Thursday 18 January 2018

Pengalaman Bermotosikal Secara Solo Dari Penang ke Kuala Lumpur Hari 7

Assalamualaikum sahabat semua.

Kita sambung lagi journey bermotosikal secara solo aku untuk hari yang ke 7.Kat sini di masjid Sri Petaling, pukul 5 jer lampu akan dibuka.Bangun pi mandi dan melepas kemudian ready untuk solat subuh.Lepas bayan subuh aku pun berkemas untuk bertolak balik Penang.Total kos sekarang campur nasi talam semalam ialah RM315.80.


Sebelum balik aku singgah sarapan dulu kat kedai makcik jual nasi lemak depan jalan nak masuk ke masjid.Nasi lemak ayam berempah, telur sebelah, kacang dan sambal ikan bilis dengan air teh tarik RM6.Jadi total sekarang RM321.80.


Setelah 1.5 jam atas motor, aku berhenti hilangkan kebas tangan,lenguh pinggang dan kebas bontot kat RNR rawang.Beli air mineral kat petronas RM3.4.Sambil-sambil tu sembang dengan bro-bro ni yang ada nak ke Penang dan ada yang nak ke Ipoh.Total modal sekarang RM325.20


Tadi singgah kat perhentian Tanjung Malim isi minyak RM5.Jadi total kos sekarang RM330.20.Kemudian, lepak dulu kat sungkai.
Kalau jumpa tanda lembu ni kena hati-hati pasal kawasan kemalangan.Kat highway mana ada lembu kan.Cuma orang nampak macam-macam melintas.Tu yang PLUS letak sign.Tak kan PLUS nak letak sign tengkorak atau gambar hantu pulak kan.



Sambil berehat bawah jambatan aku nak jawab soalan Abang Din kat aku dalam facebook.
Pasal apa tak naik superbike? FYI untuk mereka yg takde SBK (superbike) kita guna SBK untuk benda ni jek.

1-Join konvoi.
2-Ride harian pi makan.Contoh teringin nak makan mee rebus ramli.Bawak SBK pi makan pastu balik.

3-Pi tempat yang jauh yang jimat kalau naik SBK pasal takde tol dan minyak murah lagi dari keta.Contoh pi mkn kenduri kat Johor ke.


Utk ride macam aku ni dikira ride santai sambil melancong,jalan-jalan cari makan dan iktikaf dalam masjid.Takde rush,banyak rehat dan enjoy the journey.

Aku tak boleh bayang aku naik SBK guna sebelah tangan pasal dengan kapcai tangan kiri aku pegang phone tengok waze atau map google.
Aku tak boleh bayang nak masuk mana-mana tempat aku kena angkut semua boot,glove,jacket,helmet dan beg masuk skali.Barang semua tu harga RM1k lebih.Kalau hilang naya ja.Tambah-tambah helmet.Kalau hilang tak boleh pi beli helmet RM50 ganti.Kena beli fullface gak.
Naik SBK kompom kena tidur hotel pasal nak jaga motor dalam kawasan security hotel dan barang ride semua kena masuk tempat berkunci untuk tidur.Jadi kompom tak selamat tidur kat masjid.
Last takde orang buat kerja ride dengan SBK solo pasal kalau ada masalah tengah jalan memang perit.Kalau minyak habis takkan boleh tuntun punya motor tu.Kalau tayar pecah bukan geng tukar tayar kat highway bleh tolong.Member la kena pi cari cacing palam dan pam kat kedai motor.Naik kapcai ada masalah orang nak tolong senang.Kalau SBK orang boleh tengok jela.
Ok.stakat tu jek.

Singgah makan tengah hari kat Tapah.Nasi lauk tempe,paku pakis masak lemak dan patin asam pedas.Air white coffee sejuk.Total RM10 dan air RM2.Jadi total sekarang RM340.20


Dugaan melanda diriku.Huhu.Motor pancit tayar belakang.Sekarang baru sampai kat vista point.Call abang repair tayar depa tak cover area ni.Jadi call PLUS.Dalam 30 min depa pun sampai.Depa la yang tolong bagi beberapa nombor abang repair tayar area tu.Dalam 2 3 orang yang call akhirnya lekat lah 1 orang.



Aku tunggu Zack ni mai dari Gopeng sampai pukul 5.45 baru dia sampai.Dia memang dah bagitau dia mai atas 5.30.Tukar tube rupanya kena dawai besar dawai stapler tu jek.Nasib la.Bila tanya dia bagitau RM70.Minta kurang jadi RM60 xdapat.Jadi bayar jela.Dia bagitau harga dari RM70 sampai RM120 ikut jauh nak pi dan waktu kena pi.Kalau pukul 4 5 pagi kompom RM120.Pengajarannya, lepas ni nak ride kena bawak tube dan alat kelengkapan sendiri baru jimat.Huhu.Tak pun pakai tayar tubeless.Just bawak cacing dan pam saja.
Aku singgah isi minyak RM5 kat Tapah dan sekarang isi lagi RM5 kat gunung semanggol.Makan malam lauk tempe,keli dan tokua RM9.8 termasuk air sejuk.

Jadi total sekarang aku boleh bahagikan macam ni.

1.RM314 untuk minyak,makan,hostel,tiket masuk tempat lawatan selama 7 hari 6 malam.
2.RM46 untuk cendera hati bekas letak pensil kat Sayong RM8,tudung bawal 2 lai RM18 dan lukisan air brush RM20.
3.Lukisan potret RM80
4.Tukar tube tayar RM70.
Jadi total sebenar yang aku belanjakan adalah RM510.Untuk golongan yang gaji minimum 1k sebenarnya RM200 dah cukup untuk berjalan 7 hari 6 mlm macam ni asalkan tak makan mewah macam aku dan spare lagi RM200 untuk emergency.Jadi cukup la duit BRIM RM400 tu untuk kuar berjalan.Aku totalkan terus pasal lepas ni terus balik rumah tak singgah mana dah dan minyak cukup untuk sampai balik rumah.



Alhamdulillah.Selamat sampai ke rumah.Bila sampai jek mawar buat muka chom.Merajuk pasal aku sikit-sikit lebihkan belalang tempur jek.Dia mawar berduri aku tak pandang dan tak bawak jalan-jalan pun.Hehe.Nasib kau la mawar.Sapa suruh jadi bini no 3.Hehe.
Segala suka duka pengalaman aku,aku kongsikan kepada semua supaya ada manfaatnya.Kalau bab makan aku syorkan mee rebus ramli kat ipoh.Memang boleh buat aku repeat makan kat sana lagi.Kalau nasi kandar nasi kandar Vanggey.Yang lain ok je kalau nak try.Aku rasa 2 makanan ni je buat aku termimpi.

Pengalaman duka tolak motor minyak habis dan tayar motor pancit.Yang lain semua pengalaman manis bagi aku.

Sehingga bertemu lagi untuk ride yang akan datang.Ciow.Kalau ada terkasar bahasa atau terguris perasaan dengan gambar makanan yang aku post, aku minta maaf.Memang kerja wartawan kena ada gambar semua.Terima kasih kerana sudi membaca..Aku tidur dulu.Gudnite

Wassalam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan,saya baca dari episod pertama rider solo dari penang ke k.lumpur...mgisian yg menarik,..
    Cuma sy nk tnya,berapa jauh berjalanan masa balik. Dari jam berapa dari k.l ke peneng...
    T.kasih..☺️☺️☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...kalauikutkan ambil masa selama seminggu lebih pasal saya bergerak sedikit-sedikit hingga sampai KL..kalau naik motor direct pewnang ke KL ambil masa 5-6 jam sahaja...

      Delete