Tuesday 15 September 2015

Macam Mana Nak Pilih Motorsikal Idaman

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya nak share ilmu tentang macam mana nak pilih motor berkuasa tinggi yang sesuai dengan jiwa dan keselesaan kita.Sebenarnya terdapat bermacam-macam jenis kategori motor berkuasa tinggi yang ada di pasaran Malaysia ni.Jadi saya akan terangkan satu persatu ciri-cirinya dan sahabat semua boleh memilih mungkin ada ciri-ciri motorsikal tersebut menepati citarasa sahabat.

Kawasaki ZX6

Superbike (motor sukan yang nak laju je kejanya sambil layan corner)

Mereka yang suka membawa superbike adalah bikers yang teruja dengan kelajuan.Dari 0km/h ke 100km/h dengan menggunakan gear 1 dan 2 sahaja boleh dicapai dalam masa beberapa saat sahaja.Selalunya bikers yang bawa superbike akan speed kat highway dari 140km/h hinggalah kepada 200km/h.Jarang la nak jumpa yang speed atas 250km/h tapi pasti ada pasal top speed superbike boleh mencecah paling tinggi 300km/h untuk motorsikal 1000cc.Jadi nak bawa superbike hati kena kering dan jangan takut mati.Hehe.

Mereka juga tidak kisah sakit pinggang dan tangan apabila bawak superbike ni.Sebab tu asyik nak laju jek pasal lagi lama bawak motor lagi sakit badan menanggung.Posisi menunggang agak radikal dengan badan membongkok ke depan dan perut rapat ke tank.Jadi untuk mamat yang perut agak ke depan macam saya ni kureng sikit la sesuainya.Hehe.

Mereka juga suka melayan corner terutamanya di Awana, Karak dan jalan Banding (Kulim ke Kelantan).Ini adalah contoh port melayan corner kat Malaysia la.Nak layan corner pula kenalah turun badan dan hati takkan puas hati selagi lutut tak cecah jalan raya.Paling best ada yang masuk litar Sepang trus untuk layan corner.

Kos maintenance untuk superbike tinggi sikit pasal selalunya bikers akan pilih tayar yang soft supaya tayar lebih grip kat jalan.Tayar ni best untuk layan corner.Bila tayar soft jadi cepat la habis bunga tayarnya.Engin pula adalah 4 silinder.Walaupun bunyi 4 silinder ni amatlah merdu dan sedap tapi bila kena tukar intake valve dan ekzos valve time buat valve clearance (top overhaule) menangis juga la.Contohnya saya telah menukar 4 batang valve intake untuk ER6F saya dan kos untuk 4 batang valve tak termasuk upah adalah RM240.1 batang valve RM60.Jumlah valve yang ada kat motor 4 silinder adalah 16 batang.Jadi sahabat kira sendiri yek kos untuk tukar valve sahaja.

Kawasaki ER6F

Sport Touring (motor nampak macam motor sukan tapi untuk jalan-jalan jauh)

Mereka yang pilih motor sport touring macam saya ni sebenarnya jenis yang suka jalan-jalan.Posisi duduk tak la tunduk sangat dan selesa untuk jalan jauh.Jadi bila pakai motor ni nak bawak 4-5 jam atas motor ok jek.Tak la sakit sangat pingang dan tangan.Nak redah ride sampai 400km ke atas ok jek dengan kelajuan 120km/h hingga 180km/h.Motor ni boleh jek nak layan corner tapi tak la sebaik superbike.Kadang-kadang boleh overshoot jugak.Ada juga yang salah faham bila tengok motor ada firing macam kat atas ni depa kata superbike.Tapi sebenarnya itu yang golongan macam saya ni mahu.Motor nak bentuk macam superbike tapi tak mau sakit pinggang bila ride.Hehe.Jadi sapa-sapa yang suka jalan-jalan kat dalam Malaysia ni dan nak ride jauh-jauh boleh la pilih motor sport touring ni.Nak bawa motor ni kat highway dengan speed yang tinggi pun selesa pasal ada windshield.Nak bawak santai pun ok.Takdelah orang kutuk pakai superbike tapi bawak slow pasal motor ni bukannya superbike tapi sport touring.

Selalunya motor sport touring ni mempunyai 2 silinder dan valve nya hanya ada 8 sahaja.Motor 2 silinder ni lebih sikit pick-up nya dan kurang sikit kelajuannya.Contohnya top speed untuk motor saya ER6F hanyalah 212km/h.Jadi kalau bawak konvoi dengan geng yang pakai superbike memang kena tinggal la kat highway.Oleh sebab itu la jugak harga motor sport touring ni lebih rendah daripada motor superbike.Lain-lain kos maintenance murah sikit sahaja daripada superbike.Tayar kena pakai yang medium pasal nak buat tahan jalan jauh.Bunyi ekzos pula macam mesin jahit la.Nak bunyi sedap kena tukar ekzos la pakai akra ataupun yoshimura.(ni kes bunyi ER6F saya yang masih lagi guna ekzos standard).

Kawasaki Z800

Naked/Street Fighter (Motor yang nak bentuk gempak dan bawak jalan dalam bandar)

Selalunya mereka yang pakai motor ni suka pada reka bentuknya yang nampak ranggi dan mengancam.Motor naked ni dipanggil naked pasal tidak ditutup dengan firing macam sport touring tapi menggunakan engin yang sama iaitu 2 silinder.Jadi cara bawak, maintenance, pick up dan cara ambil corner sama sahaja dengan sport touring.Contohnya ER6F dengan ER6N.Semua sama kecuali firing sahaja.Bikers memilih naked bike pasal motor ni senang nak menyelit di bandar sewaktu traffic jam.Nak menyelit dengan sport touring mungkin susah sikit kalau nak dibandingkan dengan naked bike.Cuma kelemahan naked ni bila speed kat highway terasa sikit la angin menerpa dada.Itu pun boleh diatasi dengan memasang windshield.

Kawasaki Vulcan S

Easy Rider (Motor nak bawak santai dan ada identiti tersendiri)

Bikers yang suka dengan easy rider ni sebenarnya suka kepada cara bawa yang santai.Bawa slow-slow sambil layan awek kiri kanan.Hehe.Tapi walaupun nak bawa slow ekzos mau bunyi yang kuat-kuat.Saya masih ingat lagi motor Kawasaki Vulcan 500 Pak Njang saya bunyi ekzos mengalahkan kapal terbang.Nak bawak pun rasa segan pasal bawa tak laju mana tapi bunyi satu kampung boleh dengar.Itu belum masuk ekzos buluh lagi tu.Hehe.

Mereka juga suka dengan motor easy rider ni pasal motor ni kita boleh custom ikut kehendak kita sendiri.Cuba tengok rancangan American Chopper.Boleh custom ikut selera kita.Nak ubah tempat letak kaki,nak handle monkey,nak tayar size besar,nak ubah sport rim, nak cat ikut tema kesukaan kita semua boleh dibuat.Jadi saya menganggap mereka yang suka pakai easy rider ni sebenarnya sukakan motor ni di make-up ikut identiti penunggang.Kira sekali tengok motor saja dah tau sapa ownernya.

Kawasaki KLX 300R

Offroad (motor untuk jalan-jalan makan angin dalam hutan sambil lompat-lompat)

Bikers yang minat motor offroad ni lebih suka bawak motor jalan-jalan dalam hutan.Ikut jalan lori balak atau kelapa sawit.Kadang-kadang depa sendiri yang rintis jalan untuk masuk ke dalam kawasan hutan yang belum diterokai.Aktiviti masuk hutan lebih kepada pergi memancing ikan kelah ke,camping dalam hutan menjerat burung ataupun binatang dalam hutan seperti napoh,kancil,rusa dan sebagainya.Ada juga yang guna untuk mengembala lembu.


Saya pernah naik motor jenis macam ni tapi jenama KTN 200cc.Walaupun motor untuk offroad tapi adik ipar saya pakai tayar untuk jalan raya.Motor ni memang best bila langgar batas ubi.Boleh langgar je dengan kelajuan 60-80km/h tanpa ada rasa apa-apa.Maknanya absorber dia akan serap hentakan dengan amat baik sekali.Tapi motor macm ni juga tidak digunakan untuk mencapai kelajuan yang tinggi.Cukup setakat bawak bawah 120km/h ja pasal yang paling penting untuk motor offroad ni adalah pick up.Bapa saudara saya (Pak Long) dulunya juga pernah memiliki motorcross ni untuk dia bawa masuk dalam hutan.Tapi akhirnya selepas 2-3 tahun terpaksa jual pasal setiap kali masuk hutan pasti akan dapat sakit jatuh motor dalam hutan.

Motor ni boleh pakai tayar offroad dan tayar jalan raya.Jadi kita boleh pilih nak guna untuk jalan yang mana.Cuma mungkin kurang sesuai pada mereka yang renek sikit pasal motor ni tinggi.Saya sendiri yang tinggi 168cm ni pun masih lagi jengket walaupun berat badan saya mencecah 90kg.Kalau badan ringan mau tak sampai kaki nak bawak motor ni.

Kawasaki Versys 650

Dual Purpose (motor nak masuk hutan boleh nak jalan kat highway pun boleh)

Motor ni sebenarnya gabungan sport touring,naked dan offroad.Maknanya reka bentuk macam naked pasal takde fairing kat bawah.Boleh juga dibawa masuk ke dalam hutan pasal tinggi dan boleh tukar tayar offroad.Absorber juga best macam naik motor offroad.Reka bentuk pula macam sport touring dan posisi duduk juga macam bawa sport touring.Pendek kata motor ni boleh jadi motor amfibia.3 dalam 1.Macam Versys 650 ni sebenarnya engin dia sama je dengan ER6F dan ER6N.Cuma reka bentuk sahaja yang berbeza.Ramai yang bagi feedback lebih sedap naik Versys daripada naik ER6 tapi bagi saya Versys sedap untuk mereka yang tinggi.Kalau agak rendah macam saya ni lebih sesuai pakai ER6 sahaja.

Tapi kalau boleh janganlah kita membeli dual purpose ni macam kita membeli kereta 4WD.Kereta nak beli yang 4WD tapi kita tak pernah pun bawak masuk hutan untuk guna gear 4 wheel.Jadi kalau nak beli motor versys ni elok lah kita plan supaya boleh mengembara bersamanya kerana ia adalah motor yang paling sesuai untuk mengembara ke mana jua tak kita jalan tu ok ke tak.

Alhamdulillah.saya dah terangkan serba sedikit tentang jenis-jenis motor dan perangai bikers yang sukakan jenis-jenis motor tertentu ni.Diharap sahabat yang nak beli motor boleh pilih jenis mana yang paling berkenan di hati.Kita kena ingat setiap motor ada pro and cont.Yang paling penting, cara bawak,cara duduk,cara ambil selekoh dan cara brek tak sama.Contohnya saya pernah bagitau bila pakai superbike nak brek kena guna brek depan tapi kalau pakai easy rider kena pakai brek belakang pula.Kalau pakai brek depan jadi macam saya la tergolek atas jalan bila bawa Kawasaki Vulcan 500 Pak Njang saya.Bikers yang bawak superbike belum tentu cekap membawa motorcross.Bikers yang bawa easy rider belum tentu cekap membawa superbike.Jadi pilih jenis betul-betul supaya motor tu tak ler kita jual selepas 2 atau 3 bulan pakai.Tak pun beli pasal bentuk cantik tapi takut nak bawa.Alih-alih selimut sahaja kat dalam rumah.Huhu.

Berkenaan brand motor pula kat Malaysia ni saya kategorikan kepada 3 jenis iaitu motor Jepun,motor Eropah dan motor lain-lain.Macam motor Jepun kita ada Kawasaki,Yamaha,Honda dan Suzuki.Motor Eropah kita ada motor BMW,Aprilia,Ducati dan motor lain-lain seperti Naza Blade,Sym,KTN dan sebagainya.

Kawasaki-motor yang terkenal dengan ketahanan engin, minyak jimat dan spare part senang nak dapat.Merata ada tempat service ataupun Green Station.

Yamaha- motor yang terkenal dengan reka bentuk yang cantik tapi lebih makan minyak kalau nak banding dengan Kawasaki.

Motor brand lain saya tak pasti pasal tak kenal rapat dengan owner brand tersebut.Tapi satu jek saya nak komen pasal kebanyakkan Cha Ya Nun Alip akan kondem motor Naza.Cakap motor ni tak bagus dan depa akan lebih puji motor SYM.Tapi jiran saya sendiri ada pakai Naza Blade 650R dan sampai sekarang tiada apa-apa masalah.Badi saya motor Naza Blade ni paling best kalau nak banding dengan harganya yang murah.jadi jangan takut nak beli Naza Blade.Tapi macam kes saya memang saya minta dengan ER6F pun.Jadi tak de istilah puji motor Naza tapi pakai Kawasaki jugak.Hehe.

Wassalam.

3 comments:

  1. Terbaik....Info yang sangat berguna bagi saya yang baru berangan-angan nak pakai superbike.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Sanngat bermanfaat.

    ReplyDelete