Assalamulaikum sahabat semua,
Pada posting kali ini saya akan mengulas tentang buku Robert yang terkenal iaitu Rich Dad Poor Dad. Bagi saya buku ini diceritakan dengan begitu santai tanpa ada istilah kewangan dan ekonomi yang berat. Jalan penceritaannya membuatkan saya membaca buku ini seperti membaca novel sahaja. Saya hanya menghabiskan 1 hari sahaja untuk membacanya dalam bahasa Inggeris. Sahabat semua boleh mendapatkan buku ini di kedai buku popular dan sekarang sudah diterjemahkan kepada bahasa Malaysia.Di Kulim saya tengok kedai buku Hasani dalam bangunan Kulim Landmark or Giant pun ada jual buku ni.Saya mendapat buku ini dari Aziran secara free. hehe.
Robert memulakan kisah tentang kejayaannya menjadi kaya dengan berkongsi pengalamannya sewaktu kecil. Poor Dad atau ayah kandung Robert adalah seorang guru sekolah dan akhirnya berjaya menjadi pengarah pendidikan. Dia seorang yang sangat terpelajar dan dihormati masyarakat dalam sistem pendidikan di Hawaii. Ayah kandungnya selalu menasihati Robert supaya
" Belajar bersungguh-sungguh, dapatkan gred yang baik, kemudian cari pekerjaan yang bagus untuk dapatkan gaji yang tinggi"
-mm.macam pernah dengar nasihat yang macam ni tapi dimana ya-
Walaupun Robert menghormati nasihat ayah kandungnya tetapi dari apa yang dia lihat dalam kehidupan mereka sekeluarga seharian nasihat yang diberikan amat tidak tepat. Ayahnya perlu berjimat cermat dan hanya membeli apabila ada YES (Year End Sale) sahaja untuk berjimat. Pendidikan tinggi ayahnya tidak menjamin mereka sekeluarga hidup dengan bahagia. Ayah dan ibunya selalu bertengkar apabila melibatkan soal kewangan.
Dalam masa yang sama, dia ada seorang kawan yang bernama Mike. Ayah Mike atau Rich Dad pada masa itu adalah seorang pelabur hartanah yang berjaya. Terdapat ramai manager, accountant, lawyer yang berurusan dengan ayah angkatnya setiap hari.Ayah angkatnya telah menasihatinya supaya
" Belajar bersungguh-sungguh, mulakan perniagaan, kumpul aset dan biarkan aset itu bekerja keras untuk memberi kita wang. Jangan kita bekerja keras untuk mendapatkan wang, tetapi biarlah wang kita bekerja keras untuk kita"
Pertembungan antara nasihat dari Poor Dad dengan Rich Dad ini lah yang membuka minda Robert untuk membuat penilaian nasihat siapa yang boleh dia terima pakai. Dia akhirnya memilih untuk mendengar nasihat Rich Dad.Satu lagi nasihat yang sangat berguna dari Rich Dad adalah
" Aset adalah sesuatu yang memasukkan duit dalam poket kita dan liabiliti adalah sesuatu yang menarik duit keluar dari poket kita"
Ini adalah satu istilah yang banyak membuka mata saya pasal aset. Contoh, orang kita faham bila kita beli rumah sendiri, rumah itu adalah aset kita. Tetapi sebenarnya rumah yang kita beli itu adalah liabiliti kerana rumah kita tidak memberi duit setiap bulan kepada kita. Ia akan menarik duit keluar dari poket kita setiap bulan apabila kita membayar duit kepada bank. Rumah yang menjadi aset adalah rumah yang kita beli kemudian kita sewakan.Contohnya, jika kita beli rumah kos rendah dan tiap-tiap bulan kita kena bayar kat bank RM200 sebulan. Bila kita sewakan kepada orang dengan RM300 sebulan, RM100 adalah positif cash flow yang menjadikan rumah kita tu aset.
Lagi contoh yang saya boleh bagi jika saya kena bayar kepada Celcom untuk portable Wifi sebanyak RM68 dan saya gunakan internet untuk main games, layan facebook dan sebagainya yang korang sendiri pun tau boleh membuang masa, internet yang saya kena bayar ni adalah liabiliti. Tetapi jika saya gunakan internet ini untuk promosi barang perniagaan, mendapatkan ilmu pasal hartanah, membaca forum hartanah, dan berjaya mendapat sebanyak RM200 hasil daripada barangan yang saya jual, internet yang saya gunakan adalah aset saya kerana memberi positif income kepada saya.
Sekarang sahabat semua cuba faham betul-betul istilah aset dan liabiliti dan cuba senaraikan berapa banyak aset yang memberi duit masuk dalam poket sahabat semua dan berapa banyak liabiliti yang menarik duit keluar dari poket sahabat semua.
Contoh
Aset
1-rumah-jika disewakan
2-kereta-jika digunakan untuk berniaga pasar malam
3-komputer/internet-jika digunakan untuk perniagaan online
Liabiliti
1-rumah-jika kita sendiri yang tinggal di dalamnya
2-kereta-jika kita guna untuk melancong,jalan-jalan.
3-internet-jika buang masa layari web yang tidak berfaedah
Saya tahu terlalu ramai sahabat saya di luar yang tak pernah perasan tentang hal aset dan liabiliti.Jika sahabat semua memberi perhatian kepada aset dan liabiliti, sahabat juga akan termasuk dalam golongan mereka yang celik ilmu kewangan dan berpotensi luas untuk menjadi kaya.
Dalam buku ini, Robert memberitahu saya bahawa nak jadi kaya cukup senang. Semudah baca ABC saja.Apa yang kita perlu buat adalah main monopoly or saidina dalam kehidupan sebenar kita. Jika kita bermain monopoly, kita kena beli tanah dulu. Jika ada pemain yang singgah kat tapak kita mereka kena bayar sewa. Dah ada tanah kita buat rumah warna biru atas tanah tu.Jika ada pemain singgah kat rumah kita depa juga kena bayar sewa. Lepas tu kita kumpul kat tanah tu sampai 4 biji rumah. Pendapatan sewa juga akan bertambah dengan pertambahan rumah. Lepas ada 4 biji rumah barulah kita boleh tukar dengan 1 hotel berwarna merah tu.Jadi simple. Nak jadi kaya praktikkan apa yang kita main melalui monopoly dalam kehidupan kita seharian.Simple tak sahabat semua? Peraturannya memang simple tetapi sahabat semua telah melengkapkan diri sahabat ka dengan ilmu hartanah. Sahabat semua tahu ka apa erti cash flow, flipping, dan sebagainya. Saya syorkan sahabat semua menimba ilmu untuk menjadi kaya di laman web dibawah
Saya juga mengesyorkan sahabat semua bermain permainan online Cashflow 101 yang telah direka oleh Robert sebagai stimulasi kehidupan kita seharian dalam menguruskan kewangan kita.Basic permainan ini simple sahaja, cuba keluar dari rat race dengan tambah passive income untuk menyertai pelaburan orang kaya dalam fast track.Jika kita berjaya keluar dari rat race dan masuk ke dalam fast track kita akan dapat income yang bernilai jutaan ringgit dengan mudah.Link game tu adalah dibawah dan kita kena daftar dulu sebelum dapat main secara percuma.Game ini hanyalah satu permainan untuk stimulasi tetapi ia hanya tinggal keseronokkan bermain game jika sahabat semua tak aplikasikan dalam kehidupan sebenar.
1-http://www.richdad.com/classic
Selamat menyertai saya dalam memajukan diri untuk menjadi kaya di dunia dan di akhirat.Bila kita sudah kaya jangan lupa bayar zakat, tolong orang susah, bersedekah dan buat amal kebajikan.
"Duit ibarat seperti pisau.Jika ia berada dalam tangan seorang chef akan terciptalah satu resepi yang boleh mengharukan peminat makanan. Tapi jika ia berada pada tangan pembunuh maka ramailah orang akan terbunuh dengan pisau tadi. Hati-hati dengan penggunaan duit"
Wassalam.
No comments:
Post a Comment