Assalamualaikum sahabat semua,
Pada kali ini, saya akan membincangkan berkenaan cara hidup orang-orang kita yang bagi saya sangat lawak dan menunjukkan yang orang Melayu masih belum celik tentang pendidikan kewangan. Cuba sahabat semua tengok pada analisis saya di bawah.
Status : Golongan Miskin
Pekerjaan: Operator Kilang
Pendidikan: SPM
Isteri: Suri rumah
Anak: 2 orang (sekolah rendah)
Gaji Bulanan: RM1500
Pendapatan lain: RM0.00
Perbelanjaan
1-Rumah Kos Rendah (Sendiri) : RM 200.00
2-Kereta (Kancil) 2nd : RM 250.00
3-Motosikal (EX5) : RM 150.00
4-Makan : RM 400.00
5-Sekolah Anak-anak: 2 x RM2.00 x 21hari = RM 84.00
6-Minyak Kereta dan motosikal: RM 150.00
7-Simpanan untuk roadtax kereta, motor,baju, & lain-lain hal : RM266.00
TOTAL RM1500
Status : Golongan Pertengahan
Pekerjaan: Jurutera
Pendidikan: Ijazah
Isteri: Suri rumah
Anak: 2 orang (sekolah rendah)
Gaji Bulanan: RM3000
Pendapatan lain: RM0.00
Perbelanjaan
1-Rumah Kos Sederhana (Sendiri) : RM 600.00
2-Kereta (Honda City) baru : RM 800.00
3-Motosikal (SYM250) : RM 250.00
4-Makan : RM 600.00
5-Sekolah Anak-anak: 2 x RM5.00 x 21hari = RM 210.00
6-Minyak Kereta dan motosikal: RM 250.00
7-Simpanan untuk roadtax kereta, motor,baju & lain-lain hal : RM290.00
TOTAL RM3000
Status : Golongan Atasan
Pekerjaan: General Manager
Pendidikan: Master MBA
Isteri: Suri rumah
Anak: 2 orang (sekolah rendah)
Gaji Bulanan: RM6000
Pendapatan lain: RM0.00
Perbelanjaan
1-Rumah Banglo (Sendiri) : RM 2000.00
2-Kereta (Toyota Camry) baru : RM 1200.00
3-Motosikal (Kawasaki ER6) : RM 800.00
4-Makan : RM 900.00
5-Sekolah Anak-anak: 2 x RM10.00 x 21hari = RM 420.00
6-Minyak Kereta dan motosikal: RM 400.00
7-Simpanan untuk roadtax kereta, motor,baju & lain-lain hal : RM280.00
TOTAL RM6000
Saya tak perlu jelaskan apakah perbezaan tiga golongan ini tetapi apa yang saya nampak ketiga-tiga golongan ini mempunyai satu persamaan iaitu tidak mempunyai pendidikan kewangan. Seperti yang sahabat semua lihat yang paling jahil antara golongan ini adalah General Manager yang mempunyai Master MBA. Dia belajar saja pasal bisnes tapi tak belajar pasal pendidikan kewangan.
Saya impikan sahabat semua termasuk saya mempunyai rekod perbelanjaan seperti di bawah
Status : Golongan Kaya
Pekerjaan: Jurutera
Pendidikan: Ijazah
Isteri: Suri rumah
Anak: 2 orang (sekolah rendah)
Gaji Bulanan: RM3000
Asset:
Rumah sewa : RM 500
Tanaman Sawit: RM 2000
Perniagaan online: RM 200
Perniagaan Pasar Malam: RM 500
TOTAL PENDAPATAN RM 6200
Perbelanjaan
1-Rumah Kos Sederhana (Sendiri) : RM 600.00
2-Kereta (Honda City) baru : RM 800.00
3-Motosikal (SYM250) : RM 250.00
4-Makan : RM 600.00
5-Sekolah Anak-anak: 2 x RM5.00 x 21hari = RM 210.00
6-Minyak Kereta dan motosikal: RM 250.00
7-Simpanan untuk roadtax kereta, motor,baju & lain-lain hal : RM290.00
8-loan MBSB RM50000 selama 20 tahun RM450.00
9-loan Rumah Sewa selama 30 tahun RM200.00
10-Kos selengara tanaman sawit RM500.00
11-Modal pusingan perniagaan RM 500.00
TOTAL RM5150
Balance RM 1550 guna untuk beli emas,perak or simpan dalam ASB. Segala deposit 10% untuk beli rumah sewa, beli tanah untuk tanaman sawit, modal untuk tanam sawit, modal perniagaan semuanya menggunakan loan dari MBSB.
Sekarang sahabat semua nampak tak perbelanjaan mereka yang berpendidikan kewangan macam mana. Inilah perbezaannya dengan 3 golongan yang tidak mempunyai pendidikan kewangan di atas. Perbelanjaan mereka mungkin tidak berapa tepat seperti yang saya paparkan. Tetapi maksud sebenar saya adalah golongan yang tidak celik ilmu pendidikan kewangan akan menggunakan duit gaji untuk memenuhi keperluan hidupnya. Manakala golongan kaya akan menggunakan duit hasil dari asetnya untuk memenuhi keperluan hidupnya.Duit gajinya digunakan untuk simpanan or melancong sekali sekala.
"orang miskin bekerja keras untuk mendapatkan wang, tetapi orang kaya memerlukan asetnya bekerja keras untuk memberinya wang."
Apa yang penting untuk kita hidup di dunia bukannya kecemerlangan akademik yang selalu kita banggakan tetapi kecemerlangan kita dalam menguruskan perbelanjaan dan kewangan kita.Jika aset memberi kita duit tiap-tiap bulan patut la orang kaya tak penah abis duit depa.Asyik ada duit ja berkepul dalam wallet.
Apakah perdapatan harian sahabat semua?
Apakah pendapatan mingguan sahabat semua?
Apakah pendapatan bulanan sahabat semua?
Apakah pendapatan tahunan sahabat semua?
Wassalam.
No comments:
Post a Comment