Assalamualaikum sahabat semua,
Pada kali ni aku nak share tentang pengalaman aku bersama dengan kawan-kawan sekerja ke Pulau Aman pada 5 September 2020 yang lepas.Kami telah pun menyewa sebuah asrama di rumah tepi laut untuk bermalam di sana.Aktiviti di sini hanyalah memancing jela.
Aku bertolak dari rumah pada pukul 11 pagi.Singgah makan nasi kandar dulu kat port biasa aku makan.Orang Penang mana boleh bagitau kami makan nasi kandar kat mana.Biarlah orang luar pi beratoq kat kedai nasi kandar yang femes-femes tu.Kami tak pi makan kat situ pasal ada tempat lain yang tak perlu beratoq panjang tapi rasa lebih padu dari yang femes tu.Haha.Selepas makan terus ke jeti Batu Musang untuk ambil bot ke Pulau Aman.Boleh saja parking kereta kat jeti dengan bayaran RM5 bagi kat orang kampung tolong jaga kereta sewaktu kita bermalam di Pulau Aman.
Dah tu bolehlah terus naik bot kat jeti.Naik je dulu tak perlu bayar apa-apa pasal dah sampai nanti barulah bayar kat Pulau.Harga RM7 untuk pergi dan balik.Masa naik bot kena angkut jugak la semua barang mancing yang ada sekali dengan tong ikan dan umpan.Dah sampai Pulau Aman jangan lupa makan dulu mee udang kat sini.Harga dalam RM10 sepinggan.Nasi goreng udang, mee udang, koteaw goreng udang semuanya RM10 saja.Kalau beli seafood dan suruh depa masak barulah harga lain.Kat sini boleh ja beli udang,ketam,lala,kepah dan macam-macam lagi seafood untuk suruh restoren masak.Kalau nak makan macam ni bawak RM500 baru sedap nak makan.Haha..Tapi dah kami pi nak mancing jadi makan ala kadar sudah ler.
Lepas makan mee udang, terus kami ke rumah penginapan di tengah laut untuk menginap.Ada satu jambatan yang menghubungkan Pulau Aman dengan rumah ni.Kalau dari jeti rumah ni sebelah kiri.Boleh nampak jelas rumah ni pasal ada sebijik ni sahaja.Kami ambil asrama sebagai tempat untuk tidur kat sini.Ada la 12 katil dengan harga RM240 semalamam.Jimat banyak kan.Selain dorm ada lagi bilik katil queen, katil king dan sebagainya.
Sampai sahaja terus check in dan mandi.Pastu apa lagi kami pun mula la labuhkan pancing masing-masing.Kat sini ada macam-macam ikan.Kalau siakap,kerapu,jenahak dan ikan merah ini datang daripada ikan bela yang terlepas dari sangkar yang memang banyak di kawasan laut Pulau Aman ni.Kalau ikan duri,gelama,ketuka,belukang, dan semilang ini memang spesis ikan yang memang menghuni perairan Pulau Aman ni.
Dipendekkan cerita pada malam tu, aku berjaya naikkan 2 ekor ikan semilang.1 ekor sekilo lebih dan sekor lagi dalam 700 gram.Ikan baji yang berat 1kg lebih tak berjaya didaratkan kerana terlucut sewaktu nak tarik naik.Memancing kat sini seeloknya bawak siap-siap kancu atau sauk pasal nak tarik ikan naik dari laut ke tempat mancing agak tinggi juga.Masa tarik ni la ikan baji mengelupor dan mata kail terlucut dari mulut.
Apa pun pengalaman memancing di sini amatlah best dan menarik dengan modal yang agak rendah.Teknik memancing hanya guna bottom dengan umpan udang hidup, umpun-umpun dan isi ikan temenu.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment