About Me

Nama saya Iqbal.Saya menulis di blog ini dengan tujuan untuk berkongsi segala apa sahaja ilmu yang saya pelajari dengan sahabat semua sebagai bekalan saya di sana nanti.

Jadi blog ini kebanyakkannya berkisar dengan aktiviti harian,pengalaman,hobi, atau apa sahaja ilmu bermanfaat yang saya boleh kongsikan dengan semua.

Saya boleh disifatkan sebagai seorang yang suka mempelajari sesuatu ilmu yang baru setiap hari.Memiliki hobi yang pelbagai jenis kerana pekerjaan saya sebagai seorang jurutera amat memberi tekanan yang tinggi dalam hidup saya.Jadi saya perlukan pelbagai hobi dan aktiviti untuk merehatkan minda dan fizikal.

Selain itu,saya juga adalah insan yang mudah didekati dan mampu untuk mengadaptasi dengan suasana sekeliling namun hanya peramah dengan kawan yang sudah saya betul-betul kenal sahaja.Jadi saya tiada masalah berkawan dan bertegur sapa dengan sesiapa sahaja.

Saya boleh diibaratkan sebagai insan yang mempunyai perwatakan yang simple dan bebas.Segala apa yang saya belanjakan samaada untuk pengalaman,hobi atau barangan harian saya tidak perlu disesuaikan dengan jawatan saya.Jadi tak perlulah sahabat semua pelik kalau ada coretan yang saya tulis macam tak padan dengan gaji atau jawatan saya.Sebab itulah, ramai orang yang mengenali saya merasakan saya adalah insan yang mudah didekati dan simple sahaja.

Setakat itu sahaja pengenalan kepada diri saya.Terima kasih kepada semua dan jangan lupa follow blog saya ini.Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment