Assalamualaikum sahabat semua,
Pada kali ini saya ingin bercerita tentang satu lagi perniagaan yang baru sahaja saya dan isteri ceburi iaitu menjual kuih sepit.Ada juga yang panggil kuih ni sebagai kuih kapit.Kalau orang Kedah memang panggil kuih sepit pun.Tapi tak kesah la nak panggil namanya yang mana satu janji benda yang saya jual ni adalah benda yang sama.Kuih Kapit pun dia Kuih Sepit pun dia jugak.Kalau tak silap saya kuih ini adalah satu kuih yang hampir pupus kerana kesukaran untuk membuatnya.Antara kuih lain yang juga hampir pupus adalah karas dan kuih beras (yang pakai acuan kayu tu).
Kalau nak diikutkan sebenarnya tok saya iaitu sebelah isteri saya telah lama menjual kuih sepit ini sewaktu raya ataupun menerima tempahan semasa kenduri kahwin.Masa mula-mula dia jual dulu tok bungkus kuih ni dalam tong roti yang besi tu.Satu tong roti tu dulu dia jual dengan harga RM30 sahaja.Saya pun tak pasti boleh dapat berapa ratus keping.Rasanya 1000 keping boleh kot masuk dalam tong tu.Musim terus berlalu, zaman pun bertukar sehinggalah sekarang ni orang jual 50 keping dengan harga RM15 yang perisa asli.Lepas tu ada innovation yang orang Melayu buat dengan letak perisa lain seperti mentega kacang,coklat,strawberry dan sebagainya dengan harga 50 keping RM18.
Pada masa tu mak mertua dan isteri saya lah yang menolong tok membuat kuih sepit sewaktu raya atau setiap kali menerima tempahan.Tok yang tukang bancuh andunan, mak mertua tolong bakar kat dapur arang dan isteri yang tolong lipat sama ada jadikan bentuk gulung ataupun 3 segi.Jadi sebenarnya, membuat kuih sepit dikalangan keluarga belah isteri bukan lagi asing pada mereka.Isteri saya sendiri pun dulu tolong lipat kuih sepit ni sewaktu sekolah menengah lagi.
Selain daripada kuih sepit ni, keluarga belah isteri saya juga mahir dalam membuat kuih loyang sama ada perisa manis ataupun pedas.Kemudian, ada satu lagi yang cukup susah nak dapat sekarang ni iaitu halwa maskat.Ini pun satu lagi yang susah nak dapat kerana sukar nak membuatnya.Halwa ni mak sedara saya yang boleh membuatnya.Dia sendiri pun perlukan masa selama 5 tahun untuk memahirkan diri membuat halwa maskat ni supaya betul-betul ikut resepi maknya yang telah meninggal dunia.Bagi saya sendiri, saya tak suka makan halwa maskat kerana saya tak suka makan kuih yang terlalu manis.Tapi halwa maskat mak sedara saya berbeza.Rasanya tak la manis sangat tapi menjadi.Ada orang kata halwa ni kalau tak manis tak jadi.Oleh kerana halwa ni tak terlalu manis jadi memang saya pulun la makan halwa ni bila dia buat.Tapi untuk loyang dan halwa ni depa buat hanya untuk santapan keluarga sahaja buat masa sekarang.Masa ke depan mungkin boleh menerima tempahan.
Oleh kerana tok saya sekarang ni sudah pun tua dan dah tak larat lagi nak buat kuih ni, jadi mak mertua saya cuba untuk menghidupkan semula amalan tradisi mereka membuat kuih sepit sewaktu perayaan.Ditambah pula dengan minat isteri saya dalam bidang perniagaan, maka mereka telah bersetuju untuk menjual kuih sepit ini sewaktu perayaan dan dibuka tempahan sepanjang tahun untuk kenduri kahwin,hantaran, sebagai snek sewaktu tengok tv di rumah ataupun melayan tetamu yang datang.Dengan harapan mak mertua saya supaya keluarga mereka dapat mengimbau kembali kenangan mereka bersama membuat kuih ini.Sebenarnya idea hendak menjual kuih sepit ni dah lama dibincangkan di kalangan mereka,cuma masalahnya mak mertua saya pada masa itu bekerja di kantin sekolah.Jadi memang tidak ada masa untuk membuatnya.Tapi sekarang dia hanya bekerja di tadika sahaja dan kerja yang dilakukannya tidak lah berat seperti di kantin.Jadi sekarang ni mak mertua saya memang mempunyai masa untuk memenuhi permintaan pelanggan yang tempah kuih sepitnya.
Saya baru sahaja mengiklankan bisnes kuih sepit ni di Facebook saya dan isteri dan alhamdulillah permintaan untuk kuih ini amat menggalakkan.Untuk minggu ni sahaja isteri dan mak mertua saya kena siapkan hampir 1000 keping kuih sepit ni.Nasiblah saya pun bercuti 4 hari bermula dari 1/5/15 hingga 4/5/15.Jadi bolehlah saya menolong sedikit sebanyak melipat kuih ni ka.Kurang-kurang cepat la sikit semua tempahan tu disiapkan.
Akhir kata, jika ada sapa-sapa yang membaca blog saya ini ingin membuat tempahan kuih sepit bolehlah terus melawat facebook page kami iaitu https://www.facebook.com/pages/IQsha-BabyHouse/1382167195363110?ref=hl.Kat bawah ni senarai harga yang kami jual.
Harga Kuih sepit perisa Asli 50pcs RM10
Harga Kuih sepit perisa Coklat 50pcs RM15
Harga Kuih sepit perisa Mentega Kacang 50pcs RM15
Harga Kuih sepit perisa Coklat 50pcs RM15
Harga Kuih sepit perisa Mentega Kacang 50pcs RM15
Harga Kuih sepit perisa Asli 100pcs RM20
Harga Kuih sepit perisa Coklat 100pcs RM25
Harga Kuih sepit perisa Mentega Kacang 100pcs RM25
Harga Kuih sepit perisa Coklat 100pcs RM25
Harga Kuih sepit perisa Mentega Kacang 100pcs RM25
Wassalam
No comments:
Post a Comment