Puisi ini ku tujukan khas buat perisau covid 19
Perjalanan abadi
Kita tiada apa-apa,
Kita tiada siapa-siapa,
Kita entah di mana-mana,
Kita lupa merata-rata,
Kita tiba tanpa apa,
Kita bisa menjadi flora untuk dikunyah fauna,
Kita bisa menjadi fauna untuk dimamah pemangsa,
Kita ditakdir menjadi manusia...
Teriak dalam terlanjang,
Riak wajah dalam ranjang,
Kaku, beku, takut dan sangkut,
Lemah longlai dan kemah pokai,
Lesu,layu,sayu dan pilu....
Lalu dia memberi rezeki,
Untuk kau sumbat sehingga mati,
Lalu dia memberi jodoh,
Untuk kau cintai walaupun hodoh,
Lalu dia memberi harta,
Untuk kau bangga walaupun papa,
Lalu dia memberi pangkat,
Untuk kau tayang walaupun singkat...
Kita dibuai mimpi,
Kita hanyut dan kalut,
Kita alpa dan leka,
Kita mabuk diratah usia...
Lalu kau duga dengan sekecil hama,
Masjid sepi,
Peniaga mati,
Pesakit sendiri,
Petugas maki,
Ah...biarkan daku menyendiri...
Aku memilih mencintaimu dalam sukar,
Kerana sukar mengajar aku erti syukur,
Aku memilih mencintaimu dalam payah,
Kerana payah mengajar aku erti pasrah,
Aku memilih mencintaimu dalam susah,
Kerana susah mengajar aku erti tabah...
Tiada aku menukar dunia dengan syurga,
Walaupun maut menjemput,
Kerana disana kan ku kecapi nikmat hakiki,
Bersama kekasih si jantung cinta abadi,
Ku menanti....
Nukilan Rasa
No comments:
Post a Comment