Assalamualaikum sahabat semua.
Kita sambung lagi cerita.Kami sampai sahaja kat Danau Toba dah ada siap abang teksi dok tunggu.Teksi yang dia buat guna motorsikal dan kami duduk kat sebelah macam beca la jugak.Cuma dia guna motorsikal.Dia tanya kami dah tempah hotel ka.Aku jawab tak tempah mana-mana hotel lagi.Maklumlah time tu aku pun tak berapa reti lagi nak guna Agoda, Trivago bagai ni.Pakai gamble jek.Jadi dia syorkan kami menginap kat Toba Inn.Kat Toba Inn ni nampak macam standard la jugak tempat dia.Bilik satu malam 500k.Masa tu RM1 bersamaan 3500 rupiah.Jadi semalam dalam RM142 sahaja.Fadhil pun cakap ok kami ambil jela 1 malam kat Toba Inn.
Ambil gambar atas teksi beca
Swimming pool kat Toba Inn
Swimming pool kat Toba Inn
Hadapan chalet kami
waktu senja
Toba Inn ada pelantar sendiri
Gazebo terapung untuk beristirehat
Gazebo terapung untuk beristirehat
Bilik kami macam bilik pengantin la.Huhu
Suasana sekitar hotel
Aku follow abang driver tengok-tengok kawasan
Pelantar waktu pagi
Tempat ni cantik dan memang berbaloi dengan harga.Kalau tempah ikut Agoda atau Trivago lagi murah ni.
Fadhil ambil gambar aku sedang ambil gambar
Ada bar kat sini untuk mereka yang nak mabuk.Yela sini kan agama depa Kristian.Jadi tak perlu pelik lah.
Nasi putih 2 pinggann
sup ayam
Kemudian, dah check in bilik, mandi dan solat kami pun mula lah cari makan pasal aku tak makan apa lagi dari pagi tadi.Memang lapar gila la.Makan cucur saja.Cari-cari jumpa la satu kedai yang ada tanda halal.Jadi kami pun masuklah ke kedai dan pilih benda makan.Semua harga dah ada kat situ.Tapi makanan memang mahal.Aku makan nasi, lauk sambal udang dan sup ayam habis sampai 100k rupiah.Masa tu habis dalam RM28 la.Memang mahal makan kat Danau Toba ni.
sup ayam
Sambal udang pun sikit saja
Jadi aku pesan siap-siap sapa nak mai Danau Toba ni bawak Brahim lagi best.Kalau makan kat kedai depa memang mahal la.Macam nasi tu 1 pinggan 5k kalau tak silap.Mungkin kat sini mahal pasal kena guna cara tradisional untuk dapatkan beras kot.Pastu semua benda makan kena import dari luar pasal sepanjang kat sini aku tak jumpa la pulak apa-apa perusahaan ternak ayam ka apa.Udang tu pun aku tak tau udang laut ka udang sungai.Jadi camtulah harga yang kena bayar kalau makan kat sini.Depa bagus tak cekik darah pun pasal kat menu semua harga memang dah ada.Cuma kami jela lapaq tak ingat dunia jadi balun semua sat ja licin.Dah sudah makan balik ke hotel dan tidur lah.
Kita sambung ke halaman sebelah pulak.
No comments:
Post a Comment