Assalamualaikum sahabat semua,
Untuk posting saya pada kali ini saya akan mengulas satu pertanyaan yang saya sendiri juga bertanya kepada saya sendiri iaitu "Adakah Berniaga dan Melabur Berisiko Tinggi".Robert Kiyosaki menjelaskan dalam bukunya bahawa "Mereka yang tidak mempunyai ilmu tentang sesuatu perkara adalah lebih berisiko daripada mereka yang mempunyai ilmu tentangnya"Contoh yang saya boleh bagi adalah jika ada sahabat saya menolak saya jatuh ke dalam sebuah kolam renang, saya hanya boleh tersenyum sahaja kerana saya boleh berenang.Tetapi apa akan jadi jika saya menolak rakan saya ke dalam sebuah kolam renang dan dia tidak tahu berenang.Sudah pasti dia akan panik dan berkemungkinan mati lemas.Bagi saya terjatuh ke dalam sebuah kolam renang adalah satu perkara yang tiada risikonya tetapi bagi sahabat saya, jatuh ke dalam sebuah kolam renang akan menentukan hidup dan matinya.Contoh lain yang saya boleh bagi adalah jika kita menyuruh seorang pilot membawa kereta di jalan raya.Pilot itu mesti akan berkata "Bahayalah bawa kereta ni,setiap masa mesti akan berlaku kemalangan jalan raya.Lebih selamat saya membawa kapal terbang kerana kadar kemalangan kapal terbang amatlah rendah dan boleh dikatakan pengangkutan yang paling selamat di dunia".Itu kata seorang pilot.Tetapi cuba jika saya diberi peluang untuk membawa kapal terbang, sudah tentu saya akan berkata bahayalah bawa kapal terbang ni.Kalau saya bawa confirm akan terhempas punya.Lebih selamat bawak kereta daripada bawa kapal terbang".Jadi sekarang sahabat semua faham kan risiko akan datang kepada mereka yang tidak tahu dan bersedia dengan sesuatu perniagaan ataupun pelaburan.
Sebenarnya, dalam dunia perniagaan tidak ada satu perniagaan pun yang seseorang boleh cakap kalau nak kaya buatlah apa yang saya buat.Contohnya, jika dia adalah taukey makanan, dia mesti akan menasihatkan kita supaya terlibat dengan perniagaan makanan kerana perniagaan ini lebih menguntungkan.Jika dia adalah seorang tauke ikan, dia akan mengajak supaya kita terlibat dengan perniagaan menjual ikan supaya boleh hidup senang.Jika dia adalah tauke kedai runcit, dia mesti berkata meniaga barang runcit ni lebih senang dan hari-hari akan dapat income.Pendek kata, berjaya atau gagalnya sesuatu perniagaan adalah bergantung kepada minat dan ilmu kita tentang perniagaan tersebut.Saya akui ilmu saya tentang perniagaan masih lagi jauh ketinggalan berbanding sahabat saya yang dah lama menjadi tauke dan menerima pelbagai cabaran.Oleh sebab itu saya bermula dengan langkah yang kecil dan sedikit demi sedikit supaya saya tidak jatuh sakit teruk jika saya menghadapi masalah dalam perniagaan.Ada orang yang akan terus berhenti kerja makan gaji dan fokus kepada business.Jika dia berjaya maka dia akan terus berjaya.Tetapi jika dia tidak berjaya berkemungkinan besar dia akan kembali kepada kerja makan gaji.Salah satu sebab utama kegagalan orang Melayu dalam business adalah hendak untung cepat dan malas belajar.Biarlah orang lain mengutuk saya kerana berniaga di pasar malam sahaja tetapi itulah realiti yang harus saya tempuhi iaitu orang Melayu lebih suka memberi komen yang negatif berbanding nasihat yang positif.Kerana wujudnya mereka inilah yang membuatkan orang Melayu tak maju-maju ke depan.Akhirnya ramai peniaga yang gulung tikar dan patah semangat dek asyik dok kena maki, sindir dan diperlekeh usaha kita untuk berjaya.Kita harus ingat kejayaan kita adalah kemanisan yang hanya kita dan keluarga kita sahaja yang rasa, tetapi kegagalan kita adalah kegagalan yang dinantikan oleh banyak lagi pihak yang lebih suka melihat kita jatuh.Sebab itu sudah menjadi budaya orang kita mentertawakan sesiapa yang jatuh.
Sahabat semua carilah perkara yang sahabat semua minat dan belajarlah bersungguh-sungguh tentang minat itu.Jika ayah saya minat membela,memberi makan,menjaga,menbuang tahi burung dan menjual burung belum tentu lagi saya juga berminat dengan penjualan burung.Bagi ayah saya membezakan jantan dan betina burung adalah satu benda yang paling senang untuknya, tetapi bagi saya sama saja jantan dan betinanya.Kalau nampak kemaluannya tersembul barulah senang nak tau.Ni hanya boleh dibezakan dengan warna bulu dan siulan sahaja.Mana lah saya tau. Bagi orang lain yang tidak tahu pasal burung mesti akan memperlekehkan ayah saya yang hanya menjual burung.Tetapi realitinya yang saya tau dompetnya tak penah kering, asyik tebal saja.Sebab tu dia mampu membeli jam Rado kerana nilai jam itu hanyalah sama dengan nilai 2 ekor burung Barau-barau atau merbah bidan.Apa yang penting kita jangan cepat sangat nak kejar kemewahan hasil dari perniagaan ni.Biar kita bertatih tetapi sedikit demi sedikit sebelum kita boleh berjalan dan berlari.Jangan bangun saja terus nak berlari, jika kita terjatuh pastu akan luka teruk.Jika nasib kita baik kita akan bangun kembali, jika kita tidak bernasib baik alamatnya bungkus la perniagaan kita.Rasanya bagi mereka yang sudah lama terlibat dengan perniagaan pasti mereka akan memahami maksud saya ini dan memahami kenapa saya bermula dengan langkah yang kecil.Banyak lagi ilmu yang saya masih belum masukkan ke dalam otak saya terutama pasal pelaburan hartanah dan tanaman kelapa sawit.Saya memerlukan masa untuk belajar dan bersedia sebelum saya terjun ke dalam dunia hartanah ini.Bila tiba masanya, datang lah ombak dan badai pasti saya akan dapat harunginya dengan tenang.Jika saya tidak bersedia datang ja angin sikit sudah pasti tanah tergadai rumah bersepai.
Wassalam
No comments:
Post a Comment