Assalamualaikum sahabat semua,
Pada kali ini saya akan berkongsi dengan sahabat semua berkenaan konsep berniaga yang saya belajar dari Pak Hadi setelah bertukar-tukar fikiran dengan beliau.
Pada pendapat beliau, berniaga ni senang ja konsep dia iaitu sama seperti kita memancing ikan.Bagi yang bukan kaki pancing mungkin menghadapi masalah sedikit untuk memahaminya.Tetapi saya akan cuba memberi penerangan yang paling mudah untuk sahabat semua memahaminya.Mengikut pengalaman saya memancing, hasil tangkapan bergantung kepada cuaca, umpan, teknik dan nasib.Contohnya
1-Cuaca-Kita perlu melihat pada carta aliran air pasang surut dan tarikh-tarikh yang sesuai untuk memancing terutama di laut.Kita juga perlu elakkan cuaca yang mendung,hujan dan ribut.
2-Umpan.Kita perlu menyediakan umpan yang berlainan untuk menarik ikan yang kita hajati.Contohnya jika mahu memancing siakap diperlukan udang hidup ataupun anak belanak hidup.Siakap lebih gemarkan umpan hidup dari umpan mati.Untuk memancing ikan semilang pula boleh kita gunakan umpun-umpun ataupun isi sotong.Jadi kita perlukan umpan yang berlainan untuk mendapatkan ikan yang berlainan.Ada juga yang menggunakan universal umpan seperti isi ikan kembong ataupun ikan sardin.Jika kita menggunakan umpan ini kita sendiri pun tak tahu ikan apa yang akan sambar umpan kita.
3-Teknik-Macam-macam teknik yang boleh kita gunakan untuk pikat ikan terhadap umpan kita seperti popping,jigging,bottom dan casting.Kita juga boleh menggunakan teknik umpan tiruan ataupun umpan hidup.Kita juga boleh menggunakan pelbagai teknik ikatan yang sesuai dengan ikan yang kita nak pancing.Takkan la nak mancing ikan laut dalam kita hanya bawak tali tangsi 20 paun sahaja kan.Jadi segala peralatan memancing kita perlulah setaraf dengan ikan dan tempat yang kita nak pi mancing tu.
4-Nasib-Kadang-kadang semua teknik,cuaca dan umpan telah kita guna dan curahkan tetapi masih juga belum disambar ikan.Jadi kita boleh anggap yang hari ini bukan rezeki kita sahaja.
Sama juga dengan berniaga perlukan semua ini juga untuk memastikan hasil jualan kita maintain ataupun meningkat.
1-Cuaca-Menjual barangan bayi seperti saya amatlah bergantung kepda cuaca.Saya tidak dapat berniaga jika hari hujan kerana baju akan basah ataupun lembab dan boleh naik tahi lalat.Jadi saya tidak akan berniaga jika hari hujan.Jika hari panas juga saya tak bolehlah membiarkan baju bayi saya terdedah kepada cahaya matahari yang boleh menyebabkan baju jadi balar.
2-Umpan-kita perlu kenal pasti siapa "ikan" kita.Contohnya dalam kes saya, "ikan" saya adalah ibu yang baru bersalin, family yang mempunyai anak kecil bawah 2 tahun dan sesiapa sahaja yang ingin menghadiahkan barangan baby kepada adik beradik atau kawan-kawan.Merekalah "ikan' saya dan umpannya adalah barangan baby.Jika "ikan" kita adalah pengemar burger maka umpan kita tentulah burger.Jika "ikan" kita adalah perempuan yang suka bergaya dan berhias tentulah umpan kita adalah alat solek dan eksesori wanita.
3-Teknik-Macam-macam teknik boleh kita gunakan untuk menarik "ikan" memakan umpan kita seperti jualan langsung,pasar malam,internet,blog,facebook page,direct selling,iklan di tv atau radio,flyer,banting dan macam-macam cara lagi.Apa yang diperlukan adalah kita hendak bagitau kepada setiap "ikan" yang ada di Malaysia supaya datanglah makan umpan kita.
4-Nasib-Dalam berniaga ada pasang surutnya.Kadang-kadang hasil yang kita dapat banyak dan kadang-kadang sikit.Bila time gaji hasil jualan kita ok tetapi bila time hujung bulan hasilnya sedikit sahaja.Jadi kita perlu banyak berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT kerana hanya dia yang memberi rezeki.Bukannya tangkal, pelaris ataupun jin yang kita puja untuk meningkatkan jualan.Banyakkan solat hajat, tahajjud, dan solat Dhuha untuk buka pintu rezeki kita.
Setakat ini sahaja dahulu ilmu yang boleh saya kongsikan dengan sahabat semua.
No comments:
Post a Comment