Monday 9 November 2015

Resepi Tomyam Ala Thai

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua satu resepi tomyam yang boleh dikatakan menu kegemaran pelanggan di kedai tomyam mak saya kat kampung.Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang resepi ni pasal sekarang ni saya cukup meluat apabila order tomyam kat kedai Thai.Kuah tomyam yang depa buat kompom ceroi dan tak menepati standard citarasa saya.Jadi, mau tak mau saya kena juga masak sendiri kalau teringin nak makan tomyam ataupun minta mak buat semasa saya balik ke kampung.Kedai mak saya masih lagi mengekalkan standard resepi yang dia belajar dan oleh sebab itu pelanggannya sanggup datang dari jauh untuk makan tomyam mak.

Bahan-Bahan

Air-1 gelas plastik putih
Ayam-2 ketul (kalau bahagian tulang lagi sedap pasal lebih berperisa daripada isi)
Perencah tomyam Thai - 1 sudu yang cina guna makan sup
Gula - 3 sudu kecil
Garam - 1 sudu kecil
Ajinamoto - 2 sudu kecil
Air limau - 2 sudu kecil
Carot - 5-10 hirisan
Daun Limau Purut - 2 helai
Bawang besar India ataupun Holland - 1 biji sebesar 2 jari
Tomato - 1/2 biji saiz 2 jari
Solek jagung - 1 batang
Daun bawang - 2 helai dipotong pendek-pendek
Sos cili Ladas - 1 sudu yang cina guna makan sup
Serai - 1 batang
cabai melaka - 3 batang


 Cara-Cara Memasak

1-Masukkan 1 gelas plastik putih air ke dalam kuali.Tak perlu tunggu air mendidih untuk masukkan ayam.Api kena slow saja pasal tak mau air banyak tersejat
2-Masukkan 2 ketul ayam yang telah dipotong sebesar ibu jari.Saya suka masukkan bahagian kepak dan tulang belakang ayam.Kalau bini nak makan sekali baru saya masukkan bahagian dada.
3-Masukkan 1 batang serai yang telah diketuk.Saya gunakan serai kampung.Nak guna serai peha ayam pun boleh.Tapi jadikan 2 batang.Serai kampung lebih wangi daripada serai peha ayam.
4-Masukkan 1 sudu perencah tomyam.Perencah ni la yang kedai tomyam kurangkan pasal mahal.Ni contohnya perencah tomyam yang mak saya guna dan semua kedai tomyam kat Malaysia ni guna.
5-Masukkan 1 sudu sos cili Ladas.Yang ni rahsia utama.Tak masuk sure rasa tak sama.Walaupun semua kedai tomyam guna perencah yang sama tapi tak sama dengan tomyam mak saya pasal sos ini lah.
6-Bila air dah mendidih kita masukkan gula:ajinamoto:garam dengan nisbah 3:2:1 dengan menggunakan sudu kecil.
7-Lepas tu kita masukkan 2 sudu kecil air limau yang daripada Thailand tu.
8-Last sekali kita boleh masukkan carot yang dihiris nipis, daun limau purut,bawang yang dipotong dadu,hirisan tomato,solek jagung dan cabai melaka yang diketuk dengan pisau.
9-Bila semua dah masak last sekali masukkan daun bawang yang dihiris pendek-pendek.

Senang saja kan nak buat tomyam yang sedap kalau kita tahu rahsia resepi dan sukatan yang betul.Tomyam yang saya order kat kedai selalunya depa bubuh perencah sikit sebab tu nampak ceroi.Lepas tu tak letak sos cili pulak.Lagi la ceroi.Lagi satu ni resepi tomyam ayam.Kalau nak masukkan segala macam udang,sotong, dan daging boleh jer tanpa perlu ubah sukatan bahan.Rasa tomyam tu akan lebih sedap kalau kita masukkan jadi tomyam campur.

Saya harap kalau ada sahabat yang hantu tomyam boleh la buat sendiri sahaja.Dah le mahal gila sampai RM5-6  satu mangkuk.Dah bayar mahal pastu tak sedap kuah ceroi pulak lagi la panas.Nak makan tomyam sedap mai kedai mak saya.RM4.00 je semangkuk.Yela jual kat kampung bukan boleh ikut harga standard kedai tomyam.Yang peminat pun penoreh getah dan pekerja kebun kelapa sawit jek.Jual mahal depa kempunan macam tu jela tak dapat nak rasa tomyam mak.

Wassalam.

6 comments:

  1. Maaf bertanya, sos cili ladas tu macam mana. Dah google imej tp keluar pelbagai jenis sos cili plak. Pepun, terima kasih utk resepi tomyam ni

    ReplyDelete
  2. sos cili ladas ni sebenarnya sos cili jenama ladas.Saya tak pasti kat tempat lain senang dapat ke tak tapi kat tempat saya Pendang memang tak perlu bimbang.kebanyakkan kedai runcit akan jual sos cili jenama ni.Saya sebenarnya dah try guna jenama lain untuk dimasukkan ke dalam kuah tomyam tapi sos cili tu buatkan tomyam tu rasa lain.Contohnya kalau guna jenama cap Arnab nanti kuah jadi terlalu manis.Sos cili ladas ni dia digunakan untuk memekatkan kuah tanpa ubah rasa manis dan pedas

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Dah buat, memang sedap. Kami letak sos cili thai kimball sebab kat kelantan tak pernah jumpa lagi sos cili jenama ladas. Macam mana nak bagi tomyam bau wangi? Rasa memang dah sedap, tp bau pes tu menutup kewangian tomyam

    ReplyDelete
  4. saya ingat mungkin boleh ditambahkan serai untuk kasi bau lebih wangi...kena pakai serai kampung..pakai serai peha ayam yang kita beli kat pasar tu tak berapa wangi...

    ReplyDelete
  5. Kat mana nak beli thai chili paste 3kg? Selalu npk kt kedai x sampai 500gm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang bungkus dalam botol plastik memang 3kg punya...tak pun 2.5kg..yang 500gm tu mungkin dalam beg plastik...sos 3kg ni boleh cari kat tesco atau giant...mesti ada punya..cuma bukan jenama ladas yang saya gunakan la..nak guna jenama lain pun boleh cuma rasanya tak sama sahaja...

      Delete