Friday, 15 November 2013

Pengalaman Untuk Menjadi Kaya

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada posting kali ini, saya akan berkongsi dengan sahabat semua tentang pengalaman saya untuk cuba menjadi kaya dan betapa pentingnya pendidikan kewangan sebagai batu loncatan untuk saya dan sahabat semua untuk mencapai kekayaan.

Ceritanya bermula sama seperti sahabat semua juga, seorang mahasiswa yang baru melangkah ke alam perkerjaan makan gaji. Saya bertuah kerana diterima bekerja di tempat saya menjalani latihan industri.Saya tidak sempat nak merasa pengalaman mengganggur kerana habis sahaja latihan industri terus saya kena berkerja. Pada masa tersebut kilang saya cukup sibuk dengan pembuatan conveyor untuk shower test (setiap kereta kena lalui ujian ni untuk tengok kereta ni air masuk ke tak bila hujan) kereta Proton Saga yang baru. Saya tidak berminat untuk bercerita tentang pengalaman berkenaan kerja saya tetapi saya cuba nak berkongsi di sini yang gaji yang dibayar kepada saya cukup tidak setimpal dengan ijazah dan jawatan saya. Dari situlah titik permulaannya saya cuba berusaha untuk mendapatkan pendapatan lebih.Ramai kawan-kawan saya yang menasihatkan saya untuk berhenti dan mencari kerja di tempat lain yang boleh memberi gaji yang lebih lumayan. Tetapi saya tak endahkan kerana saya pasti saya akan dapat belajar terlalu banyak perkara di kilang ini dan yang paling pasti saya mendapat kawan-kawan yang cukup baik di sini.

Gaji yang kecil jadi cukuplah saya berulang-alik ke tempat kerja dengan kapcai sahaja. Kalau bab kena kutuk memang la teruk saya kena pasal tak padan dengan jawatan. Tapi saya pekakkan telinga ja. Orang Kedah kata buat donno ja. Masa tu saya masih lagi boleh enjoy sakan dengan kareoke, tengok wayang, memancing 24 jam kat kolam mancing kerana tanggungan saya hanyalah motor dan sewa rumah. Lepas tu timbul pula cerita yang ada orang nak beli burung dari ayah saya tapi tak cukup duit. Jadi dia minta kat ayah saya tukarkan kereta dia Toyota KE30 dengan denak burung ayam-ayam yang bernilai RM500. Bila saya balik kampung ayah cakap nak pakai kereta KE30 tu pakai la. Bila bawak kereta tu ke kilang lagi la teruk kena kutuk pasal kereta tu memang buruk sangat.Naik moto lebih padan dengan jawatan saya dari naik kereta KE30 tu.Hehe. Memang lawak la bila saya kenangkan pengalaman saya tu.



Tapi apa yang kawan-kawan saya tak tahu yang saya sebenarnya cukup takut nak bawak kereta. Saya dah ada lesen motor dan kereta sejak dari lepas SPM lagi. Duit ambik lesen pun saya gunakan duit gaji saya bekerja di stesen minyak Petronas. Company ada sediakan sebijik kereta Toyota Hillux untuk urusan berjumpa dengan customer dan delivery barang. Malang bagi kawan saya kena jadi driver saya bila saya kena keluar jumpa customer. Hehe (thanks Det). Ada lesen saja tapi takut nak bawak kereta. Jadi saya anggap dengan bawak KE30 tu la kereta yang saya tak takut nak bawak. Saya langgar kereta orang pun saya tak takut. Orang langgar kereta saya pun saya tak takut. Maklum la. Kereta yang berharga RM500 saja.

Kemudian ayah nak jual kereta KE30 tu dan dia minta saya sambung bayar kereta Kia Sportage yang dia pakai. Bermula lah sebuah kisah bila beban kewangan saya bertambah selepas pakai kereta tu. Kawan-kawan memang trus tak kutuk bila saya pakai kereta tu tapi apa yang kawan-kawan tak tau saya dah mula tak dapat nak enjoy lebih macam sebelum saya ada kereta. Tengok wayang pun sekali sekala saja, mancing pun dah kurang. Kalau dulu saya habiskan RM200 seminggu untuk mancing sahaja. Sekali masuk kolam RM50.Seminggu 4 kali saya pi mancing. Memang tahap angau gila dengan penangan tarikan ikan siakap kolam.Tapi sejak ada kereta hidup saya makin sempit.Dah la makan minyak kuat kereta ni,barang spare part pulak mahal.

Tetapi pengalaman ngeri saya bermula apabila saya mula terjebak dengan MLM. Hidup saya bertambah sempit dan sesak nafas.

Adakah sahabat semua pernah juga terjebak macam saya?

Jika YA teruskan la membaca pengalaman saya pada post yang akan datang.


2 comments:

  1. Lps ni cerita la pasal kawan2 yg kutuk en iqbal tu...

    ReplyDelete
  2. eh bukan tanpa nama pun dok join sekaki ka dok kutuk saya...mentang2 dia pakai kancil kita ni pakai KE30 ja..kutuk lebih2 pulak...hehe...

    ReplyDelete