Tuesday 14 January 2014

Apa maksud cashflow?

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini, saya akan bercerita tentang maksud cashflow yang banyak saya gunakan istilah ini dalam posting-posting saya yang lepas.Sebenarnya apakah maksud cashflow ini?Cashflow dalam bahasa Melayu adalah aliran tunai samaada aliran tunai masuk ataupun aliran tunai keluar.Mengapa perlunya kita tahu dan faham tentang cashflow ini?OK.Mari saya terangkan betapa pentingnya pemahaman tentang cashflow sebelum kita bermula untuk berniaga atau mengumpul aset.

Saya mulakan cerita tentang cashflow yang tenat ataupun sakit.Seperti yang sahabat semua tahu bahawa cashflow saya sebelum saya memahami tentang pendidikan kewangan adalah sangat teruk kerana saya membayar liabiliti dengan menggunakan duit gaji.Ini juga adalah contoh cashflow bagi setiap pekerja makan gaji yang biasa kita kenal ataupun tahu.

Pendapatan (duit gaji)=======> libiliti (personal loan,kereta,rumah sewa,perbelanjaan harian)

Apa yang Aziran cuba tolong adalah dengan meminta saya membaiki dahulu cashflow saya sebelum mula terlibat dengan dunia hartanah dan perniagaan.Kenapa?Bank cukup suka kepada orang yang mempunyai cashflow yang bagus.Kita perlu faham bahawa kita sebagai penghutang adalah aset kepada bank iaitu pemberi hutang.Jika ada hutang kepada bank yang sangkut walaupun 1 bulan rekod kita tak baik untuk bank yang menganggap kita bukanlah aset terbaik mereka.Kita perlu menjadi aset yang terbaik untuk bank supaya mudah kerja kita nanti nak buat pinjaman.Kalau kita adalah aset terbaik bank nak buat loan rumah sampai 5 biji pun tiada masalah pasal bank tahu kita tiada masalah untuk maintain payment kepada mereka setiap bulan.

duit gaji =======> liabiliti (bayar kepada bank untuk sewa rumah, sewa kereta, dan sewa duit bank)
bank     =======> asset (apabila adanya kita yang boleh memberi duit tiap-tiap bulan kepada bank)

Jadi setiap kali kita membayar kepada bank atas semua benda yang kita hutang sebenarnya ia adalah liabiliti kepada kita.Tapi bagi bank, kita adalah aset mereka apabila tiap-tiap bulan kita kena bayar duit kepada bank.

duit gaji ========>simpan dalam bank (simpanan kita adalah aset kita)
bank     ========>liabiliti (simpanan kita adalah liabiliti kepada bank kerana mereka perlu memberi                                     dividen atas simpanan kita

Cuba ingat kembali maksud liabiliti dan aset

Kenapa peniaga lebih mudah membuat loan berbanding pekerja makan gaji swasta? Kenapa kakitangan kerajaan lebih mudah buat loan daripada peniaga?

Semua pertanyaan ini boleh dijawab dengan penilaian bank kepada 3 golongan ini.Bank menilai pekerja makan gaji swasta adalah lebih berisiko untuk tidak mempunyai rekod bayaran bulanan yang baik.Pendek kata pekerja makan gaji swasta adalah aset yang berisiko kepada bank. Golongan peniaga adalah golongan berisiko yang kedua kerana walaupun aliran tunai keluar masuk setiap hari daripada perniagaan tetapi kemungkinan untuk perniagaan itu bermasalah tetap ada.Golongan yang boleh menjadi aset paling berharga kepada bank adalah kakitangan kerajaan kerana dilakukan pemotongan gaji terus kepada bank dan kerja yang terjamin oleh kerajaan.Saya adalah golongan yang paling berisiko kepada bank dan saya perlu mengubah penilaian bank bahawa saya adalah aset mereka yang paling berharga dengan menjaga pembayaran kepada bank dan mempunyai aset yang boleh digunakan untuk membayar kepada bank.Oleh itu diminta sahabat semua pergi ke bank negara (kat Penang pun ada) untuk print CCRIS kita.Dalam rekod CCRIS segala hutang dan kedudukan payment kita setiap bulan ada tercatat dalamnya.Pastikan rekod CCRIS kita cantik sebelum membuat pembelian rumah kedua bagi menambah aset kita.

Apa yang boleh saya buat sekarang adalah dengan mengurangkan hutang saya terlebih dahulu kepada bank.Saya perlu clearkan dulu semua hutang personal loan dan kereta yang mengacau nilai cashflow saya setiap bulan kepada bank.Apabila dah setel, kita perlulah tunjukkan yang kita mempunyai positif cashflow hasil daripada rumah sewa, hasil perniagaan dan hasil pertanian kita.Dengan menunjukkan nilai income yang datang daripada aset kita, bank akan menilai kita sebagai aset mereka yang terbaik dan kurang berisiko menjadi peminjam yang ingkar.Apabila kita telah mencapai reputasi yang sebegini barulah kita boleh menambah aset kita dengan membuat pinjaman kepada bank seperti membeli tanah dan menambah rumah.

Cashflow orang kaya

aset (rumah,tanah,duit simpanan) =====> memberi pendapatan kepada mereka.pendapatan ini                                                                          digunakan untuk membayar liabiliti.

Nasihat Robert Kiyosaki: " Belilah aset yang boleh membayar liabiliti".Contohnya, belilah ladang kelapa sawit yang boleh membayar kereta Nissan Fairlady setiap bulan.Jangan gunakan duit gaji untuk membayarnya.

Jadi secara kesimpulannya, pastikan cashflow kita cantik setiap bulan.Berkawan rapat dengan bank dan bina reputasi yang baik dengan bank supaya bank akan memudahkan kita membuat pinjaman.Bila dah terbinanya reputasi yang baik, buatlah loan untuk membeli aset dan gunakanlah hasil daripada aset kita untuk membeli kemewahan yang kita idamkan tu (superbike,sport car,banglo).Bank adalah sahabat terbaik orang kaya kerana dengan adanya bank, mereka boleh menjadi kaya dengan lebih cepat berbanding menyimpan modal sikit demi sikit.

Wassalam.

8 comments:

  1. Dalam komuniti kami x pakai cash , kami pakai buah pisang jer .

    Macam mana yer , tolong tuan tunjukkan .

    ReplyDelete
  2. taukey umpun umpun...14 January 2014 at 23:00

    rokok tukar dengan pisang boleh dak??

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas pengkongsian👍👍👍👍

    ReplyDelete
  4. terima kasih kembali.semoga bloq ini bermanfaat untuk hidup sahabat

    ReplyDelete
  5. Terima kasih dengan perkongsian tuan, saya pun berminat dan mmbaca buku robert kiyosaki

    ReplyDelete
  6. jadi untuk membuat cashflow kita lebih baik kita mestilah bijak dalam mengurus wang betul tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...berapa banyak gaji tak penting...yang penting macam mana nak uruskan gaji..

      Delete