Showing posts with label Pendidikan Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Kewangan. Show all posts

Wednesday, 23 September 2020

Apa maksud kaya?

Dok sembang kaya...nak jadi kaya...nak hidup kaya dan berjaya ni sebenarnya hampa paham tak maksud kaya ni...

Apa maksud kaya?
1-Duit ada berjuta
2-Ka sales berjuta sebulan
3-Ka kena jadi billionman
Meh aku kongsi apa maksud kaya yang sebenarnya kat dunia...kaya kat akhirat masing2 dah boleh paham..
Maksud bila kita kaya adalah apabila kita boleh hidup di dunia tanpa perlu bekerja...simple...
maksudnya bangun pagi lepak2 goyang kaki tengok tv buat apa apa aktiviti pastu malam tidur...hampa pernah rasa tak jadi orang kaya...pernah la masa PKP 3 bulan dulu...duduk rumah duduk saja gaji jalan selama 3 bulan...camtulah maksud kaya...atau Bahasa mat Saleh financial freedom...boleh hidup tanpa perlu bekerja untuk cari duit...tapi duit masuk tiap2 Bulan...
Bila nak kaya?
Bagi yang kerja kerajaan hampa akan kaya bila hampa pencen...maksudnya duduk rumah goyang kaki setiap bulan makan duit pencen...
Yang kerja swasta camna...kerja swasta perit sikit...kena banyak menyimpan dan beringat...kalau duit kwsp cukup untuk tampung orang swasta akan kaya masa dapat duit KWSP...
Cuma yang berbeza adalah gaya hidup...ada orang boleh hidup dengan rm1000 untuk sebulan dan ada orang kena ada rm10000 baru boleh hidup untuk sebulan...jadi target untuk kaya tak Sama...
Aku buat contoh...katakan Aku nak pencen kerja atau berhenti kerja umur 50 tahun...Aku bajet boleh hidup paling lama pun 70 tahun...pastu kalau Aku ada rm1000 setiap bulan tanpa apa2 hutang dah cukup buat aku sekeluarga...jadi simple math (70-50) x 12 Bulan sama dgn 240 Bulan...sebulan rm1000 x 240 Bulan adalah RM240 000...Jadi pada umur 50 jika Aku ada simpanan duit sebanyak RM240 000 bermaksud Aku telah kaya...makan lah duit tu sampai dijemput ilahi...
Pasal apa ada orang yang dah jadi jutawan tak jugak cukup2 duit?
Satu saja masalahnya
GAYA HIDUP
Kerana gaya hidup dipandu nafsu...kalau hidup berpandukan nafsu satu dunia dan juga isinya milik kita pun takkan cukup...
Wassalam...

Kenapa emas dan perak makin lama makin mahal?

 1-Ekonomi USA sangat teruk dengan kes Covid 19..depa banyak kuarkan bon sekarang ni...jual harta simpanan atau rizab negara untuk stabilkan nilai dollar...makin teruk nilai dollar makin tinggi nilai emas dan Perak

2-Kes covid 19 buat banyak lombong tak boleh beroperasi...banyak lombong ditutup untuk elakkan jangkitan...bila permintaan tinggi supply kurang naik la harga tu...
3-Saham seluruh dunia makin merudum...orang kaya yang banyak melabur dalam saham depa jual saham dan guna duit beli emas dan perak sebagai simpanan selamat...bila saham dah ok baru depa jual emas dan perak untuk beli saham balik...
4-Dunia ke arah teknologi 5G...satu teknologi yang amat memerlukan emas dan perak untuk disadur dalam alat elektronik supaya boleh support kelajuan 5G...
5-dunia ke arah green technology....maksudnya kita sekarang ke arah jana elektrik dengan guna kuasa solar...TNB pun skang ni dah byk ada ladang solar...nak buat plate solar amat memerlukan banyak Perak...
6-Kegilaan manusia seluruh dunia untuk membeli emas dan Perak kerana logam ni adalah duit dari Tuhan...maksudnya tiada mana2 kuasa manusia yang boleh cipta emas dan perak walau secanggih mana teknologi yang kita ada...
7-janji Nabi Muhammad dalam hadis yang mengatakan akan sampai satu zaman tiada apa2 yang berharga kecuali emas dan Perak...
Cukuplah 7 sebab...ada duit lebih beli emas...takde duit banyak beli Perak...Perak ni mat saleh cakap silver is gold for poor...cuma masalahnya nak beli Perak hanya publicgold sahaja yang bila kita beli Perak Kita boleh gadai atau jual balik kat dia...kalau beli Perak kat tempat lain tak boleh gadai kat ar rahnu atau pajak gadai...yela..Perak dianggap kurang bernilai sekarang ni...nanti harga dia melabung time tu semua orang pakat terima la jual,gadai atau pajak Perak ni...

Thursday, 5 November 2015

Sumber Pendapatan & Matlamat Hidup

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan pendidikan kewangan yang dah lama saya tak tulis sejak akhir-akhir ini.Sebenarnya, terdpat 3 cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan duit ataupun sumber pendapatan iaitu

Bekerja makan gaji

Contoh bekerja makan gaji seperti yang saya dan kebanyakkan sahabat semua lakukan sekarang iaitu kita bekerja di sesebuah syarikat dan syarikat itu membayar sejumlah wang di atas masa yang telah kita berikan kepadanya.Dalam istilah kerja makan gaji, kita sebenarnya telah menjual masa kita kepada syarikat tempat kita bekerja.Kalau kita perlu memberi lebih masa kepada syarikat ataupun dalam bahasa mudahnya Over Time (OT), syarikat perlulah membayar kita dengan lebih banyak wang.Adakah kerja makan gaji ni salah ataupun tidak?Bagi golongan Cina dan Robert Kiyosaki sendiri mereka akan menjawab SALAH kerana golongan ini tidak dilahirkan untuk menjadi pekerja.Mereka dilahirkan untuk menjadi tauke.Tapi bagi saya tidak kerana bekerja makan gaji mempunyai satu keistimewaannya iaitu slip gaji.Slip gaji ni kalau kena caranya boleh kita gunakan untuk tambahkan harta kita.

Bekerja sendiri

Contoh bekerja sendiri adalah seperti peniaga pasar malam, kedai runcit, tukang gunting rambut dan doktor yang membuka klinik juga digelar bekerja sendiri.Maksudnya kalau kita sendiri tidak bekerja maka perniagaan itu akan bungkus ataupun tutup.Perniagaan itu bergantung sepenuhnya di atas kudrat dan pemikiran kita untuk memastikan perniagaan itu memberikan pendapatan setiap hari kepada kita.Inilah maksud bekerja sendiri walaupun perniagaan yang kita ceburi itu adalah satu bidang professional.Bekerja sendiri kita tak ada slip gaji tapi apa yang paling penting setiap peniaga kena ada adalah akaun semasa.Keluar masuk duit dalam akaun semasa lah yang boleh melayakkan kita membuat pinjaman daripada bank.Jadi jika kita bekerja makan gaji dan dalam masa yang sama menjalankan perniagan sendiri sewaktu hujung minggu kita mempunyai kelebihan slip gaji dan akaun semasa untuk membuat pinjaman.

Mempunyai perniagaan sendiri

Mempunyai perniagaan sendiri ni maksudnya kita secara total adalah tauke.Setiap benda semuanya kita bayar sahaja kepada pekerja kita.Kita hanya manage sahaja.Sebab itulah kalau kita dengar kisah orang yang berjaya dia boleh memiliki sampai berpuluh syarikat dibawahnya.Dia hanya perlu gajikan seorang pengurus yang bagus dan pengurus itulah yang melakukan semua kerja untuknya.Mungkin sebulan sekali dia akan masuk untuk meeting dengan pengurus-pengurusnya dan ambil feedback tentang perjalanan syarikatnya.Tauke yang macam ni lah yang sangat diidamkan oleh Robert Kiyosaki kerana dia gembira jika boleh berkongsi keuntungan syarikat dengan semua pekerjanya.Maknanya kerana dia seorang yang memiliki sebuah syarikat boleh memberi makan kepada beribu pekerja dan anak bini pekerjanya.

Kalau ikut nisbah kekayaan berkadar dengan masa sebenarnya ia akan jadi seperti begini

Bekerja makan gaji < Bekerja sendiri < Menpunyai perniagaan sendiri

Maksudnya mempunyai perniagaan sendiri akan membuatkan kita lebih cepat kaya berbanding bekerja sendiri dan bekerja sendiri akan membuatkan kita lebih cepat kaya daripada bekerja makan gaji.

Adakah apa betul pernyataan kat atas ni?Adakah betul ada perniagaan sendiri akan buat kita lebih cepat kaya daripada bekerja sendiri dan makan gaji?

Untuk menjawab soalan ni kita perlu tahu bahawa sumber pendapatan kita sebenarnya terbahagi kepada 2 iaitu

Sumber pendapatan aktif

Sumber ni adalah sumber yang memerlukan penglibatan kita untuk menjana duit.Tak kisahlah sama ada kita makan gaji,bekerja sendiri ataupun mempunyai perniagaan sendiri

Sumber pendapatan pasif

Sumber ini adalah sumber yang tidak memerlukan penglibatan kita langsung untuk menjana pendapatan seperti mempunyai rumah sewa, saham, emas dan perak, home stay dan sebagainya

Jadi sebenarnya bergantung kepada kitalah yang menentukan berapa cepat kita mencapai matlamat untuk menjadi kaya atau sebaliknya.

Apa matlamat saya?

Semasa saya masih kecil, saya mempunyai matlamat untuk memiliki superbike.Ini adalah matlamat tertinggi dalam hidup saya sewaktu masih kecil lagi.Sewaktu darjah 6, saya tahu untuk membolehkan saya memiliki superbike saya perlu mendapatkan gaji yang lumayan dan cara untuk mendapatkan gaji yang lumayan adalah saya perlu jadi doktor.Satu profession yang amat famous dikalangan budak-budak pada masa tu la.Jadi saya pulun study dan lulus dengan cemerlang untuk UPSR dan PMR.Kemudian saya ditawarkan untuk masuk ke Tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh tapi saya tidak boleh jadi doktor kerana saya hanya ditawarkan dengan sains teknikal atau dalam bahasa mudahnya hanya boleh jadi jurutera.Jadi saya pun ubahlah matlamat hidup saya daripada nak jadi seorang doktor kepada seorang jurutera mekanikal kerana saya juga tahu pada waktu tu kalau jadi jurutera pun boleh pakai superbike.

Jadi perjalanan hidup saya untuk jadi jurutera mekanikal ni tidak berubah daripada lepas SPM kemudian masuk Matrik dan ambil kursus Kejuruteraan Mekanikal.Dipendekkan cerita apabila sudah grad saya pun diterima kerja sebagai seorang jurutera di syarikat tempat saya bekerja sekarang.

Tapi saya silap kerana walaupun bergelar jurutera saya masih tidak mampu untuk memiliki superbike apabila ditawarkan dengan gaji yang kecil.Jadi pada waktu tu saya telah menukar matlamat hidup saya untuk menjadi seorang yang kaya supaya matlamat untuk memiliki superbike tercapai.Walaupun gaji saya kecil saya tidak berhenti kerja kerana saya sukakan kerja yang saya buat sekarang.Kerja saya setiap hari bukanlah satu kerja yang rutin dan boleh memberi pelbagai pengalaman yang kalau nak diceritakan memang terlalu panjang.

Apabila saya dah set matlamat untuk menjadi kaya, saya pun mulalah bercerita kepada Aziran dan puf sebenarnya Aziran juga sedang mencari kekayaan seperti saya.Jadi pada waktu itulah saya mula membaca buku berkenaan pendidikan kewangan, pelaburan hartanah dan perniagaan.Akhir sekali, alhamdulillah akhirnya matlamat saya tercapai untuk memiliki superbike walaupun saya masih belum kaya pada pandangan orang ramai.Tapi pada pandangan saya sendiri, sebenarnya saya telah pun kaya di dunia kerana tiada apa lagi yang saya mahukan.Kemudian saya terfikir, kalau dah matlamat saya untuk menjadi kaya telah terpadam jadi sekarang ni apa matlamat hidup saya?

Jadi saya pun mula lah set matlamat untuk kekayaan saya di akhirat dan salah satu kaedahnya untuk mencapai matlamat itu adalah dengan belajar-belajar mengikuti jemaah tabligh.Semoga dengan mengikuti jemaah ni, Allah SWT memberi saya kekuatan untuk melakukan amal kebajikan dan amal soleh.Jadi bagaimana dengan matlamat dunia saya.Dipendekkan cerita matlamat saya sekarang adalah untuk menjadi seorang yang mempunyai financial freedom supaya saya mempunyai lebih masa untuk beribadah kepada Allah SWT.Maknanya saya mahu sentiasa lepak di masjid dan melakukan amal masjid tapi dalam masa yang sama saya tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit.Saya mahu duit pula bekerja keras untuk memberi pendapatan kepada saya semasa saya menghabiskan hidup saya di masjid.Itulah matlamat saya sekarang.

Insyallah, kalau diizinkan Allah saya akan mula bercerita tentang saham pula.

Wassalam.

Friday, 10 July 2015

Keperluan Hidup Vs Kehendak Nafsu

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin bercerita tentang kelemahan orang kita iaitu orang Melayu dalam memilih antara keperluan dan kehendak.Kalau dulu-dulu masa saya masih di bangku persekolahan sewaktu tingkatan 2, saya ada belajar tentang keperluan benda hidup iaitu

1-Air
2-Makanan
3-Udara
4-Tempat tinggal

Ini adalah keperluan asas benda hidup dan pada zaman moden ini telah ditambah dengan pakaian dan pengangkutan sebagai 2 perkara asas yang perlu ada untuk melengkapkan kehidupan seorang manusia di muka buni Allah SWT ini.

Air.

Air yang diperlukan oleh tubuh badan kita hanyalah air masak ataupun air putih sahaja.Tetapi manusia telah mengkelaskan keperluan air ini kepada kasta-kasta yang tersendiri yang menyebabkan manusia keliru dengan air yang diperlukan oleh tubuh badan dengan air yang melambangkan kasta.Contohnya orang miskin hanyalah minum daripada air paip yang dimasak.Manakala golongan pertengahan mungkin akan minum air berkarbonat seperti coca cola,pepsi,teh air,kopi air dan sebagainya.Manakala mereka yang daripada golongan atasan akan menikmati espresso,white coffee,jus dan sebagainya yang dihidangkan di tempat-tempat ekslusif seperti restoren mewah dan lounge.Jadi pemilihan air dalam masyarakat sekarang lebih kepada menunjukkan kasta dan bukannya minum untuk keperluan tubuh badan.

Makanan

Tubuh badan kita boleh menampung kehidupan kita tanpa makanan selama 7 hari.Jika selama ini kita tak makan badan akan menggunakan lemak di bawah kulit kita untuk dibakar sebagai tenaga.Dan jika dilihat saiz badan rakyat Malaysia termasuklah saya sendiri menunjukkan yang kita ini sebenarnya terlebih makan dalam kehidupan kita seharian.Makanan juga turut disediakan untuk melambangkan kasta.Selalunya apa yang kita selalu dengar orang miskin akan makan nasi,ikan masin,telur goreng,kicap,ikan temenu dan sebagainya yang menjadi juadah harian mereka.Kalau golongan pertengahan pula mereka akan menikmati ayam,daging,ikan gred A seperti siakap,jenahak,kerapu,merah,tenggiri, dan sekali sekala akan menikmati fast food di Pizza Hut,KFC atau Mc Donald.Manakala golongan atasan akan menikmati makan mereka di restoren mewah yang menyajikan lobster,udang laut yang besar tapak tangan tu (satu set makanan Cina di restoren makanan laut di Bukit Tambun adalah RM788 untuk udang laut),makanan daripada luar negara seperti makanan Barat dan sebagainya.

Udara

Hanya udara yang tidak melambangkan kasta.Semua golongan akan menikmati udara yang sama.Yang membezakannya hanyalah kualiti udara yang disedut sahaja seperti udara di dalam hutan adalah lebih segar daripada udara kampung dan udara kampung adalah lebih segar daripada udara di bandar.

Tempat Tinggal

Tempat tinggal bagi golongan miskin adalah rumah seperti flat,setinggan dan rumah kos rendah.Untuk golongan pertengahan pula mereka akan memilih rumah kos sederhana seperti rumah teres ataupun rumah kembar 2 dan apartment.Manakala golongan atasan pula lebih suka memilih banglo dan kondominium sebagai tempat tinggal mereka.

Pakaian

Pakaian juga boleh melambangkan kasta pemakaiannya.Daripada baju T-shirt yang berharga RM10 sampailah kepada pakaian yang ditempah daripada pereka fesyen tempatan yang mencecah ribuan ringgit.

Pengangkutan

Selalunya mereka yang berpendapatan rendah mungkin hanya memiliki sebuah motorsikal sahaja dan mereka yang berpendapatan pertengahan yang akan menambah kereta sebagai pengangkutan.Mereka yang berada pula akan memilih kereta mewah dan kapal terbang sebagai pengangkutan.

KENAPA KITA MEMILIH KEPERLUAN KITA UNTUK HIDUP SUPAYA IA MELAMBANGKAN STATUS KITA?

Ini adalah satu soalan yang hanya perlukan satu sahaja jawapannya iaitu kita suka bermegah dengan pangkat dan pendapatan kita.Contohnya jika kita bekerja sebagai doktor ataupun jurutera kita rasa malu untuk menaiki motorsikal untuk berulang ke tempat kerja.Kita rasa malu untuk membeli air di tepi jalan.Kita rasa malu untuk makan makanan orang miskin sewaktu kita makan dihadapan kawan-kawan.Kita rasa malu untuk memakai baju bundle dan kita rasa malu untuk tinggal dalam sebuah rumah teres.Kita rasa malu kerana seolah-olah satu dunia tahu apa pekerjaan, pangkat dan pendapatan kita sedangkan tidak pernah lagi saya berjumpa dengan manusia yang keluar dari rumah dan meletakkan signboard di lehernya dengan tulisan "SAYA SEORANG DOKTOR" ataupun " SAYA SEORANG JURUTERA" ataupun "SAYA SEORANG PEGUAM".Akhirnya, jawatan yang disandang itulah yang menjadikan seseorang manusia itu berasa susah dalam kehidupannya kerana setiap apa yang dia perlu ada kena sesuai dengan jawatannya.

Saya juga berjawatan professional dan pendapatan saya juga tidaklah layak untuk menjadikan kehidupan saya ini mewah tapi walau berapa sekalipun pendapatan saya, ia tetap tidak akan mengubah siapa diri saya dan asal usul saya.Saya tidak memilih makanan dalam hidup saya.Daripada makanan yang mewah sampailah ke makanan seorang kuli semua saya pukul rata kerana saya tidak pernah cerewet dalam pemilihan makanan.Saya juga hanya membeli seluar dan jeans bundle sebagai pakaian saya seharian sama ada sewaktu kerja ataupun keluar berjalan.5 helai seluar Dockers bundle saya yang saya pakai ke tempat kerja hanya berharga RM10 sepasang.Saya hanya membeli baju baru kerana saya tidak berapa suka memakai baju bundle.Itupun bukannya yang mempunyai jenama.Seluar jeans bundle saya juga hanya berharga RM20 sepasang sama ada Levi's ataupun Lee.Saya juga hanya tinggal di sebuah rumah teres 3 bilik yang saya sewa dengan bayaran RM170 sebulan.Tidak terlintas pun untuk saya menyewa ataupun membeli sebuah banglo untuk melambangkan status saya.Saya juga hanya berulang alik ke tempat kerja menggunakan motosikal Honda Wave sebagai kenderaan saya.Jika hujan ataupun memerlukan saya memakai kereta barulah saya ke tempat kerja dengan kereta.Saya tidak malu dengan cara hidup yang sebegini kerana tidak semua orang tahu apa kerja dan jumlah pendapatan saya.Malah saya cukup yakin jiran saya pun silap-silap tak tahu pun apa kerja saya.Kalau ada yang tanya saya akan jawab kerja kilang sahaja.Kalau ada kawan-kawan yang tahu pun memang mereka sudah mengenali saya daripada kecil inilah cara hidup saya.Adakah saya perlu mengubah cara hidup saya hanya untuk memuaskan hati masyarakat yang memandang mereka yang berjawatan tinggi perlulah bergaya,makan makanan mewah,mempunyai rumah besar dan kereta besar.TIDAK.Saya adalah saya dan jika saya mahukan sesuatu pun bukan kerana orang tetapi kerana untuk memuaskan diri saya sendiri.Contohnya daripada kecil saya meminati superbike dan satu hari saya akan memilikinya.Memiliki superbike bukan bermaksud saya mahu menunjuk-nunjuk atau melambangkan status saya tapi hanyalah kerana minat saya daripada kecil.Itupun kalau nak diikutkan sudah lama saya mampu untuk memilikinya tapi saya dahulukan perkara lain yang lebih mustahak daripada melayan nafsu saya untuk memilikinya.

Kesimpulannya, kita perlulah berbelanja mengikut keperluan kita dan bukannya kehendak hati.Pedulikan apa sahaja kata orang disekeliling dan hanya menurut kata hati.Kalau kita boros berbelanja hanya untuk memuaskan hati masyarakat jika kita ditimpa masalah kekurangan duit bukannya masyarakat yang hendak tolong memberi duit kepada kita.Pejabat zakat dan badan kebajikan pun takkan menolong kita kerana jawatan yang kita sandang dan pendapatan bulanan kita tidak melayakkan kita menerima bantuan.Dalam minda kita perlu sentiasa untuk menyediakan "payung sebelum hujan" iaitu jumlah simpanan yang cukup untuk menampung kehidupan kita pada masa hadapan.Jangan juga lupa bahawa betapa ramainya orang Melayu di Malaysia yang diistiharkan muflis kerana cuba bergaya melebihi pedapatan mereka.

Saya suka mengkritik gaya hidup golongan pertengahan kerana golongan inilah yang saya lihat paling banyak berbelanja melebihi pendapatan.Kalau golongan miskin memang mereka ni hidup dengan cara miskin.Kalau daripada golongan berada pula kebanyakkannya mereka dahulunya ada datang daripada golongan miskin ataupun pertengahan.Mereka berusaha menjadi usahawan kemudian berjaya mendapat pendapatan yang berjuta sebulan.Dalam diri mereka sebenarnya tidak mahu menunjuk-nunjuk kemewahan yang mereka ada tetapi apakan daya.Mereka perlu memiliki rumah dan kereta mewah untuk mengurangkan cukai perniagaan mereka.Semua barang mewah ini bukannya didaftar atas nama mereka tetapi nama syarikat mereka.Hanya itulah caranya mereka berjimat daripada duit mereka dikebas oleh kerajaan.

Fikir-fikirkanlah gaya hidup sahabat semua dan semoga menjadi pedoman buat semua.

Wassalam.

Friday, 5 June 2015

Dilema Personal Loan

Assalamulaikum sahabat semua,

Saya ini seperti yang telah sahabat semua ketahui amatlah suka share apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan saya.Sekurang-kurangnya apa yang terjadi boleh dijadikan pedoman ataupun sempadan kepada sahabat yang mungkin akan mengalami perkara yang sama dengan saya.Pada kali ini saya ingin bercerita tentang dilema yang perlu saya hadapi untuk memilih jalan yang terbaik dalam membuat keputusan berkenaan menguruskan kewangan saya.

Baru-baru ini ada seorang agen MBSB datang ke company saya dan menawarkan personal loan daripada MBSB.Interest rate masih lagi 3.99% iaitu jumlah yang sama dengan loan yang saya buat sebelum ini.Menurut beliau saya boleh meminjam lagi dalam RM30k dengan separate akaun.Maksudnya saya boleh meneruskan loan daripada akaun lama selama 20 tahun dan akaun baru dengan tempoh pinjaman selama 10 tahun seperti yang telah ditetapkan oleh Bank Negara.Jadi saya pun hantar la segala dokumen yang diperlukan.Kemudian pada minggu lepas saya menerima panggilan daripada MBSB Kuala Lumpur memberitahu saya bahawa loan saya boleh diluluskan tapi saya perlu menutup akaun lama dengan akaun yang baru.Baki akaun lama yang saya perlu tutup berjumlah RM56k dan loan saya lulus hanya sebanyak RM60k.Jadi saya akan mendapat baki sebanyak RM4k dalam tangan.Dengan bahasa mudahnya

Loan yang lulus                                 = RM60k
Baki loan akaun pertama                   = RM56k
Jumlah yang saya dapat                     = RM4k
Bayaran bulanan selama 10 tahun     = RM700

Ini bermakna saya telah menambah komitmen bulanan saya sebanyak RM250 jika saya bersetuju untuk menerima tawaran ini dan hanya mendapat RM4k saja.RM4k tidak cukup untuk saya gunakan samada untuk selesaikan hutang yang lain ataupun sebagai modal pelaburan.Sebelum ini saya hanya membayar RM450 kepada MBSB setiap bulan selama 20 tahun.Ini kes pertama.Ada pula kes yang kedua iaitu MBSB menawarkan pula loan seperti yang kat bawah ni

Loan yang lulus                                    = RM105k
MBSB settlekan hutang kereta             = RM18k
MBSB settlekan hutang loan RHB       = RM2k
MSBS settlekan hutang loan akaun 1   = RM56k
Cas insuran dan lain-lain  6%               = RM6300
Bayaran bulanan selama 10 tahun        = RM1225

Jumlah yang akan saya dapat   = RM22700

Dengan jumlah RM22700 di tangan saya, rasanya saya hanya boleh gunakan duit ini sebagai modal untuk membuat loan ASB sahaja.Jumlah ini tidak cukup untuk saya membeli tanah dusun ataupun apartment di Pulau Pinang secara tunai.Perlu diingat komitment saya telah pun penuh dan tidak lagi boleh membeli hartanah secara berhutang.Saya hanya boleh menambah untuk membeli rumah kedua selepas 10 tahun iaitu selepas hutang MBSB ini selesai.Jika diteliti kalau saya membuat loan ASB pula

Modal di tangan   = RM22700
Layak membuat loan ASB sebanyak = RM200k
Bayaran bulanan selama 30 tahun kepada bank CIMB = RM1098
Jumlah bayaran setahun kepada CIMB = RM1098 x 12 = RM13176
Baki duit di tangan = RM22700-RM13176 = RM9524

Saya hanya perlu mengeluarkan modal selama setahun sahaja kerana pada tahun berikutnya saya boleh menggunakan dividen daripada ASB untuk membayar loan ASB kepada CIMB.

Duit dalam ASB = RM200k
Anggaran dividen ASB = 8%
Jumlah dividen = RM200k x 8% = RM16000
Kadar keuntungan = RM16000 - RM13176 = RM2824

Jadi setiap tahun saya akan memperolehi RM2824 sebagai bonus hasil daripada pinjaman dan pelaburan saya.

Sekarang saya perlu kira untung dan rugi jika saya memilih jalan ini

Loan MBSB = RM105k
Jumlah perlu dibayar = RM1225 x 12 x 10 = RM147k
Kadar kerugian = RM 147k-105k = RM42k

Apa yang saya dapat

Baki dalam tangan = RM9524
Dividen ASB         = RM2824 x 30 tahun = RM84720
Duit selepas 30 tahun = RM200k

Jumlah duit yang saya dapat adalah RM 294244

Kadar keuntungan ROI = (RM294244 - RM147000)/ RM147000
                                      = 100%

Jadi bagi saya ini adalah satu pelaburan yang amat menguntungkan.Jika kita ambil kira kadar inflasi lagi 30 tahun mungkin dalam nisbah 5 kali ganda.Jadi saya masih lagi membuat keuntungan sebanyak 20%.Sebarang pelaburan yang memberi pulangan lebih daripada 8% ia adalah satu pelaburan yang bagus.

Apa effect kepada komitment bulanan saya?

Komitment sekarang = RM1060
Komitment jika saya memilih jalan ini = RM1225
Pertambahan komitment bulanan         = RM1225-RM1060 = RM165

Jadi jika saya mengatakan bahawa pertambahan RM165 ini bukanlah beban bagi saya jadi saya patut meneruskan langkah saya untuk menerima tawaran personal loan daripada MBSB ini.Dan jika saya berkata RM165 adalah membebankan saya dan keluarga saya perlu menolak tawaran ini.Sehingga sekarang saya masih lagi memikirkannya.Tapi sebenarnya loan ASB adalah satu insuran yang paling bagus bagi saya kerana jika saya hilang upaya akibat kemalangan duit RM200k akan terus diserahkan kepada saya.Jika saya meninggal pula RM200k akan terus diberikan kepada isteri dan anak-anak saya.Sebab itu saya katakan kita tak perlu membeli insuran jika kita ada membuat loan ASB ini.Loan ini boleh dijadikan insuran kemalangan, nyawa ataupun simpanan pada masa tua.

Kalau sahabat semua meneliti semua tulisan saya, proses untuk menjadi seorang yang kaya hanyalah apabila kita bijak memanipulasi hutang dan duit yang ada di tangan kita.Buangkan sifat negatif yang mengatakan berhutang itu akan membebankan kita.Tapi jika hutang itu berada di tangan mereka yang pandai mengawalnya ia akan mempercepatkan dia untuk menjadi kaya.

Mmmm....baki RM9524 tu mungkin saya akan gunakan untuk membeli superbike.Huhu..Walaubagaimana pun ini hanyalah perancangan semata-mata.Hanya Allah SWT yang berkuasa untuk memakbulkan segalanya.Tiada kuasa yang lebih hebat daripadaNya.Jadi kena banyak bersyukur dan melakukan solat Dhuha kepada Nya.

Wassalam.

Tuesday, 7 April 2015

10 Tip Berkesan Tangani GST

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin share dengan sahabat semua 10 tips yang Dr Azizan berikan kepada saya melalui email beliau.Semoga kita semua mendapat manfaat.

Anda ingin pelajari cara-cara pantas menguruskan masalah kewangan?

Apabila merenung kembali di saat saya kanak-kanak dahulu, dengan hanya wang 50 sen saya mampu membeli sebungkus nasi lemak beserta teh panas. Kini dengan jumlah yang sama, jika saya membeli sebungkus nasi lemak, mungkin saya hanya dapat bekas pembalutnya sahaja. Nampak sangat nilai matawang kita semakin lama semakin sikit nilainya. Perkara ini terjadi akibat daripada kenaikkan kos sara hidup tanpa henti setiap tahun.

Hari ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pertambahan kos sara hidup yang baru iaitu cukai GST. 1 haribulan April 2015 merupakan tarikh bersejarah bagi negara ini, kerana tarikh ini merupakan bermulanya kuatkuasa GST. Terus terang saya katakan ramai di kalangan rakyat negara ini runsing akan wujudnya GST. Mereka masih belum bersedia untuk menghadapi cabaran baru ini. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana antara golongan yang paling gelisah dan golongan ini jugalah yang kini tengah sibuk-sibuk memikirkan pencarian pendapatan baru bagi menampung kos sara hidup GST.


“Jangan bazirkan tenaga fokus kepada masalah, lebih baik fokus seluruh tenaga bagi mencari jalan penyelesaiannya.”


Bila difikirkan semula, memang tidak dinafikan orang ramai akan menjadi marah dengan GST ini. Lagi-lagi jika kerajaan boros dan tidak uruskan kewangan dengan baik melalui cukai yang diterima dari rakyat jelatanya. Bagi saya, GST wujud atau tidak bukanlah perkara utama memberi lesen untuk anda membebel cerita masalah kewangan diri serata negara. Bukankah lebih baik masa membebel ini digunakan untuk membina satu pelan kontingensi bagi menangani masalah GST sebelum ianya memudaratkan anda dalam jangka masa yang panjang.

Saya amat peduli dengan keharmonian ekonomi keluarga orang ramai, terutamanya mereka yang tidak pernah didedahkan dengan ilmu-ilmu kekayaan dan kejayaan. Bagi mengurangkan kerunsingan, saya bercadang untuk berkongsi beberapa tip-tip peribadi yang berkesan ke atas diri saya dan saya berharap ia juga dapat memberi kesan positif terhadap sesiapa yang membacanya.


Tip GST #1 : Akaun Kewangan Peribadi 


Sebelum anda mencari pendapatan baru, apa kata anda cek dahulu akaun kewangan peribadi anda. Cuba teliti perbelanjaan-perbelanjaan bulanan anda sebelum ini, kemudian bandingkannya dengan anggaran perbelanjaan yang bakal dikenakan GST. Adakah berlaku peningkatan kos? Bagaimana pula dengan pendapatan bulanan apatah lagi jika anda bergaji tetap, adakah ia masih mampu menampung peningkatan kos ini?
Jika tidak, mulalah anda memotong kos-kos yang tidak memberi manfaat diri seperti kos perbelanjaan hiburan. Sebelum anda sibuk menjaga kewangan negara, lebih baik anda sibuk uruskan kewangan keluarga terdahulu.


Tip GST #2 : Jangan Bakar Duit


Ini isu yang paling sensitif, kalau cakap ni mesti confirm ada yang marah. Hentikan aktiviti-aktiviti bakar duit, dalam bahasa lain beli rokok, apatah lagi jika ia merosakkan kesihatan. Kos bagi merawat kesihatan bukanlah murah. Saya pernah terbaca satu papan tanda di Jakarta yang bertulis “Jika anda miskin, anda jangan jatuh sakit sebab kos merawat kesihatan itu tidak murah."
Anda faham ker tak faham apa yang diperkatakan oleh papan tanda itu? Tak kisahlah anda tuan kepada medical card takaful atau tidak, sebab bila dah sakit teruk nanti anda akan tetap tafakur walau ada takaful.


Tip GST #3 : Buat Perbandingan


Jangan berbelanja 'mengkhinzir' buta. Rajinkan sikit diri itu, pilih di mana tempat hendak berbelanja dan bandingkan harga dengan kedai lain. Pilih dan beli barang harga yang paling menjimatkan kos. Berhati-hati dengan peniaga yang tamak, ini kerana terdapat peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barang atau servis tanpa mempunyai pendaftaran cukai GST yang sah. Jika jumpa peniaga macam ni, jangan bagi peluang, pergi lakukan report ke pihak berkuasa berkenaan peniaga itu. Bak kata pepatah orang Melaka, “memang hawau peniaga ni”.


Tip GST #4 : Memasak


Siapa yang rajin ke dapur sahaja faham bahawa makan di rumah lebih murah kosnya dari makan di kedai. Sepatutnya, makan di rumah lebih kos efektif dan sihat kecuali anda penggemar makan mee segera yang akan memutuskan urat perut serta gugurkan rambut. Alang-alang dah memasak, lebih baik jadikan ia bekal ke tempat kerja atau sekolah.


Tip GST #5 : Pengangkutan


Masih ingat lagi satu ketika dulu, TV ada mengeluarkan iklan “Jom berkongsi kereta." Mungkin jika iklan ini dikeluarkan pada hari ini, pasti ramai yang akan mengikutnya. Kira kos perbelanjaan pengangkutan bulanan anda, jika anda memandu kereta sendiri dan rasa kosnya terlalu mahal maka ajak rakan sepejabat join naik satu kereta dengan anda. Pakat-pakat dengan rakan, kongsi kos petrol kereta. Kalau anda tidak mempunyai rakan, belajarlah pergi ke tempat kerja dengan menaiki pengangkutan awam.


Tip GST #6 : Jangan Tambah Hutang


Sudah-sudahlah dengan perangai lagak berbarang baru seperti berhutang duit membeli kereta baru sekadar untuk ditayangkan orang sekeliling. Jangan tambah hutang yang tidak mendatangkan hasil.


Tip GST #7 : Tambah Ilmu


Belajar membina kewangan. Bersedia untuk laburkan sedikit wang dalam pencarian ilmu yang boleh meningkatkan pendapatan bulanan anda. Anda boleh dapatkan ilmu ini menerusi bahan bacaan seperti buku, majalah, internet dan media sosial. Jika ada pulus lebih, cuba lapangkan masa untuk hadiri seminar-seminar dari mentor yang berjaya. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja anda mampu menangani GST.


Tip GST #8 : Jom Berniaga


Bermulalah berniaga dengan modal yang rendah, nak lagi best belajar niaga tanpa modal. Berniaga itu mudah. Ramai anak didik saya berniaga secara online atau menjadi ejen dapat hasilkan pendapatan RM20,000 hingga RM50,000 sebulan.


Tip GST #9 : Tingkatkan Sedekah


Sedekah memilik kuasa dan impak yang besar terhadap kehidupan. Melaluinya, Allah SWT mampu datangkan anda rezeki tidak disangka melalui cara aturanNya yang cukup luarbiasa. Dengan bersedekah juga, Allah SWT akan lapangkan setiap rezeki kita. Lagi banyak anda bersedekah, Insya Allah lagi banyak anda akan menerimanya kemudian.


Tip GST #10 : Tingkatkan Pergantungan Kepada Allah SWT


Dari kesemua tip-tip diatas, tip terakhir inilah yang paling penting dan utama yang wajib anda lakukan. Tingkatkan lagi pergantungan diri kepada Allah SWT. Percaya di setiap kesusahan yang diterima pasti ada kesenangan yang menjelma. Tidak akan bergerak satu zarah pun jika Allah SWT tidak mengizinkannya.


GST bukanlah punca sebenar masalah kewangan kita, diri kita sendiri merupakan punca utama kenapa wujudnya masalah kewangan diri dan keluarga. Uruskan kewangan dengan cara yang terbaik bagi mencipta kebebasan dari masalah kewangan di masa hadapan.


Petikan daripada Dr Hj Azizan Osman 

Wassalam

Wednesday, 1 April 2015

Cara-Cara Membayar Cukai Pintu Secara Online

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang cara-cara membayar cukai pintu secara online melalui maybank2u.Saya telah pun mendapat surat daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk membayar cukai pintu untuk bulan Januari sampai Jun 2015 sebanyak RM33.60 pada bulan lepas.Tapi memandangkan saya sibuk dengan kerja terus saya lupa tentang bil cukai pintu ni sehinggalah datang pula surat kedua yang cas saya RM2.00 untuk bayar cukai pintu.Jadi jumlah yang saya kena bayar ialah RM35.60.Saya mula la dok pikir nak kena ambil cuti ni untuk bayar cukai pintu.Dari Kulim ke Sungai Petani pun ambil masa 1 jam jugak perjalanan.Tak masuk lagi dengan buang masa beratur.Nak tunggu saya cuti hari Ahad surat tu bagitau kena bayar sebelum 4/4/15.Pikir punya pikir saya teringat kenapa saya tak bayar online saja.Mungkin boleh.Jadi memang boleh pun bayar secara online.Cara-caranya ialah

1- Login akaun www.maybank2u.com.my

2- Klik pada bahagian Payments.

3- Pilih Make a One-Off Payment

4- Pada pilihan kategori,pilih Assessment.

5- Pilih Majlis Perbandaran masing-masing.Contoh macam saya adalah Majlis Perbandaran Sungai Petani

6- Masukkan jumlah yang perlu dibayar, no akaun bil cukai pintu yang ada pada bil (no akaun ada tanda \ tapi kita tak perlu letakkan tanda \ tu)

7- Dah bayar print screen resit untuk rekod mana la tau tetiba pihak Majlis tak terima pulak bayaran daripada kita.

Senang bukan nak bayar bil cukai pintu.Tak perlu ambil cuti,jimat minyak dan masa beratur.Kadang-kadang apa sahaja benda yang perlu kita settle tapi boleh dilakukan secara online baik kita buat secara online sahaja.Kalau tak tahu kena la belajar supaya boleh menyenangkan kita.Kalau ada pakcik-pakcik atau makcik-makcik yang memang tidak tahu langsung pasal IT bolehlah minta tolong anak-anak atau cucu-cucu yang pandai.Rasanya zaman sekarang ni payah nak cari budak-budak yang tak reti bab internet ni.Daripada dok abis masa main game online, facebook ataupun layari web panas lebih baik korang tolong tokwan atau toknek settlekan bil api dan lektrik pakai online ja.Dapat la jugak pahalanya.

Wassalam

Sunday, 15 March 2015

Merancang Perbelanjaan Sekolah Anak-Anak

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang perancangan saya untuk perbelanjaan sekolah anak-anak saya pada masa hadapan.Kita sering kali mendengar ibu bapa merungut kerana terpaksa berhabis setiap tahun untuk perbelanjaan sekolah anak-anak.Kadang-kadang perbelanjaan sekolah anak-anak boleh mencecah ribuan ringgit seorang apabila kita terpaksa membayar yuran sekolah, buku, pakaian, perbelanjaan makan harian, beg, kasut dan sebagainya setiap tahun.Pada pendapat saya, perbelanjaan ini menjadi beban kepada ibu bapa kerana ibu bapa tidak bersedia dari awal.


Saya sekarang mempunyai 2 orang anak iaitu Muhammad Amsyar dan Muhammad Ammar.Muhammad Amsyar sudah pun 3 tahun dan Muhammad Ammar baru 3 bulan.Jadi sudah pasti Amsyar akan bersekolah lagi 3 tahun dan Ammar lagi 6 tahun.Jadi bagaimanakah saya boleh pastikan perbelanjaan sekolah anak-anak saya tidak membebankan saya pada masa 3 tahun dan 6 tahun yang akan datang.Jadi, ibu bapa boleh mengikut contoh yang ingin saya share dengan sahabat semua seperti kat bawah ni.

1-Buka akaun Tabung Haji seawal kelahiran.


Untuk membuka akaun Tabung Haji tidak memerlukan kad pengenalan.Cukup sekadar hanya membawa surat beranak sahaja ke Tabung Haji.Isi borang untuk buka akaun dan masukkan duit minimum kalau tak silap saya RM10 saja.Hari tu juga dah boleh bawak balik buku akaun simpanan Tabung Haji.Ini yang saya lakukan kepada Amsyar dan Ammar.Lahir sahaja lepas daftar kelahiran, dapat surat beranak trus saya buka akaun kat Tabung Haji.

2-Menyimpan setiap bulan untuk anak-anak dalam akaun Tabung Haji

Kita boleh memasukkan setiap bulan sebanyak mana yang kita mampu ke dalam akaun anak-anak.Kalau mampu RM10 sebulan, bila masuk 6 tahun sudah jadi RM720.Kalau kita mampu RM50 sebulan, masuk 6 tahun sudah jadi RM3600.Macam mana pula kepada ibu bapa yang langsung tidak mampu untuk menyediakan simpanan setiap bulan kepada anak-anak?Jangan risau, sila ikut contoh seperti saya di bawah
  • Setiap duit sedekah orang sewaktu kelahiran jangan kita gunakan untuk kepentingan diri           kita.Simpan duit itu untuk anak-anak dalam Tabung Haji
  • Setiap duit Raya yang sahabat,jiran, dan saudara bagi kepada anak-anak kita simpan dalam       Tabung Haji.
  • Apa sahaja duit yang kita dapat dan dikhaskan untuk anak-anak kita simpan dalam Tabung Haji

3-Setiap wang syiling yang kita kumpul, kita masukkan ke dalam akaun simpanan anak-anak.Memang sudah menjadi tabiat saya setiap hari akan clearkan poket seluar daripada syiling dan masukkan ke dalam tabung.Bila cukup sebulan saya akan tukarkan duit syiling ini dengan kedai untuk mendapatkan duit kertas.Duit itulah yang saya akan masukkan ke dalam akaun anak-anak.Purata syiling saya setiap bulan memang la tak banyak.Dalam RM30 sahaja sebulan.Jadi cukup lah untuk Amsyar RM15 dan Ammar RM15.



4-Setiap jualan hasil daripada tanaman saya di keliling rumah adalah untuk anak-anak.Buat masa sekarang hasil yang boleh saya tukarkan menjadi duit hanyalah tanaman serai.Saya baru sahaja menjual serai di halaman rumah saya sebanyak 2 kilo kepada kedai borong.Walaupun duit yang saya dapat hanyalah RM4.00 tapi saya tetap bersyukur kerana duit hasil titik peluh saya boleh saya gunakan untuk simpanan anak-anak.Selepas ini saya akan mula menjual limau kasturi yang boleh mencecah RM12 sekilo. buah amra dan tanaman kucai.Semua hasil jualan ini adalah untuk anak-anak saya.Saya hanya seronok menanam dan menuai sahaja.Biarlah anak-anak yang merasa hasilnya.


5-Setiap jualan barang-barang terpakai adalah untuk anak-anak.Memang sudah menjadi tabiat saya akan menyimpan semua botol plastik,kertas dan besi untuk dikitar semula.Selain dapat menghijaukan bumi Allah dan mengelak pencemaran, kita juga boleh mendapat sedikit hasil kewangan darinya.Yer.Hasilnya tidaklah banyak.Saya baru sahaja menjual semua ini dan hanya mendapat RM2.70 sahaja tetapi banyak lagi pahala yang Allah berikan kepada manusia yang mahu menjaga bumi Allah ini daripada kerosakkan.Selain daripada fardu kifayah yang kita buat, hasil jualan juga boleh dimasukkan ke dalam akaun simpanan anak-anak.

Saya berharap perkongsian saya ini boleh memberi manfaat kepada semua dan mengelakkan sahabat semua pening kepala setiap tahun apabila sekolah baru buka.Yer.Untuk mereka yang bergaji besar dan laki bini kerja mungkin petua ini hanya dipandang remeh dan picisan sahaja tetapi bagi mereka yang bergaji minimum RM900 sebulan, perkongsian ini mungkin sedikit sebanyak boleh melegakan hati mereka dalam cabaran menyekolahkan anak-anak.

"Apabila kita sudah terbang ke langit yang tinggi, jangan lupa memandang ke bawah"


Wassalam

Friday, 7 November 2014

Kenapa Permohonan Pinjaman Ditolak

Biasanya kita melihat, pegawai pinjaman bank sentiasa menolak permohonan pinjaman anda dan memasukkannya ke dalam mesin pemotong (mesin pemotong kertas). Semak laporan kredit anda yang dibuat oleh bank sebelum mencari sebab penolakan permohonan pinjaman anda.
Masalahnya ialah: Bank mempunyai dasar dan kaedah dalaman mereka sendiri untuk mengukur skor kredit anda apabila berkaitan dengan kelulusan pinjaman, tetapi pelbagai tabiat atau sejarah laporan perbankan anda juga memberi melange anda sendiri tabiat perbankan yang lemah dan sejarah kredit anda sendiri memberi kesan atau sumpahan seperti dalam filem Harry Potter avada-kedavra; yang bermaksud sumpahan membunuh.
Laporan kredit merupakan maklumat kewangan masa lalu anda; di Malaysia, kedua-dua pihak utama yang mengumpul laporan kewangan anda adalah Biro Kredit (di bawah Bank Negara Malaysia) dan CTOS (entiti swasta), dan lain-lain. Laporan-laporan menjengkelkan ini biasanya digunakan oleh bank sebagai rujukan terhadap pemohonan pinjaman yang datang memohon dengan mereka.
Apa yang disimpan di dalam CCRIS:
  • Kemudahan kredit belum jelas – Pinjaman semasa dan hutang-hutang lain seperti kad kredit
  • Permohonan untuk kemudahan kredit – semua permohonan yang diluluskan dalam tempoh 12 bulan sebelum ini (kecuali permohonan mereka yang telah ditolak, dihapuskan atau dibatalkan)
  • Perhatian khusus akaun – Akaun dengan beberapa bayaran lewat atau sebarang akaun luar biasa yang berada di bawah pengawasan yang ketat oleh institusi kewangan.
5 bahagian dalam CTOS:
  • Pengesahan identiti – Nama penuh dan syarikat atau perniagaan nombor pendaftaran. Bahagian ini membantu untuk mengelakkan penipuan dan kecurian identiti.
  • Senarai dalaman / Pendedahan kumpulan – Maklumat Syarikat sendiri dan rujukan berkaitan pelanggan. Tiada siapa yang mempunyai akses kepada bahagian ini selain daripada kakitangan dalaman mereka sendiri.
  • Pengarah dan kepentingan perniagaan – Rekod pengarah dan pegangan saham; bank menggunakan bahagian ini untuk membantu mengesahkan pendapatan sebenar pemohon.
  • Tindakan undang-undang – maklumat muflis, tindakan undang-undang, dan status kes.
  • Rujukan Perniagaan – Syarikat-syarikat yang mungkin mahu berkongsi pengalaman perniagaan mereka; sebagai contoh, syarikat-syarikat telekomunikasi dan syarikat utiliti mungkin dirujuk jika anda mempunyai bil banyak yang tidak berbayar dan sebagainya.
Nampak seperti permohonan pinjaman anda ditolak? Teruskan membaca!

Nak Tahu Kenapa Permohonan Pinjaman Anda Ditolak?




  1. Membayar bil anda lewat daripada tarikh akhir! Malah, melakukannya beberapa kali! Pembayaran lewat 60 hari masih boleh diterima lagi, tetapi bayaran lewat 90 hari sangatlah tidak elok ya; bank mungkin secara pantas mengatakan “sila” jelaskan.
  2. Memohon pinjaman lebih daripada yang anda mampu langsaikan.
  3. Pastikan nisbah hutang dengan pendapatan anda (jumlah hutang bulanan anda berbanding pendapatan bulanan anda) adalah tinggi. Jumlah hutang bulanan anda lebih daripada pendapatan bulanan anda; yang pasti kakitangan bank sepantas kilat menggelengkan kepala mereka.
  4. Tiada cagaran. Tiada kereta? Tiada rumah? Tiada kasut mahal? Maaf tuan-tuan dan puan-puan, tiada pinjaman untuk anda.
  5. Tiada sejarah kredit. Hal ini bukan bermakna permohonan pinjaman anda ditolak, tetapi mungkin sukar bagi anda untuk membuktikan bahawa anda boleh membayar pinjaman tanpa sebarang masalah jika anda tidak mempunyai sejarah untuk membuktikannya.
  6. Pernahkah anda menjadi pelanggan yang teruk terhadap bank tertentu? Jawapan pastinya “Tiada Pinjaman”!
  7. Pastikan akaun anda sentiasa mempunyai overdraf.
  8. Gunakan kad kredit anda sehingga ke tahap maksimum.
  9. Tak Perlu bersusah-payah menyimpan wang. Walaupun bukti menunjukkan bahawa anda telah menggunakan simpanan anda untuk membayar hutang, bank mungkin masih ragu pada anda.
  10. Tidak mempunyai alamat tetap. Bertukar kerja 20 kali dalam setahun. Kebanyakan bank tidak sukak mereka yang tidak konsisten.
  11. Jika anda bekerja sendiri, pastikan untuk mendapatkan sedikit pendapatan seboleh mungkin – sesetengah orang melakukannya untuk mengelak cukai. Pendapatan yang tidak mencukupi untuk kredit yang anda sedang cari. Permohonan segera ditolak!
  12. Tunjukkan bukti pendapatan bulanan turun naik (kadang-kadang negatif). Adalah lebih sukar untuk bekerja sendiri atau bekerja sambilan untuk mendapatkan kelulusan pinjaman. Jadi turun naik pendapatan menjelaskan bahawa anda tidak tahu berapa banyak yang anda akan bayar bulan depan!
  13. Anda muflis. Setelah difailkan sebagai muflis, anda perlu membayar sejumlah masa dan membayar semua kembali, sebelum anda boleh mendapatkan kredit lain.
  14. Kerap tidak membayar hutang kad kredit anda dengan baki yang tinggi.
  15. Rumah anda dirampas, atau kereta anda ditarik.

Jadi bagaimana pinjaman anda diluluskan? Lakukan sebaliknya dengan perkara di atas! Satu kesilapan kecil kewangan tidak bermakna bahawa bank tersebut akan mengeluarkan kod merah terhadap anda. Sekarang kita tahu perkara yang harus dielakkan ketika menguruskan kewangan, mari kita sasarkan bahawa skor kredit sempurna untuk setiap bank!


sumber
jimatcermat.my