Monday, 6 January 2014

Bad Debt Vs Good Debt

Assalamuaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya akan bercerita berkenaan hutang yang baik dan hutang yang tidak baik.Sebelum saya bermula pernah tak sahabat semua mendengar ayat-ayat di bawah ni

"Ikh lama betul la nak bayar hutang rumah ni.Tiap-tiap bulan aku bayar jela 2 bulan sekaligus.cepat la sikit hutang rumah ni habis"

"Nak bayar hutang rumah ni sampai 30 tahun lama sangat la...saya buat jela 20 tahun...cepat la sikit habis"

"Pening betul la hidup dengan hutang keliling pinggang ni...aku mesti bebaskan diri dari hutang dan bayar semua hutang secepat mungkin"

"Kita mesti hidup dengan membeli secara cash...kalau berhutang hanya akan menyesakkan hidup kita ja"

Macam-macam lagi ayat yang keluar dari orang kita bila bercakap pasal hutang.Saya mulakan cerita pasal hutang yang tidak baik.Hutang yang tidak baik adalah hutang yang memerlukan kita menggunakan duit hasil keringat kita untuk membayarnya.Contohnya, jika kita membeli kereta kemudian kita membayarnya dengan duit gaji kita, ini adalah satu contoh hutang yang tidak baik.Kita membeli secara berhutang menyebabkan kita membeli kereta itu dengan harga yang tinggi.Cuba tengok pengiraan untuk kereta sewa saya dari bank

kereta:Kia Spectra
Harga   :RM 22 000
Bayar muka: RM 2000
Bayar bulan2: RM 310
Selama: 9 tahun

Jadi RM 310 x 12 bulan x 9 tahun = RM33 480
Nilai kerugian  = RM 33 480 - (RM 22 000 + RM 2000) = RM 9480

Saya rugi RM 9480 berbanding saya membayar secara cash.Nilai kereta pula semakin hari semakin menyusut.Sebenarnya saya rugi lebih banyak dari jumlah di atas jika kita kira kos minyak dan maintenance.Kita tengok pula rumah sewa saya dari bank

Rumah: Teres setingkat
Harga : RM 35 000
Bayaran guaman: RM 1500
Bayaran kepada agen: RM 3000
Bayar bank: RM 198
Selama: 30 tahun

Jadi RM 198 x 12 bulan x 30 tahun = RM 71280
Nilai kerugian = RM 71 280 - (RM 35000 + RM 1500 + RM 3000)
                    = RM 31 780

Saya boleh membeli 2 biji rumah jika saya membelinya secara cash.Memang nilai rumah akan bertambah dengan masa tetapi adakah saya akan menjual rumah saya apabila dah abis bayar.Saya hanya bergantung kepada duit gaji sahaja untuk membayar 2 hutang saya ni.Apa akan jadi kalau saya dibuang kerja bila ekonomi dunia gawat seperti pada tahun 1998.Sudah tentu saya akan kehilangan kereta dan rumah saya ni.Kita kena ingat makin tinggi umur kita makin kita ni tidak bernilai di mata majikan swasta.Kita susah nak minta kerja bila umur kita sudah melebihi 35 tahun.Bagi yang bekerja kerajaan masih boleh menarik nafas lega pasal kerja terjamin dan ada pencen.Tapi kalau kita ditimpa musibah seperti kemalangan jalan raya dan kehilangan anggota adakah kerajaan akan membenarkan kita terus memegang jawatan kita?Macam mana nak mengajar murid-murid kalau kita ditakdirkan buta.Pendek kata, menjadi seorang pekerja makan gaji amatlah merugikan kerana kita membayar sesuatu dengan harga yang paling tinggi dan kita terlalu bergantung kepada duit gaji untuk hidup.Jika gaji kita naik, gaji kita itu kena bayar tax pulak iaitu cukai pendapatan.Tetapi inilah realiti kehidupan orang yang normal.Masa kanak-kanak belajar sampai la masuk universiti.Pastu cari kerja makan gaji.Buat loan beli kereta.Ada duit mula kahwin.Dah kawin akan beli rumah.Dah ada rumah mula dapat anak.bila ada anak tanggung isteri dan anak pula.kita tanggung la persekolahan anak sampai masuk universiti pastu kita pun mati.Inilah kitaran hidup manusia yang normal.Semua benda ni kita tanggung menggunakan hasil dari duit gaji kita.

Tapi cuba kita lihat dari sudut pandangan mereka yang celik tentang dunia perniagaan dan kewangan.Bagi mereka berhutang adalah sesuatu yang boleh menyenangkan hidup mereka dan boleh mempercepatkan diri mereka untuk menjadi orang kaya.Hutang adalah sesuatu yang menyeronokkan.Contohnya, jika saya membeli rumah untuk disewakan, saya akan meminta dari bank untuk membayar tahun yang paling maximum supaya positif cashflow saya akan lebih besar.Jika bank menawarkan sampai 40 tahun pembayaran, memang itulah yang terbaik berbanding 30 tahun sahaja yang saya dapat.Jika saya membuat loan ASB dari mana-mana bank saya mesti kena pilih bank yang menawarkan tahun pembayaran yang lebih tinggi dan nilai interest yang lebih rendah supaya saya dapat memaksimumkan keuntungan saya.Contoh yang lain adalah dengan membuat overdraf dan menggunakan kad kredit sebagai modal untuk membeli barang, menjual barang tersebut dan membayar semula kepada bank dengan kadar interest yang paling minimum.Pendek kata, mereka yang celik tentang ilmu kewangan akan menggunakan hutang kepada bank sebagai leverage untuk menjana keuntungan berbanding orang lain yang menggunakan kad kredit untuk membeli barangan yang tidak diperlukan kemudian membayarnya dengan hasil keringat mereka.

Robert Kiyosaki sendiri mengaku dalam buku beliau yang mengatakan dia mempunyai hutang berbillion USD tetapi dia juga mempunyai positif cashflow yang berbillion juga.Selagi dia boleh menggunakan OPT dan OPM dan mempunyai positif cashflow, sebenarnya perniagaannya lah yang akan membayar semua hutang-hutangnya dan bukannya datang dari hasil keringat beliau.Kita mesti ingat bahawa duit di dunia tidak akan pernah habis dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang bijak mengambil peluang.Orang yang tidak tahu menganggap mereka perlu bekerja untuk mendapatkan duit tapi sebenarnya duit boleh datang kepada kita tanpa perlu bekerja.Duit itu boleh kita gunakan untuk bekerja kepada kita.Dalam bahasa mudahnya kita boleh ibaratkan duit itu adalah daun daripada pokok tongkat Ali dan pokok tongkat Ali ini hanya ditanam oleh kerajaan.Jika ada orang yang cuba menanam pokok tongkat ali ini adalah salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.Apa yang boleh kerajaan lakukan jika permintaan terhadap daun tongkat Ali ini bertambah adalah dengan menambahkan bilangan pokok tongkat Ali yang mereka ada.Duit hanya boleh dicetak sebanyak mana yang kerajaan mahukan dan bank juga tidak bergantung kepada simpanan kita untuk beroperasi kerana mereka boleh mendapatkan duit ini dengan mudah dari kerajaan.Cuma duit yang banyak ini hanya dianugerahkan kepada mereka yang bijak mendapatkannya dan menukarkannya kepada aset.Aset inilah yang akan digunakan untuk membayar hutang tersebut.Sebab itu terjadinya golongan kaya dan golongan miskin.Perbezaan golongan ini hanyalah seorang tahu pasal duit dan seorang lagi tak tahu pun apa itu duit dan tak tahu pun sejarah duit.

Kesimpulannya, saya tidak akan menggunakan duit simpanan saya untuk berniaga.Saya akan menggunakan duit bank.Saya akan membeli sampai 10 biji rumah dan kesemuanya akan menggunakan duit bank.Saya tak perlu tergesa-gesa nak bayar cepat-cepat pasal penyewa saya yang akan membayarnya.Jika saya mati awal sebelum hutang saya terlunas, insurans yang akan membayar semua 10 biji rumah saya dan anak isteri saya akan mendapat 10 biji rumah secara free sahaja.Sebab tu saya merancang nak hantar anak saya sekolah pondok sahaja pasal dia tak perlu bekerja makan gaji untuk hidup di dunia.Dia boleh menjadi ustaz dan berceramah tetapi dalam masa yang sama boleh hidup hasil dari kutipan rumah sewa.Saya juga bercadang untuk membeli tanah dengan membuat pinjaman bank agro.Hasil tanaman kelapa sawit yang akan digunakan untuk membayar bulanan bank.Pendek kata, gunakanlah duit bank untuk mempercepatkan kita kaya.Duit simpanan kita nak buat apa?Sedekahlah pasal lagi banyak kita sedekah lagi banyak yang Allah akan ganti balik.

"Kita takkan boleh menjadi kaya tanpa sedekah dan zakat"

Wassalam.        

No comments:

Post a Comment