Friday 12 January 2018

Pengalaman Bermotosikal Secara Solo Dari Penang ke Kuala Lumpur Hari 5

Assalamualaikum sahabat semua,


Semalam aku tidur pukul 11 malam pastu terjaga pukul 3 pagi.Kereta bising lalu lalang buat aku tak boleh nak tidur balik.Jadi aku lipat sleeping beg bawa motor ke chow kit.Kat sini banyak jual jeans bundle.Aku cari jeans kepala kain.Jeans yang aku suka bukan size aku dan jeans yang saiz aku bukan yang aku suka pulak.Harga dari RM50 sampai RM200 ikut jenama dan kualiti.Jadi aku tak beli pun jeans ni.Huhu.
Pastu aku pi downtown kat Cheras.Tulis dalam tenet buka sampai 5 pagi.Bila sampai hampeh.Semua dah tutup pukul 3 pagi.
Balik dari Cheras aku pi jalan Bukit Bintang.Kat sini banyak warga asing.Pastu aku lepak borak dengan seniman kat situ ada 3 orang.Aku tanya pasal apa dok kat sini.Depa cakap kat central market kena cas mahal.Dia kesian nak cas customer mahal pasal paper murah ja.Memang paper murah tapi seni depa tak ramai yang ada.Seni tu yang mahal.
Lepas tu aku singgah kat masjid jamek KL solat subuh.Lepas solat ada budak-budak UM buat aktiviti bagi makanan untuk orang gelandangan macam aku.Huhu.Nak baju pun ada.Jadi sarapan pagi ni free.

Kat jalan Bukit Bintang nak yg tak baik RM250.Yang baik punya RM80 jek.Aku order lukisan kat abang ni.Hitam putih RM50.Kaler pastel RM100 dia bagi kurang RM80.Cat minyak RM200.Esok kena pi ambil kat Sogo.Yang ni aku tak masukkan dalam total kos pasal barangan peribadi.













Kat masjid jamek KL pukul 8 pagi saja semua orang akan kena halau dari masjid.Aku yang tengah melepas guard ketuk pintu jamban suruh keluar.Sama juga waktu malam sampai pukul 10 saja.Jadi mai sini tak payah dok plan nak iktikaf lama-lama.Lepas solat waktu depa bagi masa 1-2 jam saja lepak kat masjid.Pastu semua kena keluar dari masjid dan tidak boleh berada kat perkarangan masjid.


Pasal kat masjid jamek kita tak boleh nak lepak lama-lama jadi aku pi lepak atau iktikaf kat masjid negara dulu.Mandi dan cas telefon sambil tunaikan hak-hak masjid.Kena lepak sini sampai pukul 10 pagi pasal banyak tempat aku nak lawat buka pukul 10.Kat sini ada muzium polis.planetarium dan macam-macam lagi la.Total kos sekarang RM230.5 lepas isi minyak RM3.Lukisan RM80 aku tak masukkan dalam bajet ni.

Bila selalu hidup senang sekali sekala hidup susah ada nikmatnya.Bila selalu hidup susah sekali sekala melancong macam orang senang pun ada nikmatnya.Sama kes macam aku.Bila selalu sangat makan siakap,jenahak dan merah sekali sekala makan ikan kering dan tamban tergeliat sedap juga dan bertambah nasi.Orang yang selalu makan ikan kering sekali sekala makan siakap pun bertambah nasi jugak.Pendek kata nikmat terlebih atau nikmat terkurang sama saja rasa nikmatnya.Yang penting kita harus bersyukur dengan segala apa yang ada.





Lepas aku lepak iktikaf dalam masjid dalam pukul 10 lebih aku pun mula la start motor dan melawat tempat-tempat menarik yang ada di sekitar kawasan ni.Tempat pertama yang aku pi adalah Muzium Polis.Masuk muzium ni free je.Tapi kat dalam ni tak boleh tangkap gambar.Jadi aku tangkap gambar kat bahagian luar jela.Kat dalam ni ada la pameran senjata polis dan senjata komunis yang dirampas.Pakaian istiadat dan sejarah polis di Malaysia.



Lepas habis melawat Muzium Polis aku ke Planeterium Negara pulak.Kalau diikutkan kena bayar RM6 tapi masa aku pi masuk free la pulak.Kat sini ada la fosil-fosil tinggalan haiwan pra sejarah dan cerita pasal angkasawan Malaysia.






Dah letih berjalan perut pun mula la terasa lapar.Memandangkan masih ada banyak tempat menarik di sini dan aku pun tak jumpa kedai makan yang paling dekat akhirnya aku hanya beli burger saja dari makcik yang berniaga di tepi Masjid Negara ni.Harga burger ayam ni RM2.50.Aku beli air mineral botol besar RM2.50.Jadi total kos sudah jadi RM235.50.


Pastu sambung lagi jejalan kat Taman Memorial Tun Abdul Razak.Kat sini banyak cerita sejarah Tun jela dan semua kelengkapan pakaian dan meja dia berkerja dulu.Masuk free jek.







Lepas tu aku pi taman burung KL pulak.Aku lalu dan snap gambar jek.Tak masuk pun pasal tiket mahal RM27.20.Lepas tu pasal buat kerja letih jalan kaki pusing satu taman besar la jugak dan  aku dah pernah pi Zoo Taiping.Kat situ pun ada macam-macam burung jugak.Jadi rasanya tak perlu la aku masuk lagi tengok burung.Tapi kalau nak bawa family memang ok la.


Lepas tu aku pi melawat pulak Taman Orkid dan Bunga Raya KL.Kat sini tempat dia memang menarik la.Ada saja spot yang menarik untuk ambil gambar.Kalau la ada DSLR memang terbaik la.Semua gambar ni aku ambil pakai camera phone jek.Huhu.Tapi memang kena ready la stamina pasal nak lawat semua kawasan ni dengan galas backpack lagi memang satu cabaran la.Nasib baik aku dah beli mineral water 1 botol besar.Jadi tak lah rasa teruk sangat menapak.

















Macam yang aku cakap kat sini banyak gila aku ambil gambar.Ada saja benda yang aku nak kena ambil.Boleh tengok kat bawah ni gambar-gambar yang telah aku ambil kat sini.








Lepas tu masuk pulak Taman Rama-Rama KL.Bayaran masuk RM12.00.Ok la tak la mahal sangat.Jadi total kos sudah jadi RM247.50.











Ni ada la lagi gambar dalam Taman Rama-Rama ni.Memang gila ambil gambar betul la aku ni kan.Haha.Yela dah masuk kena bayar jadi ambil la gambar banyak-banyak sikit kan.Gambar kumbang mengawan pun aku ambik gak.Haha.










Dah penat berjalan rata dengan backpack dan dengan tak cukup tidurnya aku tak masuk pun Muzium Kesenian Islam yang ada kat sebelah Masjid Negara ni.Nak masuk kena bayar RM12.Letih punya pasal aku singgah beli air mata kucing jek dengan harga RM2.00.Jadi total kos semua perjalanan aku baru saja RM249.50.



Dah habis melawat kawasan sekitar Masjid Negara ni jadi aku pun ke pasar seni untuk tengok hasil lukisan yang aku tempah.Tapi bila sampai lukisan ni masih lagi dalam bentuk lakaran saja.Abang tu cakap dia akan siapkan malam ni kat Jalan Bukit Bintang.Nama abang ni Daeng.Kat sini nak beli lukisan atau nak tempah gambar potret memang ini lah tempatnya.Harga kena bincang pasal tak sama jika menggunakan media yang berbeza.Lepas tu aku makan malam kat pasar seni.Aku pun tak tau nak makan apa kat KL selain nasi kandar.Sini banyak kopitiam la.Nasi putih lauk ayam madu dan telur mata campur air kopi ais dan air kosong RM9.Jadi total modal sekarang RM256.50.





Pasal aku hari ni penat sangat berjalan sana sini melawat merata jadi aku perlukan rehat yang secukupnya.Pinggang dan betis aku dah sakit.Jadi malam ni aku tidur kat backpackers travellers lodge.Kongsi bilik dengan 4 orang.Bilik ada aircond RM20 satu malam.Yang ada kipas RM15 1 malam.Check out pukul 12 tengah hari jadi esok pagi lepas subuh aku plan nak membuta jek.Buat masa sekarang bilik aku baru ada 3 orang laki.1 melayu 1 algeria.
Kat sini ada 3 tempat untuk backpakers dan yang ni paling murah sekali.Dekat jek dgn pasar seni.Petaling street pun dekat jek dengan backpakers lodge ni.Kat sini agak selesa la jugak dan air cond dia memang sejuk gila.Aku yang asal duduk katil atas turun pi dok katil bawah pasal tak tahan sejuk.Siap tidur dalam sleeping beg lagi.Total kos RM276.50 selepas bayar RM20 untuk satu malam kat sini.

Ada sorang lagi roomate baru masuk bilik.Roomate yang ke 4.Dia masuk dia trus pi ubah aircond bagi suhu tinggi pastu ambil tilam dari katil letak kat atas lantai.Mohamed masuk dia marah la bilik panas dan susah dia nak keluar masuk bilik.Dia pi komplen dan tauke bagi bilik lain kat pendatang baru tu.Duduk share macam ni dengan orang yang kita tak kenal macam tu la.Aku terjaga pasal depa bertengkar.Ni alamat macam payah nak tidur balik pun ada pasal semalam aku tidur awal.Yang baru masuk tu org luar negara bukan orang kita.Aku pun tak tau bangsa apa.tak sempat nak berkenalan pun.Dalam bilik ni tinggal la aku, Mohamed mat saleh dari Algeria dan sorang lagi melayu dari Kelantan nama Wan.





Jadi tamat lah dulu untuk malam yang ke 5

Ok.Kita sambung ke halaman seterusnya

https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2018/01/pengalaman-bermotosikal-secara-solo_17.html

No comments:

Post a Comment