Friday 4 September 2015

Pengalaman Membeli Motosikal

Assalamualaikum sahabat semua,

Motorsikal sekarang Kawasaki ER6F 2010

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaannya kepada diri saya hamba-Nya yang hina ini dengan memakbulkan hajat saya untuk memiliki sebuah sport touring ER6F second hand tahun 2010.Sebenarnya pemilikan motosikal ini amatlah memberi impak yang positif dalam hidup saya kerana hajat untuk memilikinya telah pun saya set sewaktu masih di bangku sekolah rendah lagi.Pendek kata hajat untuk memiliki superbike adalah motivasi yang paling tinggi dalam hidup saya.Dengan niat untuk memiliki superbike jugalah saya belajar bersungguh-sungguh dan mengejar cita-cita saya untuk menjadi seorang  ******* seperti yang saya jawat sekarang.Walaupun arwah abah telah kembali ke rahmatullah sewaktu saya masih dalam Darjah 6 tapi semangat saya untuk berjaya dalam hidup tidak pernah luntur hasil daripada impian untuk memiliki superbike ini.Sebab itulah saya suka ulang madah ini seperti mana yang telah saya tulis dalam facebook saya.

Hidup perlukan angan-angan,
Daripada angan-angan lahirnya cita-cita,
Daripada cita-cita lahirnya usaha dan kesabaran,
Kemudian berserah dengan bertawakal kepada Allah SWT.

Sebenarnya, saya boleh memilikinya sebelum saya kawin lagi apabila pernah membuat loan RHB sebanyak RM18k tapi saya simpan hajat saya ni yang paling last sekali dalam hidup saya kerana ianya begitu membuat saya teruja.Nikmat berada dalam keterujaan itu lebih mengatasi segalanya daripada memiliki.Jadi saya setelkan dahulu hal-hal lain seperti kahwin,rumah,tanah dan sebagainya sebelum membuat keputusan untuk membeli motorsikal ini.Saya juga bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan motor ini kepada saya sewaktu umur saya sudah melepasi 30 an.Jadi tak la saya bawak motor ni macam mat rempit sewaktu saya masih dalam 20 an.Sesungguhnya percaturan Allah SWT itu melebihi segalanya.Hanya Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

 Motosikal Kawasaki Vulcan Pak Njang yang telah pun dijual.Saya pernah jatuh sekali apabila ride dengan motor ni.Luka kat siku ada sampai sekarang

Cerita saya berminat untuk memiliki superbike bermula dengan Pak Menakan saya (Pak Njang) membeli sebuah Kawasaki Kips 150 cc sewaktu saya dalam Darjah 2 atau 3 (tak berapa ingat). Pada masa itu, jika Pak Njang balik ke kampung daripada Penang dia akan ke sekolah rendah saya untuk menjemput saya naik motosikalnya.Kemudian Pak Njang akan bawak dengan laju dan layan lap di sepanjang jalan ke kampung.Pada waktu tu saya rasa cukup seronok dan dari situlah juga timbul angan-angan yang pada suatu hari nanti saya pasti akan memiliki juga sebuah superbike jika diizinkan Allah SWT.

Motorsikal pertama saya Kawasaki Kips ZSR Cyclone

Motorsikal pertama saya adalah motor Kawasaki Kips ZSR Cyclone yang saya beli dengan duit pinjaman PTPTN sebanyak RM1500.Saya beli time saya masih lagi belajar di Universiti Malaysia Pahang.Kemudian sewaktu saya praktikal di tempat kerja saya sekarang, motor itu hilang dicuri di Taman Kota Kenari Kulim.Banyak juga kenangan saya dengan motor tersebut.Ada la 2 3 ride yang saya ikut dengan menggunakan motorsikal tersebut antaranya Ride Ke Lubuk Yu dan Ride Makan Ikan Bakar Di Kuala Ibai.Dalam ride ke Lubuk Yu ni la ada gambar saya dalam majalah motorev.Hehe.Ada juga ride saya daripada Penang ke Bangsar untuk Friday Night Fever (FNF) dengan Tokwan dan Tok Lid dari Malaysian Bikers Community (MBC).Selepas motor kips saya hilang kena curi saya beli lagi Kawasaki Kips ZSR Cyclone juga daripada seorang student Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Student ni nak balik ke Sabah jadi terpaksa la jual motornya.Saya beli dengan harga RM1000 sahaja.Saya bawak balik daripada Batu Pahat ke Kulim dengan menggunakan motorsikal ni.Pun tak lama saya pakai akhirnya kena curi juga dalam kawasan rumah saya di Taman Mutiara Sungai Kob Kulim.Akhirnya saya menyerah kalah dengan meletakkan syarat tidak akan beli lagi motorsikal 2 stroke kerana motorsikal sebegini adalah kegemaran mat-mat rempit.





Semua di atas adalah gambar-gambar lama saya sewaktu join kelab Malaysian Bikers Community (MBC).

Saya berpeluang untuk membawa motorsikal customer saya Suzuki K5 

Akhir kata, saya akan kembali menulis tentang penjagaan motorsikal ER6F ni dengan lebih lanjut pada posting yang akan datang.Banyak lagi yang perlu saya tulis tentang motor ini dan harga kelengkapan untuk safety suit saya.Jadi tunggu...

Wassalam.

No comments:

Post a Comment