Monday 8 January 2018

Pengalaman Bermotosikal Secara Solo Dari Penang ke Kuala Lumpur Hari 2

Assalamualaikum sahabat semua.


Pagi ni saya ride dari masjid Kuala Kangsar ke Lembah untuk sarapan.Bestnya tidur kat masjid ni solat Subuh kompom tak tinggal.Siap boleh berjemaah lagi.Beli nasi lemak dan teh ais RM3.40 jadi total kos semuanya RM 56.60.Kat sini ramai orang jogging dan buat senam robik.Jadi kalau sapa-sapa datang sini boleh jer join sekali senam robik dengan orang kawasan ni.













Kemudian, saya teruskan perjalanan saya ke masjid Ubudiah untuk singgah sementara nak tunggu Galeri Sultan Azlan Shah buka.Bila kita melawat masjid tak kisah la masjid mana pun selain daripada ambil gambar kemegahan seni bina masjid jangan lupa tunaikan sama hak-hak masjid.Antaranya solat sunat tahiyatul masjid,berzikir,baca Al quran dan sebagainya.Janganlah kita jadikan masjid ni hanya sebagai tempat untuk berak dan kencing, tempat lawatan untuk ambil gambar, cas telefon dan tidur sahaja.







Kemudian saya sambung perjalanan saya ke Muzium Perak.Walau bagaimanapun, nasib saya tak baik pasal muzium ni tengah renovate.Jadi boleh ambil gambar dari luar sahaja.






Selepas itu, saya teruskan lawatan saya di Kuala Kangsar ni ke Galeri Sultan Azlan Shah.Kalau diikutkan kena bayaran RM4 untuk seorang dewasa tapi bila saya datang melawat pada masa tersebut masuk free la pulak.Kat galeri ni tidak boleh ambil gambar apa yang depa pamerkan.Jadi hanya boleh ambil gambar kat luar sahaja.





Dah habis melawat tempat-tempat menarik kat Kuala Kangsar ni jadi saya pun singgah la makan tengah hari kat Gerai Ikan Bakar Rais Helmi.Kat sini saya makan nasi lauk campur rendang daging dan telur masin.Air saya pilih limau ais.Rendang daging ni bagi saya sedap dengan daging dia yang cukup lembut dan ada rasa daun kunyit pasal dia letakkan daun kunyit fresh dalam rendang ni.Rasa lemak,masin dan manis campur dengan haruman daun kunyit.Harga semuanya RM7.50.Jadi harga kos sekarang sudah jadi RM64.10.Kedai ni terletak kat Lembah.





Perut pun dah kenyang jadi saya teruskan ride ke Pejabat Tanah Kuala Kangsar untuk tengok pokok getah paling tua kat Malaysia yang ada kat sini.Tengok pada besarnya batang getah ni pun dah boleh agak kan memang pokok ni dah tua.Dah macam pokok balak la pulak pokok getah ni.Kemudian saya singgah isi minyak petrol RM5>Jadi kos sekarang sudah jadi RM69.10




Kemudian saya teruskan perjalanan saya ke Wincraft untuk tengok proses membuat labu sayong.Yela kan Kuala Kangsar ni terkenal dengan perusahaaan membuat labu sayong.Kalau datang sini tapi tak pi tengok macam mana labu sayong dibuat memang tak lengkap la perjalanan ke sini.Semasa saya datang melawat ke sini ada rombongan dari budak sekolah rendah ke sini.Jadi boleh la saya join sekali dengar penerangan tentang labu sayong ni dari tuan punya kedai.Kemudian, dah datang sini takkan la tak beli cenderahati kan.Jadi saya beli la tempat letak bunga kat gambar yang paling bawah tu.Harga 2 buah RM8 jadi total kos sudah jadi RM78.10.









Saya singgah solat Zohor dulu kat masjid Sayong.Tak tau la pulak kat masjid ni rupanya ada makam diraja.Jadi selepas solat saya singgah jap sedekah Fatihah dan snap gambar.Boleh tengok kat gambar untuk nama Sultan yang dimakamkan di sini.










Cuaca pada petang ni memang cukup panas.Tambah-tambah naik motor pulak kan.Jadi saya singgah kat Lembah kembali untuk pekena laksa Kuala Kangsar dan ais kacang.Kuah laksa biasa macam kuah yang biasa saya makan kat Kedah cuma laksa je yang special sikit pasal ni laksa beras buatan sendiri.Ais kacang kali ni saya pilih yang ais salji punya.Ada 2 buah kedai yang saya reject pasal ais kasar.Harga laksa ni RM3.00, ais kacang RM2.00 dan kacang rebus RM4.00.Jadi kos sudah jadi RM86.10.



Saya teruskan lagi ride sehingga ke Komplek Sejarah Pasir Salak.Pasal dah lewat jadi tak boleh masuk ke dalam komplek ni.Kena masuk lain kali la nampak gayanya.Huhu.Jadi boleh ambil gambar kat luar jela.





Saya teruskan lagi perjalanan saya hingga ke Kampung Gajah.Malam ni saya tumpang tidur kat rumah adik saya kat Balai Polis Kampung Gajah ni.Pastu makan malam saya hanyalah laksa yang mak saya buat masa adik saya balik kampung.Lagi best laksa mak saya buat dari yang saya makan kat Lembah petang tadi pasal cuba la tengok isi ikan tu.Haha.Memang nak banding makan kat kedai dengan buat sendiri tak boleh la kan.





Jadi tamatlah perjalanan saya untuk hari yang ke 2 ni.Naik motor dan singgah banyak tempat di sepanjang perjalanan sebenarnya tak la rasa letih sangat dari bawak motor direct je kan.

Ok.Kita sambung kat halaman seterusnya


No comments:

Post a Comment