin.

4-Kita selalu doa hari-hari Rabbana atina fidunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqinna azabannar. Doa nak berjaya di dunia dan akhirat. nak hindar dari api neraka. Tapi macam mana nak dapat dunia dan akhirat kalau kita tak usaha untuk kedua-duanya,Dok pulun akhirat saja dunia tinggal pun tak boleh. Dok pulun dunia akhirat tinggal pun tak boleh jugak. Kena seimbang barulah kita boleh jadi hamba Allah yang terbaik.

"Orang kata dok pulun dunia buat apa, duit bukan boleh bawak masuk dalam lubang kubur.Tapi sebenarnya depa tak tau yang duit kita tu boleh dibuat pelaburan akhirat dengan sedekah dan amal jariah"


Wassalam

2 comments:

  1. Kalau gaji rm1020 nak kena panggil pengemis ka....

    ReplyDelete
  2. mengemis ke tidak sebenarnya bergantung kepada kita.contoh
    rumah sewa = RM250 kat kedah (jgn la dok umah sewa mahal kalau gaji kita kecil)
    kenderaan moto = RM150 (kalau naik ex5)
    kereta = tak payah pakai la. tak pun kumpul duit beli cash.kancil 2nd baru jek
    RM5k
    makan = RM300 bajet satu hari RM10 ja dah la...nak jimat lagi sayur tanam sendiri.gaji kecil jangan la kita pi makan kat subway, oldtown,secret recepi.melarat kita nanti
    ada lagi balance RM320. RM 320 tu guna la untuk modal berniaga pasar malam ka.hari cuti daripada duduk rumah tengok tv baik kita tambah pendapatan sampingan.tak pun simpan saja.bila cukup kita beli jek motor atau kereta cash.

    insyaallah.kalau kita ikhlas dan selalu berdoa pada Allah, Allah akan tolong kita harungi hidup di dunia.Bab rezeki tak payah risau.mesti ada punya untuk kita.cuma kita perlu bijak atur perbelanjaan kita.yang paling penting mesti kena ada side income kalau gaji kita kecil.isteri kat rumah juga mesti kena ada income untuk support family.Be creative dan berusaha.saya doakan supaya anda berjaya.

    ReplyDelete