Assalamulaikum sahabat semua,
Untuk posting saya pada kali ini, saya akan menerangkan dengan lebih teliti berkenaan istilah "Rat Race" yang banyak Robert Kiyosaki sebut dalam buku-buku beliau.Apakah maksud sebenar "Rat Race" ini?
"Rat Race adalah apabila kita mengamalkan cara hidup dengan bekerja keras untuk mendapatkan wang tetapi menghabiskannya untuk liabiliti"
Kita ambil contoh saya sendiri yang dahulunya hanya bergaji RM1500 sebulan.Saya akan mendapat RM1300 sebulan masuk dalam akaun kerana RM200 akan ditolak untuk masuk ke dalam KWSP.Sila tengok perbelanjaan saya semasa saya bergaji seperti di atas
Rumah Sewa : RM 170 (liabiliti)
Loan RHB 1 : RM 500 (liabiliti)
Kereta : RM 310 (liabiliti)
Jumlah : RM 980
Baki : RM 320 (Inilah jumlah yang saya gunakan untuk makan, bil dan duit minyak)-juga liabiliti.
Kawan-kawan sekerja mungkin sekarang boleh faham kenapa kereta saya pada masa tu hanya bergerak 2-3 bulan sekali sampai bateri kereta pun boleh kong pasal tak bergerak.Pada masa tu juga saya jarang sangat memancing.Bila kawan-kawan ajak, dalam hati amatlah teringgin, tapi kalau saya ikut jugak memancing maknanya saya kena makan meggi atau nasi lauk telur mata jela untuk satu minggu.Saya menulis tentang kehidupan saya kerana ada kawan-kawan yang tidak tahu sejarah hidup saya yang mengatakan saya sekarang boleh la sembang kemas pasal nak jadi kaya sebab gaji sekarang dah besar.Kami ni yang gaji RM1000 ja sebulan nak buat macam mana kalau nak ikut menjadi kaya bersama dengan saya.Dalam banyak post saya yang sebelum ini juga saya dah terangkan banyak kali bahawa berapa banyak gaji kita tidak mempengaruhi hasrat kita untuk jadi kaya.Cuma masalah dari segi lambat atau cepat sahaja.Percayalah, saya juga pernah merasa kehidupan bergaji kecil seperti kamu juga.Sahabat semua ikutlah nasihat di bawah ni
Kawan-kawan sekerja mungkin sekarang boleh faham kenapa kereta saya pada masa tu hanya bergerak 2-3 bulan sekali sampai bateri kereta pun boleh kong pasal tak bergerak.Pada masa tu juga saya jarang sangat memancing.Bila kawan-kawan ajak, dalam hati amatlah teringgin, tapi kalau saya ikut jugak memancing maknanya saya kena makan meggi atau nasi lauk telur mata jela untuk satu minggu.Saya menulis tentang kehidupan saya kerana ada kawan-kawan yang tidak tahu sejarah hidup saya yang mengatakan saya sekarang boleh la sembang kemas pasal nak jadi kaya sebab gaji sekarang dah besar.Kami ni yang gaji RM1000 ja sebulan nak buat macam mana kalau nak ikut menjadi kaya bersama dengan saya.Dalam banyak post saya yang sebelum ini juga saya dah terangkan banyak kali bahawa berapa banyak gaji kita tidak mempengaruhi hasrat kita untuk jadi kaya.Cuma masalah dari segi lambat atau cepat sahaja.Percayalah, saya juga pernah merasa kehidupan bergaji kecil seperti kamu juga.Sahabat semua ikutlah nasihat di bawah ni
"Pelabur hartanah akan mengambil masa untuk menjadi kaya berbanding pelaburan yang lain, tetapi mereka yang terlibat dengan pelaburan hartanah pasti akan kaya"
Kemudian setelah berkahwin (mungkin juga rezeki kahwin dan anak) gaji saya telah meningkat dari RM1500 kepada RM2xxx.Perbelanjaan saya pun mula berubah seperti di bawah.
Rumah sewa : RM 170 (liabiliti)
Loan MBSB : RM 450 (liabiliti)
Loan RHB 2 : RM 300 (liabiliti)
Kereta : RM 310 (liabiliti)
Jumlah : RM 1230
Baki :RM 8xx (Inilah jumlah yang saya gunakan untuk makan,duit minyak,bil,)-juga liabiliti.
Sebenarnya kehidupan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin amatlah berbeza.Jika dulu tak ada duit boleh saja makan meggi, telur mata, ikan bilis.Tetapi selepas berkahwin takkan la nak jamu isteri makan itu jek.Keperluan anak-anak juga tidak boleh diambil mudah kerana keperluan anak sebenarnya melebihi keperluan makan. Contohnya bila time pampers anak habis.Ada duit ka tak ada duit ka mesti kena beli juga.Itu belum lagi masuk keluarga yang anak-anak mereka makan susu tepung.Saya bertuah kerana anak saya hanya mahu makan susu ibunya sahaja.Dia tak mahu makan susu tepung dan menggunakan botol susu. Saya juga akui bahawa balance RM8XX juga banyak saya habiskan dengan makan secara bermewah seperti subway (hanya hari Rabu pasal free 1.hehe), lamb chop (beli kat Giant yang dah perap tu), KFC dan MacD adalah perkara biasa, makan ikan bakar seperti siakap dan jenahak, dan macam-macam lagi barang mentah yang bergred A seperti udang laut yang sekilo RM60 dan sotong.Kalu tengok dari saya makan pun sahabat semua dah boleh bayangkan bahawa RM8XX sebenarnya tak cukup pun untuk tampung keperluan perut saya.Hehe.
Sejak dari hari itu saya tersedar bahawa kehidupan saya tidak pernah berubah walaupun gaji saya naik dengan agak banyak.Apa yang saya nampak bila dapat duit gaji saja, saya akan busy pi merata tempat untuk bayar hutang.Yang tinggal kat saya pula tak pernah saya simpan. Semuanya dihabiskan untuk keperluan perut saya dengan mengamal cara hidup makan secara bermewah.Jadi apa beza hidup saya semasa gaji kecil dan gaji besar kerana dengan gaji besar pun saya tak boleh menyimpan walaupun sikit.Sejak dari saya tersedar itu, saya telah melakukan usaha untuk keluar dari kehidupan "Rat Race" ni.
Saya tahu saya masih lagi hidup dalam "Rat Race" dan cuba untuk keluar daripadanya secepat mungkin.
Adakah sahabat semua sedar yang sahabat semua mengamalkan cara hidup "Rat Race" ? ataupun sampai sekarang ni sahabat semua berasa selesa dengan cara hidup macam ni.Kerja kuat makan gaji untuk tampung keperluan hidup sendiri.
Adakah mereka yang bergaji RM6000 juga mengamalkan gaya hidup "Rat Race"?
Jawapannya YA.Kita lihat perbelanjaan mereka yang bergaji RM6000 pula
Rumah banglo : RM 1500 (liabiliti)
Kereta Camry : RM 1000 (liabiliti)
Motorsikal ER6f : RM 600 (liabiliti)
Personal loan : RM 1000 (liabiliti)
(renovate rumah)
Makan : RM 900 (liabiliti)
Lain-lain : RM 1000 (liabiliti)-termasuk minyak,roadtax,melancong,sekolah anak-anak etc.
Jadi sekarang sahabat semua bandingkan apa bezanya cara hidup saya dengan cara hidup di atas.Dia ada rumah saya pun ada, dia ada kereta saya pun ada, dia ada motor saya pun ada, dia ada loan yang kena bayar saya pun ada, dia makan cukup saya pun makan cukup.Jadi tak ada beza pun kan.Pastu sahabat yang bergaji RM1000 tu bandingkan tengok dengan cara hidup anda dengan cara hidup saya.Sama je kan. Saya tak dengar lagi la orang yang gaji RM1000 ni mati kebuluran.Sebenarnya kita perlu bersyukur kerana mempunyai pendapatan tetap. Mak dan ayah saya memang tak ada pendapatan tetap.Ayah saya bekerja menjual burung dan mak saya berniaga kedai makan. Hasil tiap-tiap bulan memang tak tetap tapi dari apa yang saya nampak pendapatan mereka jauh melebihi pendapatan saya.Kalau sahabat semua kata saya makan mewah, mak dan ayah saya lagi la makan mewah.Memanjang ja makan kat kedai. Kalau masak pun memang mak akan beli bahan mentah gred A saja.Kalau mak dan ayah saya boleh hidup senang di kampung kenapa kita yang bergaji tetap suka mengeluh dan tidak mahu menambah pendapatan kita melalui perniagaan?
Cara Hidup Yang Robert Kiyosaki Sarankan Kepada Kita
Sebenarnya simple sahaja cara hidup yang disarankan oleh Robert Kiyosaki iaitu biarkan aset kita bekerja keras untuk membayar liabiliti kita.Contohnya Robert sangat teringin nak pakai kereta Porche.Dia memang dah ada cash USD 50 ribu untuk membeli kereta tu.Tapi bini dia Kim menegur biarlah aset kita membayar kereta tu. Jadi Robert pun beli la mini studio kat US dan disewakan. Hasil sewa dari mini studio itu lebih daripada cukup untuk membayar duit bulan-bulan untuk kereta Porche tu kepada bank.Simple ja kan.
Contoh yang boleh saya beri lagi adalah saya dalam proses untuk mendapat kunci rumah saya yang pertama.Bila semua urusan sudah selesai dalam bulan Januari 2014 nanti, saya akan sewakan rumah tu kepada pelajar sebanyak RM100 seorang.Saya bercadang nak letakkan 5 orang pelajar kat dalam rumah saya yang lengkap dengan perabot.Jadi dapatlah duit sewa sebanyak RM500 sebulan.Bila tolak dengan hutang bank sebanyak RM180, saya mempunyai positif cashflow sebanyak RM 320. Jadi dengan RM320 inilah saya akan gunakan untuk membayar kereta saya.Sahabat semua paham kan sekarang yang aset saya (rumah sewa) menbayar kereta saya (liabiliti).Simple ja kan.Tak kisahlah apa saja aset yang ingin sahabat semua kumpul tapi pastikan yang aset kita tu dapat membayar liabiliti kita.
Rasanya saya telah pun memberi penjelasan yang cukup teliti berkenaan isu "Rat Race" ini dikalangan orang Melayu dan kawan-kawan saya. Saya berharap sangat supaya tulisan saya ini dapat membuka minda sahabat semua dan berusaha bersama saya untuk keluar dari "Rat Race" ini secepat mungkin.
Bersamalah kita menuju kejayaan dengan menjadi seorang Islam yang berjaya di dunia dan di akhirat.Inilah sebenarnya misi saya dalam hidup ini sebelum saya menutup mata.
Wassalam
Saya suka perkongsian ni bro
ReplyDelete