Tuesday, 15 December 2020

Pengalaman Berkhemah/Camping di Uda Sedim Campsite Karangan, Kedah

 Assalamualaikum sahabat semua.

Pada kali ini aku nak share pengalaman aku camping bersama-sama anak-anak aku iaitu Amsyar dan Ammar di Uda Sedim Campsite kat Karangan, Kedah.Ceritanya bermula apabila anak-anak dah mula rasa seronok main api dan mandi air terjun sambil berkhemah.Setiap minggu asyik tanya saja minggu ni nak pi camping kat mana pulak selepas kami camping kat Denai Kabus baru-baru ni.Jadi aku pun mula la cari mana campsite yang dekat dan selamat untuk kami camping anak-beranak.Akhirnya jumpalah satu tempat kat Sedim ni nama dia Uda Sedim Campsite.Jadi aku pun call la owner dia nama Syukri untuk tempah slot tapak khemah.Details no telefon korang ambil kat gambar di bawah.


Kat sini Syukri bagitau ada 2 tapak yang boleh kita sewa.Satu tapak yang takde bumbung maksudnya korang kena open flysheet untuk elak khemah basah waktu hujan lebat.Ada 1 lagi tapak yang memang ada bumbung penuh.Tapak ni korang kena bayar tambahan RM40 untuk satu tapak.Jadi takdelah air masuk khemah bila hujan.Harga kat sini dia ikut kepala.Untuk dewasa RM15 satu kepala dan kanak-kanak bawah umur 12 tahun RM10 satu kepala.Pastu kena bayar parking kereta RM3 untuk 1 hari.



















Aku juga ada ajak kawan aku Fadhil untuk sama-sama merasa pengalaman camping bersama anak-anak.Last kami camping kat Pantai Pasir Tengkorak Pulau Langkawi masa kami baru habis SPM.Lama gila dah kan.Jadi sajalah boleh camping bersama lagi best dari camping anak-beranak saja.Aku stay kat sini 3 hari 2 malam dan Fadhil stay 2 hari 1 malam.Aktiviti kat sini biasalah rehat-rehat, masak,mandi sungai,main api,memanah,jalan-jalan dan kami juga ada pergi ke Tree Top Walk untuk jalan-jalan kat situ dengan bayaran RM10 satu kepala untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.

Kat sedim ni kawan aku Faizal Azemi yang selalu berkhemah bawah rakan muda di sini pesan kat aku kalau nak camping di Sedim ni jangan bakar ayam golek 1 ekor.Kalau ayam tu kita potong ok jek takpe.Kisahnya kat sini dulu ada pawang yang buat perjanjian dengan makhluk halus di sini supaya jangan kacau orang kampung situ.Jadi dia akan jamu ayam golek sebagai ancak atau habuan makhluk tu.Jadi Faizal bagitau kalau depa bakar ayam golek sekor-sekor mesti hilang ayam tu tak tahu pergi mana.Kalau bakar 3 ekor hilang 1 ekor.Aku tak tau cerita ni betul ke tidak tapi kalau korang nak try boleh la.

Apa yang aku tau masa aku tidur kat sini pada malam pertama ada sorang jiran ni nama M camping kat sini jugak.Dia outdoor punya orang.Camping solo dan tidur dalam hammock saja.Mula aku ingatkan laki rupanya perempuan.Tapi dia bagitau dia memang dah biasa dan slalu jadi guide masuk hutan ke gunung Stong.Jadi sebab tulah dia relek jek camping sorang walaupun pompuan.Sembang punya sembang dia tanya aku camping 1 family ka.Aku cakap la camping aku dengan anak-anak Amsyar dan Ammar.Pastu M tanya bini pi mana?Aku cakap la bini tak ikut pasal jaga Alya yang masih kecil.Tak sesuai sangat nak bawak mai camping.Sekali M sebut eh bukan malam tadi ada bini ka kat khemah pasal dia nampak memang ada pompuan yang join khemah kami.Hah sudah.Pompuan mana pulak ni.Aku cakap mana ada pompuan.Kami jek.Pastu terus M ubah cakap mungkin dia silap tengok sedangkan malam tu khemah aku paling hujung mana ada orang lain camping sebelah khemah aku.Bila pikir balik patutlah malam pertama aku tak boleh tidur rasa macam ada orang dok perhati.Lepas baca ayat Kursi baru hati tenteram sikit dan tidur lena.Jadi kalau nak camping di Sedim memang kena hati-hati pasal memang tempat dia.Hehe.

Wassalam.



1 comment: