Sunday, 26 July 2020

Cara Berurusan Dengan Pejabat Pendaftaran Semasa PKP Covid 19 2020

Assalamualaikum sahabat semua.

Pada kali ini aku nak share macam mana nak daftar kelahiran anak sewaktu PKP masih berjalan akibat masalah Covid 19 pada tahun 2020 ni yang masih belum reda dengan pertambahan kes-kes di dalam negara.Jika dahulu kita hanya boleh walk in sahaja ke Pejabat Pendaftaran Negara, tetapi sekarang ni perlu dibuat appointment atau temujanji sebelum kita dapat berurusan di pejabat JPN.Sebelum ni juga kita wajib melaporkan kelahiran anak kepada JPN dalam masa 14 hari, tapi kerana kes Covid 19 ni kerajaan telah memberi kelonggaran kita mendapatkan sijil kelahiran anak kita dan berurusan dengan pejabat JPN sehingga kepada 60 hari.

Antara perkara yang perlu kita buat selepas kelahiran anak adalah seperti berikut mengikut Islam.

1-Mengazankan anak tak kisahlah lelaki atau perempuan disebelah telinga kanan dan iqamah di sebelah telinga kiri.

2-Mengtahnik anak dengan melarutkan buah kurma di dalam mulut bapa dan disapu pada lelangit anak.Boleh juga ditahnik kali kedua dengan orang-orang yang soleh.

3-Menamakan anak sewaktu hari ke 7.Walaupun nama dipilih dengan lebih awal tetapi rahsiakan dulu nama tersebut sehinggalah pada hari ke 7 supaya mendapat pahala sunat.

4-Mencukur rambut pada hari ke 7.Boleh sahaja bapa cukur sendiri anak macam anak aku dengan guna mesin pencukur.

5-Melakukan akikah kepada anak.2 ekor kambing untuk anak laki atau 1 ekor kambing untuk anak perempuan.Boleh juga kita melakukan akikah dengan 1 bahagian dari 7 bahagian lembu.Afdhal hari ke 7 tapi kalau tak sempat boleh saja buat bila-bila masa.

6-Bersunat untuk anak laki dan anak perempuan.

7-Sujud syukur.

CARA SUJUD SYUKUR


Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:
1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud (sekali sahaja)
4. Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam

NIAT SUJUD SYUKUR

cara sujud syukur
Maksudnya: Sahaja aku Sujud Syukur kerana Allah Taala

DOA SUJUD SYUKUR


Tiada bacaan khusus yang diperlukan ketika sujud, namun kita digalakkan membaca ayat ini:
cara sujud syukur dan sujud tilawah
Maksudnya: Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.

Ok.Sekarang aku cerita macam mana nak daftar kelahiran di Pejabat Pendaftaran Negara pulak.

1-Korang buka laman web JPN.Ni laman web dia https://www.jpn.gov.my/

2-Korang klik kat link permohonan janji temu macam kat bawah ni.


3-Korang baca apa yang dia tulis pastu klik kotak saya telah membaca dan bersetuju dengan terma syarat yang dinyatakan tu kemudian klik seterusnya.


4-Kemudian korang pilih negeri mana korang nak daftar,kemudian pejabat JPN mana korang nak pergi daftar,kemudian klik perkhidmatan untuk kelahiran.Sebenarnya kalau nak buat urusan lain macam kad pengenalan,kematian,anak angkat,perkahwinan,perceraian dan warganegara juga kena buat temujanji online ni.

5-Kemudian korang kena pilih tarikh apa yang korang free untuk ke pejabat JPN dan masa.Kat sini korang kena pilih slot yang belum diambil oleh orang lain.Kalau tarikh tu dah penuh korang kena ubah ke tarikh yang lain.Korang carilah tarikh dan slot masa yang masih kosong untuk korang klik.

6-Dah klik korang kena screenshot atau print surat temujanji yang laman web ni bagi.Kena bawak surat tu sebagai pengesahan untuk korang pergi ke JPN pada tarikh dan masa yang korang dah setuju.

Ok.Bila sampai sahaja tarikh,masa,tempat pejabat JPN yang korang dan set untuk temujanji korang kena bawak semua dokumen ni untuk pendaftaran

1-Borang permohonan kelahiran JPN.LM01.Borang ni nurse akan bagi masa discharge ibu dan anak.Borang ni penting jangan hilangkan pasal ada sign jururawat yang sambut kelahiran.Kalau hilang kena report polis dan kena ambik sign jururawat tu jugak untuk sahkan.Tak boleh ambil sign jururawat lain.Banyak bahagian nurse dah tolong isi.Korang hanya isi bahagian nama anak,maklumat ibu,maklumat bapa dan pengesahan bapa sahaja.

2-Kena photostat buku ibu warna merah tu atau nama dia buku antenatal.Kena photostat muka depan,muka perihal kandungan lalu kat muka surat sebelah muka depan dan perihal kelahiran pada muka surat 45.

3-Kena photostat IC ibu dan bapa.

4-Kena photostat sijil nikah.

5-Kena photostat IC pemaklum jika bukan ibu atau bapa yang pi ke pejabat JPN.

Segala dokumen asal jugak kena bawa bersama yang photostat ni.Jadi dah selesai dan lengkap semua dokumen korang pergi ke pejabat JPN pada tarikh,masa seperti dalam temujanji.Tunjukkan bukti temujanji dan guard akan bagi no giliran.Kemudian tunggu jela no giliran tiba untuk daftar kelahiran.

Wassalam.

3 comments: