Assalamualaikum sahabat semua,
Untuk posting saya pada kali ini saya akan menerangkan tentang cara-cara untuk mendaftarkan perniagaan kita dengan SSM.Sebenarnya terdapat 3 cara untuk berdaftar iaitu
- Mendaftar secara online
- Mendaftar dengan pergi sendiri ke pejabat SSM
- Mengupah orang tengah untuk mendaftarkan kepada kita.
Saya tidak akan menulis tentang pendaftaran secara online kerana saya tidak berdaftar secara online.Saya juga tidak akan menulis tentang pendaftaran menggunakan orang tengah kerana harga yang diletakkan adalah sangat tinggi bagi saya iaitu RM150.Lepas tu pulak kena tunggu 3 hari bekerja untuk saya mendapatkan sijil.Kos sebenar untuk mendaftar perniagaan adalah seperti di bawah
- pendaftaran menggunakan nama sendiri: RM40.00
- pendaftaran menggunakan nama trend : RM60.00
- pencarian tentang maklumat perniagaan :RM10.00
Kepada peniaga yang tidak tahu untuk mendaftarkan peniagaannya sendiri dan menggunakan orang tengah RM150 adalah harga yang perlu dibayar atas kekurangan ilmu sahabat dalam mendaftarkan perniagaan.Oleh itu tak perlu sahabat semua risau kerana saya akan menceritakan cara-cara untuk berdaftar secara terperinci yang boleh.Sebenarnya prosesnya amatlah mudah dan senang sahaja.Apa yang perlu sahabat semua sediakan sebelum berdaftar
- Duit yuran pendaftaran RM 70.00 untuk satu tahun.Jika nak buat 2 tahun kena tambah lagi RM 60.00.Jadi jumlahnya adalah RM130.Saya membayar RM130 untuk 2 tahun terus.
- Salinan kad pengenalan 1 helai.
- Kad pengenalan
- Tauke (kita sendiri la).Kalau nak letakkan isteri sebagai share partner kena bawak isteri, kad pengenalan isteri dan salinan kad pengenalan isteri sekali.Macam saya pendaftaran perniagaan saya adalah saya seorang sahaja.
- 3 senarai nama syarikat yang kita nak letak.Contohnya saya letakkan nama IQSHA GEMILANG, IQSHA, IQSHA GLOBAL.Nanti agen SSM akan cari nama ni dah wujud ke tak dalam sistem.Saya bertuah kerana IQSHA GEMILANG RESOURCES & TRADING belum ada sapa-sapa guna lagi.Jadi inilah nama company saya yang mempunyai no pendaftaran PG0335155-W.Dengan ini juga saya secara rasminya telah melantik diri saya sendiri sebagai manager dan isteri saya sebagai assistant manager.Hehe (poyo jek aku ni...hehe)
- Kalau kita menggunakan nama sendiri sebagai nama syarikat memanglah murah tetapi syarikat itu tidak boleh diwariskan kepada anak kita.Hanya kita sahaja yang berhak ke atasnya.Jadi gunakanlah nama trend dan kalau boleh tolong jangan letak ENTERPRISE kat nama syarikat kita kerana sudah menjadi budaya masyarakat kita yang memandang syarikat yang berstatus ENTERPRISE ni adalah syarikat kecil.Letakkanlah nama yang lain seperti ENGINEERING, TECHNOLOGY,RESOURCES & TRADING, FOOD & CATERING dan sebagainya.
- Kalau nak berdaftar sebagai syarikat sendirian berhad memerlukan senarai carta organisasi.Untuk memulakan perniagaan yang kecil seperti saya kita tak perlu berdaftar sebagai sendirian berhad.
- Yang paling penting adalah 10 senarai barang jualan yang kita nak jual menggunakan nama syarikat kita.Kalau boleh janganlah terlalu specific sangat barang yang kita nak jual tu.Contohnya kalau saya nak jual baju baby saya perlu letakkan pakaian.Letak pakaian membolehkan saya menjual apa sahaja yang termasuk dalam kategori pakaian.Kalau nak jual minyak gamat jangan la letak minyak gamat sahaja dalam senarai tu.Letakkan nama ubat-ubatan tradisional.Contoh 10 senarai barang yang syarikat saya boleh niagakan adalah
- Kelengkapan ibu dan kanak-kanak
- Pakaian, beg dan aksesori
- Perkhidmatan hartanah
- Reka bentuk, servis,permesinan dan penyelenggaraan
- Perabot dan kelengkapan rumah
- Makanan dan minuman
- Permainan dan kelengkapan sukan
- Makanan kesihatan dan ubat-ubatan tradisional
- Barangan runcit
- Pembekal dan pemborong
- Tinggalkan lesen memandu kat guard di bawah.Kemudian guard akan bagi guard pass untuk kita ke tingkat 6 dalam pejabat KWSP tu
- Masuk dalam lif dan tekan butang 6.Lif akan bawa kita ke tingkat 6 iaitu ke pejabat SSM
- Sampai saja kita terus ambil borang PNA .42 kat guard SSM.Dia akan ceritakan yang kena pakai pen dakwat hitam sahaja dan menulis menggunakan semua huruf besar.
- Isi borang berpandukan contoh yang memang dah tersedia kat tempat mengisi borang.Rujuk sahaja macam mana contoh untuk daftar syarikat sendirian berhad, dan enterprise.Kita kena isi nama,no IC,warna IC,alamat perniagaan, alamat surat -menyurat, 3 nama syarikat, 10 jenis perniagaan dan sebagainya.
- Lepas dah isi dengan lengkapnya, sila bagi borang kita dengan salinan IC kat sorang penyemak.Dia akan semak borang kita dan bila dia puas hati dia akan bagikan nombor giliran.
- Kita tunggu nombor kita dipanggil, bila dipanggil kita pun serahkan borang dan salinan IC tadi kat petugas SSM.Dia akan check nama kita syarikat yang kita nak namakan tu wujud ke tak lagi.Bila dia dah chech dia akan bagitau kita yang kita boleh menggunakan nama yang kita nak tu.Pastu bayarkan saja yuran pendaftaran sebanyak RM70 kat dia
- Dia akan bagi resit kepada kita dan meminta kita menunggu semula untuk menunggu dia print sijil kat kita,
- Pastu kita tunggu la dalam 5 minit dia akan panggil kita untuk serahkan sijil pendaftaran perniagaan kepada kita.Selesailah sudah pendaftaran perniagaan kita.Kita boleh balik dan tersenyum kerana boleh berniaga secara sah sekarang.Kalau dulu sijilnya berwarna biru tetapi sekarang ni putih macam tu ja.Bila saya tanya dia cakap nak menyenangkan mereka yang berdaftar secara online.
Sekian sahajalah panduan untuk sahabat semua mendaftarkan perniagaan masing-masing.
Wassalam.
tahniah!,,jumaat ni mai nooo
ReplyDeleteTerima kasih atas panduan yang telah diberikan. Panduan yang padat, lengkap dan bermanfaat bagi kami yang baru nak mendaftarkan perniagaan kerana tidak semua peniaga yang telah berdaftar akan memberikan maklumat yang lengkap seperti encik. Semoga Allah SWT memberkati perniagaan yang encik. Aamiinnn.....
ReplyDeleteterima kasih kembali...semoga linda mendapat manfaat daripada ilmu yang saya share.
ReplyDeleteAssalam..ingin bertanya, jikalau kita letak pembekal dan pemborong sahaja, bermakna segala perniagaan pembekalan dan pemborongan boleh dilakukan??tidak perlu dispesifikkan ker?? contoh seperti PEMBEKALAN BARANG-BARANG PERCETAKAN DAN PENULISAN..Terima kasih diatas ilmu yg diberikan
ReplyDeletewsalam.Yer.jika letak pembekal dan pemborong apa sahaja kita boleh bekal dan borong..kalau letak pembekalan barang-barang percetakkan dan penulisan kita hanya boleh bekal dan borong barang ni sahaja...nak bekal dan borong barang lain tak boleh...sebab tu kena letak yang umum dan bukannya specific...setiap apa yang kita nak jual memang SSM dah letak kod siap-siap..jadi selagi kita patuh kepada kod jualan takde masalah...contoh makanan dan minuman ada kod sendiri..saya tak ingat kodnya...boleh check...jadi selagi apa yang kita jual termasuk dalam kod makanan dan minuman sure takde masalah..
ReplyDeleteSaya nak tanya buat periklanan dan pemasaran sahaja boleh kew
ReplyDeleteboleh...tapi kena letak jugak bidang lain bagi cukup 10 jenis perniagaan.walaupun perniagaan lain kita tak buat tapi letak jela sampai cukup 10.kalau nak letak 1 jer untuk periklanan dan pemasaran saya tak pasti.tapi rasanya tak boleh kalau letak 1 jek.
ReplyDeleteHello. Kalau berniaga stall Abc di rumah sendiri,kena daftar juga ya?
ReplyDeleteceritanya nak berniaga apa sekalipun kena daftar dengan ssm pasal undang-undang...sama la macam nak naik motor kena ada lesen..takde lesen nak berniaga boleh..tapi kalau kena tangkap ada la saman yang nak kena bayar...naik motor takde lesen pun boleh...kalau kena tahan polis bayar jela saman...macam tu lah ceritanya...
ReplyDeleteassalam tuan..ingin bertanya sekiranya salah satu perniagaan yg ingin dijalankan adalah hotel bajet apakah jenis perniagaan yg perlu ditulis..tq
ReplyDeletesaya rasa mungkin boleh letak perhotelan...adriana jangan risau...setiap bidang ada kod masing-masing dalam senarai SSM...nanti pegawai SSM akan semak senarai 10 jenis perniagaan kita dan akan buat pembetulan kalau ada yang tidak betul...contohnya kalau kita letak jual ubat...nanti pegawai SSM akan syorkan kita letak ubat-ubatan tradisional pasal nak jual ubat macam kat farmasi kena ada lesen yang berasingan..
ReplyDeleteSalam encik, saya nak tanya. Masa nak tulis nama perniagaan tu. Kita kena tulis siap2 ke RESOURCES & TRADING dekat belakang nama? Atau just tulis nama sahaja dulu? Cth ALYNN RAHIM sahaja atau ALYNN RAHIM RESOURCES & TRADING?
ReplyDeleteSalam encik, saya nak tanya. Masa nak tulis nama perniagaan tu. Kita kena tulis RESOURCES & TRADING siap2 terus ke atau tulis nama sahaja dulu? Contoh, ALYNN RAHIM atau ALYNN RAHIM RESOURCES & TRADING?
ReplyDeletewsalam..kena tulis siap-siap kita nak letak nama apa pasal pegawai ssm takkan bantu kita pilih nama syarikat...tugas depa hanya menyemak kalau dah mujud nama yang kita nak letak tu dalam system depa..contohnya kita nak letak alynn rahim resources & trading...bila dia semak nama ni dah ada orang lain guna...jadi kita wajib tukar nama lain..macam alynn rahim ayu resources & trading...bila dia semak nama ni masih belum ada dalam system...jadi boleh la kita guna nama ni..
ReplyDeletesalam. kalau kita orang tengah nak tolong daftarkan perniagaan orang lain bolek ke? if kita bawa salinan kad pengenaln orang lain.
ReplyDeleteboleh tolong daftarkan untuk orang lain...daftar pakai online ataupun guna orang tengah yang dok tunggu kat depan pejabat SSM...
DeleteSALAM,NAK TANYA KALAU KITA NAK DAFTAR UNTUK KEDAI JAHIT? BOLEH JUGAK KAN LETAK MAKANAN DAN MINUMAN?KALAU NAK LETAK PERKHIDMATAN FOTOSTAT BOLEH?
Deleteboleh...kita boleh letak 10 jenis perniagaan yang berlainan dalam sijil ssm kita
Deleteasalam.. nak tanya kalau nk buat perniagaan berkaitan komputer dan pembekalan barangan IT.. apa yg sesuai untuk d tulis kat senarai tu..
Deleteasalam.. nak tanya pendapat. kalau nak buat perniagaan komputer dan pembekalan peralatan it.. sesuainya tulis apa ya di ruangan senarai tu.. trima kasih..
ReplyDeleteboleh tanya dengan pegawai ssm kerana setiap perniagaan yang kita nak berniaga ada code masing-masing.Dia akan syorkan code yang paling sesuai dengan perniagaan yang kita nak buat.
DeleteAsslamualikum.. nak tanya kalau saya dah letak 10 jenis perniagaan masa daftar ssm, kemudian saya ade perniagaan lain yg nak buat. dan perniagaan tu tidak ada dalam senarai yang saya daftar masa mula2. Jadi boleh ke saya tambah perniagaan baru dalam SSM dan dalam SSM ade limit tak berapa jenis perniagaan kita boleh letak..?
ReplyDeleteHarap tuan dapat bantu saya
kalau tak silap saya memang 10 jenis ja limit dia...kalau nk tambah baru kena gugurkan jenis perniagaan lama yang kita tak berniaga..sebab tu saya nasihatkan letak general jangan letak spesific...contoh perniagaan pakaian...apa saja jenis pakaian boleh masuk dalam code tu...en amir ni mesti hebat boleh uruskan 10 jenis perniagaan..kalau 10 tak cukup boleh daftar tambah nama company lain...jadi en amir ada 2 company...ok jek..
DeleteAssalam..sy nk tanya kalau kite nak buat bisnes kereta sewa + kontraktor name ape yg sesuai ye?
ReplyDeletewaalaikumsalam..entahlah..mungkin boleh guna nama contoh Hassan Build & Rent Services ka...ikutlah mana yang sesuai
DeleteAlhamdulillah.. info yg cukup baik dan berguna pd sy.. terima kasih kerana beri bimbingan yg amat positif.. harap tuan lebih maju jaya dlmvperusahaan tuan.. inn shaa allah
ReplyDeleteterima kasih...semoga catatan ini bermanfaat kepada saudara
DeleteSalam..
ReplyDeletesy mohon share ye..
tq
As salam..kalau nama perniagaan kita global & resources dekat 10 senarai tu pun kena tulis dlm bahasa inggeris juga ke?
ReplyDeletetak semstinya...nama company boleh ja letak nama english...pastu senarai 10 perniagaan boleh je tulis bahasa melayu..takde masalah..nama company melayu pastu nak tulis 10 jenis perniagaan dalam bahasa english pun ok..
ReplyDeleteSalam sejahtera..
ReplyDeleteBole ke kalo saya nk letak nama syarikat Food & Farm
nak letak nama apa pun ok asalkan nama tu tak bertindih dengan company lain...
Deletesyukrann..perkongsian.ilmu yg bagus sgt..semuga kita semua bertambah rezeki..aaminn
ReplyDeleteterima kasih kembali
DeleteAssalamualaikum..sy nak tanya boleh ke kita memohon lesen ssm ni untuk perniagaan online..maksud saya tanpa ada kedai sendiri, hanya berniaga secara online sahaja, harap tuan dapat beri penjelasan, terima kasih.
ReplyDeletewalaikumsalam...yer..memang digalakkan untuk ada lesen ssm walaupun berniaga online..selain kita berniaga secara sah kita juga boleh meningkatkan keyakinan pelanggan apabila kita pamerkan no pendaftaran perniagaan...
ReplyDeleteSalam.. Contoh kalau perfume body spay deodorane pencuci muka makeup.. Itu ddk katogeri apa ya? Peralatan diri ke?
ReplyDeletekalau tak confirm boleh tanya ssm pasal depa ada code masing-masing...
DeleteAssalamualaikum. Nak tanya. Macam yang encik beritahu kat atas, boleh isi 10 jenis perniagaan yang berlainan. Jadi, untuk nama perniagaan tu, sebaiknya kena pilih yang general juga ke? sebab saya sekarang jual barang kosmetik secara online, suami pula nak jual alatganti dan aksesori kenderaan. Sekarang baru nak mendaftar tp nak letak satu nama company je. Satu lagi soalan, untuk ruangan jenis perniagaan yang dijalankan tu nak isi apa? Huraian tentang perniagaan yang kita nak buat ke?
ReplyDeletewaalaikumsalam..kalau nak letak satu nama boleh ja letak nama general...kalau nak spesific pun boleh tapi daftar la 2 nama...SSM suruh kita letak sampai 10 benda tu hanya utk mudahkan kita jek kot2 kita nak jual benda tu...kalau tak jual pun takpe...contoh letak menjual alatan kosmetik..servis persolekan...menjual alatganti dan eksesori kereta...membaiki kereta...contoh la...kalau dalam bidang kosmetik letak je yang berkaitan dengan kosmetik..kna ingat daftar enterprise ni hanya untuk mengesahkan perniagaan ja...
DeleteTerima kasih atas maklumat yang dikongsikan.dengan ini dpat memudahkan lagi untuk saya dan ramai lagi yg memerlukan maklumat lengkap seperti ini.says permulaan zero.tq tuan.semoga tuan lebih berjaya
ReplyDeletehello saudara iqbal, nak tanya daftar SSM ne xsama ke dgn daftar lesen perniagaan, maksudnya bila kta dah daftar lesen perniagaan kat majlis daerah @ pejabat daerah tu kene daftar jgak kt ssm ne ke? sy dh ada lesen perniagaan dan nama syarikat perniagaan yg dikeluarkan oleh pejabat daerah, perlukh sy mendaftar semula perniagaan sy di ssm? sy keliru dan masih xfhm. Harap tuan dpt beri tunjuk ajar.
ReplyDeleteSaya baru daftar nama syarikat di Putrajaya. Update terbaru sekarang SSM suruh pilih resources atau trading. tk boleh guna dua-dua sekali.
ReplyDeleteAssalamualaikum....untuk supply and services...berapa harga pendaftaran...adakah yuran yg sama rm70?
ReplyDeleteyer...sama...
DeleteAssamalaikum.sy nak tanya apa nama lesen digunakan kontreck pekerja kilang tu??
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak tanya, boleh ke kalau perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tukar nama kepada trading?
ReplyDelete