Wednesday 17 January 2018

Pengalaman Bermotosikal Secara Solo Dari Penang ke Kuala Lumpur Hari 6

Assalamualaikum sahabat semua.


Pasal aku tak boleh tidur jadi aku saja nak mai jenguk abg naeng yang lukis gambar aku.Aku tau pagi ni dia lepak kat jalan bukit bintang.Bila sampai ja dia terus bagi tau yang lukisan aku dah siap.Lukisan yg aku tempah tak la nampak real sangat pasal harga murah.Kalau nak bentuk real ambil masa 4-7 hari jugak nak siap.Harga pula RM300 ke atas tengok pada kualiti dan penggunaan media.




Balik dari jumpa Abg Naeng aku mandi dan solat Subuh kat dalam bilik jek.Bila balik aku tengok Mohamed tengah solat.Dia siap ada sejadah sendiri lagi.Bila lepas mandi, aku nak pinjam sejadah, dia tak dak la pulak.Jadi aku solat atas sleeping beg jek.Guna bahagian dalam sleeping beg bukannya yang bahagian luar.Mohamed tak puas hati pasal roomate melayu sorang lg tak mau bangun solat.Mungkin letih sangat la kot.Aku beli roti dan mineral sebagai sarapan.RM5.20.Aku ambil roti bagi sikit kat Mohamed dan dia punyalah suka.Dia cakap kat aku gracias gracias.
Total kos sekarang baru RM281.70.Korang bayangkan la betapa murahnya nak melancong.Bagi aku kos akan lebih murah kalau kita backpackers bersama motor dari backpackers yang jalan guna pengangkutan awam.Kos ni akan lebih murah kalau korang tak makan mewah macam aku.Kalau jenis bawak meggi dan makan roti saja aku rasa boleh dapat bawah RM150 kot.




Kemudian, selepas makan dan berehat sat kat hostel, aku teruskan perjalanan aku ke Menara Olimpia.Ini sebenarnya tujuan asal aku ke KL ni iaitu untuk mendapatkan geran superbike aku tapi sekarang dah jadi tujuan yang terakhir la pulak.Huhu.Bagus juga aku tinggal kat hostel.Boleh la aku mai Menara Olimpia Aeon Kredit Headquaters ni dengan tak payah usung beg merata.

Yang gambar bangunan warna peach tu bangunan bursa saham dan aku register akaun cds aku kat jupiter security ni la.










Ok selepas balik dari Menara Olimpia,aku lepak saja dok dalam bilik dok tengok makanan apa sempoi nak makan tengah hari dan malam ni.Banyak makanan yang ada kat sini yang biasa ada kat area tempat aku macam nasi lemak,ikan bakar,sate,mee tarik,masakan cina halal ada tapi sure bukan taste aku pasal masakan cina masakan yang sihat,Ada restoren chef ismail iaitu restoren rebung dan macam-macam lagi la.Semuanya ada 28 tempat makan yang best kat KL ni.
Tapi aku pilih untuk makan itik salai kat Restoren Raso Omak Den dan Gobang Maju Patin Tempoyak.Sebelum ni dah rasa tempoyak Perak sekarang nak rasa tempoyak Pahang la pulak.


Tempat lain yg aku nk pi rasanya KLCC jela kot walaupun sebenarnya tak la teruja sangat nak pi.Kang korang cakap pi KL tak pi KLCC rugi la.Muzium Negara aku tak mau pi pasal dah tak larat nak jalan dan tengok binatang.

Aku plan nk tidur malam ni di Masjid Sri Petaling.Aku kena tunjuk gak tempat ni kat hampa dan tunjukkan suasana dia macam mana.Esok pagi, lepas subuh terus aku ciow balik ke Penang guna highway.
Makan tengah hari kat restoren raso amok den.Cari itik takde.Yang ada daging salai jek.Pastu aku tambah pari asam pedas.Asam pedas masakan nogori bukan masakan Melaka.Air limau dan air kosong.Harga semua RM14.Tapi daging salai dia memang sedap la.Cukup lemak dan lembut daging dia.
Total kos sekarang RM295.70.Aku kena batalkan niat nak makan patin pasal nak merasa makan nasi talam kat Sri Petaling.



Kat KLCC aku singgah tangkap gambar jek.Tak masuk pun.Sama la jugak kat Menara KL dan Menara Tabung Haji.










Sekarang ada kat menara KL.Mai singgah jek tak naik pun.Harga tiket boleh tahan la jugak.Rujuk pic yang aku snap kat bawah untuk harga tiket.












Lapaq ayaq jadi beli ayaq tin seringgit ja satu.Hantam 2 tin.Jadi total modai sekarang ni RM297.70.


Singgah kat petronas sat isi minyak.Cuak aku minyak nak habis pastu tersilap simpang pulak.Yang jadi 1km nak sampai Sri Petaling dah jadi 18km.Parah.Huhu.Check google map ada petronas 1.6km.Ok.Selamat.Sekarang lepak sini dulu la kat Petronas Equine Seri Kembangan.
Isi minyak RM5.Beli air kotak besaq nala punya RM3.2.Total sekarang dah jadi RM305.9.




Alhamdulillah.Dah sampai di markas tabligh masjid seri petaling.First nak tunjuk sapa yang mai sini pastu tidur kat masjid ramai-ramai.Bg orang tabligh depa dah biasa tapi bagi yang tak pernah sampai sebenarnya korang tak tau yang ramai jutawan lepak sini.Kalau saja-saja nak pi tanya ni kereta sapa kompom tak dak sapa nak mengaku.
Kita baru ada kereta lembu dah berlagak Tak mau mai masjid dan anggap tidur kat masjid ni low class.Ni contoh metafora.Takde kawan aku yang ada kereta lembu.Kang cakap aku tuju kat sapa-sapa pulak.

Aku penah mai sini dulu time bulan puasa depa jamu bubur kanji udang galah free.Udang besar lak tu.Pastu masak sekawah.Bukan sikit-sikit modal tu.Ada la sapa-sapa yang derma udang tu.





Bila iktikaf di sini time ada bayan (tazkirah) pi la dengar.Kalau lepas subuh atau zohor ada taklim atau bacaan hadis Nabi pun dengar la.Nak dengar taklim bahasa Arab,bahasa Urdu,bahasa Tamil,bahasa Melayu,bahasa English semua ada.Pilih jek bahasa apa yg kita paham.


Pic yang tengah tu deretan tandas dan tempat sidai baju.






Makan nasi dalam talam.Lauk hari ni ikan sardin goreng dengan kari terung.Kari ni selalu geng belah utara yang masak.Kalau sayur air selalunya belah selatan.Lauk memang tak tentu.Ikut khidmat negeri mana yang masak.Satu talam RM10 je.Aku ajak lagi 3 orang makan sekali dengan aku.Semua pakcik dah.Umur 60 ke atas Jadi nasi memang tak larat habis la.Aku yang kuat makan pun tak larat kayuh.


Sorry gambar blur sikit.Tak dak dalam sejarah orang tabligh makan tangkap gambar dulu.Jadi aku tangkap kalut-kalut je ni.


Jadi lepas makan dan iktikaf sat dalam masjid kemudian aku pun tidur la.Kat sini lampu akan tutup dalam pukul 11 malam akan buka selalunya pukul 5.Jadi bila bangun pukul 5 tu nak buat Qiamullai pun sempat lagi sementara nak tunggu Subuh.Sebenarnya, geng Tabligh yang dok teringat sangat nak kuar 3 hari, 40 hari atau 4 bulan ni sebenarnya mereka rindukan solat jemaah setiap 5 waktu on time, boleh banyak berzikir dan baca Al Quran.Benda yang payah kita nak buat bila kita berada di rumah.Suasana iman tu takde kat rumah tak sama macam berada di masjid dan pakat buat ramai-ramai.Ada yang rindukan nasi talam yang tukang masak dia masak walaupun lauk simple tapi cukup menyelerakan tambah-tambah makan berebut pakat kais sorang sikit kan.Yang keluar qash atau kuar jumpa orang tempatan ajak datang masjid tu sebenarnya 1 hari hanya 1 jam saja keluar kot-kot boleh ajak sapa yang tak pernah pi masjid tu pi la masjid pasal masjid dah dekat dengan tempat tinggal.Nanti nak mati pun kena tanam dalam perkarangan masjid jugak.Cuma dalam tabligh ni semuanya bab amalan diri ikut sunnah Nabi dan dakwah.Nak cari ilmu agama kena tanya Ustaz pasal kat sini takde kuliah ilmu ajar cara solat, ajar hukum hakam, ajar cara menunaikan Umrah/Haji dan sebagainya.

Ok.Kita sambung ke halaman ke seterusnya.

https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2018/01/pengalaman-bermotosikal-secara-solo_18.html

No comments:

Post a Comment