Monday 1 January 2018

Pengalaman Bermotosikal Secara Solo Dari Penang ke Kuala Lumpur Hari 1

Assalamualaikum sahabat semua.

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua pengalaman saya merantau dari Penang ke Kuala Lumpur dengan menggunakan motosikal Honda Wave lama saya.Pengalaman ini telah berlaku pada 10 May 2017 yang lepas dan sekarang baru saya ada masa untuk mencoretkan pengalaman saya itu di blog ini supaya menjadi pedoman dan tatapan sahabat semua.

Persiapan saya dimulakan dengan menukar minyak 4T motor saya dan mencekangkan rantainya.Antara barang yang saya bawa yang paling penting adalah sleeping beg kerana dalam ekpedisi saya ini saya telah menetapkan masjid akan menjadi tempat tidur saya di sepanjang perjalanan saya.Barang lain seperti kain baju,charger dan sebagainya.


Perjalanan saya dari rumah menggunakan GPS ikut jalan lama.Tempat singgah saya yang pertama adalah Bukit Teh untuk sarapan pagi.Pekena nasi lemak 2 bungkus dan teh tarik.Saya bubuh minyak motor RM 5 campur sarapan RM3 jadi total kos RM8.


Kemudian saya teruskan ride saya sehingga ke BHP Selinsih untuk mengisi minyak petrol.Antara bandar yang saya lalui adalah Bagan Serai.Isi minyak RM5 jadi total dah jadi RM13.


Saya teruskan perjalanan sehingga ke Taman Tasik Taiping.Kat sini saya makan sengkuang calit yang time kecik-kecik dulu ja saya makan.Harga dia RM1.50 ja.Jadi total kos dah jadi RM14.50.


Selepas itu saya singgah kat Taiping War Cemetery.Kat sini adalah kubur askar British dan India yang berjuang bersama askar Melayu semasa Perang Dunia II dahulu.Kubur Islam dan kubur Kristian ada kat sebelah menyebelah jek.






Lepas tu aku teruskan ride ke Bukit Larut.Kat atas bukit larut ni agak sejuk la dengan senibina zaman British.Tapi aku tak naik pun kat atas bukit pasal jadual naik ke atas menggunakan kenderaan 4 wheel lambat sangat nak kena tunggu.Kalau tak silap satu kepala harga dia RM15 untuk ke puncak.Kalau nak jalan kaki pun boleh tapi tersangat la tak larat melainkan untuk mereka yang slalu naik bukit ok la.Kat bawah ni gambar tandas Bukit Larut kat bawah jek.Huhu

 


Kemudian aku ke Muzium Perak.Nak masuk muzium ni murah jek bayaran dia.RM2 sahaja.Jadi total kos sekarang RM16.50.Kat dalam gambar tu ada burung barau-barau atau kat tempat aku panggil burung merbah bidan.Kalau ada jumpa burung ni jangan lupa tangkap pasal harga dia RM3 ribu tau.Dalam muzium ni banyak cerita sejarah Perak, tradisi,suku etnik dan barang-barang peninggalan yang dijumpai di Perak.














Kemudian, singgah solat zohor di masjid taiping.hujan lebat kat luar.dahaga ingat nk singgah beli air tapi dapat hilangkan dahaga kat water cooler sini.sambil-sambil boleh cas handphone yg bateri tinggal 43% sahaja.penjara taiping lalu saja pasal tak boleh masuk.huhu




Kemudian pasal perut pun dah lapar jadi singgah makan di pasar penjaja taiping.kerang masak rendang,ikan ketul masak taucu dengan teh ais rm9.40.campur patin masak tempoyak ambil dari kedai sebelah rm5.total semua rm30.90.Nak makan kat Perak ni kena ambil benda yang kita tak biasa jumpa kat Utara la baru best jalan-jalan melancong negeri orang kan.Lepas makan nasi terus makan Yong Taufu kat kedai situ.Ada satu kedai kat sini yang femes tapi tutup la pulak.Jadi makan kat kedai lain.Tapi tekak aku cakap tak brapa sedap pasal rasa sos cabai jek yang lebih.Harga RM3.50 Jadi total dah jadi RM34.40.




Lepas tu ride lagi ke Muzium Ngah Ibrahim.Dia ni dulu orang kaya kat Perak.Masuk muzium ni free jek.Jadi boleh la mai tengok sejarah Ngah Ibrahim ni dengan kongsi gelap Hai San zaman dulu.Kat sini juga ada makam Ngah Ibrahim dan gajah besau.Muzium ni tempat dia kat Matang.







Lepas tu saya ke Kampung Sepetang untuk pi melawat kilang arang dan pekena mee udang mak jah yang femes tu.Nak pi tengok kilang arang ni ok jek tapi jangan la pulak pi beli cenderamata dia.Arang depa letak kaler emas sikit harga dia mak ai punya la mahal.Selepas saya pekena mee udang Mak Jah ni terus tekak saya tak boleh terima pasal mee dia tak celup jadi bila makan ada rasa kapur.Kuah mee udang dia ok la jugak.Manis-manis udang.Jadi kalau nak makan mee udang baik pi tempat lain atau sekarang ni mee udang mak jah ni dah celur mee dia saya tak tau la.Bila ramai sangat pelanggan sampai tak sempat nak celur mee pun haru gak.Saya singgah solat Asar kat surau sebelah kedai mee udang mak jah ni.Sambil makan boleh dengar lagu dari penyanyi lama ni.Nama Rosidi Harun.Sedap gak la.Saya tak berapa kenal sangat dia ni jadi kna buka you tube untuk dengar lagu lama dia.Mee udang mak jah rm14 campur air kosong rm0.30 campur air limau rm1.50.kena gst jadi total rm16.80.total sekarang rm51.20.mee udang ni kuah sedap pasal letak udang kering.tp mee tak celup jadi rasa kapur dan potong stim.udang 5 ekor memang mantop la.











Lepas tu kita ride lagi dan singgah makan cendol kodiang kat Kampung Larut Tin.Cendol ni sedap dan banyak cuma yang tak bestnya ais dia kasar.Ada yang suka makan ais kasar dan saya suka makan ais salji.Baru mamah tak rasa seriau gigi.Hehe.Harga RM2 saja dan untuk mangkuk yang seterusnya free jek.Tapi memang tak larat nak makan punya lah.Jadi total sekarang RM53.20




 Lepas tu saya singgah solat Maghrib dan Isyak kat Masjid Jamek Bukit Gantang.Saya teruskan ride sehingga ke Kuala Kangsar.Sampai la saya singgah snap gambar kat menara pavilion.







 Lepas tu saya ride ke masjid Kuala Kangsar dan singgah untuk tidur kat sini.Minta kebenaran dari guard yang jaga kat sini.Saya tidur pakai sleeping beg saja.Nyamuk punya la banyak.Huhu.Jadi tamatlah pengalaman untuk hari pertama ride solo saya.

Kita sambung ke halaman seterusnya

https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2018/01/pengalaman-bermotosikal-secara-solo_8.html

Wassalam

No comments:

Post a Comment