Saturday, 7 December 2013

Tips Untuk Menceburi Bidang Perniagaan

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting pada kali ini, saya akan menghuraikan "kenapa kita perlu menceburi bidang perniagaan?".Dalam buku Robert Kiyosaki "Rich Dad Poor Dad" ada menerangkan bahawa setiap orang di dunia perlu kepada minda "Mind Your Own Business". Walau apa pun yang kita lakukan dalam pekerjaan makan gaji, kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu perniagaan.

KENAPA?

  1. Berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW dan Nabi Muhammad SAW sendiri mengatakan bahawa 90% punca rezeki adalah datang dari berniaga. Selain kita mendapat untung kita juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah.
  2. Urusan berjual-beli adalah halal dalam agama Islam dan pendapatan dari rezeki berniaga adalah diredhai oleh Allah.
  3. Jika setiap orang Melayu terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan, kita boleh memperkasakan ekonomi orang Melayu di Malaysia melalui peningkatan demand & supply. Contohnya jika saya mendapat keuntungan hasil dari jualan Toto, keuntungan itu saya akan gunakan untuk membeli ikan, peniaga ikan akan menggunakan keuntungannya menjual ikan dengan membeli barangan runcit, peniaga barangan runcit akan menggunakan keuntungannya menjual barang runcit dengan membeli toto dari saya pula.Ini adalah contoh kitaran duit yang akan berlaku jika setiap orang berniaga. Peniaga yang suka dengki, tamak, dan iri-hati dengan kejayaan orang lain sebenarnya tidak memahami konsep kitaran duit ini. Lebih ramai orang berniaga = Lebih ramai orang akan untung = Lebih maju orang Melayu.
  4. Melatih sifat sabar, rajin dalam menimba ilmu,bersyukur dengan rezeki Allah, pemurah dalam bersedekah dan menjadi seorang Islam yang boleh berjaya di dunia dan di akhirat. Jangan pakai nasihat orang tua-tua yang mengatakan "Biar miskin di dunia tak apa janji kita kaya di akhirat".Islam tak pernah mengajar umatnya supaya menjadi umat yang mundur.Sila lihat sejarah tentang tamadun Islam dan kehebatan pakar-pakar ilmuan Islam yang terkenal.Islam mahu umatnya maju di dunia dan bersenang-lenang di syurga.Lagi satu istilah yang saya cukup tak boleh tahan adalah "Ulat dalam batu boleh hidup, kita manusia takkan tak boleh hidup".Ini semua nasihat yang mengajak kita menjadi pemalas dan hanya berserah kepada Allah tanpa mahu berusaha.
  5. Sebagai alternatif atau menjana pendapatan sampingan untuk mereka yang bergaji kecil (saya masih menganggap gaji saya kecil kerana pendapatan isi rumah rakyat Malaysia di bawah RM3000 adalah termasuk dalam golongan miskin). Masih ramai kawan-kawan saya yang bergaji bawah RM1500 mengeluh kerana barang-barang semua naik selepas minyak dan gula naik, tapi gaji tak naik-naik. Daripada kita mengeluh kepada benda yang kita tidak mempunyai kuasa untuk kita ubah, adalah lebih baik kita mengubah nasib kita sendiri dengan berniaga untuk menjana pendapatan sampingan.
  6. Kita mesti keluar dari menjadi ikan bilis yang kecil (saya cukup suka guna ikan pasal saya kaki pancing.hehe)

ikan bilis => dimakan ikan temenu => dimakan ikan tongkol => dimakan ikan GT => dimakan oleh kita

pekerja makan gaji => dimakan oleh peruncit => dimakan oleh pemborong => dimakan oleh pengeluar 

Sahabat faham ka maksud dimakan ni?Maksudnya kita membeli sesuatu barang dengan harga yang paling tinggi berbanding harga yang dibeli oleh peruncit,pemborong dan pengeluar.Jadi setiap dari kita mestilah mempunyai citi-cita untuk membeli pada harga yang lebih murah dari harga yang dibeli oleh orang makan gaji.

TIPS untuk bermula berniaga?

Bermula dengan sesuatu yang kecil tetapi berterusan. Jika kita campakkan satu batu kecil dalam sebuah kolam, memang mengambil masa untuk riak airnya sampai ke tebing kolam, tetapi riaknya pasti akan sampai juga. Jangan ikut nasihat "Untung batu tenggelam, untung sabut timbul". Ini nasihat untuk mereka yang selalu berjudi nombor ekor. Dalam perniagaan tak ada nasihat ini, yang akan menjahanamkan business kita hanyalah kita sendiri kerana mudah berputus asa, cepat mengalah dan kurang ilmu dalam dunia business.Isk.. kenapa orang Melayu suka sangat bagi nasihat yang negatif. Boring betul. 

Pakai nasihat kaum Cina ni.Kalau kita pi kat office orang Cina ada satu pokok macam pokok buluh yang selalu depa letak kat atas meja office.Pokok ni dia jenis macam makin lama makin tinggi menjalar dan tumbuh. Ada sorang supplier ni bagitau saya "Kita berniaga mau ikut macam pokok ni ma, makin hari makin naik. Kalau jatuh pun satu step saja ma. Bukannya jatuh sampai tanah ooo"

Contohnya bermulalah dengan pasar malam atau pekan hari. Mungkin ramai kawan-kawan yang akan beri pandangan yang negatif tetapi pasar malam adalah satu bentuk perniagaan yang banyak memberi ilmu tentang dunia perniagaan.Kelebihan bermula dengan yang kecil

1-Modal yang kecil. RM300 saja dah cukup.
2-Kalau tak berjaya tidak la rugi sampai tertiarap.Percubaan pertama mesti akan menemui kegagalan seperti saya mula-mula menjual tomyam dulu kat pasar malam.Tetapi dari kegagalan itulah kita boleh belajar dan menimba pengalaman seperti saya mendapati pelanggan yang datang kepada saya lebih banyak tanya tentang laksa daripada tomyam. Bila mai ja cakap "Eh, tomyam ka.Ingatkan laksa tadi".Lepas tu saya pun campur la tomyam dengan laksa.Hehe.
3-Membuang sifat malu dalam diri orang Melayu untuk berniaga. Saya pada mula-mula sekali nak berniaga kat pasar malam punya la malu.Tebal muka tak ingat punya.Tapi bila dah lama-lama makin ok dan seronok pula.
4-Belajar cara-cara untuk menarik pelanggan dan melayan karenah pelanggan.
5-Mendapatkan kepercayaan dari pelanggan yang produk kita berkualiti atau sedap.Jika kita berubah dari meniaga kat pasar malam ke kedai makan, sure pelanggan tetap kita akan mencari kita di kedai makan pula.

Proses Untuk Berjaya Dalam Perniagaan

pasar malam => kedai runcit => kedai borong => pasaraya => supermarket francais 

eh.macam sama la pulak dengan proses kat bawah

Toyota KE30 => Kia Sportage => Toyota Hillux => Lorry / Nissan Fairlady

rumah kos rendah => rumah apartment => rumah kondominium=> rumah banglo

tanah kosong => kebun kelapa sawit => estet kelapa sawit => ladang kelapa sawit=> kilang memproses kelapa sawit

Dalam minda kita mesti ada perancangan untuk maju dari satu tapak ke satu tapak yang lain. Jangan terus berasa selesa pada tapak yang sama sahaja.Tak salah untuk kita berangan tinggi. Jika tak sampai ke bulan sekurang-kurangnya kita sampai ke ruang angkasa.Tak la kita masih berjejak di bumi sampai akhir hayat kita.


Wassalam

No comments:

Post a Comment