Showing posts with label Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan. Show all posts

Tuesday, 10 May 2016

Bayaran SSM dan Denda Jika Lewat Perbaharui Lesen

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya memperbaharui lesen berniaga saya baru-baru ini.

Saya sedar yang saya telah pun terlewat selama 2 bulan untuk memperbaharui lesen perniagaan saya.Mungkin saya sendiri pun tidak tahu yang kalau lewat memperbaharui lesen tersebut akan di denda sebanyak RM30 untuk 1 bulan.Jadi apabila hendak memperbaharui lesen perniagaan saya baru-baru ini saya telah didenda sebanyak RM60 kerana lewat selama 2 bulan.

Kalau sebelum ni harga untuk 1 tahun lesen perniagaan adalah RM30 tetapi sekarang telah naik sebanyak RM60 selama 1 tahun.Jadi saya telah membayar sebanyak RM120 untuk memperbaharui lesen selama 1 tahun dan denda lewat selama 2 bulan.

Saya ingin berpesan kepada semua yang telah berdaftar lesen perniagaan dengan SSM supaya jangan lewat memperbaharui lesen kerana dendanya bagi saya agak tinggi.Contoh jika lesen kita tamat pada 10/5/2016 kita kena perbaharuinya pada tarikh 9/5/2016.Jika lewat 1 hari sahaja (11/5/2016) kita kena bayar denda RM30.

Jadi beringat yek sebelum kena macam saya.Huhu...

Wassalam.

Friday, 6 May 2016

Daun Cenohom atau Kesum-Tumbuhan Terbiar Yang Boleh Menjadi Sumber Pendapatan

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua satu situasi yang pada pandangan mata kasar ia biasa sahaja tetapi rupanya boleh mendatangkan sumber pendapatan kepada sesiapa.

Ceritanya bermula apabila tok saya menghadapi masalah kebocoran longkang dari rumah sedara tok juga.Jadi setiap kali sesiapa menggunakan bilik air di rumah tok nek, air itu akan tiris sehingga masuk ke halaman rumah tok.Jadi tanah di depan halaman rumah tok sentiasa sahaja lembab dengan air punca dari bilik air tok nek ni.Lepas tu tok pun dah tengok tanah ni sentiasa lembab jadi dia pun mula la menyucuk batang pokok cenohom (daun yang orang guna untuk buat kuah laksa dan asam pedas) di setiap tanah yang lembab ni.Jadi hidup subur la pokok cenohom ni apabila sentiasa sahaja mendapat air yang banyak setiap hari.



Kalau tengok pada gambar kat atas pokok cenohom ni tumbuh sehingga hampir menutup tangga yang selalu saya gunakan untuk naik ke tempat parking kereta di kawasan rumah tok nek.Akhirnya, saya pun cuba lah tanya kedai runcit sama ada mereka mahu beli ke tidak daun cenohom ni pasal saya tengok ada satu kedai runcit ni dia hanya jual bunga kantan sahaja.Nak beli daun cenohom kena beli kat market Penanti.Bila tuan kedai dengar saya nak tolak kat dia daun cenohom memang pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya.Tuan kedai ambil daun ni RM5.00 untuk satu kilo.Saya dah jual dekat 1kg lebih dah daun ni selama 2 minggu lepas.Duit hasil jualan daun cenohom saya bagi kat Tok pasal dia yang tanam.Gembira sangat dia kerana hasil kerjanya yang nampak macam tidak seberapa tapi boleh mendatangkan hasil.Inilah yang dikatakan dalam setiap musibah ada hikmahnya.

Selain daun cenohom, tok juga ada menyucuk batang kangkung kampung.Tak la banyak tapi kalau setakat nak makan sendiri memang cukup la.Kalau kat gambar yang belah kiri sekali.

Sekarang ni kerja saya tunggu pokok ni semak sahaja sebelum dituai untuk dijual ke kedai runcit.Kerja yang senang bagi saya kerana tak perlu menjirus air,tak perlu baja dan tak perlu letak racun.Biar sahaja sampai semak kemudian jual.

Wassalam.


Thursday, 31 March 2016

Cerita Hobi Isteri Yang Dijadikan Sumber Pendapatan

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang hobi yang boleh dijadikan sumber pendapatan.Dalam kes sekarang ni adalah hobi isteri saya yang suka bakar kuih moden dan tradisional.Ianya bermula apabila saya cakap kat isteri yang saya boring dengan masakannya.Yela asyik masak benda yang sama sahaja.Jadi untuk sahut cabaran saya tu dia pun mula la google untuk buat kuih dan masuk group masakan kat Facebook.Bila dah dapat resepi dia pun mula la buat kuih karipap,apam,roti,kek,masalodeh dan sebagainya.Ada yang dia buat saya makan dan ada yang saya tak makan sangat pasal saya tak suka sangat makan makanan yang manis.Hehe




Nak dijadikan cerita, saya ada sebut yang family kami ni dah lama tak berniaga sejak daripada isteri saya melahirkan anak kami yang kedua.Jadi, saya pun cadangkanlah untuk dia jual kuih ataupun roti.Percubaan pertamanya adalah membuat roti sosej.Ada la banyak kali juga dia try untuk cuba dapatkan resepi yang terbaik nak bagi roti lembut dan gebu.Kemudian bila dah berjaya saya pun bertanya lah kepada pakcik kat Taman Mutiara yang jual kuih setiap pagi.Pakcik tu bagitau kalau harga roti sosej tu kita jual dengan harga RM1 maka komisyen yang dia ambil adalah 20 sen.Jadi daripada hobi, bini saya telah menukarkannya menjadi sumber pendapatan dengan menjual 15 keping roti sosej setiap hari.


Walau bagaimanapun, bisnes roti sosej itu hanya sempat bertahan 3 bulan sahaja kerana saya berpindah daripada Taman Mutiara ke Penanti.Walau bagaimanapun, sekarang ini isteri masih lagi menjadikan hobinya sebagai pendapatan iaitu menjual kuih lapis.Boleh la satu hari RM8 dengan menjual 10 keping kuih lapis di kampung.Memang sudah menjadi kerja saya sekarang setiap pagi kena bangun mesin kelapa untuknya buat kuih setiap hari.

Wassalam.

Thursday, 3 September 2015

Kuih Sepit Perindu Tok Kiah Yang Terlajak Laris

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang pengalaman isteri dan ibunya mengusahakan pembuatan kuih sepit secara kecil-kecilan.Idea yang sebenarnya telah pun lama tersimpan kerana masalah masa akhirnya telah pun berjaya direalisasikan pada bulan 5 yang lepas dan dengan tidak disangka-sangka permintaannya amatlah mengalakkan.Sehinggalah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lepas mak mertua dan isteri terpaksa membuat sehingga 370, 000 keping kuih sepit untuk memenuhi permintaan pelanggan.Isteri saya terpaksa berada di rumah ibunya selama sebulan pada bulan puasa dan saya pula terpaksa berbuka puasa seorang diri di rumah dan pada hujung minggu barulah saya akan balik ke rumah mertua.Inilah pengorbanan yang saya perlu lalui apabila kuih sepit perindu tok kiah laris sampai tak menang tangan nak buat time Raya haritu.Isteri dan mak mertua pula terpaksa bekerja keras satu hari 3 shift daripada pagi selepas makan sahur sampailah ke malam pukul 12 setiap hari untuk menyiapkan kuih.Sekali tengok pun saya dah letih.Huhu.Tapi berkat kesabaran dan ketekunan mereka membuat kuih, pada tahun ini mereka boleh beraya dengan hati yang sangat gembira apabila dapat menikmati hasil keuntungan membuat kuih.Terus terang saya cakap pada raya kali ini isteri saya yang lebih banyak belanja baju raya saya dan anak-anak.Bukan pasal dia banyak duit tapi sebagai cara untuk mengurangkan beban saya sewaktu musim perayaan.


Inilah yang pernah dikatakan oleh Dr Azizan supaya kita jangan memandang sesuatu perniagaan itu sebagai satu perniagaan yang kecil.Kadang-kadang benda yang kecil itulah yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada taukenya.Dia pernah memberi contoh seorang yang berniaga kerongsang.Memanglah kerongsang itu kecil tapi kalau sudah supply satu Malaysia tak ke banyak untungnya.Samalah juga sebuah kedai di Jalan Chai Leng Park Penang yang hanya menjual screw sahaja.Screw ni sebiji baru 1 kupang tak pun 2 kupang.Sekali beli tak habis pun RM10.Tapi berkat kesabaran mereka berniaga sampai ke tua Cina tu hidup dengan menjual screw sahaja.Saya ingat kalau bagitau nama syarikat mereka satu Penang dan Kedah boleh tau.Samala juga masa mula-mula mereka nak menjual kuih sepit.Mereka memandang yang kuih sepit ni kecil dan boleh laku ka.Bila sekali dah mula sekarang ni sampai tak menang tangan nak buat.


Saya memandang kuih sepit perindu tok kiah ni boleh pergi jauh jika betul-betul berusaha untuk mengembangkannya.Kekuatan kuih ini sebenarnya terletak kepada resepinya yang memang sudah turun-temurun tok kiah buat dari dulu lagi sampaikan pelanggan penah tegur yang kuih sepit ni rasa macam kuih sepit Cina dan tekniknya pula macam Cina buat.Mungkin dia penah makan kuih sepit Cina la kot.Huhu.Kuih sepit yang berkualiti mestilah nipis supaya ia ranggup,berkilat, tidak terlebih masak ataupun kurang masak,gebu dan halus.Rasanya pula mestilah tak terlalu manis dan tak terlalu lawar.Sedap-sedap sahaja.


Oleh itu kalau ada sahabat yang mahu order jangan segan-segan ye.


Thursday, 30 April 2015

Kuih Sepit Perindu Tok Kiah

Assalamualaikum sahabat semua,


Pada kali ini saya ingin bercerita tentang satu lagi perniagaan yang baru sahaja saya dan isteri ceburi iaitu menjual kuih sepit.Ada juga yang panggil kuih ni sebagai kuih kapit.Kalau orang Kedah memang panggil kuih sepit pun.Tapi tak kesah la nak panggil namanya yang mana satu janji benda yang saya jual ni adalah benda yang sama.Kuih Kapit pun dia Kuih Sepit pun dia jugak.Kalau tak silap saya kuih ini adalah satu kuih yang hampir pupus kerana kesukaran untuk membuatnya.Antara kuih lain yang juga hampir pupus adalah karas dan kuih beras (yang pakai acuan kayu tu).

Kalau nak diikutkan sebenarnya tok saya iaitu sebelah isteri saya telah lama menjual kuih sepit ini sewaktu raya ataupun menerima tempahan semasa kenduri kahwin.Masa mula-mula dia jual dulu tok bungkus kuih ni dalam tong roti yang besi tu.Satu tong roti tu dulu dia jual dengan harga RM30 sahaja.Saya pun tak pasti boleh dapat berapa ratus keping.Rasanya 1000 keping boleh kot masuk dalam tong tu.Musim terus berlalu, zaman pun bertukar sehinggalah sekarang ni orang jual 50 keping dengan harga RM15 yang perisa asli.Lepas tu ada innovation yang orang Melayu buat dengan letak perisa lain seperti mentega kacang,coklat,strawberry dan sebagainya dengan harga 50 keping RM18.
Pada masa tu mak mertua dan isteri saya lah yang menolong tok membuat kuih sepit sewaktu raya atau setiap kali menerima tempahan.Tok yang tukang bancuh andunan, mak mertua tolong bakar kat dapur arang dan isteri yang tolong lipat sama ada jadikan bentuk gulung ataupun 3 segi.Jadi sebenarnya, membuat kuih sepit dikalangan keluarga belah isteri bukan lagi asing pada mereka.Isteri saya sendiri pun dulu tolong lipat kuih sepit ni sewaktu sekolah menengah lagi.

Selain daripada kuih sepit ni, keluarga belah isteri saya juga mahir dalam membuat kuih loyang sama ada perisa manis ataupun pedas.Kemudian, ada satu lagi yang cukup susah nak dapat sekarang ni iaitu halwa maskat.Ini pun satu lagi yang susah nak dapat kerana sukar nak membuatnya.Halwa ni mak sedara saya yang boleh membuatnya.Dia sendiri pun perlukan masa selama 5 tahun untuk memahirkan diri membuat halwa maskat ni supaya betul-betul ikut resepi maknya yang telah meninggal dunia.Bagi saya sendiri, saya tak suka makan halwa maskat kerana saya tak suka makan kuih yang terlalu manis.Tapi halwa maskat mak sedara saya berbeza.Rasanya tak la manis sangat tapi menjadi.Ada orang kata halwa ni kalau tak manis tak jadi.Oleh kerana halwa ni tak terlalu manis jadi memang saya pulun la makan halwa ni bila dia buat.Tapi untuk loyang dan halwa ni depa buat hanya untuk santapan keluarga sahaja buat masa sekarang.Masa ke depan mungkin boleh menerima tempahan.

Oleh kerana tok saya sekarang ni sudah pun tua dan dah tak larat lagi nak buat kuih ni, jadi mak mertua saya cuba untuk menghidupkan semula amalan tradisi mereka membuat kuih sepit sewaktu perayaan.Ditambah pula dengan minat isteri saya dalam bidang perniagaan, maka mereka telah bersetuju untuk menjual kuih sepit ini sewaktu perayaan dan dibuka tempahan sepanjang tahun untuk kenduri kahwin,hantaran, sebagai snek sewaktu tengok tv di rumah ataupun  melayan tetamu yang datang.Dengan harapan mak mertua saya supaya keluarga mereka dapat mengimbau kembali kenangan mereka bersama membuat kuih ini.Sebenarnya idea hendak menjual kuih sepit ni dah lama dibincangkan di kalangan mereka,cuma masalahnya mak mertua saya pada masa itu bekerja di kantin sekolah.Jadi memang tidak ada masa untuk membuatnya.Tapi sekarang dia hanya bekerja di tadika sahaja dan kerja yang dilakukannya tidak lah berat seperti di kantin.Jadi sekarang ni mak mertua saya memang mempunyai masa untuk memenuhi permintaan pelanggan yang tempah kuih sepitnya.

Saya baru sahaja mengiklankan bisnes kuih sepit ni di Facebook saya dan isteri dan alhamdulillah permintaan untuk kuih ini amat menggalakkan.Untuk minggu ni sahaja isteri dan mak mertua saya kena siapkan hampir 1000 keping kuih sepit ni.Nasiblah saya pun bercuti 4 hari bermula dari 1/5/15 hingga 4/5/15.Jadi bolehlah saya menolong sedikit sebanyak melipat kuih ni ka.Kurang-kurang cepat la sikit semua tempahan tu disiapkan.

Akhir kata, jika ada sapa-sapa yang membaca blog saya ini ingin membuat tempahan kuih sepit bolehlah terus melawat facebook page kami iaitu https://www.facebook.com/pages/IQsha-BabyHouse/1382167195363110?ref=hl.Kat bawah ni senarai harga yang kami jual.


Harga Kuih sepit perisa Asli 50pcs RM10
Harga Kuih sepit perisa Coklat 50pcs RM15
Harga Kuih sepit perisa Mentega Kacang 50pcs RM15
Harga Kuih sepit perisa Asli 100pcs RM20
Harga Kuih sepit perisa Coklat 100pcs RM25
Harga Kuih sepit perisa Mentega Kacang 100pcs RM25

Wassalam


Monday, 20 April 2015

Bedak Sejuk Herba Madu Kelulut

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin mengiklankan produk sahabat saya Syaik Ambran iaitu Bedak Sejuk Herba Madu Kelulut.

Pada mulanya, Syaik datang ke kilang saya mengadu pasal permintaan untuk bedak sejuk keluarannya di luar kemampuan makcik-makcik di kampung untuk membuatnya.Makcik-makcik ni kebanyakkannya adalah ibu tunggal ataupun suri rumah sepenuh masa di Baling.Yela mana nak bancuh bedak sejuk dan kemudian nak kena titik satu-satu di atas talam sebelum dijemur.Kalau dapat order sampai 1 tan mana la nak larat titik bedak sejuk tu satu persatu.Jadi, hasil perbincangan saya dengan dia, maka saya telah membuat satu design mould bedak sejuk untuknya.1 mould boleh buat sebanyak 8836 biji bedak sejuk.Bayangkanlah dia perlu order 24 keping mould untuk menampung permintaan pelanggan di sekitar Kedah dan Penang sahaja.Kerja dia sekarang lebih senang.Bancuh bedak sejuk kemudian sapu sahaja pada mould lepas tu jemur sahaja.6 keping mould siap dalam masa 30 minit sahaja jika cuaca panas.Walau bagaimanapun, kita lupakan cerita saya dengan mould bedak sejuk ni dulu dan kita cerita pasal khasiat bedak sejuk herba madu kelulut ini.

Syaik Ambran telah memberi sedikit bedak sejuk herba madu kelulut ini kepada saya sebagai sample untuk saya sendiri cuba pakai dan rasai perbezaannya.Cara pakainya sama sahaja macam kita pakai bedak sejuk biasa cuma yang berbezanya bedak sejuk ini boleh dipakai di seluruh badan dan bukannya hanya pada kulit muka sahaja.Mulanya saya ambil sedikit bedak tu letak atas tangan, pastu saya bancuh sikit dengan air kemudian lumur kat muka.Mak ai...ada satu bau herba yang bagi saya agak kuat menusuk hidung saya.Tapi bau itu akan hilang selepas bedak sejuk ni kering kat muka.Kalau kita nak hilangkan bau herba tu kita boleh bancuh bedak sejuk ni dengan menggunakan air mawar.Masa kita lumur kat muka tu kita kena lumur macam menyental daki-daki kat muka kita.Bila bedak sejuk tu dah kering kemudian kita pun terus sahaja basuh muka kita untuk hilangkan putih bedak sejuk ni.Saya sendiri dapat rasai perbezaan kulit muka saya selepas membasuh bedak sejuk yang dah kering ni.Kulit saya rasa halus dan gebu.Lepas tu rasa macam licin sahaja.Saya pun pelik juga herba apa yang Syaik Ambran letak kat dalam bedak sejuk ni.Yang madu kelulut tu saya tau la.Bila tanya dia trus cakap rahsia..haha...terkena saya.Yela takkan la dia nak bagitau ramuan rahsia bedak sejuk madu kelulut keluaran dia ni pada saya pulak kan.Kang tak pasal-pasal saya jual rahsia bedak sejuk dia kepada D'Herb.Hehe

Antara Khasiat Bedak Sejuk Herba Madu Kelulut

1-Menaikkan Seri Wajah
2-Menghaluskan Kulit Wajah
3-Anti Penuaan
4-Anti Pengoksidaan
5-Menipis dan Menghilangkan Jeragat dan Jerawat pada Kulit Yang Berminyak, Kulit Kering dan Kusam




Menurut Syaik, bedak sejuk ini boleh dipakai seisi keluarga termasuk ibu,ayah,anak,tokwan dan toknek.Smua boleh pakai kerana bedak sejuk ini adalah produk penjagaan kulit wajah tak kira lelaki atau perempuan.Anak remaja adalah individu yang paling kerap menghadapi masalah jerawat dan jeragat ni.Cubalah bedak sejuk ini dan insyaallah dengan izin yang Maha Kuasa ianya mujarab.



Harganya bagi saya amatlah murah kalau nak dibandingkan dengan kesannya pada kulit wajah saya.Harganya cuma RM10.00 sahaja tak termasuk postage.

Jadi kalau ada kawan-kawan yang nak order boleh contact saya sama ada melalui email ataupun facebook.Saya hanya menolong kawan saya memasarkan produknya sahaja.Terima kasih

Wassalam.

Monday, 27 October 2014

Pengalaman Menjual Serai

Assalamualaikum sahabat semua,

Sebenarnya di rumah sewa saya ada la terdapat sedikit tanah dihadapan dan dibelakang rumah.Sebelum ini memang terbiar tanpa diusahakan dengan apa-apa tanaman. Tanaman yang saya tanam sebelum ini seperti petola,kacang panjang dan kacang kelisa juga telah mati diracun.Saya memerlukan sejenis tanaman yang tidak memerlukan saya untuk memberi tumpuan kepadanya.Jadi setelah membaca dan meneliti tanaman yang sesuai saya pun memilihlah untuk menanam serai sahaja.Memang serai yang saya tanam ini tidak pernah saya jirus air dan diberi baja.Bila musim kemarau kurus melidi ja batang serai ni tapi bila masuk musim hujan ia subur dan gemuk-gemuk batang dia.

Serai mempunyai sifat jika sudah sampai tempoh matang, kita kena ambil batangnya.Jika tak ambil ia akan mula layu sendiri dan anak serai yang naik akan kurus melidi.Serai yang saya tanam adalah serai paha ayam.Pada minggu lepas, saya ingin meracun rumput-rumput yang tumbuh melata di depan rumah dan untuk memudahkan saya meracun, saya perlu clearkan dulu rumpun-rumpun serai yang berjumlah 6 rumpun tu.Jadi terpikir la untuk saya pergi ke kedai borong Taman Mutiara dan bertanya mahu ke tak kalau saya nak tolak serai kat dia.Tauke kedai pun cakap la ok.Bila ditanya sekilo dia ambil berapa ringgit.Dia cakap RM2/kilo.Ok la tu daripada saya buang saja dan tak larat nak makan pun.

Saya pun balik la ke rumah dan ambil pisau untuk potong dulu daun yang menebal kat rumpun serai tu.Bila dah clear daun barulah senang nak ambil batang serai ni.Satu kesilapan saya bila nak ambil serai ialah saya tak pakai baju lengan panjang dan pakai sarung tangan.Lepas ambil tu mula lah gatal sana-sini dan luka abis kulit tangan dek penangan daun serai yang tajam tu.Setelah saya memilih batang-batang yang gemuk untuk dijual dan buang akar, saya pun masukkanlah ke dalam beg plastik.Lepas itu teruslah saya ke kedai untuk menjualnya.Timbang-timbang serai tu beratnya 2kilo lebih sahaja.Jadi dapatlah RM4.30 hari tu.Bolehlah untuk tanaman serai di depan rumah yang sebenarnya tidak dijaga dan terbiar pun.Hehe.Duit tu saya masukkan sahaja ke dalam akaun Tabung Haji anak saya.

Saya bercadang untuk menanam 10 rumpun serai lagi dibelakang rumah.Daripada dibiarkan kosong baik saya tanam dan biar saja serai tu membesar.Sebenarnya permintaan untuk serai amatlah tinggi di taman saya kerana terdapat banyak kedai tomyam di sini.Cuma harganya yang rendah mungkin membuatkan orang beranggapan tak berbaloi pun nak tanam dan jual serai ni.Tapi bagi saya, jika ia boleh mendatangkan income tanpa perlu banyak modal adalah lebih baik diusahakan sahaja.Tanam anak serai,biar tanpa perlu dijaga,ambil dan jual.




Wednesday, 25 June 2014

Cara-Cara Untuk Berniaga Di Bazar Ramadan

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini, saya akan bercerita tentang selok belok ataupun cara-cara untuk berniaga di bazar Ramadan.Ceritanya bermula apabila Azni, rakan sekerja saya mengajak saya untuk menceburi bisnes makanan di Bazar Ramadan Kulim.Azni pun baru sahaja mula berniaga dengan menjual pizza.Saya pula sebelum ini memang pernah berniaga laksa dan tomyam.Tapi untuk berniaga di Bazar Ramadan, saya tidak mempunyai pengalaman dan masa yang mencukupi kerana saya bekerja makan gaji dalam bulan Ramadan.Cuma kelebihan yang saya boleh gunakan adalah pada bulan ramadan saya pulang pada pukul 4:30pm setiap hari sepanjang Ramadan.Jadi itu sahajalah kelebihan yang saya boleh gunakan dalam bisnes bazar ramadan.

Memandangkan saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan makanan dan hanya boleh berharap kepada isteri saya sahaja untuk sediakan jadi saya memilih untuk berniaga minuman dan dadih sahaja.Antara minuman dan makanan yang terlintas dalam pikiran saya adalah

1-Air limau kasturi dengan asam boi
2-Air Teh bunga
3-Air lengkong
4-Dadih
5-Jelly
6-Puding

Sebagai permulaan, rasanya cukuplah ini sahaja menu yang saya mampu untuk sajikan kepada umat Islam yang berpuasa.Ada juga rakan-rakan yang berkata kalau berniaga air bila tak habis buang sahaja.Saya cuba untuk ubah minda yang berpikiran macam tu.Berniaga di bulan puasa adalah satu ibadah kerana kita menyediakan juadah untuk mereka yang berpuasa.Jika tak habis apa salahnya kalau kita bungkus dan dermakan ke masjid-masjid untuk jemaah berbuka puasa ataupun semasa balik dari terawih.Jadi inilah yang akan saya lakukan dalam bulan puasa ini.Kalau berniaga habis alhamdulillah.Kalau tak habis saya akan dermakan sahaja ke masjid supaya saya boleh mengutip kekayaan di dunia dan kekayaan di akhirat.

Sebenarnya terdapat 5 syarat utama untuk melayakkan kita menjadi peniaga bazar Ramadan iaitu kena bawa bersama dokumen asal dan salinan di bawah ke Majlis Perbandaran.

1-Berdaftar dengan tuan punya tapak Bazar Ramadan.Contohnya, tuan rumah bazar Ramadan di Kulim adalah Majlis Perbandaran Kulim.Kena isi borang yang mereka sediakan.
2-Bawa bersama 2 keping gambar berukuran passport yang terbaru
3-Bawa kad pengenalan
4-Bawa sijil kursus pengendalian makanan.Ada banyak syarikat swasta ataupun Majlis Perbandaran sendiri yang menganjurkan kursus ini.Saya menjalani kursus ini di Sungai Petani dengan bayaran RM50 untuk masa 3 jam kursus.
5-Bawa sijil atau kad pengesahan mendapat suntikan typhoid (TY2) dari klinik kerajaan ataupun swasta.Kalau klinik swasta kena bayar RM20.Minta rujuk klinik kerajaan yang terdekat.tak semua klinik kerajaan ada menyediakan perkhidmatan cucuk TY2 dan kalau ada pun ada hari-harinya.Kalau cucuk kat swasta kena bayar tinggi sikit iaitu RM50 hingga RM75 bergantung kepada klinik.Tapi cucuk TY2 ni hanya untuk 3 tahun sekali.
6-Bayar sewa tapak.Kat kulim kalau jenis jualan makanan/minuman kena bayar RM155 (1 petak 10 x 10 kaki persegi).Kalau jualan jenis berasap/tebu/kelapa kena bayar RM205 ( 1 petak 10 x 10 kaki persegi).

Apabila sahabat semua dah pun cukup 5 syarat di atas ni maknanya bulan puasa ni ataupun tahun depan bolehlah mula start berniaga.Saya doakan supaya rezeki sahabat semua dan rezeki saya ditambahkan lagi dengan keberkatan bulan Ramadan.Insyaallah.

Wassalam


Wednesday, 14 May 2014

Tips Membeli Payung Kanopi Untuk Pasar Malam

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya akan berkongsi dengan sahabat semua tips untuk membeli payung kanopi yang selalu kita lihat peniaga pasar malam gunakan termasuklah saya.

Sebenarnya hanya terdapat 2 jenis sahaja payung kanopi yang peniaga gunakan iaitu yang bersaiz 10 kaki x 10 kaki dan 15 kaki x 10 kaki.Terdapat pelbagai warna kanopi yang ada termasuklah biru,merah,hijau dan putih.Tetapi yang biasa kita lihat warna biru la.Dalam kes saya, saya membeli khemah kanopi yang berwarna biru bersaiz 15 kaki x 10 kaki.Sebenarnya, ada seorang peniaga lama yang telah menasihatkan saya supaya membeli khemah kanopi 10 kaki x 10 kaki sahaja kerana lebih tahan lasak dan lama berbanding khemah kanopi 15 kaki x 10 kaki.

Harga khemah di Kulim

10 kaki x 10 kaki = RM160
15 kaki x 10 kaki = RM210

Saya pikirkan kalaulah nak beli khemah kanopi yang 10 kaki x 10 kaki terpaksa la pulak kena beli 2 buah.Modalnya dah jadi RM320.Baik beli 15 kaki x 10 kaki beli sebuah baru ja RM210.Tetapi sebagai pengajarannya, khemah yang saya gunakan hanya bertahan 6 bulan sahaja selepas 2 buah batang besinya telah patah.Besinya hanya lah setebal 0.3mm sahaja sebab untuk mengurangkan berat kanopi tu.Kalau kanopi tu berat sangat memang tak larat la nak angkat seorang kan.Kena la pulak angkat 2 orang.Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, saya terpaksa beli besi baru yang lebih tebal dan pasang balik 2 batang yang dah patah tu.

Itulah pengajaran yang saya dapat.Nak berjimat punya pasal kanopi yang saya beli tidak tahan lama.Lebih baik kita beli kanopi 10 kaki x 10 kaki sahaja dan beli 2 buah kalau barang niaga kita banyak.Ini lebih menjimatkan dan khemah kanopi kita pun tahan lama.Satu lagi tips, kalau menggunakan khemah kanopi 10 kaki x 10 kaki bolehlah kita membukanya secara seorangan tetapi jika menggunakan 15 kaki x 10 kaki wajib buka guna 2 orang.Kalau buka seorang memang la lagi cepat batang besi tu patah.

Untuk peniaga yang suka mengantung baju, jeans atau apa-apa sahaja barang-barang yang berat kat sekeliling khemah, dinasihatkan untuk membuat sendiri besi penahan supaya dapat menampung beban barang jualan kita.Saya pernah menghadapi pengalaman khemah kanopi jiran berniaga runtuh ditiup angin kerana khemah tidak dapat menampung berat barang jualan di Padang Serai.

Sekian dahulu tips saya untuk kali ini.

Wassalam

Tuesday, 13 May 2014

Memahami Konsep Berniaga

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya akan berkongsi dengan sahabat semua berkenaan konsep berniaga yang saya belajar dari Pak Hadi setelah bertukar-tukar fikiran dengan beliau.

Pada pendapat beliau, berniaga ni senang ja konsep dia iaitu sama seperti kita memancing ikan.Bagi yang bukan kaki pancing mungkin menghadapi masalah sedikit untuk memahaminya.Tetapi saya akan cuba memberi penerangan yang paling mudah untuk sahabat semua memahaminya.Mengikut pengalaman saya memancing, hasil tangkapan bergantung kepada cuaca, umpan, teknik dan nasib.Contohnya

1-Cuaca-Kita perlu melihat pada carta aliran air pasang surut dan tarikh-tarikh yang sesuai untuk memancing terutama di laut.Kita juga perlu elakkan cuaca yang mendung,hujan dan ribut.

2-Umpan.Kita perlu menyediakan umpan yang berlainan untuk menarik ikan yang kita hajati.Contohnya jika mahu memancing siakap diperlukan udang hidup ataupun anak belanak hidup.Siakap lebih gemarkan umpan hidup dari umpan mati.Untuk memancing ikan semilang pula boleh kita gunakan umpun-umpun ataupun isi sotong.Jadi kita perlukan umpan yang berlainan untuk mendapatkan ikan yang berlainan.Ada juga yang menggunakan universal umpan seperti isi ikan kembong ataupun ikan sardin.Jika kita menggunakan umpan ini kita sendiri pun tak tahu ikan apa yang akan sambar umpan kita.

3-Teknik-Macam-macam teknik yang boleh kita gunakan untuk pikat ikan terhadap umpan kita seperti popping,jigging,bottom dan casting.Kita juga boleh menggunakan teknik umpan tiruan ataupun umpan hidup.Kita juga boleh menggunakan pelbagai teknik ikatan yang sesuai dengan ikan yang kita nak pancing.Takkan la nak mancing ikan laut dalam kita hanya bawak tali tangsi 20 paun sahaja kan.Jadi segala peralatan memancing kita perlulah setaraf dengan ikan dan tempat yang kita nak pi mancing tu.

4-Nasib-Kadang-kadang semua teknik,cuaca dan umpan telah kita guna dan curahkan tetapi masih juga belum disambar ikan.Jadi kita boleh anggap yang hari ini bukan rezeki kita sahaja.

Sama juga dengan berniaga perlukan semua ini juga untuk memastikan hasil jualan kita maintain ataupun meningkat.

1-Cuaca-Menjual barangan bayi seperti saya amatlah bergantung kepda cuaca.Saya tidak dapat berniaga jika hari hujan kerana baju akan basah ataupun lembab dan boleh naik tahi lalat.Jadi saya tidak akan berniaga jika hari hujan.Jika hari panas juga saya tak bolehlah membiarkan baju bayi saya terdedah kepada cahaya matahari yang boleh menyebabkan baju jadi balar.

2-Umpan-kita perlu kenal pasti siapa "ikan" kita.Contohnya dalam kes saya, "ikan" saya adalah ibu yang baru bersalin, family yang mempunyai anak kecil bawah 2 tahun dan sesiapa sahaja yang ingin menghadiahkan barangan baby kepada adik beradik atau kawan-kawan.Merekalah "ikan' saya dan umpannya adalah barangan baby.Jika "ikan" kita adalah pengemar burger maka umpan kita tentulah burger.Jika "ikan" kita adalah perempuan yang suka bergaya dan berhias tentulah umpan kita adalah alat solek dan eksesori wanita.

3-Teknik-Macam-macam teknik boleh kita gunakan untuk menarik "ikan" memakan umpan kita seperti jualan langsung,pasar malam,internet,blog,facebook page,direct selling,iklan di tv atau radio,flyer,banting dan macam-macam cara lagi.Apa yang diperlukan adalah kita hendak bagitau kepada setiap "ikan" yang ada di Malaysia supaya datanglah makan umpan kita.

4-Nasib-Dalam berniaga ada pasang surutnya.Kadang-kadang hasil yang kita dapat banyak dan kadang-kadang sikit.Bila time gaji hasil jualan kita ok tetapi bila time hujung bulan hasilnya sedikit sahaja.Jadi kita perlu banyak berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT kerana hanya dia yang memberi rezeki.Bukannya tangkal, pelaris ataupun jin yang kita puja untuk meningkatkan jualan.Banyakkan solat hajat, tahajjud, dan solat Dhuha untuk buka pintu rezeki kita.

Setakat ini sahaja dahulu ilmu yang boleh saya kongsikan dengan sahabat semua.

Cara-Cara Penjagaan Generator Buatan China

Salam sahabat semua,

Rasanya dah lama sangat saya tak update apa-apa ilmu dalam blog ini kerana menghadapi masalah dengan komputer saya di rumah.Nak update di pejabat pun tak boleh kerana disekat oleh firewall.Jadi bila ada kesempatan sahaja lah dapat saya update apa-apa ilmu untuk bacaan sahabat semua,

Pada kali ini saya akan berkongsi dengan sahabat semua berkenaan penjagaan generator 2 stroke buatan China dan dalam kes saya jenama Yamasu.Saya telah 2 kali repair generator saya ini kerana menghadapi masalah tidak dapat hidup.Tukang repair bagitau saya yang generator 2 stroke ini perlu dijaga 2 perkara sahaja iaitu

1-minyak 2T-pastikan kita guna minyak 2T yang mahal seperti Shell, Petronas dan sebagainya.Jangan guna minyak 2T yang murah dan kurang kelikatannya.Pastikan juga nisbah sukatan antara petrol dan minyak 2T tu disukat dengan betul.Dalam kes saya, penjual generator telah memberi satu tabung plastik dan dia telah tanda sukatan untuk petrol dan sukatan untuk 2T pada botol plastik tu.Tetapi untuk sahabat semua boleh la guna nisbah 1 minyak 2T: 50 minyak petrol.Contohnya   

 20ml 2T :1000ml/1 liter petrol

2-Pastikan minyak campuran petrol dan 2T dihabiskan terus dan jangan disimpan dalam kaburator.Dalam kes saya, saya hanya menggunakan generator seminggu 2 kali sahaja.Bagi pengguna yang menggunakannya setiap hari tiada masalah.Tetapi bagi saya yang kurang kerap menggunakan generator, saya kena pastikan minyak dalam kaburator tidak menyekat paip aliran ke engin.Minyak campuran 2T dan petrol yang lama terbiar akan mendap dan menyekat aliran di dalam tiub.Ini menyebabkan engin susah nak hidup dan kadang-kadang mati terus.Jika hal ini terjadi, kita hanya perlu servis kaburator sahaja.Untuk membiarkan minyak dalam kaburator habis digunakan kita hanya perlu tutup injap aliran minyak dan biarkan generator hidup sampai dia mati sendiri kerana kehabisan minyak dalam kaburator.

Sekian dahulu untuk kali ini.Berjumpa lagi pada posting yang akan datang.

Wassalam.

Wednesday, 12 March 2014

Jangan Beli Generator Made In China

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua masalah saya berkenaan dengan generator ni.Untuk berniaga pasar malam, generator adalah nadi ataupun jantung kepada sesebuah perniagaan.Macam saya yang berniaga di pasar malam Taman Mutiara dan Kelang Lama memang generator ni adalah jantung perniagaan saya.Jika tiada generator memang saya tak boleh nak berniaga.Mana ada customer nak mai beli kat kedai yang kelam kan.Oleh itu, generator amatlah penting kepada saya.

Masalah saya bermula apabila generator yang saya beli berjenama YAMASU buatan China telah rosak walaupun baru 1 bulan saya pakai.Generator ni kena guna minyak 2T campur sekali dan 2 stroke.Saya ikut sukatan yang betul untuk tambah minyak 2T ni dan tiba-tiba lepas 1 bulan pakai dah start tak hidup.Saya pun bawak la kepada kedai yang saya beli tu iaitu Legion Hardware kat Prai.Dia cakap saya bubuh 2T tak betul.Jadi kalau nak repair memang kos tinggi dalam RM200 lebih pasal dia cakap cam shaft dia bengkok.Dia cakap baik beli baru tapi dia bagi setengah harga.Jadi saya beli la generator baru jenama YAMASU juga dengan harga RM170.Generator yang pertama kali saya beli harganya RM340.Jadi saya dah bazirkan duit saya sebanyak RM510 untuk beli 2 generator yang akhirnya rosak dalam masa sebulan sahaja.

Jadi nasihat saya kepada semua kawan-kawan yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan pasar malam ni kita mesti kena beli generator yang berkualiti tinggi.Biar kita alah membeli tapi menang memakai.Belilah generator jenama YAHAMA yang 4 stroke punya.Jangan beli yang 2 Stroke yang perlu kena tambah 2T tu.Takut nanti sahabat semua akan hadapi masalah sama seperti saya.Saya sekarang ni pun dok serve harga generator YAHAMA ni.Ada yang 1 ribu lebih dan ada yang RM800 sahaja.Insyaallah, minggu ni saya akan beli generator baru.

Wassalam.

Thursday, 6 March 2014

Pengalaman Berniaga Pak Abdul Hadi Kurta

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya akan kongsi dengan sahabat semua berkenaan pengalaman seorang peniaga sepenuh masa pakcik Abdul Hadi Kurta yang berniaga kain baju muslimah disebelah saya kat Pasar Hari Padang Serai.Saya bersyukur ke hadrat illahi kerana dipertemukan dengan pakcik ni yang banyak kongsi kisah suka dukanya dalam berniaga.Pada mulanya, bila saya berniaga di Padang Serai saya parking tempat kat sebelah pakcik yang jual kain langsir ni.Tapi bila perniagaan saya bertambah maju dengan pembelian payung kanopi 15kaki x 10kaki, saya terpaksa keluar dari situ kerana ruangnya yang sempit.Saya cuba parking kat sebelah pakcik jual pakaian bundle tapi malangnya saya ditegur kerana kononnya saya telah menghalang laluan customernya.Tapi dari apa yang saya nampak takde pun saya halang orang lalu lalang.Bukannya saya berniaga tengah jalan.Akhirnya saya berubah ke tapak yang ketiga dan bermulalah perkenalan saya dengan pakcik Abdul Hadi ni.

Sekarang, memang tapak saya berniaga adalah disebelah pakcik ni dan bila ada masa saya akan bersembang la dengan dia untuk korek ilmu berniaga dia.Ada satu cerita yang menarik perhatian saya tentang satu orang peniaga Cina dengan teh herbanya.Pakcik Abdul Hadi berkata dia pernah berniaga di Pantai Bersih, Penang.Pada masa ni dia menjual pita roti kebab dan memang ramai la yang berenti untuk beli rotinya.Satu hari ada seorang Cina tua yang parking berniaga disebelahnya dan menjual teh herba macam air cincau macam tu la kot.Dia bawa satu balang air macam tong orang jual air Milo.Dia berniaga air pada masa tu dalam musim hujan.Pakcik Abdul Hadi tengok selama 2 minggu tak pernah ada seorang pun yang singgah untuk beli air dari dia.Tapi yang bagusnya dia ni tak pernah sekali pun bercuti dan hari-hari dia akan berniaga juga walaupun tiada seorang pun yang berenti beli.

Akhirnya, musim rezeki dia sudah tiba apabila musim bertukar dari musim hujan kepada musim panas.Pada musim panas, memang tak menang tangan dia nak layan customer dia.Jadi dari cerita ini kita boleh belajar bahawa bisnes bukanlah terletak pada product apa yang kita jual tetapi adalah dari kepercayaan customer kepada kita.Dia dah tanamkan dalam minda setiap orang yang lalu kat jalan tu yang dia mesti ada punya kat tempat tu berniaga pada setiap hari.jadi bila kita lalu ja jalan tu kita dah boleh plan jap lagi mesti kita nak berhenti kat depan sana untuk beli air.Lagi satu pesan pakcik Abdul hadi kalau nak berniaga berkaitan makanan, kita kena pastikan orang boleh angkat tangan good dengan makanan kita barulah kita layak untuk berniaga.Kalau setakat buat makanan, tetapi kita ja yang rasa macam sedap atau pun syok sendiri jangan sesekali kita berniaga makanan tu.Makanan yang sedap dalam hutan pun orang akan cari untuk makan.Rezeki bukannya datang daripada betapa kuatnya pelaris kita (mungkin boleh jadi syirik pasal pecaya kepada jin yang beri kita rezeki) tetapi bergantung kepada amalan kita dengan Allah dan bagusnya servis ataupun sedapnya makanan kita.

Dalam perniagaan sebenarnya terdapat 5 sungai yang tidak akan pernah kering iaitu

1-Sungai pakaian
2-Sungai makanan
3-Sungai pendidikan
4-Sungai perubatan
5-Sungai kosmetik dan penjagaan kesihatan

Jadi terpulanglah kepada kita untuk berkecimpung dalam sungai yang mana.

Wassalam.

Wednesday, 8 January 2014

Mengapa Perlu Baca Buku Orang Yang Dah Bankrupt?

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada petang tadi saya dikunjungi oleh bekas bos saya yang sekarang ini telah pun menjadi tauke dalam bidang permesinan mekanikal.Kalau dulu kami sering sangat memancing bersama di kolam dan laut tetapi sekarang ni masing-masing terlalu sibuk dengan hal masing-masing.Apabila berjumpa dengan saya dia bertanya kepada saya "Kenapa membaca buku orang yang dah bankrup?".Saya pun terkejut jugak takkan lah Robert Kiyosaki telah bankrup.Saya pun tak tau.Hehe.Jadi saya pun berkata yang banyak ilmu-ilmu Robert yang boleh saya pakai dan guna dalam hidup.Bab bankrup tu saya tak dapat nak ulas dengan lebih lanjut pasal saya tak tau pun dan malam ni saya pun buka internet dan membaca perihal Robert yang telah bankrup ni.Saya berterima kasih kepada bekas bos saya ini kerana bertanyakan hal ini.Kalau dia tak tanya sampai ke sudah saya tak tau hal ini.Terima kasih Sabri.

Robert Kiyosaki

Donald Trump

Warren Buffett

Saya juga bertanya kepada Aziran pada petang tadi betul ka Robert dah bankrup.Ulasan yang saya dapat dari Aziran adalah "Sebenarnya memang bagus untuk kita belajar dari seorang yang dah pernah bankrup pasal mereka inilah yang akan kembali memulakan perniagaan dan belajar dari kesilapan mereka untuk lebih berjaya dari apa yang mereka dapat sebelumnya".Saya pun berfikir logik jugak pendapat Aziran ni.Saya pun teringat kembali tentang pengajaran yang Robert beritahu bahawa kita perlu membuat salah dalam perniagaan dan kemudian bangun semula dengan tekad untuk tidak lagi mengulangi kesalahan itu dan belajar tentangnya.Jika kita di sekolah kita diajar supaya membulatkan jawapan yang betul sahaja tetapi dalam perniagaan lebih banyak jawapan salah yang kita bulat lebih bagus untuk kita belajar dan berfikir.Tapi fakta ini memang logik kerana sampai sekarang saya teringatkan jawapan salah yang saya bulatkan yang membuatkan saya dapat B dalam matematik.Hanya kerana 1 soalan ni salah saya dapat B.Kalau la saya jawab betul sudah tentu saya dapat A.Semua jawapan yang betul tidak pun saya ingat tapi jawapan yang salah inilah yang saya masih ingat sampai sekarang.Aziran juga mengulas bahawa Donald Trump dan Warren Buffett juga pernah bankrup dan mereka bangun kembali sehingga apa yang kita ketahui tentang mereka ini sekarang.

Sila baca komen dari Robert Kiyosaki berkenaan kes dia bankrup ni kat bawah.Artikel ini ditulis oleh Robert sendiri dalam webnya www.richdad.com.

Rich Dad Isn’t Bankrupt Dad

That’s what Corporations are designed to protect

If you are planning to get rich, please read this blog BEFORE you get rich
It’s another day of work as a Capitalist where lessons are learned daily. My Rich Dad always told me, “It’s not how much money you make, it’s how much money you keep. Money without financial education is money that will soon be lost. Just look at all the retired athletes and lottery winners…broke!”
My rich dad was right. In these desperate times, I am again learning how important corporations are to the rich and those planning on becoming rich.
Now more than ever, if you have money, people will come after you. I am going through this right now. If you’re planning to get rich, read this blog; it could save you a lot of time, money and protect you from lawsuits.
My rich dad played the game with intelligence and experience. He did it through corporations—the biggest secret of the rich.
My rich dad did not see Robin Hood as a hero. He called Robin Hood a crook.

facebook icon Share on Facebook |  twitter icon Share This on Twitter
I remember in school being told the story of Robin Hood and his Merry Men. My teacher thought it was a wonderful story of a romantic hero who robbed from the rich and gave to the poor. My rich dad did not see Robin Hood as a hero. He called Robin Hood a crook. Now the rich fight the evils of Robin Hood with the protection of corporations.
The rich don’t play by the same set of rules. Even back in the days of the sailing ships, the rich knew about corporations. Back then, the rich created the corporation as a vehicle to limit their risk to the assets of each voyage. The rich put their money into a corporation to finance the voyage. The corporation would then hire a crew to sail to the New World to look for treasure. If the ship was lost, the crew lost their lives, but the loss to the rich would be limited only to the money they invested for that particular voyage. Their newly formed corporation existed SEPARATE from and unrelated to their personal finances.
It is this knowledge of the legal corporate structure that really gives the rich a vast advantage over the poor and the middle class. Corporations have many strategies and options to protect the rich from Robin Hood as well as the taxman. In some cases those strategies may include bankrupting the corporation. This is one tool for protection from Robin and his Merry Men.
What many people don’t know is that a corporation is not really a thing. A corporation is merely a file folder with some legal documents in it, sitting in some attorney’s office and registered with a state government agency. It’s not a big building or a factory or a group of people. A corporation is merely a legal document that creates a legal body without a soul.
Using a corporation, the wealth of the rich is once again protected. The protection is not just from Mother Nature’s disasters, but from the desperate Robin Hoods trying to steal the riches of the wealthy.
Without knowledge, the world will push you around.
Knowledge is power. And with money comes great power that requires the right knowledge to keep it and make it multiply. Without that knowledge, the world pushes you around.
Once I had this knowledge of the power of money working for me, Rich Dad wanted me to be financially smart and not let anyone or anything push me around. If you’re ignorant, it’s easy to be bullied. If you know what you’re talking about, you have a fighting chance. That is why he paid so much for smart tax accountants and attorneys.
His best lesson to me was: “Be smart and you won’t be pushed around as much.” He knew the law because he was a law-abiding citizen, and more importantly, it was expensive to not know the law. “If you know you’re right, you’re not afraid of fighting back,” even if you are taking on Robin Hood and his band of Merry Men. It’s better to be Rich Dad with a bankrupt corporation than to let the desperate Robin Hood destroy you.
Protection from lawsuits
We live in a litigious society. Everybody wants a piece of your action. The rich hide much of their wealth using vehicles such as corporations and trusts to protect their assets from creditors. When someone sues a wealthy individual, they are often met with layers of legal protection and often find that the wealthy person actually owns nothing. They control everything, but own nothing.
The poor and middle class try to own everything and lose it to the government or to fellow citizens who like to sue the rich. They learned it from the Robin Hood story: Take from the rich, and give it to the poor.
It is not the purpose of this blog to go into the specifics of owning a corporation. But I will say that if you own any kind of legitimate assets, I would consider finding out more about the benefits and protection offered by a corporation as soon as possible.
There are many books written and courses offered on the subject that will detail the benefits and even walk you through the steps necessary to set up a corporation. They provide wonderful insight into the power of personal corporations.
As part of your overall financial strategy, I recommend that you learn about the protection that legal entities can provide for businesses and assets... And do it BEFORE you get rich!

You may have heard or read news articles that “Rich Dad, Poor Dad” author Robert Kiyosaki is bankrupt. That is, of course, what sells in media. The truth is, one of his companies Rich Global LLC, was the one that filed corporate bankruptcy. There is a big difference between personal and corporate bankruptcy.
Rich Global LLC filed for Chapter 7 bankruptcy protection after Learning Annex, which had promoted him for speaking engagements, won a nearly $24 million judgment. At that time, Rich Global LLC was already inactive, with just a few millions left. Mike Sullivan, CEO of Kiyosaki’s Rich Dad Co., explained: “The dealings we had with Learning Annex were with a company that hasn’t been in business for a number of years…I am not surprised Learning Annex is upset and angry, the money doesn’t exist in that company, and we can’t bring money out of the group.”
In other words, filing corporate bankruptcy was a shrewd business strategy. As Robert himself explained: “In these desperate times, I am again learning how important corporations are to the rich and those planning on becoming rich.”
He said: “Now more than ever, if you have money, people will come after you. I am going through this right now…My rich dad played the game with intelligence and experience. He did it through corporations—the biggest secret of the rich.”
His corporation shielded his personal fortune from what he described as a crooked Robin Hood who want to steal from the rich like him.  He said: “It’s better to be Rich Dad with a bankrupt corporation than to let the desperate Robin Hood destroy you.”
Robert explained further: “We live in a litigious society. Everybody wants a piece of your action. The rich hide much of their wealth using vehicles such as corporations and trusts to protect their assets from creditors. When someone sues a wealthy individual, they are often met with layers of legal protection and often find that the wealthy person actually owns nothing. They control everything, but own nothing.”
This is a similar strategy of Donald Trump. As he himself clarified, he never declared personal bankruptcy. But four of his companies did.
Is it legal? Yes. Is it wrong? Possibly. But just ask yourself if you own a corporation and your corporation got sued and ordered to pay more than what it owns, will you pay out of your personal assets?
Whatever your opinion is, does this invalidate the principles in the Rich Dad book series? Certainly not.

Di atas penjelasan robert ini jadi kita boleh rumuskan bahawa mereka yang kaya sebenarnya melindungi kekayaan mereka dengan menggunakan nama syarikat.Yang bankrup hanyalah syarikat dan yang sedihnya beribu pekerja dalam company tu juga akan kehilangan kerja.Saya tidak kasihan kepada Robert tetapi kasihankan pekerjanya yang mungkin kehilangan sumber pendapatan.Di atas sebab hendak menjaga harta daripada tax dari kerajaan dan orang miskin yang berlagak Robin Hood yang suka menyaman orang kaya maka mereka menyimpan harta mereka di negara persisir pantai dan mempunyai akaun di bank Switzerland.
Bagi saya sendiri adalah tidak bijak untuk belajar tentang law ni semua sekarang.Yang penting kita kena jadi kaya dulu barulah praktikkan law untuk jaga harta benda kita.Kita khatamkan dulu ilmu perniagaan, marketing dan akaun kemudian barulah kita belajar tentang law ni semua.Itupun sebenarnya kita hanya boleh mengupah peguam yang bagus sahaja untuk menjaga harta benda kita dari Robin Hood ni.
Wassalam.

Dapatkan Toto Narita Sebelum Kehabisan Stok

Salam sahabat semua,

Minta laluan untuk mempraktikkan apa yang saya belajar dari buku Dr Azizan.Hehe


  1. Adakah saudara/saudari seorang yang belum berkahwin dan masih belum mampu untuk membeli sebuah katil?
  2. Adakah saudara/saudari berasa gusar adik-beradik atau keluarga bertandang ke rumah tapi tiada alas untuk tidur?
  3. Adakah saudara/saudari seorang yang suka menonton televisyen sambil berbaring?
  4. Adakah saudara/saudari seorang pelajar yang menginap di rumah sewa?
  5. Adakah saudara/saudari mempunyai anak yang ramai dan penggunaan katil akan menyesakkan ruang rumah?
  6. Adakah rumah saudara/saudari tidak mempunyai Toto walaupun sebuah di rumah?
Jika anda mempunyai salah satu masalah di atas, saya ada jalan penyelesaiannya.Sila dapatkan Toto Narita daripada saya yang dijamin dibuat daripada 100% cotton, tebal, warna yang tidak mudah pudar selepas dibasuh dan mempunyai pelbagai corak yang menawan dan memikat.Saudara/saudari pasti akan berpuas hati dengan harganya yang berpatutan dan dijamin berkualiti tinggi.

Untuk membuat tempahan, sila layari link dalam blog saya yang bertajuk IQSHA TOTO & DEUTER BEG untuk memilih corak-corak yang memikat hati saudara/saudari. Saudara/saudari juga boleh berkunjung ke gerai kami pada hari Sabtu malam di Pasar Malam Taman Mutiara, pagi dan petang Ahad di Pasar Hari Padang Serai dan malam Ahad di Pasar Malam Kelang Lama untuk membeli secara COD.Servis penghantaran juga akan diberikan kepada saudara/saudari secara PERCUMA untuk kawasan Kulim sahaja.Jangan lepaskan peluang keemasan ini sebelum kehabisan stok dan kehabisan corak yang saudara/saudari minat.Marilah kita sama-sama menjayakan kempen

"SATU RUMAH SATU TOTO NARITA"

Terima kasih kerana sudi membaca.Kepuasan saudara/saudari adalah keutamaan saya.

Monday, 6 January 2014

Pengalaman Menghadiri Seminar Usahawan Oleh Dr Azizan Osman

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya akan bercerita tentang pengalaman saya menghadiri kursus keusahawanan Dr Azizan Osman di Sunway Karnival, Seberang Jaya pada 5/1/2014 yang lepas.Sebelum saya bercerita tentang kursus itu, saya akan bercerita dahulu macam mana saya boleh tergerak hati nak pi kursus ni.Minggu lepas hari Ahad 29/12/2013, saya berasa amatlah boring duduk meniaga kat Padang Serai kerana orang kurang pada hari tu.Mungkin ramai yang berhabis untuk kelengkapan sekolah anak jadi kurang la sikit yang keluar untuk shopping pakaian ni.Jadi saya pun bawak anak jalan-jalan kat situ untuk beli surat khabar bagi mengisi masa saya menunggu customer.Saya membeli Harian Metro.Baca punya baca akhirnya sampailah ke helaian iklan Seminar Keusahawanan 2014 yang akan diadakan di Sunway Karnival Seberang Jaya pada 5/1/2014.Melihat saja no telefon saya terus call dan petugas Richwork bagitau saya yang kalau saya mendaftar seorang diri saya kena bayar RM50.Tapi kalau saya membawa 2 orang lagi kawan ketiga-tiga orang akan mendapat free sahaja.Perdaftaran pula saya kena lakukan secara online. Saya terus telefon Romzi dan minta dia ikut bersama saya.Dia pun setuju nak ikut dan begitu juga dengan rakan sekerja saya iaitu Pak D.Jadi saya pun teruslah daftarkan nama, no kad pengenalan dan no telefon mereka sebagai syarat pendaftaran dan Richwork akan menghantar satu SMS yang akan digunakan sebagai tiket untuk masuk ke dalam seminar ini.Sebenarnya saya memikirkan Romzi dan Pak D adalah dengan harapan selepas menyertai seminar ini mereka akan lebih berjaya dalam perniagaan mereka.Romzi terlibat dengan supply barang ke koperasi sekolah dan Pak D pula bisnes ambil upah menjahit baju.Sudah tentulah isterinya yang jahit dan bukannya Pak D.Pak D mungkin hanya tahu mengoyak atau mengunting sahaja.Hehe.


Saya pun bagitaulah kat isteri dan dia bersetuju untuk membenarkan saya pi ke seminar ni (eh..bukan saya ni manager ker?..huhu).Isteri saya pun telefon la kat adik dia di Penaga supaya mai Padang Serai pada hari seminar tu berlangsung untuk menolongnya berniaga di sana.Masa pun berlalu dan pada waktu malam 4/1/2014 saya mendapat message dari Det yang dia yang akan pi ke seminar tu mengantikan Romzi pasal Romzi ada kat kampungnya di Baling.Saya cakap kat Det "OK.esok aku pi ambik hang kat rumah".Dia cakap balik "Tak susah ka nak pi ambik dia pasal aku nak kena pi Padang Serai dulu buka barang berniaga pastu patah balik ambik dia".Saya cakap ok jek.Memang saya perlu bangun awal pun pasal pendaftaran bermula dari pukul 7.00 pagi sampai 8.00 pagi.Pada hari Ahad lepas 5/1/2014 saya bangun pada pukul 6.00 pagi.Solat subuh dan doa supaya semua benda berjalan dengan lancar & dimurahkan rezeki.Saya pun bertolak lah ke Padang Serai.Dalam perjalanan ada 2 eksiden kat Sungai Seluang yang menganggu perjalanan saya.Jadi saya terus telefon Det bagitau yang saya tak sempat nak ambik dia dan minta dia pi sendiri ke Sunway Karnival.Lepas turunkan semua barang meniaga dan pasang kanopi, saya terus meninggalkan isteri untuk susun barang.Kesian gak kat dia kena tinggal sorang-sorang dengan anak saya Amsyar.Adik ipar saya pula on the way dari Penaga pada masa tu.Tak pelah.Seminar punya pasal.Hehe.


Saya pun terus pi ambil Pak D kat Taman Mahsuri dan terus ke Sunway Karnival.Bila sampai ja kami terus berjumpa dengan Det.Punya la ramai manusia yang nak menghadiri seminar tu.Macam-macam gaya,cara,pakaian,ragam dan sebagainya.Tapi boleh dikatakan 99.9% adalah orang Melayu.Ini yang saya bangga kerana dalam diam sebenarnya Orang Melayu sudah mula mahu bangkit dan menceburi bidang perniagaan.Dan kebanyakkannya saya tengok dari segi penampilan, mereka ini adalah golongan yang tidak mempunyai pelajaran yang tinggi,pakaian pun agak selekeh saja (samalah dengan saya pi seminar pakai selipar saja.Hehe), dan yang paling best siap ada yang berkerusi roda lagi yang pi.Dari anak muda sampailah ke yang dah tua yang boleh saya panggil tokwan pun ada juga dalam seminar ni.Jadi syukur saya kepada Allah kerana telah membuka ramai minda orang Melayu untuk datang menuntut ilmu berkenaan dengan dunia usahawan dan bisnes.Dan minda saya juga lagi terbuka apabila mendapati mereka yang berpakaian selekeh ni sebenarnya mempunyai income bulanan yang gila-gila punya.Ada sorang abang ni jual ubat pening kepala kat Sungai Petani income bulanan dia RM15k.Itu pun dia buat secara online sahaja.Ada pula makcik sorang ni income bulanan RM40k dengan hanya menjual barangan Avon.Yang bestnya depa ni boleh pula bagitau income bulanan saya RM15 ribu SAHAJA. Income bulanan saya RM40 ribu SAHAJA.Ada juga yang bagitau income bulanan adalah RM350 ribu SAHAJA Dan dalam tu juga Dr Azizan menceritakan income Hanny Julia Haron Tauke Petronas R&R Seremban sebulan adalah RM3 juta sebulan SAHAJA.Fuiyo...ini jual minyak ka jual emas ni sampai 3 Juta sebulan.Syarikat tempat saya makan gaji nak dapat RM100 ribu sebulan pun dah terketar-ketar macam orang tua nak mampus jek.Patutnya semua HOD kena pi seminar ni barulah terbuka mata mereka untuk menjadikan syarikat ni berjaya.Income perniagaan pasar malam saya untuk 2 hari Sabtu dan Ahad pun hanyalah RM300-RM400 SAHAJA.Huhu..kerdilnya saya rasakan kalau nak banding dengan pakcik makcik yang rasanya lulus SPM je kot.

"Kawan-kawan sekalian yang ada degree professional, income bulanan korang berapa SAHAJA yek?"

Jadi barulah saya menyedari bahawa sebenarnya ramai Orang Melayu yang dah berjaya mendapatkan income yang gila-gila punya sebulan.Ini bukannya income dari MLM yang kena cari orang dan menipu baru ada income (tak semua MLM ni mengarut.ada yang ok sebenarnya).Ini adalah income yang datang daripada hasil perniagan sahaja.Dengan menghadiri seminar ini lagi lah membuak-buak semangat saya untuk terus berjaya dan menjadi seorang yang kaya di dunia dan dalam masa yang sama kaya di akhirat.Dalam seminar ini Dr Azizan banyak bercerita tentang pengalaman beliau terlibat dengan perniagaan.Tapi sebenarnya saya tak boleh ceritakan pasal dah sign borang yang kita tak boleh ambil gambar,buat rakaman dan sebarkan ilmu Dr Azizan tanpa kelulusan.Saya tak mahu dikenakan tindakan undang-undang jadi rasanya tak perlulah saya share apa yang saya belajar.Cuma apa yang saya boleh kongsikan Dr Azizan menyuruh kita menjadi kaya supaya boleh banyak lagi bersedekah kepada orang yang miskin.Dia mengenali dermawan senyap yang banyak menyumbang kepada pembinaan masjid dan rumah anak-anak yatim yang tidak dihebohkan kepada media dan orang ramai.Dia juga sependapat dengan saya dalam bab ayat Al-Quran yang menyuruh kita mengerjakan solat dan menunaikan zakat.Maknanya, Allah SWT menyuruh umat Islam menjadi kaya supaya semua umat Islam boleh menunaikan zakat.Dia juga berkata kekayaan datang kepada kita selepas kita memberi iaitu kita perlu bersedekah dahulu kemudian barulah Allah SWT akan mengantikannya dengan yang lebih banyak lagi.Macam saya sekarang, saya tidaklah mempunyai duit yang banyak sangat.Jadi apa yang saya boleh buat adalah sedekahkan ilmu saya kepada mereka yang berniat untuk menjadi kaya di dunia dan di akhirat.

Selepas seminar, saya ditawarkan untuk menghadiri kursus marketing dengan harga RM997 sahaja.Harga sebenar adalah RM1997 dan Richwork memberi baucer potongan RM1000 kepada peserta seminar.Untuk menghadiri kursus ini saya masih lagi belum bersedia daripada segi kewangan, ilmu dan mental.Insya-Allah saya akan bersedia pada tahun depan.Saya perlu menyediakan soalan yang tepat kepada seorang mentor yang tepat supaya jawapannya boleh menyelesaikan masalah saya dengan tepat.Cuba sahabat semua bayangkan jika saya bayar kursus RM997 dan bila time tanya soalan, saya bertanya saya "Dr Azizan, cuba doktor berikan satu contoh bisnes yang boleh menjadikan saya kaya raya dalam masa yang cepat?".Soalan ini mungkin bagi saya adalah soalan bodoh tapi sebenarnya soalan inilah soalan yang paling femes orang akan tanya.Saya tak mahu bayar RM997 kemudian tanya soalan ini kepada Dr Azizan.Saya perlu mencari ilmu dahulu kemudian barulah bertanya.Ia akan lebih berkesan bagi saya selepas menghadiri kursus tersebut.Yang paling best saya mendapat buku beliau secara free sahaja yang bernilai RM25.Buku tu masih belum sempat saya baca lagi pasal saya ada dalam 5 buah buku yang tengah dok tunggu turn untuk saya baca.Membaca dalam bahasa Inggeris ni biasalah perlukan pemahaman yang lebih dan teliti supaya segala ilmunya boleh terus melekat dalam kepala.

Wassalam.