Assalamualaikum sahabat semua,
Pada kali ini saya akan bercerita tentang pengalaman saya menghadiri kursus keusahawanan Dr Azizan Osman di Sunway Karnival, Seberang Jaya pada 5/1/2014 yang lepas.Sebelum saya bercerita tentang kursus itu, saya akan bercerita dahulu macam mana saya boleh tergerak hati nak pi kursus ni.Minggu lepas hari Ahad 29/12/2013, saya berasa amatlah boring duduk meniaga kat Padang Serai kerana orang kurang pada hari tu.Mungkin ramai yang berhabis untuk kelengkapan sekolah anak jadi kurang la sikit yang keluar untuk shopping pakaian ni.Jadi saya pun bawak anak jalan-jalan kat situ untuk beli surat khabar bagi mengisi masa saya menunggu customer.Saya membeli Harian Metro.Baca punya baca akhirnya sampailah ke helaian iklan Seminar Keusahawanan 2014 yang akan diadakan di Sunway Karnival Seberang Jaya pada 5/1/2014.Melihat saja no telefon saya terus call dan petugas Richwork bagitau saya yang kalau saya mendaftar seorang diri saya kena bayar RM50.Tapi kalau saya membawa 2 orang lagi kawan ketiga-tiga orang akan mendapat free sahaja.Perdaftaran pula saya kena lakukan secara online. Saya terus telefon Romzi dan minta dia ikut bersama saya.Dia pun setuju nak ikut dan begitu juga dengan rakan sekerja saya iaitu Pak D.Jadi saya pun teruslah daftarkan nama, no kad pengenalan dan no telefon mereka sebagai syarat pendaftaran dan Richwork akan menghantar satu SMS yang akan digunakan sebagai tiket untuk masuk ke dalam seminar ini.Sebenarnya saya memikirkan Romzi dan Pak D adalah dengan harapan selepas menyertai seminar ini mereka akan lebih berjaya dalam perniagaan mereka.Romzi terlibat dengan supply barang ke koperasi sekolah dan Pak D pula bisnes ambil upah menjahit baju.Sudah tentulah isterinya yang jahit dan bukannya Pak D.Pak D mungkin hanya tahu mengoyak atau mengunting sahaja.Hehe.
Saya pun bagitaulah kat isteri dan dia bersetuju untuk membenarkan saya pi ke seminar ni (eh..bukan saya ni manager ker?..huhu).Isteri saya pun telefon la kat adik dia di Penaga supaya mai Padang Serai pada hari seminar tu berlangsung untuk menolongnya berniaga di sana.Masa pun berlalu dan pada waktu malam 4/1/2014 saya mendapat message dari Det yang dia yang akan pi ke seminar tu mengantikan Romzi pasal Romzi ada kat kampungnya di Baling.Saya cakap kat Det "OK.esok aku pi ambik hang kat rumah".Dia cakap balik "Tak susah ka nak pi ambik dia pasal aku nak kena pi Padang Serai dulu buka barang berniaga pastu patah balik ambik dia".Saya cakap ok jek.Memang saya perlu bangun awal pun pasal pendaftaran bermula dari pukul 7.00 pagi sampai 8.00 pagi.Pada hari Ahad lepas 5/1/2014 saya bangun pada pukul 6.00 pagi.Solat subuh dan doa supaya semua benda berjalan dengan lancar & dimurahkan rezeki.Saya pun bertolak lah ke Padang Serai.Dalam perjalanan ada 2 eksiden kat Sungai Seluang yang menganggu perjalanan saya.Jadi saya terus telefon Det bagitau yang saya tak sempat nak ambik dia dan minta dia pi sendiri ke Sunway Karnival.Lepas turunkan semua barang meniaga dan pasang kanopi, saya terus meninggalkan isteri untuk susun barang.Kesian gak kat dia kena tinggal sorang-sorang dengan anak saya Amsyar.Adik ipar saya pula on the way dari Penaga pada masa tu.Tak pelah.Seminar punya pasal.Hehe.
Saya pun terus pi ambil Pak D kat Taman Mahsuri dan terus ke Sunway Karnival.Bila sampai ja kami terus berjumpa dengan Det.Punya la ramai manusia yang nak menghadiri seminar tu.Macam-macam gaya,cara,pakaian,ragam dan sebagainya.Tapi boleh dikatakan 99.9% adalah orang Melayu.Ini yang saya bangga kerana dalam diam sebenarnya Orang Melayu sudah mula mahu bangkit dan menceburi bidang perniagaan.Dan kebanyakkannya saya tengok dari segi penampilan, mereka ini adalah golongan yang tidak mempunyai pelajaran yang tinggi,pakaian pun agak selekeh saja (samalah dengan saya pi seminar pakai selipar saja.Hehe), dan yang paling best siap ada yang berkerusi roda lagi yang pi.Dari anak muda sampailah ke yang dah tua yang boleh saya panggil tokwan pun ada juga dalam seminar ni.Jadi syukur saya kepada Allah kerana telah membuka ramai minda orang Melayu untuk datang menuntut ilmu berkenaan dengan dunia usahawan dan bisnes.Dan minda saya juga lagi terbuka apabila mendapati mereka yang berpakaian selekeh ni sebenarnya mempunyai income bulanan yang gila-gila punya.Ada sorang abang ni jual ubat pening kepala kat Sungai Petani income bulanan dia RM15k.Itu pun dia buat secara online sahaja.Ada pula makcik sorang ni income bulanan RM40k dengan hanya menjual barangan Avon.Yang bestnya depa ni boleh pula bagitau income bulanan saya RM15 ribu SAHAJA. Income bulanan saya RM40 ribu SAHAJA.Ada juga yang bagitau income bulanan adalah RM350 ribu SAHAJA Dan dalam tu juga Dr Azizan menceritakan income Hanny Julia Haron Tauke Petronas R&R Seremban sebulan adalah RM3 juta sebulan SAHAJA.Fuiyo...ini jual minyak ka jual emas ni sampai 3 Juta sebulan.Syarikat tempat saya makan gaji nak dapat RM100 ribu sebulan pun dah terketar-ketar macam orang tua nak mampus jek.Patutnya semua HOD kena pi seminar ni barulah terbuka mata mereka untuk menjadikan syarikat ni berjaya.Income perniagaan pasar malam saya untuk 2 hari Sabtu dan Ahad pun hanyalah RM300-RM400 SAHAJA.Huhu..kerdilnya saya rasakan kalau nak banding dengan pakcik makcik yang rasanya lulus SPM je kot.
"Kawan-kawan sekalian yang ada degree professional, income bulanan korang berapa SAHAJA yek?"
Jadi barulah saya menyedari bahawa sebenarnya ramai Orang Melayu yang dah berjaya mendapatkan income yang gila-gila punya sebulan.Ini bukannya income dari MLM yang kena cari orang dan menipu baru ada income (tak semua MLM ni mengarut.ada yang ok sebenarnya).Ini adalah income yang datang daripada hasil perniagan sahaja.Dengan menghadiri seminar ini lagi lah membuak-buak semangat saya untuk terus berjaya dan menjadi seorang yang kaya di dunia dan dalam masa yang sama kaya di akhirat.Dalam seminar ini Dr Azizan banyak bercerita tentang pengalaman beliau terlibat dengan perniagaan.Tapi sebenarnya saya tak boleh ceritakan pasal dah sign borang yang kita tak boleh ambil gambar,buat rakaman dan sebarkan ilmu Dr Azizan tanpa kelulusan.Saya tak mahu dikenakan tindakan undang-undang jadi rasanya tak perlulah saya share apa yang saya belajar.Cuma apa yang saya boleh kongsikan Dr Azizan menyuruh kita menjadi kaya supaya boleh banyak lagi bersedekah kepada orang yang miskin.Dia mengenali dermawan senyap yang banyak menyumbang kepada pembinaan masjid dan rumah anak-anak yatim yang tidak dihebohkan kepada media dan orang ramai.Dia juga sependapat dengan saya dalam bab ayat Al-Quran yang menyuruh kita mengerjakan solat dan menunaikan zakat.Maknanya, Allah SWT menyuruh umat Islam menjadi kaya supaya semua umat Islam boleh menunaikan zakat.Dia juga berkata kekayaan datang kepada kita selepas kita memberi iaitu kita perlu bersedekah dahulu kemudian barulah Allah SWT akan mengantikannya dengan yang lebih banyak lagi.Macam saya sekarang, saya tidaklah mempunyai duit yang banyak sangat.Jadi apa yang saya boleh buat adalah sedekahkan ilmu saya kepada mereka yang berniat untuk menjadi kaya di dunia dan di akhirat.
Selepas seminar, saya ditawarkan untuk menghadiri kursus marketing dengan harga RM997 sahaja.Harga sebenar adalah RM1997 dan Richwork memberi baucer potongan RM1000 kepada peserta seminar.Untuk menghadiri kursus ini saya masih lagi belum bersedia daripada segi kewangan, ilmu dan mental.Insya-Allah saya akan bersedia pada tahun depan.Saya perlu menyediakan soalan yang tepat kepada seorang mentor yang tepat supaya jawapannya boleh menyelesaikan masalah saya dengan tepat.Cuba sahabat semua bayangkan jika saya bayar kursus RM997 dan bila time tanya soalan, saya bertanya saya "Dr Azizan, cuba doktor berikan satu contoh bisnes yang boleh menjadikan saya kaya raya dalam masa yang cepat?".Soalan ini mungkin bagi saya adalah soalan bodoh tapi sebenarnya soalan inilah soalan yang paling femes orang akan tanya.Saya tak mahu bayar RM997 kemudian tanya soalan ini kepada Dr Azizan.Saya perlu mencari ilmu dahulu kemudian barulah bertanya.Ia akan lebih berkesan bagi saya selepas menghadiri kursus tersebut.Yang paling best saya mendapat buku beliau secara free sahaja yang bernilai RM25.Buku tu masih belum sempat saya baca lagi pasal saya ada dalam 5 buah buku yang tengah dok tunggu turn untuk saya baca.Membaca dalam bahasa Inggeris ni biasalah perlukan pemahaman yang lebih dan teliti supaya segala ilmunya boleh terus melekat dalam kepala.
Wassalam.
Hello Bro ......Lu Punya cerita macam kartun .
ReplyDeleteSapa Pak D ?......ahli muzik
Sapa Romzi ?...........penarik beca
Kalau nak kaya kena ada DUIT
D- Doa
U- Usaha
I- Iktiar
T- Tawakal
sahabat semua boleh la ikut nasihat beruk ni yek...kalau sahabat semua nak ikut la...beruk ni kompom dah jutawan...sebab tu dia bleh cakap cerita aku tulis macam kartun...apa yg saya share hanyalah pengalaman saya sahaja dalam usaha untuk berjaya...pada sesiapa yang tak suka tak perlulah baca...buang masa korang jek...
ReplyDelete