Assalamualaikum sahabat semua,
Untuk posting saya pada kali ini saya akan mengulas tentang buku Built To Sell yang dikarang oleh John Marrillow.Secara umumnya, buku ini ditulis untuk membantu kita membina satu perniagaan dan kemudiannya apabila kita mahu menumpukan masa kita untuk bersara, kita boleh menjual bisnes kita dengan harga yang tinggi.Buku ini dikarang seperti saya membaca novel sahaja. Ia memaparkan tentang kehidupan sebenar seorang tauke (Alex) yang pening kepala melayan karenah pelanggan, pekerja dan menguruskan kewangan syarikat. Kemudian Alex berjumpa dengan Ted untuk meminta nasihat daripadanya.Alex bercadang untuk menjual syarikatnya setelah dia rasa yang dia sudah tidak dapat lagi mengawal keupayaan syarikatnya untuk bersaing dengan pesaing yang lain.Antara nasihat Ted adalah
Bagaimana untuk membina bisnes yang boleh beroperasi tanpa kita?
1-Mengasingkan produk atau servis yang mempunyai potensi yang boleh diukur.
- sistem yang senang untuk pekerja/pelanggan ikut
- produk bernilai di mata pelanggan
- produk yang memerlukan pelangan membeli berulang kali
2-Membina syarikat yang mempunyai positif cashflow
3-Mengupah pasukan yang berpotensi untuk membuat jualan
4-Berhenti daripada menjual segalanya yang boleh dijual
5-Melancarkan insentif plan untuk jangka masa panjang kepada pengurus
6-Mencari broker yang bagus
7-Memberitahu pihak pengurusan tentang hasrat kita untuk menjual syarikat
8-Memilih tawaran yang datang dengan melakukan jualan secara lelong untuk mendapatkan harga jualan syarikat yang paling tinggi.
Nasihat daripada Ted untuk membina syarikat
- Don't generalize, be specialize. Kalau kita fokus pada satu bidang dan mengupah tenaga pakar yang arif tentang bidang tu, kualiti kerja kita akan bertambah dan kita dapat bersaing dengan pesaing kita.
- Terlalu bergantung kepada satu pelanggan sahaja amatlah berisiko kerana boleh menutup peluang untuk pelanggan lain yang berpotensi. Pastikan tiada pelanggan yang menyumbang lebih dari 15% wang perolehan (revenue) syarikat.
- Memiliki sistem membuatkan kita lebih yakin dan mudah untuk mengawalnya.Kita mesti faham apa yang kita jual dan pelanggan akan lebih suka nak membeli dari kita.
- Jangan biarkan syarikat kita terlalu bergantung kepada kita. Jika pembeli melihat syarikat kita tidak boleh beroperasi tanpa kita mereka akan meletakkan harga yang rendah.
- Elakkan daripada negatif cashflow. Bila kita dah seragamkan servis kita, kita boleh meminta pelanggan kita membayar dahulu wang pendahuluan sebelum menggunakan servis kita.Ini akan menjana positif cashflow kepada syarikat.
- Jangan takut untuk berkata tidak kepada sesuatu projek.Buktikan kita serius untuk specialis dengan menolak kerja yang bukan dalam bidang specialis kita.Lebih banyak kita berkata tidak lebih banyak kita akan berjumpa dengan pelanggan yang betul-betul memerlukan khidmat kita.
- Ambil satu masa untuk menilai berapa ramai pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk kita.
- Dua orang jurujual adalah lebih bagus daripada seorang kerana selalunya mereka akan berlumba-lumba untuk melakukan jualan.Seorang jurujual hanya akan berpuas hati dengan kerjanya dan tiada saingan.
- Mengupah pekerja yang bagus untuk menjual produk, bukannya servis. Mereka akan lebih bagus untuk mencari bagaimana produk kita boleh memenuhi kehendak pelanggan berbanding mengubah produk kita supaya mengikut citarasa pelanggan.
- Pedulikan tentang untung dan rugi jika kita mahu membuat perubahan kepada syarikat . Selagi ada positif cashflow, kita takkan ambil masa yang lama untuk cover balik kerugian.
- Kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk memastikan syarikat kita bergerak seperti yang dirancang sebelum membuat keputusan untuk menjualnya.
- Membina pasukan pengurusan dan menyediakan isentif jangka masa panjang di atas kesetiaan dan kemajuan individu
- Mencari penasihat atau individu yang boleh menceritakan tentang syarikat kita secara details.
- Elakkan penasihat yang hanya menceritakan tentang syarikat kita kepada satu pelanggan sahaja.
- Berfikiran besar.Tulis 3 tahun perancangan bisnes yang boleh melonjakkan syarikat ini tanpa kehadiran kita.
- Jual lah syarikat kita kepada pelanggan dengan harga yang paling tinggi.
Sebenarnya, Robert Kiyosaki juga menasihatkan kita supaya mempunyai syarikat yang tidak memerlukan kehadiran kita sebagai tauke untuk beroperasi. Saya sendiri masih lagi tergolong dalam kuadran S- self employeed. Bisnes saya akan mati tanpa kehadiran saya di pasar malam. Insya-Allah.Pelan-pelan kayuh kerana saya memang mempunyai perancangan untuk mempunyai kedai dan pekerja sendiri.Sistem bar kod dan cctv diperlukan untuk mengawal pekerja supaya jujur dalam transaksi tunai. Walau apapun, jika kita mengupah pekerja yang tidak tinggal solat dan mempunyai pendidikan agama yang bagus, Allah adalah sebaik-baik pengawas alam semesta berbanding CCTV.
Wassalam
No comments:
Post a Comment