Wednesday, 12 February 2020

Cara-cara untuk tangkap gambar waktu malam dengan DSLR

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini aku nak share salah satu aktiviti malam yang aku suka lakukan dengan anak-anak aku Amsyar dan Ammar iaitu night photography atau keluar untuk tangkap gambar waktu malam.

Aku bernasib baik kerana di tempat tinggal aku ada banyak sahaja tempat yang sesuai atau cantik untuk tangkap gambar waktu malam ni seperti paling cantik sekali adalah di Desaku, MBI Kulim.Boleh jugak tangkap di Mekar Sari, Bertam yang suka buat tema night photography dengan memasang perbagai jenis lampu yang berwarna-warni.Tak kurang menarik jugak adalah deretan kedai makan Siam yang mempamerkan pelbagai warna lampu-lampu neon di hadapan kedai.Jadi untuk night shooting ni aku tak kesah sangat pun kat mana, janji ada masa untuk aku melayan model-model cilik aku dan menikmati hubungan kasih-sayang diantara abah dan anak-anaknya.Dah habis shooting bolehlah bawak depa pi makan kat kedai makan.

Gambar yang aku ambil hanya menggunakan DSLR Nikon D3100 bersama prime lens Yongnuo 50mm f/1.8.Untuk yang telah membaca berkenaan lens korang fahamlah yang f/1.8 adalah lens yang paling sesuai untuk ambil gambar waktu malam kerana bukaan blade adalah pada kadar yang maksimum.Namun ada lagi lens yang lebih mahal yang lens nya f/1.4.Jadi kita tengok dulu hasil f/1.8 ni macam mana.Untuk pengetahuan professional photographer, aku hanyalah amatur photographer yang shooting hanya untuk hobi dan korang akan nampak banyak lah kelemahan yang ada kat semua gambar yang aku ambil ni.Aku masih lagi dalam proses belajar jadi sila tinggalkan komen untuk menegur gambar-gambar yang aku ambil.

Untuk night photography ni, cahaya atau lighting adalah benda yang paling penting sekali.Tanpa lighting yang cukup dan sesuai dengan tempatnya akan buat gambar nampak buruk dan tidak hidup.Antara benda yang perlu kita tengok adalah

1-Cari latar belakang yang mempamerkan pelbagai cahaya dan warna.Gambar latar belakang yang blur atau bokeh dengan pelbagai warna ni akan nampak cantik pada waktu malam.

2-Nak tangkap gambar subjek ni ada pelbagai teknik la.Boleh saja kita guna cahaya dari sisi supaya hanya sebelah sahaja muka subjek yang nampak.Boleh saja kita ambil hitamkan terus seluruh badan subjek macam gambar yang ada kat hadapan blog aku ni.Itu adalah gambar Amsyar kat Mekar Sari, Bertam.Atau boleh sahaja cahaya datang dari depan untuk nampak keseluruhan muka subjek.

3-Jangan ambil gambar dengan on flash pasal kalau on flash akan buat subjek korang nampak burn atau terlebih cerah sehinggalah warna latar belakang yang berwarna-warni tu hanya akan jadi hitam sahaja.Jadi pastikan ambil semua gambar waktu malam ni hanya menggunakan cahaya yang natural seperti sumber cahaya dari kedai, lampu jalan atau bulan.

4-Gambar yang diambil dengan tripod adalah lebih baik dari gambar yang diambil tanpa tripod.Pasal gambar yang diambil waktu malam lebih mudah blur atau tak sharp.Jadi penggunaan tripod akan buat gambar tu lebih jelas dan tajam.

5-Gunakan manual fokus.Untuk lens Yongnuo 50mm ni ada sekali dengan auto focus.Sebenarnya saya ada masalah rabun dan silau sikit.Tapi degil tak mahu pakai cermin mata.Jadi saya tangkap la gambar ni dengan auto focus.Bila tangkap dengan auto focus banyak la pulak gambar yang tak cantik, blur dan tak tajam.Kalau tukar kepada manual focus pun sama pasal mata saya ni rabun.Jadi untuk jadi seorang jurugambar yang baik, mata mestilah berada dalam keadaan yang baik juga.Kalau rabun macam saya kena pakai cermin mata la tangkap gambar.

6-Setting kamera DSLR korang kat mode A iaitu Aperture Priority Auto untuk korang boleh adjust aperture camera korang.Aku letak aperture kat f1.8 supaya boleh ambil gambar walau cahaya kurang kat tempat tu.Pastu set ISO kepada 1600.Ini untuk bagi camera dapat tangkap sebanyak mungkin details cahaya dari latar belakang.Kalau letak ISO 100 memang kelam la gambar tu.

Ok.Setakat tu dulu secara asasnya cara-cara nak ambil gambar pada waktu malam dengan menggunakan DSLR.Semoga bermanfaat dan jangan lupa test hasil dia macam mana.Kat bawah ni saya kongsikan serba sikit antara gambar pertama saya tangkap untuk night photography ni.Jadi korang akan nampak masih banyak kelemahan yang ada kat gambar ni.

 Amsyar.Guna cahaya kedai dari depan

 Amsyar dan ammar.Guna cahaya kedai dari sisi

 depa punya gaya Ultraman saja depa tau.

 sumber cahaya dari lampu sebelah kiri tu

 Sini sumber cahaya lebih cerah.

 Sumber cahaya dari lampu jalan.Saja tangkap muka kurang jelas untuk pamerkan body language dari mimik muka.Namun sedikit senyuman Amsyar cukup untuk ceritakan kisah gambar ni.

 Sumber lampu jalan sebelah kanan.Lampu neon berwarna-warni sebelah belakang.

Latar belakang deretan kedai makan dan kali ni aku biarkan muka amsyar nampak dengan lebih jelas walaupun guna cahaya lampu jalan.

Berjumpa lagi untuk posting yang akan datang.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment