Monday, 18 November 2013

Positif Dan Negatif Multi Level Marketing (MLM)

Asssalamualaikum sahabat semua,

Pada posting kali ini saya akan menceritakan kepada sahabat semua berkenaan pengalaman saya dengan MLM. 

Kisahnya bermula apabila kawan serumah saya begitu teruja dengan pendapatan seorang kawan dia ni yang mencecah RM40 ribu sebulan. Macam biasalah, orang Melayu (termasuk saya pada masa tu) sangat suka nak jadi kaya tetapi tidak mahu mengkaji, memahami dan meneliti sesuatu sebelum membuat pelaburan. Dia telah terpengaruh dengan ajakan kawan dia ni yang tunjuk duit banyak tiap-tiap bulan masuk akaun dan dipendekkan cerita dia pun join la bermodalkan RM10 ribu sahabat semua.Bukannya RM10 ringgit ok. Macam mana nak dapat RM 10 ribu ni sebagai modal. Ada pulak seorang kawan jugak yang boleh kawtim buat loan RHB. Loan ni kalau bayar macam bayar kad kredit pasal no akaun sebanyak kad kredit punya digit. Tetapi kita boleh dapat RM10 ribu tu direct masuk akaun macam personal loan. Kawan saya buat loan bank rakyat sebagai modal. (yang sedihnya sampai sekarang dia masih dok bayar loan ni tetapi MLM tu dah berkubur dan RM10k adalah nilai sebuah pengajaran untuk dia kerana tidak mempunyai pendidikan kewangan).

Jadi bermula la kisah ramai kawan-kawan housemate yang masuk sampai tinggal la saya sorang. Depa ajak saya keluar makan-makan dan akhirnya dalam diam depa ajak sorang Penglipur Lara MLM ni untuk mempengaruhi saya join. Seperti yang saya beritahu dalam posting sebelum ni yang saya telah berjanji dengan diri saya sendiri yang saya takkan masuk lagi buat pelaburan macam ni. Tetapi saya tewas juga dengan pengaruh mereka. Saya tak perlu ceritakan MLM yang mana satu tetapi cukup la saya boleh bagitau yang ada 3 pangkat dalam MLM ni. Kalau kita labur RM1500 pangkat kita apa ntah saya dah lupa. Tapi macam kira taraf prebet la. Kena cari 3 downline pastu untung pun cikit ja. Pangkat kedua saya ingat iaitu Baron kena labur modal RM10k dan pangkat ke 3 ni nama Count kena labur RM40k.

Kebanyakkan kawan saya melabur pada peringkat Baron dan saya juga dipengaruhi untuk melabur pada peringkat Baron supaya kadar keuntungan lebih banyak. Kita kena cari 3 downline saja dah boleh dapat modal dan selebihnya adalah untung. Dipendekkan cerita saya pun bersetuju la untuk join MLM ni dan buat loan RHB sebanyak RM18k. Tiap-tiap bulan saya kena bayar RM500 selama 5 tahun. Sahabat semua ingat kan yang pada masa tu saya memiliki kereta Kia Sportage. Bayangkan keadaan saya yang perlu bayar loan RHB sebanyak RM500, kereta RM360, rumah sewa RM100. Saya hanya tinggal RM 340 untuk makan dan duit minyak balik kampung dan duit minyak motor untuk ke ofis.

Kenapakah saya boleh terpengaruh sedangkan saya tau yang kehidupan saya makin sempit dan sesak. Di bawah saya listkan kenapa saya nak join MLM ni.

1- Kadar keuntungan yang diberi syarikat amat menjulingkan mata saya.Saya hanya perlu cari 3 orang Baron sahaja letak bawah saya dan income tiap-tiap bulan saya jika 3 orang ni bergerak amatlah tak disangka-sangka jumlahnya.

2-Support daripada golongan yang telah berpangkat tinggi amatlah baik. Kita tak perlu bercakap pun kepada prospek kita. Hanya depa yang akan bercakap dan mempengaruhi prospek kita. Kerjasama antara mereka amatlah tinggi dan tolong-menolong sesama mereka boleh membuatkan kita terharu. Yela tak kenal pun.tetiba tolong kita kaw kaw punya.

3-Support daripada 10 orang teratas pun tinggi. depa boleh turun dari KL untuk bersama-sama dengan kita dan boleh pulak bagi kita try duduk kereta mewah depa. (semua 10 org tu korang paham-paham sendiri la bangsa apa).

4-Mereka mempunyai produk yang bagus dan berkualiti.

5-Mereka ada menyediakan kursus-kursus untuk menarik/mempengaruhi prospek



Sahabat semua,

Dalam buku Robert Kiyosaki dan Donald Trump yang bertajuk 'Why We Want You To Be Rich' menyokong sepenuhnya industri MLM kerana dari situ kita boleh belajar menjual dan mempengaruhi customer secara free. Tetapi secara keseluruhannya, pada pendapat saya industri ini perlu diperkemaskan dari segi sistem kerana kebanyakkan MLM menindas orang bawahan dan mengkayakan orang atasan.

Keburukan MLM yang saya lihat;

1-Terlalu tamak pada wang, tidak solat, tidak banyak bersedekah walaupun dalam akaun ada puluhan ribu, lalai dengan dunia.Pendek kata saya tidak dapat mencari keredhaan Allah dalam MLM ini.

2-Terdapat terlalu ramai orang Melayu yang terpengaruh tetapi hanya berada di peringkat bawahan. Peringkat atasan adalah bangsa lain.

3-Keuntungan syarikat tidak disalurkan kepada institusi agama tetapi digunakan untuk aktiviti yang menglalaikan. (paham-paham sendiri).

4-Lebih ramai orang Melayu yang rugi daripada yang untung.

5-Dalam dewan apabila mendengar pengasasnya berceramah, ramai orang Melayu yang terloncat-loncat macam kera apabila membayangkan keuntungan.

Sahabat semua mungkin tertanya-tanya saya join ke tak MLM ni. Dari cerita macam join saja. Sebenarnya saya tak join pun. Walaupun saya pada mulanya berkobar-kobar nak join tapi saya ada mendapat nasihat dari kawan saya Akmal yang cukup berpengetahuan luas pasal bidang ni. Saya ada bawak Akmal untuk join ceramah MLM ni dan saya bayar yuran untuk dia sebanyak RM150.Kami pi ke KL untuk dengar ceramah pengasas dia.Mak saya tau saya buat loan tapi dia tak tau saya nak masuk MLM ni. Jadi dia suruh saya beli tanah. Bila saya bagitau kat kawan saya ni dia suruh saya tipu mak saya dan buat benda ni diam-diam. lagi la saya tawar hati nak join. Akhirnya saya pun tak join dan sebagai balasannya hubungan kami sebagai kawan amatlah renggang selepas kejadian saya tak join tu. (satu lagi keburukkan MLM. ini kawan tak kesah la rengang pun.kalau adik beradik or sedara macam mana?)

Nasihat saya kepada sahabat semua, kalau nak masuk MLM tolong kaji sehabisnya dulu sebelum masuk.List ini adalah benda yang kita kena kaji

1-Syarikat
2-Produk
3-Sistem
4-Support
5-Latihan
6-Paling penting adakah halal di sisi agama (mungkin amalkan riba atau sistem piramid)

Jika anda berpuas hati dengan semua ni, masuklah MLM hanya kerana kita mahu belajar tentang pemasaran dan menjual. Jangan masuk kerana wang dan pangkat dalam MLM tu. Ramai orang kita yang tak berjaya dalam MLM kerana tiada Pendidikan Kewangan. Mereka hanya nampak duit daripada segalanya.

"Duit Tidak Boleh Membeli Segalanya, Tetapi Segalanya Memerlukan Duit"

Satu ungkapan yang cukup famous dalam MLM. Tapi sekarang saya telah tahu saya tak perlu kepada MLM untuk kaya. Ada cara lain yang lebih mudah dan ringkas untuk kaya. Yang paling penting ada keberkatan dan keredhaan Allah dalam bisnes ini iaitu hartanah dan perniagaan.MLM lebih banyak membawa keburukan dari kebaikkan kepada saya.

Jadi apa yang saya buat dengan duit RM18 ribu dan macam mana hidup saya selepas hanya mempunyai RM340 untuk makan. Nantikan posting saya yang seterusnya.

Wassalam

6 comments:

  1. yabeda beduuuuu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat...tanpa nama pun padam jugak ka RM1000...haha...masuk lagi skim cepat kaya..

      Delete
  2. D=duit
    C=cepat
    H=habis
    L=laa....

    ReplyDelete
  3. walau apa pun jangan masuk skim cepat kaya.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. produk ni dah berkubur pun..ramai yang melopong tambah2 yang baru masuk..DCHL atau lamp berger

      Delete