Thursday, 21 November 2013

Bahana Tiada Pendidikan Kewangan

Assalamulaikum sahabat semua,

Pada posting kali ini saya akan sambung cerita pasal kehidupan saya setelah membuat loan RHB sebanyak RM18k dan tidak jadi masuk MLM pasal atas nasihat Akmal (terima kasih Akmal). Apa yang saya boleh katakan dengan tiada pengalaman dalam menguruskan wang saya telah membelanjakan wang tersebut pada liabiliti.Saya menyesal kerana tidak mendengar nasihat mak supaya membeli tanah or tanah lot. Dari apa yang saya ingat saya telah membelanjakan RM10k untuk roadtax kereta, repair kereta, memancing, bersuka ria tengok wayang,kareoke dan sebagainya yang boleh dinamakan sebagai liabiliti.Hanya RM8k saya gunakan untuk membeli gelang emas dan bagi mak pakai gelang tu sebagai simpanan supaya duit saya tak habis macam tu saja.

Selepas dalam 2 tahun saya hidup perit kerana hanya ada RM340 saja untuk makan bermula la kehidupan saya yang baru apabila saya membuat keputusan untuk kahwin. Saya bertunang pada bulan 3 dan duit tentu belanja pertunangan saya ambil dengan menjual gelang emas yang saya bagi mak saya pakai. Beli RM8k tapi jual dengan harga RM6k saja saya dapat. Begitula keputusan saya yang tidak ada pendidikan kewangan. pada masa tu.Pada masa tersebut memang saya betul-betul harapkan kuasa Ilahi untuk tolong saya kahwin walau dengan cara apa sekalipun. Pernah saya terpikir yang saya tak nak buat kenduri kahwin kerana duit hanya cukup untuk belanja wang hantaran sahaja.Bayangkan nak bela bini hanya ada duit makan sebanyak RM340 saja sebulan dan duit yang ada hanya cukup untuk bayar wang hantaran sebanyak RM7777. Saya percaya pada kuasa Ilahi dan Allah telah memberi rahmatnya kepada saya apabila gaji saya naik dengan tak disangka-sangka dari RM1500 kepada RM2+++. Satu pertambahan yang cukup banyak buat diri saya dan saya juga berterima kasih kepada pihak management yang menaikkan gaji semua staf.Gaji saya naik pada bulan 4 dan dengan kenaikkan gaji itu juga la saya apply satu lagi loan dari RHB sebanyak RM11k.Bank memberi saya loan kedua kerana rekod saya membayar loan pertama tidak pernah lewat dan pengurus bank sendiri memberitahu saya yang jika saya lewat bayar walau satu bulan pun sudah tentu bank takkan luluskan pinjaman (satu pengajaran yang baik untuk semua.tolong jaga rekod sahabat semua jika buat loan).

Jadi dengan RM11k tula saya gunakan untuk kenduri, hantaran dan honeymoon ke Cameron Highland. Tak sampai 3 bulan kahwin RM11k pun lesap sampai tak tinggal habuk pun. Satu lagi kejahilan saya dalam menguruskan kewangan. Ada duit yang banyak tapi kesemuanya dihabiskan untuk liabiliti. Dibawah adalah perbelanjaan saya setelah mendapat gaji bulanan

Gaji: RM2+++

Perbelanjaan

1-Loan RHB pertama (RM18k) :   RM500 (selama 5 tahun)
2-Loan RHB kedua (RM11k)    :   RM300 (selama 5 tahun)
3-Loan kereta Kia Spectra        :    RM310 (selama 9 tahun)
4-Sewa rumah                           :    RM170

                                  TOTAL   :   RM1280

Saya mempunyai dalam RM7++ saja untuk makan, minyak kereta,minyak motor dan sebagainya. Walaupun hidup saya tidak lagi seperit sewaktu hanya ada RM340 untuk makan tetapi sedikit demi sedikit saya mula kontrol aktiviti lagha saya seperti kareoke dan tengok wayang selepas kahwin. Saya juga cuba menghadkan aktiviti memancing saya sebulan sekali or 2 bulan sekali. Perbelanjaan saya juga mula bertambah apabila menimang seorang anak lelaki. Saya bernasib baik kerana mendapat seorang isteri yang betul-betul memahami kedudukan kewangan saya dan tidak menyusahkan saya dengan permintaan yang diluar kemampuan saya. Mengharungi hidup yang sempit bersama-sama membuatkan saya bersyukur yang saya tidak salah dalam membuat pilihan menjadikannya sebagai isteri. Benarlah pesan Nabi Muhammad SAW yang menyuruh kita memilih isteri yang baik agamanya berbanding dengan yang lain.

Inilah kisah sebenar kehidupan dan kewangan saya untuk sahabat semua jadikan sebagai pengajaran. Saya mempunyai ijazah dalam bidang professional tetapi kerana tiada pendidikan kewangan hidup saya hampir musnah dimamah hutang keliling pinggang. Ingin saya tekankan di sini yang saya mepunyai peluang yang cukup besar untuk terlibat dengan rasuah, menipu travel claim, meminta duit dari supplier dan menipu resit pembelian barang tetapi tidak terlintas langsung dipikiran saya untuk melakukannya walaupun hidup saya cukup sesak.Saya percaya dengan kejujuran akan sentiasa ada jalan yang Allah berikan untuk kita mengharungi cabaran hidup di dunia.Dalam kesempitan hidup yang saya lalui, Allah telah memberi saya ilham untuk mengadukan masalah saya kepada kawan saya yang bernama Aziran, seorang yang telah banyak membimbing saya dalam ilmu pendidikan kewangan dan hartanah. Saya boleh katakan disini yang Aziran ibarat mentor saya dalam bidang hartanah walaupun dia sendiri tidak pernah mengaku yang dia adalah mentor dan saya adalah apprenticenya.

Aziran memulakan langkah untuk menyelamatkan saya dengan cuba mengubah pemikiran saya. Pemikiran sebagai pekerja makan gaji harus diubah kepada minda seorang tauke.Prosesnya dimulakan dengan dia memberi pinjam buku-buku tentang pendidikan kewangan untuk saya baca.buku yang telah banyak mengubah hidup saya dan buku pertama Aziran suruh saya baca adalah buku Robert Kiyosaki yang terkenal iaitu Rich Dad Poor Dad.Saya tahu buku ini juga akan mengubah sahabat semua yang senasib dengan saya jika sahabat semua dapat membacanya.Saya juga pernah menyuruh kawan-kawan saya yang masih tidak sedar tentang pendidikan kewangan membacanya tetapi nasihat saya tidak pernah diendahkan. Mungkin juga malas nak baca buku dalam bahasa Inggeris. Tetapi percayalah saya mengabiskan membaca buku ni hanya dalam 1 hari dan buku ini telah membawa cahaya kepada saya yang berada dalam kegelapan. Jika Robert terbuka hatinya untuk menganut agama Islam saya sendiri tidak dapat bayangkan pahala yang Allah akan berikan kepadanya dalam usahanya menjadikan kehidupan kita lebih bermakna di dunia dan kaya raya.


Adakah sahabat semua mempunyai nasib kewangan seperti saya? Jika YA teruskan membaca pengalaman saya untuk posting yang akan datang.


Wassalam

No comments:

Post a Comment