Sunday 15 March 2015

Merancang Perbelanjaan Sekolah Anak-Anak

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang perancangan saya untuk perbelanjaan sekolah anak-anak saya pada masa hadapan.Kita sering kali mendengar ibu bapa merungut kerana terpaksa berhabis setiap tahun untuk perbelanjaan sekolah anak-anak.Kadang-kadang perbelanjaan sekolah anak-anak boleh mencecah ribuan ringgit seorang apabila kita terpaksa membayar yuran sekolah, buku, pakaian, perbelanjaan makan harian, beg, kasut dan sebagainya setiap tahun.Pada pendapat saya, perbelanjaan ini menjadi beban kepada ibu bapa kerana ibu bapa tidak bersedia dari awal.


Saya sekarang mempunyai 2 orang anak iaitu Muhammad Amsyar dan Muhammad Ammar.Muhammad Amsyar sudah pun 3 tahun dan Muhammad Ammar baru 3 bulan.Jadi sudah pasti Amsyar akan bersekolah lagi 3 tahun dan Ammar lagi 6 tahun.Jadi bagaimanakah saya boleh pastikan perbelanjaan sekolah anak-anak saya tidak membebankan saya pada masa 3 tahun dan 6 tahun yang akan datang.Jadi, ibu bapa boleh mengikut contoh yang ingin saya share dengan sahabat semua seperti kat bawah ni.

1-Buka akaun Tabung Haji seawal kelahiran.


Untuk membuka akaun Tabung Haji tidak memerlukan kad pengenalan.Cukup sekadar hanya membawa surat beranak sahaja ke Tabung Haji.Isi borang untuk buka akaun dan masukkan duit minimum kalau tak silap saya RM10 saja.Hari tu juga dah boleh bawak balik buku akaun simpanan Tabung Haji.Ini yang saya lakukan kepada Amsyar dan Ammar.Lahir sahaja lepas daftar kelahiran, dapat surat beranak trus saya buka akaun kat Tabung Haji.

2-Menyimpan setiap bulan untuk anak-anak dalam akaun Tabung Haji

Kita boleh memasukkan setiap bulan sebanyak mana yang kita mampu ke dalam akaun anak-anak.Kalau mampu RM10 sebulan, bila masuk 6 tahun sudah jadi RM720.Kalau kita mampu RM50 sebulan, masuk 6 tahun sudah jadi RM3600.Macam mana pula kepada ibu bapa yang langsung tidak mampu untuk menyediakan simpanan setiap bulan kepada anak-anak?Jangan risau, sila ikut contoh seperti saya di bawah
  • Setiap duit sedekah orang sewaktu kelahiran jangan kita gunakan untuk kepentingan diri           kita.Simpan duit itu untuk anak-anak dalam Tabung Haji
  • Setiap duit Raya yang sahabat,jiran, dan saudara bagi kepada anak-anak kita simpan dalam       Tabung Haji.
  • Apa sahaja duit yang kita dapat dan dikhaskan untuk anak-anak kita simpan dalam Tabung Haji

3-Setiap wang syiling yang kita kumpul, kita masukkan ke dalam akaun simpanan anak-anak.Memang sudah menjadi tabiat saya setiap hari akan clearkan poket seluar daripada syiling dan masukkan ke dalam tabung.Bila cukup sebulan saya akan tukarkan duit syiling ini dengan kedai untuk mendapatkan duit kertas.Duit itulah yang saya akan masukkan ke dalam akaun anak-anak.Purata syiling saya setiap bulan memang la tak banyak.Dalam RM30 sahaja sebulan.Jadi cukup lah untuk Amsyar RM15 dan Ammar RM15.



4-Setiap jualan hasil daripada tanaman saya di keliling rumah adalah untuk anak-anak.Buat masa sekarang hasil yang boleh saya tukarkan menjadi duit hanyalah tanaman serai.Saya baru sahaja menjual serai di halaman rumah saya sebanyak 2 kilo kepada kedai borong.Walaupun duit yang saya dapat hanyalah RM4.00 tapi saya tetap bersyukur kerana duit hasil titik peluh saya boleh saya gunakan untuk simpanan anak-anak.Selepas ini saya akan mula menjual limau kasturi yang boleh mencecah RM12 sekilo. buah amra dan tanaman kucai.Semua hasil jualan ini adalah untuk anak-anak saya.Saya hanya seronok menanam dan menuai sahaja.Biarlah anak-anak yang merasa hasilnya.


5-Setiap jualan barang-barang terpakai adalah untuk anak-anak.Memang sudah menjadi tabiat saya akan menyimpan semua botol plastik,kertas dan besi untuk dikitar semula.Selain dapat menghijaukan bumi Allah dan mengelak pencemaran, kita juga boleh mendapat sedikit hasil kewangan darinya.Yer.Hasilnya tidaklah banyak.Saya baru sahaja menjual semua ini dan hanya mendapat RM2.70 sahaja tetapi banyak lagi pahala yang Allah berikan kepada manusia yang mahu menjaga bumi Allah ini daripada kerosakkan.Selain daripada fardu kifayah yang kita buat, hasil jualan juga boleh dimasukkan ke dalam akaun simpanan anak-anak.

Saya berharap perkongsian saya ini boleh memberi manfaat kepada semua dan mengelakkan sahabat semua pening kepala setiap tahun apabila sekolah baru buka.Yer.Untuk mereka yang bergaji besar dan laki bini kerja mungkin petua ini hanya dipandang remeh dan picisan sahaja tetapi bagi mereka yang bergaji minimum RM900 sebulan, perkongsian ini mungkin sedikit sebanyak boleh melegakan hati mereka dalam cabaran menyekolahkan anak-anak.

"Apabila kita sudah terbang ke langit yang tinggi, jangan lupa memandang ke bawah"


Wassalam

No comments:

Post a Comment