Monday 25 September 2017

Trip Memancing Di Bawah Jambatan Pulau Pinang 2

Assalamulaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang pengalaman saya memancing di bawah jambatan Pulau Pinang baru-baru ini iaitu pada 22/9/17 sampai 23/9/17.

Saya menerima pelawaaan Chup sahabat saya sewaktu di matrik untuk bersama-sama dengannya memancing di bawah jambatan sempena cuti awal muharam yang lepas.Memandangkan saya sudah lama tak memancing dan dari dibiarkan sahaja rod dan kili saya bersawang jadi apa salahnya.Kalau sebelum ini saya menulis pergi ke bawah jambatan menggunakan jeti di sebelah prai tapi kali ini saya menggunakan jeti Batu Uban di sebelah pulau.Nak pergi ke jeti ni dari jambatan keluar exit belah kiri pastu jumpa nurul ikan bakar masuk kiri dan terus sahaja sampai ke jeti.Saya menggunakan jeti sebelah pulau kerana Chup memang tinggal di pulau.Jadi salah seorang kena la mengalah kan.Memandangkan trip ni saya yang ikut dia jadi saya jela yang ke sebelah pulau dari dia yang kena ke sebelah Prai.

Sebelum dipanjangkan cerita saya sertakan dulu kos untuk memancing pada kali ni.

1-Tol Jambatan  RM7.00
2-Bot  RM20.00
3-Ubah tapak  RM5.00

Jadi total hanya RM32.00 sahaja untuk kos kasar selama 2 hari 1 malam di bawah jambatan.Macam kos makanan dan peralatan mancing boleh tentukan sendiri mengikut individu.

Pada kali ini persiapan saya untuk memancing lebih teliti sikit berbanding trip saya sebelum ni.Antara barang yang saya bawa adalah seperti berikut

1-Baju T shirt,seluar track suit,kain pelikat (1 untuk sebagai sejadah dan 1 lagi sebagai kain untuk pakai kalau nak berak dalam tong cat),baju sejuk (paling penting).

2-berus gigi dan ubat gigi (kna la gosok gigi walaupun tau ikan tak perlu gosok gigi)

3-lampu suluh,sleeping beg,bantal (ini penting kalau nak tidur dengan selesa)

4-air manis dan air masak

5-camca,garfu,pinggan,mangkuk,cawan,kuali,periuk,senduk,sudip,ceduk nasi dan dapur gas (yang ni untuk saya masak di bawah jambatan)

6-Barang kelengkapan untuk memasak seperti beras,sardin,meggi,minyak,gula,garam,kopi,teh dan sebagainya ikut menu yang kita nak masak dan makan.

7-barang lain untuk memancing boleh rujuk posting saya sebelum ni seperti carabinar,tali,tong cat,tong ais dan sebagainya telah saya ceritakan secara detail dalam posting saya sebelum ni.





Kalau sebelum ini saya menggunakan khidmat tekong untuk menghantar makanan dengan upah RM7.00 satu bungkus nasi lauk ayam dan sayur tapi pada kali ini saya membawa sendiri makanan untuk dimasak.Ikan yang saya dapat sewaktu memancing juga boleh dimasak terus seperti gelama dan ikan cencaru.Saya berasa trip kali ini lebih istimewa kerana boleh tidur dengan selesa walaupun hujan turun dengan lebatnya di awal pagi.Selain itu, saya juga boleh memasak air untuk membuat kopi dan teh.Jadi hilangla sikit penat dan mengantuk tu.





Saya memancing di tiang 23 pada mulanya dan kemudian ubah ke tiang 87 pada keesokkannya kerana hasil yang amat kurang.Ikan yang berjaya dinaikkan hanyalah ikan duri,gelama,cencaru,dan kerapu singa sahaja.Memang agak menghampakan saya kerana umpan kasai yang di appollo hanyalah dapat anak kasai sahaja sebesar jari kelingking.





Walau bagaimanapun, pengalaman tidur dan memasak dibawah jambatan memang satu pengalaman camping sambil memancing yang menarik untuk dikongsi dengan semua.

wassalam.