Assalamualaikum sahabat semua.
Pada kali ni aku nak share dengan korang semua aktiviti kami di tempat kerja sewaktu musim durian.Kalau musim durian saja, kami mesti akan buat acara makan durian secara berjemaah.Pakat collect la duit sorang sikit dalam RM10 sorang lepas tu pergi beli durian kat dusun.Dalam acara kali ni kami beli durian kat dusun di Junjong.Bagi saja RM200 dan dapatlah durian dalam 20 bijik.Semuanya durian kawin dan kalau ada durian yang mangkaq atau ditebuk ulat boleh sahaja pi balik jumpa tauke dusun dan tukar durian tu.
Ada jugak staf yang akan ditugaskan untuk memasak pulut dan ada juga yang ditugaskan buat sambal ikan bilis.Ada yang kena bawak santan.Kira macam pot luck jugak la kalau ada mana-mana staf nak buat kenduri bawak mai makanan dalam acara ni.Acara makan durian ni adalah benda wajib yang selalu kami staf kat sini buat.Ini adalah salah satu cara untuk kami mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama staf.
Nani yang ambil gambar ni
Nani admin assistant
durian kahwin Junjong
praktikal student
aimi sampai terjelir lidah pulun makan
stail kami warga kilang makan camni jek
Wan CNC milling technician
Aziran mentor aku dalam pelaburan saham
Paan QC inspector merangkap CMM operator
praktikal student makan free jek tanpa bayaran
Wassalam.
No comments:
Post a Comment