Wednesday 14 May 2014

Tips Membeli Payung Kanopi Untuk Pasar Malam

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya akan berkongsi dengan sahabat semua tips untuk membeli payung kanopi yang selalu kita lihat peniaga pasar malam gunakan termasuklah saya.

Sebenarnya hanya terdapat 2 jenis sahaja payung kanopi yang peniaga gunakan iaitu yang bersaiz 10 kaki x 10 kaki dan 15 kaki x 10 kaki.Terdapat pelbagai warna kanopi yang ada termasuklah biru,merah,hijau dan putih.Tetapi yang biasa kita lihat warna biru la.Dalam kes saya, saya membeli khemah kanopi yang berwarna biru bersaiz 15 kaki x 10 kaki.Sebenarnya, ada seorang peniaga lama yang telah menasihatkan saya supaya membeli khemah kanopi 10 kaki x 10 kaki sahaja kerana lebih tahan lasak dan lama berbanding khemah kanopi 15 kaki x 10 kaki.

Harga khemah di Kulim

10 kaki x 10 kaki = RM160
15 kaki x 10 kaki = RM210

Saya pikirkan kalaulah nak beli khemah kanopi yang 10 kaki x 10 kaki terpaksa la pulak kena beli 2 buah.Modalnya dah jadi RM320.Baik beli 15 kaki x 10 kaki beli sebuah baru ja RM210.Tetapi sebagai pengajarannya, khemah yang saya gunakan hanya bertahan 6 bulan sahaja selepas 2 buah batang besinya telah patah.Besinya hanya lah setebal 0.3mm sahaja sebab untuk mengurangkan berat kanopi tu.Kalau kanopi tu berat sangat memang tak larat la nak angkat seorang kan.Kena la pulak angkat 2 orang.Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, saya terpaksa beli besi baru yang lebih tebal dan pasang balik 2 batang yang dah patah tu.

Itulah pengajaran yang saya dapat.Nak berjimat punya pasal kanopi yang saya beli tidak tahan lama.Lebih baik kita beli kanopi 10 kaki x 10 kaki sahaja dan beli 2 buah kalau barang niaga kita banyak.Ini lebih menjimatkan dan khemah kanopi kita pun tahan lama.Satu lagi tips, kalau menggunakan khemah kanopi 10 kaki x 10 kaki bolehlah kita membukanya secara seorangan tetapi jika menggunakan 15 kaki x 10 kaki wajib buka guna 2 orang.Kalau buka seorang memang la lagi cepat batang besi tu patah.

Untuk peniaga yang suka mengantung baju, jeans atau apa-apa sahaja barang-barang yang berat kat sekeliling khemah, dinasihatkan untuk membuat sendiri besi penahan supaya dapat menampung beban barang jualan kita.Saya pernah menghadapi pengalaman khemah kanopi jiran berniaga runtuh ditiup angin kerana khemah tidak dapat menampung berat barang jualan di Padang Serai.

Sekian dahulu tips saya untuk kali ini.

Wassalam

No comments:

Post a Comment