Thursday, 6 March 2014

Pengalaman Berniaga Pak Abdul Hadi Kurta

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya akan kongsi dengan sahabat semua berkenaan pengalaman seorang peniaga sepenuh masa pakcik Abdul Hadi Kurta yang berniaga kain baju muslimah disebelah saya kat Pasar Hari Padang Serai.Saya bersyukur ke hadrat illahi kerana dipertemukan dengan pakcik ni yang banyak kongsi kisah suka dukanya dalam berniaga.Pada mulanya, bila saya berniaga di Padang Serai saya parking tempat kat sebelah pakcik yang jual kain langsir ni.Tapi bila perniagaan saya bertambah maju dengan pembelian payung kanopi 15kaki x 10kaki, saya terpaksa keluar dari situ kerana ruangnya yang sempit.Saya cuba parking kat sebelah pakcik jual pakaian bundle tapi malangnya saya ditegur kerana kononnya saya telah menghalang laluan customernya.Tapi dari apa yang saya nampak takde pun saya halang orang lalu lalang.Bukannya saya berniaga tengah jalan.Akhirnya saya berubah ke tapak yang ketiga dan bermulalah perkenalan saya dengan pakcik Abdul Hadi ni.

Sekarang, memang tapak saya berniaga adalah disebelah pakcik ni dan bila ada masa saya akan bersembang la dengan dia untuk korek ilmu berniaga dia.Ada satu cerita yang menarik perhatian saya tentang satu orang peniaga Cina dengan teh herbanya.Pakcik Abdul Hadi berkata dia pernah berniaga di Pantai Bersih, Penang.Pada masa ni dia menjual pita roti kebab dan memang ramai la yang berenti untuk beli rotinya.Satu hari ada seorang Cina tua yang parking berniaga disebelahnya dan menjual teh herba macam air cincau macam tu la kot.Dia bawa satu balang air macam tong orang jual air Milo.Dia berniaga air pada masa tu dalam musim hujan.Pakcik Abdul Hadi tengok selama 2 minggu tak pernah ada seorang pun yang singgah untuk beli air dari dia.Tapi yang bagusnya dia ni tak pernah sekali pun bercuti dan hari-hari dia akan berniaga juga walaupun tiada seorang pun yang berenti beli.

Akhirnya, musim rezeki dia sudah tiba apabila musim bertukar dari musim hujan kepada musim panas.Pada musim panas, memang tak menang tangan dia nak layan customer dia.Jadi dari cerita ini kita boleh belajar bahawa bisnes bukanlah terletak pada product apa yang kita jual tetapi adalah dari kepercayaan customer kepada kita.Dia dah tanamkan dalam minda setiap orang yang lalu kat jalan tu yang dia mesti ada punya kat tempat tu berniaga pada setiap hari.jadi bila kita lalu ja jalan tu kita dah boleh plan jap lagi mesti kita nak berhenti kat depan sana untuk beli air.Lagi satu pesan pakcik Abdul hadi kalau nak berniaga berkaitan makanan, kita kena pastikan orang boleh angkat tangan good dengan makanan kita barulah kita layak untuk berniaga.Kalau setakat buat makanan, tetapi kita ja yang rasa macam sedap atau pun syok sendiri jangan sesekali kita berniaga makanan tu.Makanan yang sedap dalam hutan pun orang akan cari untuk makan.Rezeki bukannya datang daripada betapa kuatnya pelaris kita (mungkin boleh jadi syirik pasal pecaya kepada jin yang beri kita rezeki) tetapi bergantung kepada amalan kita dengan Allah dan bagusnya servis ataupun sedapnya makanan kita.

Dalam perniagaan sebenarnya terdapat 5 sungai yang tidak akan pernah kering iaitu

1-Sungai pakaian
2-Sungai makanan
3-Sungai pendidikan
4-Sungai perubatan
5-Sungai kosmetik dan penjagaan kesihatan

Jadi terpulanglah kepada kita untuk berkecimpung dalam sungai yang mana.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment