Wednesday, 5 March 2014

Berita Terkini Berkenaan Hidup dan Perniagaan

Assalamualaikum sahabat semua,

Saya meminta maaf kepada semua kerana sudah lama tidak update blog ni. Bukannya kerana saya sudah bosan menulis tetapi saya cuba mencari ruang untuk mencari bahan-bahan yang boleh saya paparkan ke sini. Seperti biasa, saya bekerja makan gaji dari hari Isnin sampailah ke hari Jumaat, kemudian pada hari Sabtu saya berniaga di Pasar Malam Taman Mutiara, dan Hari Ahad berniaga di Pasar Hari Padang Serai untuk waktu pagi sampai petang.Akhirnya pada waktu malam di Pasar Malam Kelang Lama, Kulim.Inilah jadual aktiviti saya setiap hari sekarang sehinggakan saya perlu meminta cuti untuk balik kampung.Perkembangan bisnes saya dalam menjual pakaian baby, toto Narita dan Beg Deuter juga amatlah mengalakkan sehingga setiap 2 bulan saya perlu masuk ke Thailand untuk ambil stock dan order pakaian baby setiap minggu.Alhamdulillah syukur pada rezeki yang Allah Taala berikan kepada hambanya yang berusaha.

Pada malam ini saya akan pergi ke satu lagi seminar yang dikelolakan oleh Dr Azizan yang bertajuk Bangkit 2014.Seminar ini juga saya masuk secara free sahaja apabila mendaftarkan 3 lagi rakan saya untuk join seminar ni.Pada petang nanti saya akan pergi bersama Aziran.Seorang lagi kawan saya Pakdi tidak dapat join.Mungkin dia ada alasannya yang tersendiri.Apapun saya perlu menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan yang berguna untuk menambahkan lagi daya saing saya dalam bidang perniagaan ini.Walaupun sekarang saya berasa selesa dengan pendapatan bulanan hasil dari perniagaan yang saya jalankan tetapi berasa selesa pada satu-satu takuk adalah amat tidak digalakkan dalam perniagaan.Saya perlu mengembangkan perniagaan saya sehinggalah boleh dikenali diseluruh Malaysia.

Isteri saya juga telah mula mengorak langkah untuk menembusi satu lagi cabang perniagaan iaitu TASKA.Mak longnya telah pun mempunyai 4 buah TASKA di Bertam yang bernama Mawardah.Jadi dia merancang untuk membuka satu lagi cawangan di Padang Serai dan berharap agar isteri saya dapat menjadi partner di TASKA cawangannya di Padang Serai nanti.Buat masa sekarang isteri saya juga telah bekerja 7 hari sama seperti saya.hari Isnin sampai Jumaat dia bekerja, belajar dan menimba ilmu di TASKA mak longnya di Bertam dan pada hari Sabtu dan Ahad pula mengikuti Kusus Pengurusan TASKA di Masjid Seberang Jaya selama 2 bulan setiap hujung minggu.Buat masa sekarang saya perlu banyak bersabar memandangkan saya tinggal berasingan dengan isteri sekarang dan akan menguruskan perniagaan IQSHA GEMILANG RESOURCES & TRADING berseorangan.Walau apapun, itulah cabaran yang perlu saya tanggung dan hadapi untuk berjaya di masa depan.Saya ada bergurau dengan isteri yang kita ni dah jadi macam part time husband & wife jek.Hehe.Tapi kalau dikutkan nasihat orang tua-tua sayang bini tinggal-tinggalkan ni memang ada manisnya apabila berjumpa 2 3 hari sekali ni.

Rumah yang saya beli di Taman Universiti Bedong juga sedang dalam proses pembaikan.Insyallah, jika tiada apa-apa halangan pada bulan 4 ini bolehlah saya menerima kemasukan penyewa yang pertama.Yang tinggal hanyalah memasukkan kipas, lampu, air dan elektrik.Jika semuanya berjalan lancar saya akan mendapat passive income lagi sebanyak RM300.Duit inilah yang akan saya gunakan untuk membeli anak benih pokok kepala sawit untuk saya tanam di tanah saya yang luasnya 2.8 relung tu.Insyaallah. Boleh memuatkan 150 pokok sawit.

Jika dilihat dari status bisnes dan perancangan saya untuk berjaya semuanya berjalan dengan lancar dan tersusun.Biarpun saya bergerak sedikit demi sedikit tetapi sahabat semua boleh jadikan cara saya ini sebagai panduan iaitu bergerak sedikit demi sedikit tetapi secara berterusan.Bermulalah dengan modal yang kecil dahulu sebelum bergerak ke modal yang lebih besar.Sekurang-kurangnya jika kita tewas kita tidak lah jatuh dengan begitu teruk.Motivasi saya untuk berubah hanyalah selepas merasai kepahitan hidup menanggung hutang dan kenaikkan harga barang.Sekarang, rasanya saya bolehlah menarik sedikit nafas lega dengan perancangan untuk menambahkan pendapatan dan mengurangkan hutang.Pada pagi tadi, begitu ramai orang beratur sehinggalah ke luar Maybank untuk menebus duit BR1M.Ada juga kawan-kawan yang bertanya adakah saya juga mendapat BR1M.Tapi malangnya, saya telah memasukkan nama saya dalam tanggungan ibu saja sewaktu bujang dahulu.Jadi hanya ibu yang mendapat BR1M.saya tidak dapat pasal nama bertindih.Nak potong nama saya, perlu ke pejabat LHDN pula.Jadi takpela, saya settekan hal tu semua lepas ni.Tapi jauh dari sudut hati saya, saya juga bersyukur kerana setiap bulan mendapat BR1M dari pelangan-pelangan saya.

Sebenarnya, orang Melayu moden ataupun Malaynium ni perlu membuang jauh-jauh minda subsidi dan duit bantuan kerajaan ni secepat mungkin jika mahu berjaya dan menjadi bangsa yang dihormati.Jika diberi amiklah tapi jangan terlalu berharap sangat dengan bantuan kerajaan ni.Kita perlu mengorak langkah sendiri untuk masa depan anak cucu kita.Ini adalah ayat-ayat yang saya dengar apabila berkecimpung dalam dunia perniagaan

1-Tengok Orang Melayu berniaga pasti akan terdengar ada orang berkata tak lama lagi tu bungkus la tu.
2-Orang Melayu kerja nak senang ja, makan nak hebat,gaji nak tinggi tapi malas nak belajr dan berusaha.
3-Orang Melayu bila kena kerja 7 hari seminggu selalu merungut.Nakkkan cuti tapi makan tak pernah mau cuti pun.
4-Hang buka la kedai makan kat sini tak lama lagi mesti ada orang hantar santau kat hang.

Ini hanyalah sedikit sahaja yg saya dengar.Sebenarnya banyak lagi.Sama-sama lah kita fikirkan.

Wassalam.



No comments:

Post a Comment