Assalamualaikum sahabat semua,
Pada posting kali ini, saya akan bercerita tentang pengalaman saya menyelamatkan diri dari beban kewangan dan mengumpul aset yang pertama (sebenarnya sekarang masih lagi liabiliti).
Setelah membaca buku-buku Robert Kiyosaki, Adam Khoo, Pakdi dan melayari laman web bicara jutawan or carigold, satu letusan minda telah berlaku dalam diri saya. Segala mitos yang selama ini ditanam dalam kepala saya pasal orang kaya dan cara-cara nak jadi kaya adalah dongeng semata-mata. Nasihat orang tua-tua yang suruh saya belajar tinggi-tinggi sampai menara gading supaya saya boleh hidup senang tak boleh pakai sama sekali dalam zaman ini.Saya takkan boleh jadi kaya dengan menjaja ijazah saya untuk kerja makan gaji seperti sekarang. Saya perlu keluar dari minda makan gaji kepada minda seorang usahawan, pelabur dan tauke. Sebenarnya pada zaman sekolah dulu saya sangat-sangat impikan sebuah superbike dalam hidup saya. Superbike adalah motivasi yang paling kuat dalam hidup saya untuk saya belajar rajin-rajin, dapat kerja yang bagus, gaji yang tinggi dan mampu memiliki superbike. Tetapi sekarang saya sedar, saya takkan boleh memiliki superbike dengan makan gaji. Mungkin saya mampu untuk bayar hutang tiap-tiap bulan tapi belum tentu lagi saya boleh tanggung kos maintenance dan roadtax.
Saya telah sedar pasal pendidikan kewangan pada bulan Jun 2012 dan saya menunggu peluang yang sesuai untuk saya bertindak menyelamatkan diri. Pada bulan November 2012 telah tiba peluang saya apabila saya diberitahu yang MBSB ada menawarkan personal loan kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Memandangkan syarikat saya bekerja adalah syarikat bawah kerajaan negeri iaitu PKNK, staff syarikat saya layak untuk buat loan dengan MBSB dengan syarat pemotongan gaji dan gaji lebih dari RM1500. Jadi saya layak untuk apply loan ni dan pada bulan 4 2013 barulah duit loan RM50,000 telah masuk ke dalam akaun saya. Fuhh rambang mata jadinya.Mula la saya dok terbayang Kawasaki ER6f yang saya dok idam tu.Tapi nasiblah saya dah pun celik pasal pendidikan kewangan pada masa tu dan tak turut nafsu untuk beli superbike. JIka saya beli superbike rasanya hanya 2 minggu ja kawan-kawan dan adik-beradik akan bercerita. Lepas tu 20 tahun saya kena tanggung untuk bayar loan tu sampai abis. Rasanya kalau tak celik pendidikan kewangan sekarang ni dah parking dah ER6f kat rumah.
Langkah pertama saya adalah saya bayar loan RHB saya yang hanya tinggal RM6k saja untuk settle. Bila saya bayar loan RHB yang saya kena bayar RM500 tu tiap-tiap bulan sebenarnya saya telah mengurangkan beban kewangan saya sebanyak RM50 sebulan. Saya perlu bayar kepada MBSB RM450 sebulan. Jadi, beban kewangan saya hanya berkurang RM50, tapi saya mempunyai cash RM44k dalam tangan. Dengan RM44k tu la saya mulakan langkah saya dengan pencarian tanah. Hari-hari saya buka mudah.com cari kot-kot ada tanah murah kat Pendang. Selama 2 hingga 3 bulan juga saya tunggu untuk dapatkan tanah yang lebih murah dari harga pasaran. Sila ikut nasihat di bawah
"Pelabur yang bijak membuat untung apabila membeli, bukan dengan menjual"
Masa saya telah tiba apabila saya terlihat ada satu tanah di Pendang yang luasnya 2 ekar nak dijual dengan harga RM40k. Saya terus contact tanya tanah kat mana, bukit ke tak, saliran dan sebagainya. Menurut penjual yang saya panggil cikgu, dah ramai dah yang dok datang tengok tanah ni tapi semua tak mau beli pasal depa nak tanah getah. Tanah ni tak sesuai tanam getah pasal berair sikit. Lepas tu saya terus diam selama sebulan dok cari lagi kot-kot ada lagi tanah lain yang lebih murah. RM40k untuk 2 ekar masih tinggi harganya. Memang saya ada RM44k tapi membeli pada hartanah yang pertama kita lihat adalah tidak digalakkan sama sekali. Saya pun terus tengok ada tanah lot nak dijual kat kg badlishah Serdang dengan harga RM25k. Saya dah pun pi tengok tanah ni dan saya rasa tak berbaloi nak beli tanah lot. Antara keburukan tanah lot adalah
1-Nama masuk dalam geran berangkai. Kita susah nak cagar kepada bank untuk dapatkan cash.
2-Susah juga untuk kita jual. Kena cari semua penama tanda tangan dalam surat jual beli.
3-Pembelian hanya melibatkan surat lawyer maknanya geran tu kita tak pegang. Selalunya kalau dalam tanah lot tu ada 6 tuan, geran akan ada pada tuan tanah yang lebih tua.
4-Bila nak buat rumah perlukan modal lagi.
5-Tanah lot ni kecik saja. Dalam 4000 kaki persegi or 40kaki x 100kaki. Nak tanam apa pun tak sesuai.Hanya sesuai untuk buat rumah.
6-Kita hanya boleh beli tanah lot jika kita dah ada duit untuk buat rumah dan mahu tinggal di situ untuk hari tua.
7-Nasihat supaya membeli tanah lot untuk pelaburan adalah satu nasihat yang kejam kerana kita membeli tanah pada harga yang mahal. Beli tanah lot kira kaki dik ooooiiii.
Contoh: tanah 2 ekar=87120 feet2=87120/4000=21 lot dik oiiii
Jadi jika saya beli tanah 2 ekar dengan harga RM40k saya boleh jual katakan RM25k satu lot. Saya akan dapat RM525k dik oii. Sebab tu menjual tanah lot adalah salah satu bidang yang saya dok tengah study. Untung untuk penjual tapi rugi untuk pembeli. Pada masa tu saya lihat diri saya sebagai pembeli. Sebab tu saya tulis keburukan membeli tanah lot. Jika saya lihat diri saya sebagai penjual barulah saya akan tulis tentang kebaikkan menjual tanah lot. Hehe.
Lepas tak jadi beli tanah lot saya pun contact balik cikgu dan cuba nego pasal harga. Dia letak RMxxk untuk 2 ekar. Saya pun cakap nak pi tengok tanah dulu. Dia pun bagilah contact sorang org kg di situ iaitu bang Chan. Bila pi rumah bang Chan nak tengok tanah rupanya adik beradik. Tanah ni tanah yang rata, cuma dia terletak di bawah sikit dari tanah yang lain. Ada satu kolam yang mulanya dikorek untuk siram pokok tapi mata air pulak yang naik. Jadi memang tak bijak kalau nak kambus kolam tu. Tapi yang bestnya ikan darat punya lah banyak. Cakap ja nak ikan apa; keli, haruan,kaloi, puyu dan tak payah nak bagi makan pun ikan ni semua pasal ada anak ikan semeras. Last deal akhirnya saya berjaya membeli dengan harga RMxxk iaitu 22% lebih murah dari harga pasaran. So tercapailah hajat saya untuk beli tanah yang lebih murah dari harga pasaran, ada kolam ikan pulak untuk saya mancing (hehe),dekat dengan adik beradik yang boleh tengok tanah saya dan boleh saya gunakan tanah ni untuk tanam kelapa sawit. Sebenarnya kelapa sawit memerlukan tanah yang berair untuk hidup subur. Jika kita tanam dalam kawasan paya lagi bagus. Orang tanam kat bukit ambil buah sebulan sekali tapi orang tanam kat kawasan paya kena ambik buah 2 kali sebulan. Kalu biar lama sikit abis relai buah dari tandan pasal sawit ni banyak hisap air.
Sekarang tanah ni menjadi liabiliti kepada saya kerana masih belum ditanam dengan sawit. Hanya telah diratakan dan digunakan untuk saya memancing ikan darat sahaja. Ia akan terus menjadi liabiliti saya sampai la saya mendapat hasil sawit yang pertama. Sebagai pelabur pula saya melihat potensi tanah ini untuk bernilai RM90k dalam 4 tahun yang akan datang apabila mempunyai tanaman sawit dan kolam ikan.. Walau bagaimanapun sila ikut nasihat di bawah
"Pelabur yang bijak tidak mengharapkan capital gain untuk asetnya tetapi mendapatkan passive income dari asetnya"
Sila ikuti posting saya yang akan datang untuk pengalaman saya mendapatkan aset yang kedua (sebenarnya masih lagi dalam proses untuk dapatkan kunci rumah).Saya juga perlukan sahabat semua untuk komen pada setiap posting saya sebagai maklum balas untuk kita share ilmu.
Saya juga akan menulis tentang pengalaman saya berurusan dengan pejabat tanah, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan sebagainya untuk membeli tanah ni sebagai panduan pada posting yang akan datang.
Wassalam
saya nk tanya encik ada tak syarikat atau bank yg boleh cagar geran tanah
ReplyDeletekalau tak silap saya agro bank ada tawarkan pinjaman untuk cagar tanah sehingga 20 tahun..boleh berurusan dengan agro bank...
Delete