Tuesday 5 May 2015

Cara-Cara Menjaga Pokok Limau Kasturi

Assalamualaikum sahabat semua,




Pada posting yang lepas, saya telah bercerita tentang cara-cara menanam pokok limau kasturi.Saya berharap sahabat semua banyak mendapat manfaat daripada ilmu yang telah saya share.Memandangkan bila saya lihat search keywood daripada google banyak sahabat semua mencari pasal pokok limau kasturi ni, jadi pada kali ni saya ingin berkongsi tentang cara-cara penjagaan pokok limau kasturi ni pula.


Sebelum itu saya ingin berkongsi sikit pesanan tokwan saya bahawa kalau nak tanam pokok yang masam seperti limau dan mangga, tanah yang paling sesuai untuknya ialah tanah yang masam juga.Bahasa orang tua-tua ni tanah masam.Kalau bahasa buku adalah tanah yang berasid tinggi seperti tanah paya,tanah sawah atau bendang atau tanah yang berair.Tanah yang sebegini amat sesuai untuk tanaman limau dan mangga.Tapi hasil dari permodenan, kita boleh mendapatkan baja yang sesuai untuk memberi galakan kepada pokok limau walaupun tanah yang kita tanam adalah tanah lektrik atau tanah merah.Jadi walaupun tanah dihalaman rumah saya adalah tanah lektrik, tapi limau tu tetap juga masam dan bila makan tetap macam kena lektrik jugak.Hehe


Pokok limau ini mempunyai perosak iaitu ulat beluncas.Ulat ni cukup suka makan pucuk daun limau yang muda.Kalau ada sekor ja beluncas ni memang habis la daun muda dia tebas siap sekali dengan batang-batang muda yang lembut tu.Pendek kata seekor ulat beluncas sahaja sudah cukup untuk memberi kesan yang nyata kepada pokok limau kita.Jadi macam mana kita nak hadapi serangan ulat beluncas ni.


Racun Perosak 

Saya menggunakan racun perosak jenis Malathion untuk pokok limau kasturi,limau nipis dan limau purut yang ditanam di halaman rumah.Harga RM6.00 sebotol.Sukatannya 1 penutup botol penuh dicampur dengan 1/2 liter air.Saya akan sembur racun ni 2 minggu sekali bergantung kepada cuaca.Kalau hujan kerap saya akan sembur seminggu sekali.Kesan racun ni akan hilang jika hujan turun dengan kerap.Lagi satu lepas kita sembur racun, apa sahaja seperti buah atau daun tidak boleh kita makan selama 3 hari.Jadi saya memang dah pesan siap-siap kat isteri saya jangan memandai-mandai dok petik buah limau kasturi atau daun limau purut saya untuk buat air atau masak tomyam tanpa pengetahuan saya.Takut-takut saya baru sahaja sembur racun.Racun ni agak kuat bau dia.Boleh menusuk hidung lepas sembur.Tapi memang cukup berkesan untuk halau ulat beluncas ataupun rama-rama daripada bertelur kat daun pokok limau kita.Saya tak pasti samaada belalang pun suka makan daun limau pasal saya tak pernah nampak.Tapi kalau lama tak sembur racun memang ketara sangat kerosakkan yang dihadapi oleh pokok limau saya.

Racun Organik

Kalau kita susah nak dapatkan racun Malathion ini ataupun kita lebih suka kepada cara yang lebih organik, kita boleh membuat racun perosak kita sendiri.

Bahan-Bahan

1-Bawang putih
2-Serai
3-Cabai melaka
4-Minyak masak

Kita boleh blender campuran ni dengan nisbah 1:1:1/4 untuk bawang putih:serai:cabai melaka.Minyak pula kita boleh jek bubuh agak-agak tapi jangan terlalu likat.Campuran ni kita blender sampai lumat pastu kita tapis.Air campuran ni la kemudian kita masukkan ke dalam spray dan sembur kat pokok kita.Cara ni pun berkesan juga.Tapi saya lebih suka pakai racun perosak sahaja kerana malas nak blender dan perah campuran ni semua.Hehe.

Pembajaan

Pokok limau kasturi yang baru ditanam sepatutnya hanya diberi baja pengalak daun sahaja untuk memulihkan akar dan membanyakkan daunnya.Kalau tak silap kena bagi baja ni setiap 2 minggu sekali cukup sekadar 1 sudu teh.Kita kena bagi baja ni sampai lah umur pokok limau kasturi kita cukup 1 tahun.Lepas 1 tahun barulah kita bagi baja buah kat dia.Sukatannya pun sama iaitu 1 sudu teh 2 minggu sekali.


Air

Air adalah satu komponen yang amat penting untuk pembesaran pokok.Saya boleh melihat sendiri macam mana pokok saya bila musim hujan dan musim kemarau.Kalau musim hujan tu pokok nampak segar dan daun dia hijau-hijau ja.Bila musim kemarau nampak macam layu tak bermaya ja.Jadi cukup penting untuk jirus air 2 kali sehari sewaktu pagi dan petang.Kalau musim hujan kita boleh berhenti menjirus air.


Oleh itu, untuk mendapatkan pokok limau kasturi yang sihat dan mengeluarkan hasil yang memberangsangkan semua faktor di atas amatlah penting iaitu tanah,racun perosak,baja dan air.4 elemen ini adalah penentu kepada kesihatan pokok limau kasturi kita.

Wassalam.

31 comments:

  1. Replies
    1. kan baja ni ada untuk daun dan baja untuk hasilkan buah...memang ada beza

      Delete
  2. Pkok ni nk direct matahari ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. limau ni takde masalah direct dengan matahari

      Delete
    2. Kalau pokok limau masih kecil kena letak dibwah teduhan ke tuan..

      Delete
    3. kalau maih kecil sangat boleh buat pagar dan kepung dengan plastik hitam yang jarang tu

      Delete
  3. baja buah kena letak di keliling pokok ke

    ReplyDelete
  4. baja buah tu kena letak keliling pokok ke

    ReplyDelete
  5. Terimakasih perkongsiannya..amat membantu..👍👍👍

    ReplyDelete
  6. Tqvm..perkongsian yg sangat..sangat berguna..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum tuan. Pokok yg saya tanam berbunga lebat, tapi buah/putik tidak melekat dan gugur. Boleh tahu apa masalah dan cara penyelesaian. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...masa dah berbunga kena stop bagi apa-apa baja...baja ni panas...sebab tu bunga gugur..atau masa putik tu banyak cuaca tengah musim hujan pun boleh buat dia gugur jugak...

      Delete
  8. Salam tuan, saya nak tanya kenapa kah daun pokok limau saya beguguran. Apa kah penyebab utamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena check daun tu...kalau daun tu gugur warna hijau tapi melengkung mungkin kena penyakit...kena sembur ubat...kalau gugur daun tu warna kuning tua mungkin letak baja banyak sangat sampai pokok tu panas...kalau musim kemarau dia gugur maksudnya dia kurang air...tuan kena check sendiri sebab dia...ni semua andaian saja

      Delete
  9. Assalamualaikum...apa ubat tuk daun yg berpenyakit. Daun hijau yg melengkung dan gugur tu???? Boleh tuan syorkn? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. limau memang senang kena penyakit...kena selalu sembur racun malathion untuk elak serangga...dan sembur racun kulat...cari kat kedai racun depa boleh syorkan racun kulat tu...kalau pokok yang dah kena penyakit memang kena cantas ranting tu dan bakar...takut lebih teruk merebak ke bahagian lain

      Delete
  10. Salam tuan, pokok kasturi saya daunnya bergulung, macam mana nak buat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. limau ni banyak serangga suka dan banyak penyakit...sebab tu penting kena jaga betul2...baik dari segi air atau racun...kalau sikit saja ranting yang daun bergulung boleh gunting buang bahagian yang kena tu pastu sembur racun kulat untuk bahagian yang belum kena...

      Delete
  11. salam tuan..klau pokok limau tanam dlm pasu dh 3 tahun pstu ubh kedudukan tmpt lain tiba2 daun limau layu dan gugur bole suggest tak apa yg perlu buat utk selamatkan pokok limau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...limau kalau tanam dalam pasu perlukan penjagaan yg lebih rapi...air,cahaya dan baja perlu cukup setiap hari...tanah kena gembur...kalau tempat asal redup kita ubah ke tempat panas pun daun boleh layu...kalau terlebih letak baja pun daun boleh layu...jadi nak selamatkan pokok tu kena sentiasa jaga air dan jangan letak direct dengan cahaya...

      Delete
  12. Cadangan racun kulat? Dan juga cadangan baja penggalak akar dan daun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://shopee.com.my/BAJA-BUAH-LIMAU-13-13-21-BAJA-PENGGALAK-BUAH-LIMAU---LOOSE-PACK-1kG-MURAH---READY-STOCK---i.243308970.3231596581?gclid=CjwKCAiAt9z-BRBCEiwA_bWv-JYhiOGZbLB97BTnJN6m_6LAnPVtxe8Zl8e5k-0iMhoOo41O9BCXaBoC6gEQAvD_BwE

      https://www.lazada.com.my/products/bayer-previcur-840-fungicide-racun-kulat-sistemik-rawatan-anak-benih-kulapuk-hawar-reput-akar-i880718966-s2168716053.html?exlaz=d_1:mm_150050845_51350205_2010350205::12:1032211143!54400014687!!!pla-296303633664!c!296303633664!2168716053!144439957&gclid=CjwKCAiAt9z-BRBCEiwA_bWv-M2Jiv3G1i3kzd3X7JCLAEUxt0wzWHGd9rvHyrNXEDtcI5XGbJIs7RoCOToQAvD_BwE

      Delete
  13. Salam, nk tnye untuk pokok limau kasturi yg berusia setahun lebih baja buah npk berapa yng sesuai ye?

    ReplyDelete