Thursday 6 March 2014

Pelajaran Dari Seminar Bangkit 2014 Dr Azizan

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman saya dan ilmu dari Dr Azizan yang telah dicurahkan kepada saya dalam seminar beliau yang bertajuk BANGKIT 2014.

1-Jaga hubungan dengan Allah

Sebagai manusia, hanya Allah yang boleh memberikan kekayaan kepada sesiapa yang Dia suka dan memiskinkan sesiapa sahaja yang Dia suka.Sebagai hambanya, kita perlu berusaha dan apabila berjaya jangan lupa kepadaNya.Sentiasa bersedekah dan mengerjakan amal jariah supaya Allah SWT akan tambah lagi nikmat yang telah diberikanNya itu.

2.Kena ubah mentaliti 

Kalau kita nak kaya kita kena berpikiran, tingkah laku, perbuatan, amalan, cara bercakap, cara bergaul seperti orang kaya.Kita kena mula berkawan dengan mereka yang telah berjaya dan boleh berkongsi ilmu perniagaan ataupun rahsia kekayaan mereka kepada kita.

3.Kena ada impian yang besar

Manusia tidak akan pernah berjaya jika mempunyai impian yang kecil.Dari impian manusia untuk terbang seperti burung lah lahirnya sebuah kapal terbang.tak kesah la apa impian kita tetapi pastikan ia cukup besar.Orang tua-tua ada bercakap, alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.Jika kita mempunyai impian untuk bergelar billionair, tidak mustahil kepada kita untuk bergelar millionair dalam masa terdekat.

4.Jangan bagitahu impian besar kita kepada mereka yang mempunyai impian yang kecil.

Manusia hanya tahu suka memperlekeh impian orang dan suka melihat kita jatuh.Ini mesti kita sematkan dalam diri apabila bergaul dengan mereka yang mempunyai impian yang kecil dan hanya tahu makan gaji sepanjang hidup.Contoh yang diberi Dr Azizan, jika kita menulis di facebook saya ingin menjadi jutawan dalam 5 tahun dari sekarang, mesti ramai kawan-kawan yang akan beri komen secara negatif bahawa kita takkan dapat capai impian tu.Akhirnya kita akan tewas dengan komen negatif yang kita terima.Jadi jangan beritahu impian besar kita kepada mereka yang mempunyai impian kecil.Jika kita bagitau impian besar kita kepada mereka yang juga mempunyai impian besar, kita boleh sama-sama berusaha untuk sama-sama mengecapinya.

5.Tukar impian besar kita kepada matlamat apabila kita menulisnya.

Sila tulis impian masing-masing dan rangka perjalanan kita setiap bulan dan hari untuk mencapai matlamat kita itu.Macam nak buat rumah mestilah ada plannya.Jadi nak kaya pun mesti kena ada plan dan cara yang macam mana yang boleh jadikan kita kaya.Rasanya saya tak perlu hurai tentang perjalanan plan saya kerana sahabat semua sudah sedia maklum tetapi mulalah untuk merangka plan sahabat sendiri untuk menjadi kaya.

6.Tanda mereka yang akan berjaya adalah suka kepada peningkatan ilmu dalam diri dan suka membaca buku.

Cuba lihat hobi kita.Dah berapa buah buku yang kita baca.Adakah sahabat semua telah membaca buku yang saya sarankan untuk sahabat semua baca?kalau belum sahabat semua tidak akan berjaya dan kaya kerana ciri-ciri seorang kaya tidak ada dalam diri sahabat semua.Apa yang sahabat semua tahu buat hanyalah kerja makan gaji sampai mati.Saya tidak akan mengikut jejak ini.

7.Apa yang ada dalam minda kitalah yang akan membezakan pendapatan kita.

Jika kita hanya tahu macam mana nak buat RM2000 sebulan maka itulah hasil yang kita akan dapat.Tapi berbeza dengan mereka yang berjaya dan kaya.Minda mereka tahu macam mana nak buat pendapatan mereka RM2 juta sebulan.Kita diberi akal yang sama, tetapi kenapa orang lain boleh menjadi kaya dan kita makin lama menjadi miskin.Yela.Barang makin naik tapi gaji tak naik-naik.Jadi makin lama kita makin miskin.

Saya berharap agar nota ringkas saya ini dapat memberi manfaat kepada sahabat semua.Marilah kita BANGKIT dan berubah.Jadikan hidup kita lebih bermakna dan berjaya.

Sila baca buku Robert Kiyosaki Retire Young Retire Rich dalam Bahasa Melayu untuk lebih memahami maksud saya.

http://books.google.com.my/books?id=-_tCAgAAQBAJ&pg=PA212&lpg=PA212&dq=maksud+rat+race&source=bl&ots=zJE2UKoWGL&sig=m-EOmJiJWMrPs0aJgUl6gTMVIQw&hl=en&sa=X&ei=lkIYU7n1LpGGrAf0soCwBQ&redir_esc=y#v=onepage&q=maksud%20rat%20race&f=false

Wassalam.


No comments:

Post a Comment