Assalamualaikum sahabat semua,
Ok.Kita sambung lagi cerita kita kat sini.Kemudian,setelah melawat rumah Dr Mahathir,kami pun teruskan lawatan ke Masjid Zahir,balai nobat,muzium diraja Negeri Kedah dan balai seni.Semua tempat ni berdekatan sahaja.Boleh parking kereta depan pejabat tanah dan galian negeri Kedah pastu jalan kaki sahaja ke tempat-tempat ni.
Masjid zahir adalah salah satu masjid tercantik di dunia.Boleh pi solat kat sana.Pastu balai nobat boleh tangkap gambar jela dengan menara dia.Tak boleh masuk pun untuk tengok nobat kat situ.Nak tengok alat-alat muzik nobat kena masuk muzium diraja Negeri Kedah la.Dalam muzium jugak tak boleh ambil gambar.Boleh ambik luar muzium jela.Kat balai seni ada pameran lukisan berasaskan kotemporari Islam dan seni khat.Kalau berminat nak beli harga ada dipamerkan kat sebelah lukisan.Bermula dengan RM1000 hingga berbelas ribu.Kat galeri Sultan Abdul Halim tak boleh masuk pasal ada renovation.
Selepas tangkap gambar kat sini kami gerak ke depan lagi untuk ke muzium negeri Kedah.Boleh la serba sikit tahu orang Kedah ni budaya dia macam mana.Kaum apa yang ada kat dalam Kedah ni.Kami tak singgah pun kat menara Alor Setar pasal dah pernah naik.Nak naik bayaran sekarang kalau tak silap dewasa RM12 dan kanak-kanak RM8.
Pendek kata kalau korang orang luar dari Kedah datanglah ke sini walau takde apa sangat pun.Bolehlah tahu yang kerajaan Kedah adalah kerajaan yang tertua di Malaysia.Kemudian bolehlah tangkap gambar yang menunjukkan korang dah sampai di Kedah pasal semua ni adalah mercu tanda negeri Kedah.Jangan lupa naik menara Alor Setar sekali tau.
Ok.Stakat tu dulu.Kita jumpa lagi kat page seterusnya.
https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2020/02/pengalaman-berjalan-jalan-di-tempat_89.html
https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2020/02/pengalaman-berjalan-jalan-di-tempat_89.html
Wassalam.
No comments:
Post a Comment