Sunday, 17 November 2013

Mengapa Kita Terpikat Dengan Skim Cepat Kaya

Assalamualaikum sahabat semua,

Saya mulakan cerita saya dengan sebab mengapa saya tidak mahu join MLM pada peringkat awalnya dan betapa jahilnya saya dalam pendidikan kewangan.

Ia bermula apabila kawan saya memberitahu yang ayahnya ada memasuki satu skim pelaburan kelapa sawit di Perak. Kita akan mendapat semula wang pelaburan kita dalam masa 3 bulan selepas melabur dan selebihnya adalah keuntungan yang tetap setiap bulan. Walaupun saya dalam kesempitan, saya tak endahkan juga pasal hal ni sehinggalah seorang kawan saya bersungguh-sungguh untuk memasukinya. Kalau tak silap saya kita memerlukan modal sebanyak RM5000 sebagai permulaan untuk mendaftar dan sebagainya. Kawan saya ini nekad untuk masuk dan memang betul. Dia mendapat semula modalnya selepas 3 bulan. Setiap hari Rabu duit akan masuk ke dalam akaun bank dan setiap hari Rabu jugak la dia akan berteriak Yabeda Bedu. Teriakkan gembira  5D (Duduk Diam-Diam Dapat Duit). Fenomena ini menjadi bualan semua kawan-kawan saya di kilang dan ada 2 3 orang kawan saya yang ikut sama melabur. Saya pun mula la terpikat dengan fenomena setiap hari Rabu duit masuk ni tetapi apakan daya saya tak mampu untuk melabur sebanyak RM5000 tu kerana tak ada duit. Walau bagaimanapun kawan-kawan yang dah labur RM5000 tu cuba juga nak bagi kawan-kawan yang tak cukup modal ni melabur dengan meminta kami melabur menggunakan nama mereka.

Itulah pertama kalinya saya terlibat dengan skim yang sekarang ini saya tahu sebagai Skim Pak Man Telo, skim Ponzi atau yang paling femes Skim Cepat Kaya. Saya melabur tak banyak pun. Yela setakat ada kapcai saja (pada masa ni saya masih belum pakai kereta).Saya melabur RM1000 menggunakan duit bonus yang kami dapat selepas berjaya menyiapkan conveyor Shower Test. 1 bulan pertama semuanya ok dan tetiba bila masuk saja bulan kedua terus tak dapat duit dah. Bank negara telah membekukan aset syarikat pelaburan ni dan duit yang dibekukan bernilai jutaan ringgit. Kawan-kawan yang masuk lebih awal sekurang-kurangnya dapat juga merasa dapat modal dan keuntungan. Tetapi saya modal pun tak dapat. Saya cuba memujuk hati saya mengatakan kalau rugi pun tak apa pasal duit Rm1000 bukannya duit simpanan saya tetapi duit tetap duit. Sapa nak bagi RM1000 kat tengah jalan kan?.

Ini adalah satu pengajaran yang hebat kepada diri saya dan saya telah berjanji pada diri sendiri yang saya tak akan lagi masuk sebarang skim pelaburan macam ni. Tetapi pada masa tu saya hanya boleh berjanji tetapi saya tidak pernah nak tambahkan ilmu saya pasal pendidikan kewangan. Saya tetap jahil pasal wang.Sekarang mungkin masyarakat lebih mengetahui tentang skim-skim cepat kaya ni dan mula berhati-hati selepas terlalu ramai orang Melayu rugi puluhan ribu ringgit.

Apa yang saya boleh kongsikan di sini pasal pengalaman saya ni adalah saya sebagai orang Melayu mudah terpikat dengan 5D (Duduk Diam-Diam Dapat Duit). Saya malas nak berusaha untuk memajukan diri dan hanya nak buat pelaburan yang senang sahaja. Saya malas nak cari ilmu walaupun di internet dan buku persepah ilmu pasal pendidikan kewangan ni. Dan yang paling saya ralat, ramai orang kita yang berpendidikan tinggi juga turut terlibat. Just name it. Doktor, Peguam, Jurutera, Cikgu dan yang paling tak sangkanya Ustaz pun ada yang join pelaburan Skim Cepat Kaya ni. Apa yang saya boleh simpulkan tak semestinya kita berpendidikan akademik yang tinggi kita mempunyai ilmu pendidikan kewangan. Pendidikan kewangan adalah ilmu yang tidak dapat kita perolehi di sekolah dan di universiti.


Sebagai panduan saya listkan di bawah cara-cara nak kenal skim cepat kaya.

1-Mendapat hasil yang terlalu menguntungkan dalam masa yang singkat

2-Menarik pelabur dengan tunjuk duit dalam bank, tunjuk kemewahan diri dengan pakai kereta sport dan mewah, tunjuk gambar tidur dengan duit.

3-Mereka mencari pelabur yang betul-betul terdesak untuk cepat kaya dan orang kita yang selalu main nombor ekor adalah target utama.

4-Harus kita ingat syarikat yang berstatus Sendiri Berhad tidak boleh mengutip wang pelaburan dari orang ramai. Hanya syarikat yang berstatus Berhad sahaja dibenarkan oleh undang-undang seperti FELDA BERHAD.

5-Jika kita dijanjikan dengan keuntungan yang tetap setiap bulan itu adalah RIBA dan HARAM disisi Islam.Contohnya jika setiap bulan kita dijanjikan dengan keuntungan RM200 tiap-tiap bulan. Tak akan kurang dan tak akan lebih pelaburan itu adalah haram pada pandangan Islam.

6-Sistem piramid juga adalah HARAM disisi Islam kerana ia menindas orang bawahan. Orang yang masuk dulu akan lebih kaya dan orang yang masuk kemudian perlu bersusah payah cari downline dan sebagainya.

7-Jika anda jahil pasal wang dan hanya suka amalkan 5D (Duduk Diam-Diam Dapat Duit) anda adalah target utama.

8.Skim cepat kaya akan datang kepada kita dalam pelbagai cara dan bentuk. Hanya mereka yang berpendidikan kewangan sahaja yang tahu membezakannya. Adakah anda boleh membezakannnya?


Adakah sahabat semua berpendidikan tinggi tetapi masih belum celik pasal Pendidikan Kewangan? Jika YA anda bertuah kerana mungkin sahabat semua tak akan mengulangi kesilapan saya. Jika TIDAK anda dalam bahaya. Selamatkan lah diri anda sebelum anda hidup dalam kerugian di dunia. (di akhirat insya allah kita akan selamat selagi kita bertakwa dengan bersungguh-sungguh).

Saya rasa cukup setakat ni dulu. Tunggu post saya selepas ini pasal pengalaman saya dengan MLM dan kenapa saya boleh terpikat walaupun saya telah berjanji tidak akan masuk lagi skim macam ni.

Wassalam

4 comments:

  1. Tara mana dasat tu....

    ReplyDelete
  2. SEMBANG BOLEH LAA...

    ReplyDelete
  3. saya tak faham la dengan maksud ayat "SEMBANG BOLEH LAA" kat atas.Dia ni marah pasal dia ni agen skim cepat kaya kot.saya tulis macam mana nak kenal skim cepat kaya dia melenting la.lantak kau la Labu kalau nak join jugak skim cepat kaya ni.

    ReplyDelete