Friday, 23 September 2016

Trip Memancing Di Bawah Jambatan Pulau Pinang 1

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua pengalaman saya memancing di bawah jambatan Pulau Pinang bersama pak menakan dan adik ipar saya.

Kami bertolak dari Penaga selepas Asar pada pukul 4.00 petang 13/9/2016 ke Bagan tempat bot yang akan membawa kami ke jambatan Pulau Pinang dekat dengan Dermaga Dalam.Trip ni saya ikut selama 2 hari 1 malam dengan bermalam di bawah jambatan

Antara kelengkapan yang perlu ada jika hendak memancing di bawah jambatan adalah seperti di bawah.Kalau kita tengok orang mancing bawah jambatan tapi tak bawak semua kelengkapan ni makanya pemancing ni masih lagi amatur seperti saya.Hehe.Segala kelengkapan ni pak menakan yang sediakan dan saya sendiri perlu mengambil masa untuk sediakan semua kelengkapan ni.

1-Tali Panjang 25 meter untuk kita ikat tali ni kat tiang jambatan yang ada 4 tiang tu.Tali utama ni kalau boleh tali kambing ataupun tali yang boleh tahan apabila ikan merentap joran kita.Jangan pakai tali rapia pulak yek.

2-Tali panjang dalam 1 meter untuk kita ikat tali ni dengan tali utama kat tiang.

3-Carabinar-kita kena ikat carabinar ni kat kili pastu sambungkan carabinar ke tali utama dengan tali panjang 1 meter.

4-Tong cat-ni kita guna bila nak tindan batang rod dengan air laut.bila ikan makan xla terbang rod kita masuk laut walaupun kita dah ikat dengan tali.Kena ada satu tong cat untuk kita gunakan sebagai timba supaya kita boleh cedok air laut bubuh dalam tong cat yang kita tindan rod ni.

5-Kolam mandi budak-budak-kita gunakan kolam ni sebagai tempat untuk kita letakkan ikan umpan yang kita mancing pakai appolo.mancing kat bawah jambatan kena pakai ikan hidup dan ikan tu pulak kena lah cari yang ada di sekitar jambatan tu.kalau kita bawak ikan temenu atau udang memang nampak amatur la.Hehe.air dalam kolam kena sentiasa diganti supaya ikan ni hidup lama dalam kolam tu.Tak payah bawak bateri untuk oksigen ikan tu pasal buang duit jek.

6-Kancu-Ni penting kalau air laut duduk bawah sangat dari tapak dan ikan yang kita dapat tu besar.

7-Penyauk besar-Ni untuk sauk ikan yang dapat ler

8-Penyauk kecil-ni guna untuk sauk umpan dalam kolam.

9-Jala-akan guna kalau ikan umpan tak dapat bila guna appolo.Takde umpan takde la hasil pasal kita tak bawak umpan temenu market.

10-Kelengkapan solat dan tidur, baju, kain pelikat, selimut, bantal kecil,baju sejuk, tikar dan sebagainya untuk bermalam di bawah jambatan dengan selesa.Macam kita pi camping cuma jangan la bawak khemah iglo pulak.kang tidur dalam laut kena tiup angin.Angin kuat tidur kat bawah jambatan ni dan pagi-pagi sejuk gila.

11-Kelengkapan untuk makan seperti meggi,sardin,roti,dapur, dan sebagainya yang kita nak bawak untuk masak.Nak minta tekong bot hantar makanan pun boleh kalau kita malas masak sendiri.Tekong bot charge RM7.00 untuk satu bungkus nasi lauk ayam dan sayur.Yang paling penting sekali air mineral atau air masak kena ada cukup untuk trip 2 hari 1 malam ni.

12-Kelengkapan memancing-rod dan kili paling sikit 10 rod.Maksimum 20 rod boleh letak keliling tapak jambatan ni.segala kelengkapan seperti tali 1 meter, carabinar dan tong cat kena ikut berapa rod yang kita bawak.takde yang bawak mancing bawah jambatan bawak 1 atau 2 rod jek macam saya.Hehe.

13-Peralatan memancing lain seperti appolo,tali perambut 20 pound untuk talang,40 pound untuk ikan lain,ladung saiz ikut hari pasang surut air,mata kail dan sebagainya memang sudah tersedia dalam tong memancing bawak jek.

14-Tong ais-Ni paling penting untuk letak ikan dan pastikan bawak beg ais sekali letak dalam tong ais ni.

Banyak gak kan kelengkapan nak mancing di bawah jambatan ni kan.Kalau mancing kat Kolam Sungai Jagung pun tak payah nak abwak semua kelengkapan macam ni.Hehe.

Tambang bot dari jeti bagan ke jambatan RM25 untuk 3 orang dan RM30 kalau untuk 2 orang.Makanan dihantar RM7.00 satu bungkus dan ais RM4.00 sebungkus.

Hasil saya sepanjang 2 hari 1 malam ni di tiang 34 hanyalah kerapu 6 ekor saiz anak dalam 400 gram dan 500 gram.Jadilah daripada balik tangan kosong.





Wassalam


8 comments:

  1. Salam tuan. terima kasih di atas perkongsian. dekat mana buleh dapat tong cat sebegitu banyak ya? tq :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dapat kat kawasan perumahan baru..depa banyak buang tong cat

      Delete
  2. kat jeti ada depa bagi sewa kalau tak silap...tak pun free ja...kalau nak kumpul sendiri kena pi cari kat taman baru naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parking keta kat restoren terapung tu ka?

      Delete
  3. kalau naik belah pulau boleh ja letak dekat2 dgn jeti...kalau naik dari sebelah seberang prai mmg ada tempat parking khas rm2 satu hari...

    ReplyDelete