Thursday, 9 April 2015

Resepi Sup Ayam Ala Thai

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang satu resepi yang selalu juga saya masak setiap kali saya balik kampung.Untuk pengetahuan sahabat semua, bidang masakan bukanlah asing dalam keluarga saya kerana arwah abah saya dahulunya bekerja sebagai chef di pusat peranginan Gunung Jerai.Manakala mak saya pula sampai sekarang masih membuka kedai makanan ala Thai di kampung.Jadi kalau setakat masakan ala Thai macam Tomyam,sup,paprik,masak merah,nasi goreng dan sebagainya memang saya mahir membuatnya.Saya juga mahir dalam membuat laksa.Tujuan saya hendak share dalam blog ini adalah sebagai satu usaha saya untuk memberi resepi masakan yang kebanyakkan orang Melayu amat kedekut untuk share terutama kalau dia ni seorang tauke makanan.Manalah tahu jika ada sahabat semua yang mahu membuka kedai makanan ala Thai bolehlah menggunakan resepi saya ini dan boleh diubahsuai mengikut selera masing-masing.Saya berharap agar perkongsian saya ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada sahabat semua dan juga sebagai bekalan yang boleh saya bawa ke alam Barzakh.

Sup Ayam Ala Thai

Bahan-Bahan

1-Ayam 1 atau 2 ketul sama ada bahagian dada atau yang ada tulang (kerat halus-halus sebesar ruas jari)
2-Air 1 gelas plastik
3-1 sudu sos tiram
4-2 sudu kecil Serbuk perencah sup Adabi
5-Gula,garam,ajinamoto
6-2 ulas bawang putih
7-2 biji cabai Melaka
8-Air asam limau
9-Daun sup,daun bawang
10- 1 biji tomato
11-1 biji bawang

Cara-Cara Memasak

1-Masukkan air 1 gelas ke dalam periuk.Gelas pakai yang gelas plastik warna putih tu.Yang kadang-kadang kita tengok ada kedai buat air pakai gelas plastik ni.Kalau kat kedai mak pakai senduk yang besar.Saya ukur air dia lebih kurang penuh 1 gelas plastik

2-Masukkan ayam 1 atau 2 ketul.Ayam ni boleh kita kerat halus-halus.Yang paling penting bila kita masukkan ketulan ayam ni kena tenggelam dalam air.

3-Masukkan 1 sudu sos tiram jenama Ladas.Nak pakai jenama lain pun boleh tapi mungkin berlainan rasa.Macam kat rumah saya pakai sos tiram lembu berlaga.Sudu pakai yang sudu plastik yang Cina selalu pakai untuk hirup sup tu.Kalau pakai camca sukatannya tidak betul.

4-Masukkan perencah sup jenama Adabi yang serbuk tu.Sukatannya 2 sudu kecil.

5-Yang ni bahagian yang paling penting yang orang lain takkan share.Selalunya orang tulis sesedap rasa sahaja.Masukkan 3 sudu kecil gula,2 sudu kecil ajinamoto dan 1 sudu kecil garam halus.Kalau tak bubuh ajinamoto tak pe ker?Boleh tapi tak sedap.Nak rasa macam sup makan kat kedai mesti kena ada ajinamoto.Kalau nak bagi makan kat anak-anak saya akan masukkan 2 sudu kecil gula dan 1 sudu kecil garam.

6-Dah masuk semua ni kita masak dengan api yang slow sampai mendidih.Kenapa pakai api slow?Untuk bagi sup kita tu rasa pati ayam dan kita tak mahu air kita tersejat dengan cepat.Kalau air tersejat rasa sudah berubah pasal air dah kurang.

7-Lepas dah mendidih, kita ketuk bawang putih 2 ulas dengan pisau dan cincang kecil-kecil , ketuk cabai melaka 2 biji dan masukkan ke dalam sup.

8-Masukkan 1 sudu kecil air limau.Air ni saya guna yang buatan Thailand punya.Kalau nak guna limau nipis pun boleh.Tapi pastikan sup tu tak la masam sangat.Rasa macam ada rasa masam sahaja.Kalau terlalu masam tak sedap.

9-Potong  2 helai daun sup, 2 helai daun bawang,1 biji bawang India atau Holland (sebiji besar 2 jari) dan 1 biji tomato.

10-Tomato akan beri rasa masam kepada sup.Jadi kalau saya bubuh tomato saya letak 1 sudu kecil sahaja air asam.Kalau tak bubuh tomato saya letak 2 sudu kecil.

11-Biar sekejap 2 3 minit lepas tu tutup api.

Sup ni hanya sedap dimakan sewaktu masih panas.Kalau dah sejuk memang tak sedap.Kalau kat kampung saya suka masak sup ni guna kaki ayam.Mak akan simpan kaki ayam kalau dia tahu saya nak balik kampung.Bayangkan tengok la sehari mak akan ambil 2 ekor ayam.Kalau dia simpan 1 minggu dah 28 kaki dah.Memang best la buat sup.Tapi kalau nak masak ayam banyak ketul pun boleh.Yang paling penting sukatan air dan perencah.Kalau pakai 3 gelas air semua sekatan kena jadikan 3 kali ganda.Contoh nak buat 1 ekor ayam.Bila letak dalam periuk kita perlukan 20 gelas air.Jadi semua sukatannya kita jadikan 20 kali ganda sahaja.Jadi rasanya pasti akan sama macam kita buat untuk 1 gelas air.

Pak Njang saya yang paling suka makan sup ni.Kalau dia tahu saya ada kat kampung dan dia ke rumah mak saya mesti saya kena buat sup ni.Sup ni sebenarnya mak belajar dari orang Pattani sendiri yang datang bekerja dengan mak suatu masa dahulu.Pada masa itu mak tak reti lagi masak masakan Thai.Jadi dia hanya jadi tauke dan ambil pekerja Pattani untuk masak.Sedikit demi sedikit dia belajar sampailah dia sendiri yang masak sekarang.

Nanti saya akan kongsi lagi resepi masakan mak saya yang ala-ala Thai ni untuk posting yang akan datang.

Wassalam.

6 comments:

  1. Salam. Saya dah cuba. Sama macam kat kedai. Terima kasih atas resepi ini. Jika tak keberatan, sudilah kongsikan resepi masakan thai tomyam & nasi goreng kampung

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana cuba resepi ni.Insyaallah saya akan kongsikan resepi yang lain pula lepas ni.kalau ikut sukatan yang betul mesti akan sama punya.rasa takkan sama kalau kita letak gula,garam dan ajinamoto tak ikut sukatan dan kalau kita guna sos tiram jenama lain.memang sebenarnya basis untuk makanan berkuah seperti bandung,hailam,kuah pun akan guna nisbah sukatan 3:2:1 utk gula:ajinamoto:garam.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian. Boleh share cara buat ayam halia x?

    ReplyDelete
  4. insyaallah kalau berkesempatan yek dilalala

    ReplyDelete
  5. Tq share resepi sup siam ni. Sy nk tanya...ayam perlu direbus tak dulu? Selalunya daun ketumbar dimasukkn ke dlm sup siam. Adakah tidak sesuai ganti daun ketumbar? Tq.

    ReplyDelete
  6. ayam tak perlu direbus pasal kita nak rasa pati ayam tu dalam sup kita.daun ketumbar dan daun sup adalah benda yang sama.memang sup resepi saya ni ada kena masukkan daun sup ataupun daun ketumbar.

    ReplyDelete