Thursday, 11 January 2018

Pengalaman Bermotosikal Secara Solo Dari Penang ke Kuala Lumpur Hari 4

Assalamualaikum sahabat semua.

Pagi ni aku bermula dengan sarapan di sebuah kedai cina halal di pekan Ipoh.Lupa la pulak nak tangkap pic kedai ni.Aku cari pun dalam tenet ja pasal aku nak makan roti bakar telur goyang dengan white coffee.Memang best la makan roti ni dan kopi dia memang sedap.Harga roti telur goyang dengan kopi ni RM5.70.Jadi total kos sudah jadi RM165.50.Kemudian aku teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur menggunakan highway Utara Selatan.Singgah jap kat Tapah untuk minum kopi Pak Ali kat sini.Harga RM6.15



Dek kerana aku lupa tengok meter minyak motor mati tengah jalan.Baru menapak tuntun motor 200 meter ada lori kecil berhenti.Keluar adik cina nama lim nk tolong.Dia bawa barang kontraktor.Nasib dia ada paip getah dan botol mineral kosong.Saya pun sedut la petrol.isi penuh dalam tank motor.Saya hulur rm20 dia tak mau ambil.Terima kasih pasal tolong saya siap bg air kosong utk saya basuh mulut lagi.Dek kerana letih menapak dan mulut penuh petrol saya berhenti di hentian rawang.


Dek kerana takut keracunan petrol saya terpaksa order air kelapa dan timun.Tapi depa tak bagi la pulak ambik timun saja.Jadi terpaksa la order sekali dgn sate kajang ni.haha.Sekarang ada kat restoren jejantas sungai buluh.Aku isi minyak sebelum naik highway RM5.air tin cincau RM2 dan sate ni sekali kelapa RM11.total sekarang rm183.50.Rehat kat sini cas telefon dan solat zohor dgn asar jamak.


Aku teruskan perjalanan masuk Kuala Lumpur dan terus ke jalan Masjid India.Kat sini petang petang ada macam pasar malam la pulak.Macam-macam barang ada.Kain baju dan makanan.Letih gak lajan-jalan kat sini pasal panjang.Aku jalan kat sini nak cari tudung bawal kat isteri aku.Dia nak bidang 50 tapi yang ada kat sini bidang 60 dan 45 saja.Jadi aku tak beli la tudung bawal kat sini.Letih dan lapar punya pasal aku beli kebab.Kebab daging RM5 dan kebab ayam RM5.Air cincau RM2.Jadi total kos sudah jadi RM195.50.





Lepas tu aku pi lepak tengok seni orang lain kat sepanjang jalan masjid india ni.Ada yang buat lukisan dan ada yang menyanyi busking.Aku ada beli lukisan dari brader ni dengan harga RM20.Lukisan yang aku ambil adalah nombor 2 kiri belah atas.Letih berjalan aku beli air tebu RM2.Jadi kos semua RM217.50.




Berjalan sampai dekat nak maghrib.Jadi aku singgah solat maghrib dan isyak kat masjid India.


Masjid india dan masjid jamek dah tak boleh tidur.Malam ni saya betul-betul jadi gelandangan.Tidur kat bangku dewan kotaraya jek.Tapi masih lagi depan masjid jamek ni.Ada sleeping beg asalkan tanah rata dah ok dah.Ni tempat tidur saya malam ni.Bukan senang nak tidur atas marmar kan.Hehe.Rumah saya pun tak pernah ada marmar.Kat sini depa wat jalan jek.Huhu.Oleh kerana malam masih muda jadi saya nak merayau cari sabdek dulu.Perut pun terasa lapar la pulak.Makan kebab tak kenyang.huhu.Walaupun tak dapat tidur dalam masjid ambil pahala iktikaf dapat tidur kat serambi masjid pun jadi la.Tapi nak tidur open camni semua beg kena masuk dalam sleeping beg.Letak kat bahagian kaki.Bab motor takpe pasal guard masjid ada dok ronda.



Sebelum tidur kita pekena nasi kandar dulu.Perut berkeroncong pasal makan kebab ja petang tadi kat masjid India.Nasi kandaq lauk ayam masak kari telur masin dengan papadom.Air kosong dengan limau ais RM10.Jadi total sekarang dah RM227.50.




Lepas makan terus aku masuk tidur dalam sleeping beg kat bawah bangku bandararaya.Selamat malam untuk hari yang ke 4.


Ok.Kita sambung ke halaman seterusnya


Tuesday, 9 January 2018

Pengalaman Bermotosikal Secara Solo Dari Penang ke Kuala Lumpur Hari 3

Assalamualaikum sahabat semua,

Kita sambung lagi ride untuk hari yang ke tiga.Dari rumah adik saya di Kampung Gajah saya bertolak ke Batu Gajah untuk ke Istana Kellie.Teluk Intan saya skip pasal sebelum ni dah pernah pi tangkap gambar kat menara condong Teluk Intan tu.Sebelum tu saya terlupa nak bagitau yang semalam pada hari yang kedua saya ada singgah makan durian udang kara kat tepi jalan nak ke Pasir Salak.Durian sebiji harga RM15, air cincau RM2 dan isi minyak RM5 jadi total kos sudah jadi RM108.10.Gambar kat bawah ni gambar yang saya ambil sepanjang perjalanan.Pasal lama tak tengok kerbau jadi snap juga la gambar kerbau.Masjid tu adalah masjid Batu Gajah.Tak singgah pun masjid ni.Cuma ambil gambar tepi jalan sahaja.Dalam perjalanan saya singgah makan nasi lemak dan kopi ais.Harga RM3.80>jadi kos sudah jadi RM111.90.







Kemudian, saya teruskan ride ke Istana Kellie's di Batu Gajah.Bangunan Istana Kellie ini telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith.Saya tak amsuk pun ke dalam istana pasal kos tiket agak mahal dan dengar kata istana ni berhantu jadi tak perlu la kot aku nak bawak balik benda yang aku tak ingin kan.Haha.Kemudian, aku teruskan ride ke Taman herba.Pasal hari tu hari Jumaat jadi taman ni tutup rehat solat Jumaat.Jadi aku snap gambar jela.Kat sini pun kalau nak pusing jalan satu taman ni boleh tahan gak besarnya.Kalau larat nak jalan ok jek melawat taman herba ni.Setelah itu, saya teruskan ride ke masjid India di Ipoh untuk solat Jumaat di sana.








Perut sudah berkeroncong jadi saya singgah makan tengah hari di Nasi Ganja dekat kedai Yong Suan Jalan Kalsom Ipoh.Bagi saya nasi ni tak lah sedap mana berbanding reputasinya yang viral.Mungkin kat Ipoh ni tak banyak pilihan nasi kandar berbanding Penang yang membuatkan nasi ganja ni femes kat Ipoh.Nasi putih dengan ayam goreng,telur masin sebelah, ulam timun dan kuah campur RM5.50.Minum air kosong jek RM0.50.Total kos sudah jadi RM125.50.




Perut pun sudah kenyang jadi kita jalan-jalan lagi ke Muzium Darul Ridzuan.Kat muzium ni ada pameran basikal klasik.Jadi boleh tengok basikal klasik jela time tu.Dapat juga satu pengalaman baru naik basikal kat bawah tu.Rupa-rupanya susah juga nak naik basikal kayuh roda depan ni.Walaupun sebenarnya aku ni terer la jugak naik basikal tapi naik basikal kayuh roda depan ni lagi susah.Banyak kali gak nak terbalik.Kalau nak rasa pengalaman naik basikal ni boleh la ke mana-mana tempat yang ada pameran basikal klasik ni.




Lepas kayuh-kayuh basikal perut pun lapar la balik.Jadi apa lagi saya pun ke kedai Mee Rebus Ramli yang femes kat Ipoh ni.Dah banyak kali kawan-kawan cerita tapi ni la kali pertama saya makan mee rebus ramli ni.Pertama kali makan memang bagi saya cukup sedap walaupun serba ringkas sahaja.Pasal sedap punya hal jadi saya order la 2 mangkuk mee rebus ni.Huhu.Jangan marah haaaa.Tapi rasa memang rekemen la mee rebus ni bagi sapa-sapa yang datang ke Ipoh.Kalau saya ada trip ke mana-mana memang sekarang ni saya akan cuba singgah kat Ipoh pekena mee rebus ni.Mee rebus ni harga RM5.Ambil 2 mangkuk jadi RM10.Campur air kosong RM0.30.Jadi harga kena bayar RM10.30.Total kos sudah jadi 135.80.




Lepas makan mee rebus aku pun jalan-jalan kat Gerbang pasar malam.kat sini macam-macam ada termasuk makanan, pakaian dan barang-barang antik.Kat sini aku beli selendang 2 helai RM18.Sorry lupa snap gambar.Pastu aku teruskan perjalanan ke Nasi Kandar Vanggey.Makan nasi putih dengan ayam masak madu, telur masin dan air kosong.Harga RM6.Aku memang rekemen nasi kandar kat Vanggey ni.Memang sedap dan kualiti dia boleh celen Nasi Kandar Penang.Jadi total harga termasuk selendang baru RM159.80.Murah kan walaupun sudah 4 hari 3 malam aku berjalan dari Penang.





Aku kembali ke Masjid India kat Ipoh tapi tutup la pulak gate.Jadi tak boleh masuk la untuk tidur.Sambil-sambil dok cari mana masjid terdekat yang boleh aku tidur tetiba bateri pulak kong.Habis aku.Jadi ride la aku sorang-sorang tengah malam ikut petunjuk jalan yang lukis gambar masjid.Akhirnya aku sampai kat Masjid Paloh.Kat masjid ni ada AJK masjid nama Abang Din yang jaga masjid ni pasal dia bagitau ada budak-budak dok mai tidur kat masjid dan rosakkan barang masjid.Lepas dia tanya aku dari mana dan nak kemana dia buka pintu dan benarkan aku tidur kat madrasah sebelah masjid tu.Jadi malam ni aku tidur kat masjid ni bersama abang Din kat madrasah.








Tamatlah perjalanan aku untuk hari yang ketiga.

Ok.Kita sambung ke halaman seterusnya

https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2018/01/pengalaman-bermotosikal-secara-solo_11.html

Monday, 8 January 2018

Pengalaman Bermotosikal Secara Solo Dari Penang ke Kuala Lumpur Hari 2

Assalamualaikum sahabat semua.


Pagi ni saya ride dari masjid Kuala Kangsar ke Lembah untuk sarapan.Bestnya tidur kat masjid ni solat Subuh kompom tak tinggal.Siap boleh berjemaah lagi.Beli nasi lemak dan teh ais RM3.40 jadi total kos semuanya RM 56.60.Kat sini ramai orang jogging dan buat senam robik.Jadi kalau sapa-sapa datang sini boleh jer join sekali senam robik dengan orang kawasan ni.













Kemudian, saya teruskan perjalanan saya ke masjid Ubudiah untuk singgah sementara nak tunggu Galeri Sultan Azlan Shah buka.Bila kita melawat masjid tak kisah la masjid mana pun selain daripada ambil gambar kemegahan seni bina masjid jangan lupa tunaikan sama hak-hak masjid.Antaranya solat sunat tahiyatul masjid,berzikir,baca Al quran dan sebagainya.Janganlah kita jadikan masjid ni hanya sebagai tempat untuk berak dan kencing, tempat lawatan untuk ambil gambar, cas telefon dan tidur sahaja.







Kemudian saya sambung perjalanan saya ke Muzium Perak.Walau bagaimanapun, nasib saya tak baik pasal muzium ni tengah renovate.Jadi boleh ambil gambar dari luar sahaja.






Selepas itu, saya teruskan lawatan saya di Kuala Kangsar ni ke Galeri Sultan Azlan Shah.Kalau diikutkan kena bayaran RM4 untuk seorang dewasa tapi bila saya datang melawat pada masa tersebut masuk free la pulak.Kat galeri ni tidak boleh ambil gambar apa yang depa pamerkan.Jadi hanya boleh ambil gambar kat luar sahaja.





Dah habis melawat tempat-tempat menarik kat Kuala Kangsar ni jadi saya pun singgah la makan tengah hari kat Gerai Ikan Bakar Rais Helmi.Kat sini saya makan nasi lauk campur rendang daging dan telur masin.Air saya pilih limau ais.Rendang daging ni bagi saya sedap dengan daging dia yang cukup lembut dan ada rasa daun kunyit pasal dia letakkan daun kunyit fresh dalam rendang ni.Rasa lemak,masin dan manis campur dengan haruman daun kunyit.Harga semuanya RM7.50.Jadi harga kos sekarang sudah jadi RM64.10.Kedai ni terletak kat Lembah.





Perut pun dah kenyang jadi saya teruskan ride ke Pejabat Tanah Kuala Kangsar untuk tengok pokok getah paling tua kat Malaysia yang ada kat sini.Tengok pada besarnya batang getah ni pun dah boleh agak kan memang pokok ni dah tua.Dah macam pokok balak la pulak pokok getah ni.Kemudian saya singgah isi minyak petrol RM5>Jadi kos sekarang sudah jadi RM69.10




Kemudian saya teruskan perjalanan saya ke Wincraft untuk tengok proses membuat labu sayong.Yela kan Kuala Kangsar ni terkenal dengan perusahaaan membuat labu sayong.Kalau datang sini tapi tak pi tengok macam mana labu sayong dibuat memang tak lengkap la perjalanan ke sini.Semasa saya datang melawat ke sini ada rombongan dari budak sekolah rendah ke sini.Jadi boleh la saya join sekali dengar penerangan tentang labu sayong ni dari tuan punya kedai.Kemudian, dah datang sini takkan la tak beli cenderahati kan.Jadi saya beli la tempat letak bunga kat gambar yang paling bawah tu.Harga 2 buah RM8 jadi total kos sudah jadi RM78.10.









Saya singgah solat Zohor dulu kat masjid Sayong.Tak tau la pulak kat masjid ni rupanya ada makam diraja.Jadi selepas solat saya singgah jap sedekah Fatihah dan snap gambar.Boleh tengok kat gambar untuk nama Sultan yang dimakamkan di sini.










Cuaca pada petang ni memang cukup panas.Tambah-tambah naik motor pulak kan.Jadi saya singgah kat Lembah kembali untuk pekena laksa Kuala Kangsar dan ais kacang.Kuah laksa biasa macam kuah yang biasa saya makan kat Kedah cuma laksa je yang special sikit pasal ni laksa beras buatan sendiri.Ais kacang kali ni saya pilih yang ais salji punya.Ada 2 buah kedai yang saya reject pasal ais kasar.Harga laksa ni RM3.00, ais kacang RM2.00 dan kacang rebus RM4.00.Jadi kos sudah jadi RM86.10.



Saya teruskan lagi ride sehingga ke Komplek Sejarah Pasir Salak.Pasal dah lewat jadi tak boleh masuk ke dalam komplek ni.Kena masuk lain kali la nampak gayanya.Huhu.Jadi boleh ambil gambar kat luar jela.





Saya teruskan lagi perjalanan saya hingga ke Kampung Gajah.Malam ni saya tumpang tidur kat rumah adik saya kat Balai Polis Kampung Gajah ni.Pastu makan malam saya hanyalah laksa yang mak saya buat masa adik saya balik kampung.Lagi best laksa mak saya buat dari yang saya makan kat Lembah petang tadi pasal cuba la tengok isi ikan tu.Haha.Memang nak banding makan kat kedai dengan buat sendiri tak boleh la kan.





Jadi tamatlah perjalanan saya untuk hari yang ke 2 ni.Naik motor dan singgah banyak tempat di sepanjang perjalanan sebenarnya tak la rasa letih sangat dari bawak motor direct je kan.

Ok.Kita sambung kat halaman seterusnya