Monday 20 January 2014

Muflis Atau Bankrup Dalam Masyarakat Kita

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini, saya cuba mengulas tentang masalah muflis di kalangan masyarakat kita terutamanya orang Melayu. Sebenarnya, dah lama saya nak tulis pasal masalah ni selepas membaca satu artikel dalam surat khabar Metro berkenaan orang yang muflis ni.Ditambah pula dengan isu Robert Kiyosaki yang dikatakan muflis pulak jadi memang cukup kena la tajuk muflis ni dengan posting saya yang sebelum ni.Mereka yang berdepan masalah muflis akan menyebabkan harta benda dibekukan dan berdepan kehilangan kerja jika berkhidmat di sektor kerajaan.

Menurut Metro, berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi, purata 60 penduduk di negara kita diistiharkan muflis setiap hari. Ini bermakna dalam sebulan mencecah 1800 orang atau 21,000 orang dalam setahun.Sepanjang 9 bulan pertama 2013, 16,306 orang diistiharkan muflis dari 27,432 petisyen kebankrapan yang difailkan di mahkamah oleh institusi kewangan negara kita.Kebanyakkan kes melibatkan golongan tenaga kerja aktif yang berusia 35 tahun hingga 44 tahun.

Jumlah kes kebankrapan (muflis) di Malaysia

2007                  13,238 kes
2008                  13,855 kes
2009                  19,167 kes
2010                  19,575 kes
2013 (Jan-Sept)  16,306 kes

JUMLAH           82,141 KES

Penyebab Seseorang Berdepan Risiko Muflis
  1. Sewa beli kenderaan         30,451 kes
  2. Pinjaman perumahan        20,529 kes
  3. Pinjaman peribadi             18,053 kes
  4. Pinjaman perniagaan         14,431 kes 
Dalam statistik ni tak la pulak diceritakan jumlah orang yang muflis berdasarkan kaum tetapi saya boleh agak sudah tentu yang paling ramai muflis adalah kaum Melayu iaitu kaum saya sendiri.Kaum sayalah yang paling banyak suka menunjuk-nunjuk apabila boleh menggunakan kereta mewah kepada kawan-kawan, kaum saya juga yang mengatakan rumah yang depa sewa daripada bank adalah rumah sendiri dan boleh pula buat personal loan untuk renovate rumah bank tu.Kaum saya juga yang guna personal loan untuk melancong dan membeli barangan mewah.Semuanya adalah kerana kaum Melayu tidak tahu menggunakan duit sebagai pelaburan dan hanya tahu menghabiskan duit untuk kemewahan yang sementara tu.Saya sendiri amatlah tergedik-gedik nak pakai superbike.Walaupun saya tahu saya mampu untuk bayar bulan-bulan tapi saya juga tahu superbike saya adalah liabiliti.Jadi buat apa saya nak beli.Saya perlu bersabar, tunggu dapat hasil dari kebun kelapa sawit dahulu supaya hasil kelapa sawit boleh digunakan untuk membayar superbike saya.Inilah baru tindakan orang yang tahu tentang aset dan liabiliti dan tahu tentang pendidikan kewangan.

Kaum Cina juga ada yang muflis dan boleh diagak mereka yang muflis adalah mereka yang membuat pinjaman perniagaan.Ada satu cerita benar yang melibatkan seorang tauke Cina dalam bidang permesinan mekanikal yang terpaksa sekarang ni hidup di Thailand kerana nak lari daripada hutang supplier dan hutang Ah Long.Ah Long telah pun pi rumah dia dan memecahkan kereta Audi dia dan ugut nak bunuh anak bini dia.Oleh kerana takut, jadi dia lari ke Thailand.Kawan-kawan semua, kaum Cina dan kaum India masih boleh lari ke negara China dan India jika ada masalah di Malaysia.Kita sebagai kaum Melayu nak lari kemana?Ke Indonesia ka?Korang pikir lah sendiri.Kalau dalam perniagaan, memang ada pasang surutnya.Ramai juga kaum Cina yang berniaga tetapi tak menjadi dan tutup kedai tetapi mereka akan bangkit kembali dengan menggunakan nama bini atau nama anak mereka pula untuk mula berniaga semula.Tetapi untuk orang Melayu, bila dah bankrup semua benda terus jadi kelam.Mereka seperti mayat hidup ataupun seperti mereka yang hidup dalam koma.Nak beli apa pun tak boleh.Semua kena beli dengan cash tanpa boleh berhutang.Inilah masalahnya apabila kaum Melayu hanya tahu mencari duit melalui cara makan gaji sahaja.Kita tak pernah mahu berubah untuk menjadi peniaga sedangkan Nabi Muhammad SAW adalah seorang penternak dan peniaga.Kenapa kita tak boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi kita sendiri.Kedatangan Islam ke Tanah Melayu juga adalah hasil daripada dakwah yang dibawa oleh pedagang dari Tanah Arab.Jika Islam tak datang melalui cara perniagaan, sudah tentu kita masih lagi dok sembah berhala.

Kita juga perlu bezakan tentang muflis kerana muflis terdapat 2 iaitu personal muflis ataupun syarikat yang muflis.Sebagai contoh, jika saya membeli kereta mewah, menggunakan nama saya sebagai pembeli kemudian tidak mampu membayar kereta itu, nama saya yang akan diistiharkan sebagai muflis.Tetapi jika saya mempunyai sebuah syarikat sendirian berhad yang mempunyai lembaga pengarah dan lengkap dengan carta organisasinya.Nama saya tiada dalam syarikat tu, yang ada hanyalah meletakkan saya sebagai pelabur ataupun pemegang saham terbesar.Pihak syarikat membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta mewah dan menggunakan nama syarikat.Tetiba syarikat tidak mampu membayar kereta mewah tu dan difailkan syarikat itu muflis.Saya hanya kerugian modal kerana saya adalah pelabur yang memegang saham terbesar tetapi muflisnya syarikat itu tidak ada kaitannya dengan saya.Saya tidak muflis.Yang muflis hanyalah syarikat.Inilah yang terjadi kepada Robert Kiyosaki.Robert tidak muflis.Yang muflis hanyalah salah satu daripada syarikatnya sahaja.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment