Monday, 4 May 2020

Resepi memasak gulai ikan sepat atau puyu dalam periuk tanah menggunakan dapur periuk tanah

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ni aku nak share satu resepi gulai atau kari ikan sepat atau puyu dengan masak menggunakan periuk tanah dan tempurung kelapa.

Sebenarnya bila umur makin meningkat ni aku mula rindukan masakan tok aku dulu yang menggunakan dapur periuk tanah dan masak gulai ikan sepat menggunakan dapur kayu.Tapi sekarang ni zaman moden.Mana ada lagi orang buat dapur kayu dan simpan periuk tanah kan.Pastu aku pun mula la dok cadang nak buat satu dapur kayu kat luar rumah.Sambil-sambil tu dok cari kat Shopee kot-kot ada orang jual dapur tanah liat.Last-last aku jumpa jugak satu seller ni jual dapur tanah liat kat melaka.Harga pun murah dalam RM40 jek.Apa lagi terus aku beli.Dah ada dapur tanah liat aku terus ke kedai India untuk beli periuk tanah liat.Harga pun murah jek iaitu RM6.80.Jadi aku pun beli la satu.

Sampai sahaja di rumah, aku terus rendam periuk tanah liat tu dalam baldi semalaman dengan air.Kena rendam untuk hilangkan bau tanah liat dan bagi periuk tanah tu tak retak sewaktu kita masak.Nak guna periuk tanah liat tak boleh terus bakar dia dengan api yang kuat nanti dia retak.Kena start api slow dan bakar pelan-pelan sampai akhirnya guna api yang paling besar.Benda ni kita boleh buat guna dapur gas dahulu sebelum kita guna dapur tanah liat supaya periuk tanah liat kita tahan lama,tidak retak dan hilang bau tanah.


Setelah sampai dapur periuk tanah yang saya order dari Shopee, saya pun mula la ke kedai runcit untuk mencari tempurung kelapa atau orang utara panggil tempughung nyok.Bila jumpa boleh ambil free sahaja pasal tempurung ni takde harga pun.Selalunya tuan kedai akan buang macam tu jek dalam tong sampah.Jadi jimat kan masak pakai tempurung nyok ni.Benda free jadi nak ambik banyak mana pun ikut suka la.Jadi aku bawak balik la 1 guni tempurung ni.


Ok.sekarang nak masak ikan sepat kita ikut sahaja langkah-langkah kat bawah ni.

1-Siang ikan sepat dengan teliti.Ikan ni boleh saja beli kat pasar tani.Kalau takde ikan sepat boleh beli ikan puyu.Buang sisik ikan ni dan buang kepala dia.Sirip yang tajam tu pun buang jugak pakai gunting.Pastu boleh rendam kejap dalam air cuka,pastu cuci lagi dengan asam jawa sampailah hilang bau hanyir ikan sepat tu.Kalau kat rumah ada belimbing buluh pun boleh guna.Ambil belimbing buluh dengan daun dia pastu ramas sekali dengan ikan sepat tu.Kompom hilang bau hanyir dia.

2-Dah siap ikan sepat, hiris bawang merah 3 biji, ketuk bawang putih 5 ulas, daun kari 3 tangkai, bunga cengkih 5, bunga lawang 3, kulit kayu manis 1, buah pelaga 5 dan satu sudu kecil biji sawi.Semua ni kita tumis dengan minyak masak sampai naik bau.


3-Dah naik bau, kita masukkan rempah kari ikan ke dalam bahan tumis ni.Boleh guna rempah kari faiza,adabi atau cap O.Aku slalu guna 2 peket pasal nak bagi kari tu likat sikit.Pastu yang ni paling penting.Kena tumis dengan bara tempurung sampailah pecah minyak.Tak boleh pi jalan mana-mana.Kena tunggu kacau selama lebih kurang 30 minit pasal tak mau rempah hangit.Nak buat gulai benda ni paling penting pasal lagi lama tumis lagi sedap gulai tu.Bagi rempah berul-betul masak dan lait (bahasa Kedah).

4-Dah pecah minyak rempah tu masukkan santan.Santan ni kita perah dari sebiji kelapa.Dah masukkan santau kacau bagi rempah yang duduk kat bontot periuk semua larut dalam santan.Pastu masukkan garam 1 camca besar,gula 2 camca besar dan ajinamoto 1 camca besar.Kalau tak mau masuk ajinamoto pun takpa.Last masukkan air asam jawa dalam besar 2 jari.

5-Dah rasa masin,manis,masam semua dah ok baru kita masukkan ikan.Ada orang dia masukkan ikan dulu baru masuk perasa.Apa yang jadi ikan tu rasa tawar yang rasa hanya kat kuah saja.Tapi kalau ikut cara ni ikan dan kuah akan ada rasa.Jadi bila makan ikan dia lebih sedap la dari ikan rasa tawar kan.Rasa kuah pulak kena bagi kuat sikit pasal kita nak makan dengan nasi.Kalau rasa kurang nanti makan dengan nasi rasa gulai tu terus jadi tawar.

6-Masa ni kita angkat sat periuk tanah dan masukkan tempurung.Tadi kita tumis semua guna bara saja.Sekarang baru kita nak guna api.Bila dah masuk tempurung baru kipas sikit pastu dia akan terbakar.Masa terbakar ni la kita letak balik periuk tanah atas dapur tanah dan masak gulai ikan sepat ni sampai mendidih.Dah mendidih boleh masukkan kacang bendi atau kalau ada kat kampung boleh masukkan buah belimbing buluh.Tapi kalau dah masuk buah belimbing buluh jangan la pulak kita masukkan lagi air asam jawa.Satgi tak jadi gulai jadi kuah asam.Kita jugak boleh masukkan 5 biji cabai melaka kat dalam gulai ni bagi ada rasa pedas-pedas sikit.Tapi cabai tu jangan ketuk ye.Masukkan sebiji-sebiji buang tangkai sahaja.

7-Dah mendidih boleh saja biar gulai ni atas dapur tanah liat tu.Bara kat bawah akan sentiasa buat gulai ni sentiasa panas untuk 1-2 jam.Jadi nak makan nasi memang akan dapat makan dengan gulai panas-panas la.



Ok.Sekian sahaja resepi gulai ikan sepat yang dimasak menggunakan dapur dan periuk tanah liat.Bila makan ni mengalir air mata rindu kat arwah tok dulu.Huhu.

Wassalam.

Saturday, 2 May 2020

Pengalaman menukar tayar motorsikal ER6F 2010

Assalamualaikum sahabat semua.

Pada kali ini aku nak berkongsi dengan sahabat semua pengalaman aku menukar gelang kaki kanan dan kaki kiri bini no 4 aku si Mawar tu.Haha.Sedar tak sedar dah 4 tahun aku bersama dengan Mawar dan sekarang adalah masanya untuk aku menukar tayar depan dan belakang motorsikal ER6F aku tu yang getahnya dah mati.



Owner sebelum ni menggunakan jenama Bridgestone Battlax untuk tayar belakang dan Maxxis untuk tayar depan.Kedua-dua tayar dibuat pada tahun 2014.Jadi tayar tu sebenarnya dah 6 tahun dah umurnya.Bila dah 6 tahun ni tayar depan dah membengkak dan tidak lagi selamat untuk menunggang dengan laju.Tayar belakang jugak telah keluar angin di celah-celah rim membuatkan tayar perlu diisi angin setiap 1 bulan sekali.Tayar belakang jugak telah menerima 1 cacing.Jadi walaupun jarang-jarang aku tunggang motorsikal aku ni tetaplah kena tukar jugak tayar tu pasal dah tak selamat.


Motorcycle Tyre Size Designations


How To Read Your Motorcycle Tire Sidewall Markings - MOTORESS.com

Ok..benda pertama nak kena buat sebelum pi tukar tayar kat kedai adalah cari dulu maklumat pasal tayar dan saiz tayar.Kita boleh taip sahaja 'kawasaki ER6F 2010 spec' kat Google untuk tengok spec motorsikal kita tu.Tak kisahlah web mana pun kita masuk pastikan maklumat dia sahih la.Dari spec ni kita boleh dapatkan saiz tayar belakang adalah 160/60 17 dan tayar depan 120/70 17.Pastu ada pulak dia akan bagi code tire yang Kawasaki rekemen iaitu tayar belakang 69W dan tayar depan 58W.69 tu adalah berat yang tayar tu boleh tanggung iaitu 325kg dan max speed untuk tayar tu ditanda dengan huruf W iaitu 270km/h untuk tayar belakang.58 tu maksudnya tayar depan boleh tanggung beban sehingga 236kg dan speed W tu sehingga 270km/h.

Ok...untuk spec tayar bab size memang kita tak boleh tukar ikut suka la.Kena pakai size yang betul nanti tak masuk la kat rim kita yang saiz 17 inch tu.Bab berapa beban tayar tu boleh tanggung jugak kena pakai ikut yang kawasaki rekomen  iaitu 58 dan 69.Yang kita boleh pilih hanya code speed sahaja.Kita boleh pilih code speed ikut cara pemanduan kita.Boleh ambik code S untuk speed 180km/h atau code H untuk speed 210km/h.Ok..dah faham kan serba sikit pasal size tayar,beban yang boleh tayar tanggung dan kelajuan maksimum tayar tu boleh bawak.Untuk code yang lain korang taip saja 'tire code' kat Google untuk tengok code yang lain.Atau boleh tengok kat gambar di atas ni.

Sekarang dah selesai bab tayar size,beban maksimum dan kelajuan maksimum tayar.Sekarang kita belajar pulak pasal jenama.Antara jenama tayar yang boleh dikatakan terbaik adalah kat bawah ni.Maksudnya tayar jenama ni adalah tayar yang paling berkualiti dan mahal harganya untuk 1 set.Mahal tu maksudnya boleh bermula dari RM800 ke atas untuk satu set.

1-Michelin
2-Bridgestone
3-Pirelli
4-Metzeler

Ada jugak jenama lain yang lebih ekonomi seperti kat bawah ni

1-Kenda
2-Maxxis
3-Corsa

Jenama ni kalau baca pengalaman rider lain ada suka Michelin,ada suka Bridgestone dan ada suka Perelli.Aku tak boleh bagi perbandingan antara 3 jenama ni tapi apa yang aku boleh bagitau tayar ni ada 3 jenis iaitu hard compound,medium compound dan soft compound.Kalau hard compound sesuai untuk motor yang selalu jalan jauh,guna hari-hari dan tak suka layan corner sangat.Hard compound ni sesuai untuk motor easy rider macam Kawasaki Vulcan atau Harley Davidson tu.Medium compound untuk motor yang kita guna jalan jauh,hari-hari guna dan kadang-kadang layan corner.Tayar ni dia buat berlainan layer.Kat tengah keras dan kat tepi dia lembut sikit.Atau ada jugak panggil touring tire.Tayar yang macam ni la sesuai untuk motor ER6 pasal motor ni pun nama dia bukan superbike tapi touring bike.Akhir sekali soft compound ni untuk kita guna layan corner hujung minggu atau kat litar sepang.Tayar jenis ni paling cepat botak tapi terbaik untuk melayan corner.Banyak geng superbike akan guna tayar jenis ni.Pening la banyak jenis tayar nak kena belajar dan ambik tahu.Jangan risau.Hadam pelan-pelan.

Ok.Sekarang saya akan tulis jenis tayar yang paling direkemen oleh setiap jenama yang sesuai digunakan oleh ER6.

1-Michelin Pilot Road 4
2-Bridgestone Battlax sport touring T30,T31,BT92
3-Pirelli Rosso II,diablo Rosso II
4-Metzeler M5

Ok.Dah tahu size,max load,max speed,brand kemudian kita pilih la nak pakai tayar apa yang sesuai dengan cara pemanduan kita dan bajet kita pasal setiap tayar berbeza tujuan,keperluan dan harga.Jangan nak tukar tayar bawak saja motor ke kedai motor pastu ambik sahaja tayar yang disyorkan pomen.Depa hanya akan syorkan tayar yang depa ada stok dan nak habiskan sahaja.Kita sebagai pengguna perlu sendiri paham tayar kita supaya kita tahu tayar kita tu keadaan dia macam mana.Ada tayar yang dibuat tak sesuai untuk jalan basah.Kalau kita pilih tayar macam tu kita tahu masa hujan kita jangan layan corner.Maksudnya kita paham tayar kita dan bawak motor berdasarkan kemampuan tayar bukannya ikut kemampuan kita.Cara ini akan buat panduan atau riding kita lebih selamat.

Dah pilih jenama tayar boleh cari atau serve kat kedai motor,tengok kat shopee atau Lazada,tengok kat mudah.Tengoklah sapa yang boleh bagi kita harga terbaik.Boleh saja beli tayar yang dah berumur 1 tahun kerana tayar ini lebih murah sedikit dari harga tahun semasa.Contoh sekarang tahun 2020,takde masalah kita ambil tayar tahun 2019.

Ok.Oleh kerana motor aku ni hanya weekend bike sahaja.Sangat jarang aku guna jadi aku pilih tayar murah sahaja.Aku beli kat shopee tayar belakang size 160/60 17 jenama Bridgestone Battlax 016 69W tahun 2019 second hand dengan harga RM160 sahaja.Walaupun second hand tapi bunga masih ada dalam 70 peratus dan tayar depan aku beli size 120/70 17 jenama Kenda K6010 58H tahun 2019 baru dengan harga RM145.Pastu bawak ke Mubarak Motor di Bertam,Penang untuk pasang dengan kos RM50 termasuk balancing.Jadi jimat jugak la aku tukar tayar pada kali ni.

Lepas ni kalau aku tukar set rantai dan sprocket aku cerita pulak pasal rantai dan sprocket ni.

Ok.Semoga perkongsian saya ini boleh memberi manfaat kepada rider rider ER6.Terima kasih.

Wassalam

Friday, 17 April 2020

Cara-cara membuat jeruk maman atau kemaman

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini aku nak kongsi dengan sahabat semua cara-cara macam mana nak buat jeruk maman.Jeruk maman ni boleh dikatakan makanan tradisi orang belah Utara yang dah hampir pupus sekarang ni.Maksudnya orang sekarang ni dah tak makan, dah tak kenal pokok maman dan dah tak tahu macam mana cara nak buat jeruk.Jadi jangan risau, dalam post ni aku share macam mana nak buat jeruk maman ni.


Image may contain: plant

Aku sendiri suka makan jeruk maman ni pasal arwah tok Pah dan abah aku suka sangat makan jeruk maman ni.Yela orang kampung yang ada bendang makanan ni adalah makanan biasa bagi orang utara ni.Bila masa berlalu, sekarang ni susah la pulak nak jumpa jeruk maman ni.Jadi, nasiblah pokok maman ni banyak la pulak tumbuh di sekeliling rumah ni.Jadi aku just ambik dan buat jeruk sahaja.

Pokok maman ni sekali tengok macam pokok rumput sahaja pasal memang pokok ni jenis pokok yang tumbuh merata tanpa perlu ditanam.Selalunya banyak dekat tali air dan kawasan sawah bendang.Orang kampung dulu-dulu sambil depa menjala atau memancing ikan darat seperti puyu,keli,haruan dan sepat untuk dibuat pekasam, mereka jugak akan kutip pucuk maman untuk dibuat jeruk.Jadi jeruk maman ni sedap dimakan bersama ikan pekasam,nasi panas-panas dan cabai.Kat bawah ni aku share pokok maman untuk yang tak berapa kenal.

Pokok Maman | Segalanya Tentang Tumbuhan...

Ok.Sekarang kita belajar cara-cara untuk membuat jeruk maman ni.

1-kerat pucuk dia yang berbatang lembut...ambik sekali dengan daun..kalau yang batang dia dah keras ambik daun sahaja..
2-kerat panjang dalam 2-3 inch dan biar dia layu...yang ni kena biar lama atau jemur bawah panas...
3-blender nasi sejuk dalam segenggam.
4-bubuh maman dalam Tupperware,masukkan garam dan air blender nasi sejuk tadi..pastikan maman tenggelam semua dalam air..
5-peram 2-3 hari...dah lepas 3 hari boleh masukkan dalam peti ais..nak makan boleh ambik dan bubuh bawang dengan cabai untuk makan..



Ok.Setakat ni dahulu perkongsian pada kali ni.Semoga jeruk maman ni boleh mengimbau nostalgia lampau sewaktu orang-orang tua kita masih hidup dulu.

Wassalam.

Wednesday, 1 April 2020

Masalah biasa atau penyakit motorsikal Honda Future 125 F1

Assalamualaikum sahabat semua,


Honda Future F1 08

Pada kali ni aku nak share beberapa penyakit atau masalah biasa yang sering pengguna motorsikal Honda Future 125 F1 alami.Dalam kes aku, aku menggunakan Honda Future 125 F1 yang telah aku beli pada tahun 2017 berwarna biru.Motor ini aku gunakan untuk ulang alik ke tempat kerja sejauh 60km pergi dan balik setiap hari.Jadi walaupun baru 3 tahun pakai motor ni tapi mileage sudah sampai 43k dah.

Jadi kat sini aku nak share apa masalah utama atau masalah yang sering terjadi kalau pakai motor Honda Future 125 F1 ni.

1-Thread screw penutup minyak hitam mudah haus atau loose.Ini terjadi mungkin disebabkan screw dibuat daripada stainless steel dan body engin dibuat dari aluminum yang lebih lembut dari model engin EX5 dahulu.Selain itu, amalan mekanik yang akan menukar minyak engin sewaktu engin masih panas juga adalah penyebab thread ni boleh loose.Kadang-kadang ada juga mekanik yang suka mengetatkan screw ni dengan terlalu ketat juga boleh menjadi punca thread ni loose.Cara untuk baiki thread loose ni kalau tak begitu teruk leaking boleh saja balut dengan white tape yang kita guna untuk balut kepala paip air tu.Kalau dah balut masih leaking kena hantar kat mekanik supaya buat thread baru.Harga dalam RM25 sahaja.Kalau dah buat re-thread tapi masih jugak jadi leaking kena korek lubang tu dan buat thread baru dengan size screw dengan lebih besar.Yang ni setakat sekarang masih belum jadi lagi kat motor aku.Jadi aku tak tau harga berapa.

2-Dari gear 1 nak masuk ke gear 2 susah sikit.Kalau tekan gear ala-ala kadar atau lembut gear tu terus jadi free walaupun kita dah bubuh gear 1 awal tadi.Jadi kalau nak tukar gear 2 dari gear 1 kena tekan betul-betul supaya masuk dengan smooth.Ini juga adalah penyakit yang kebanyakkan pengguna hadapi.




3-Gasket kat head engin suka leaking selepas 3-5 tahun.Mungkin gasket ni kurang berkualiti jadi kalau minyak hitam leaking kat head kena tukar la gasket tu.Ada 2 tempat kat head yang kena tukar gasket tu.Bahagian atas dan bawah head.Aku dah bulatkan dengan warna merah kat gambar engin Honda Future di atas.Harga untuk tukar  2 gasket ni RM10.Baru sahaja pagi tadi buat kat kedai Mubarak Motor Bertam Penang.

Jadi setakat aku pakai motorsikal Honda Future 125 F1 ni hanya ini sahajalah masalah yang aku hadapi sepanjang 3 tahun ni.Selain daripada masalah ni tiada masalah lain setakat sekarang.Jaga minyak hitam setiap 3000 km, pakai tayar dunlop roadmaster TT100, pakai set sprocket jenama RKM memang terbaik untuk ulang alik sejauh 60km ke tempat kerja.Minyak juga amatlah jimat dan menguntungkan.Kebuk penyimpanan juga besar.Boleh letak segala spanar,pam angin dan cacing untuk palam lubang jika tayar pancit tengah jalan.

Wassalam. 

Monday, 2 March 2020

Petua & adab nak masuk dan tinggal dalam rumah baru atau rumah sewa

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ni aku nak kongsi satu ilmu kalau korang nak pindah masuk ke rumah yang baru korang beli atau nak masuk ke dalam rumah yang baru disewa.Semua benda yang aku tulis adalah ilmu umum dan tidak perlu diijazahkan atau dibayar pengeras ka apa.Aku bukannya bomoh.Haha.

OK.Bila nak masuk ke rumah baru korang ikut sahaja langkah-langkah kat bawah ni.

1-Masuk saja dalam rumah kemudian azan kat dalam rumah tu.Biar kuat pun takpe tak payah segan dengan jiran-jiran.Korang patut segan kalau korang azan salah jek.Hehe.Waktu mana pun tak pe cuma janganlah waktu time nak buka puasa.Satgi ada jiran yang makan dulu pulak.Kalau rumah 2 tingkat azan sahaja kat tingkat 1 dan tingkat 2.

2-Korang sediakan barang-barang kat bawah ni

a-Beras
b-Garam
c-Kunyit
d-Air mawar
e-Buah limau purut 7 biji

Beras,garam dan kunyit korang campur sekali dan gaul bagi sama rata.Kuantiti agak-agak cukup untuk tabur setiap penjuru rumah.Benda ni murah jadi buat banyak pun takpe.Gaul beras dengan kunyit biar jadi kuning dan garam tu biar sama banyak dengan beras pun ok.Air mawar boleh beli 2 botol kalau rumah tu besar.Dan limau purut boleh tambah ikut bilangan ganjil kalau rumah tu ada 10 bilik guna 11 biji buah limau purut.

Ayat Ruqyah Untuk Gangguan Jin Dan Penawar Sihir

Dah sediakan semua bahan-bahan ni korang bacalah sendiri ayat-ayat rukyah kat barang-barang ni.Ayat-ayat dia seperti kat atas ni.Kita hanya guna ayat-ayat suci Al Quran sahaja jadi tak perlulah risau pasal kita bukan buat benda-benda yang dilarang dalam agama.Cuma mungkin korang akan persoal kenapa nak kena pakai barang-barang ni semua.Sifat benda halus ni dia suka tempat-tempat yang gelap,sejuk,berair,kotor dan tidak berpenghuni.Jadi barang yang kita guna ni sifat dia tak disukai oleh makhluk-makhluk halus ni.Macam kunyit dan garam sifat dia panas.Macam air mawar dengan limau purut sifat dia wangi dan berbau kuat.Jadi ditambah dengan ayat-ayat suci Al Quran, lebih senang kita nak menghalau depa dari rumah tu.Benda ni kena sediakan waktu malam la sebelum masuk rumah esok tu.

3-Selepas korang azan, korang taburkan campuran beras,kunyit dan garam disetiap penjuru rumah sampai semua tempat kena dengan campuran ni.Boleh start dari belah kanan dan berakhir sebelah kiri.Bermula dengan pintu utama dan berakhir dengan pintu tu jugak dan beras terakhir tabur dari dalam rumah ke luar pintu utama sebagai syarat kita menghalau segala makhluk halus yang ada dalam rumah ke luar rumah.Masa tabur beras boleh baca surat Ash-syar-h atau surah alam nasroh tu.

Image result for alam nasroh terjemahan

4-Dah habis tabur campuran beras,kunyit dan garam korang pagar pulak rumah dengan air mawar.Sama jugak bermula dari pintu utama sebelah kanan ke setiap dinding rumah sampailah last ke sebelah kiri pintu utama.Masa korang pagar rumah korang baca ayat Surah Yasin kat bawah ni.

Image result for ayat pagar rumah yasin

5-Dah korang pagar rumah, korang picit limau purut bagi keluar bau dan letakkan kat setiap bilik dan sudut dalam rumah tu.Dalam bilik sebiji,kat ruang tamu,kat dapur, kat bilik air,kat stor,kat mana-mana yang perlu.

Dah selesai korang pagar jadi siaplah kerja-kerja menghalau makhluk halus yang ada dalam rumah tu dan pagar rumah dari makhluk halus dan juga pencuri.Esok tu boleh datang, kutip semua limau sapu segala campuran beras,kunyit dan garam pastu tanamlah dalam tanah.Dah sudah sapu korang cuci la rumah tu.Siaplah dan boleh la duduk kat rumah tu.

Akhir kata, segala apa yang aku sebut ni hanya untuk halau makhluk halus sahaja.Kalau rumah tu ada saka yang dok tunggu memang kena panggil orang yang lebih arif la pasal jenis saka ni selagi pemutus ikatan kita tak buat memang dia tetap akan ada dalam rumah tu.Taburlah apa pun tak mau jugak dia keluar dari situ.

Semoga bermanfaat untuk semua.Ingatlah ini hanya sekadar petua dan usaha.Hanya Allah yang berkuasa untuk kabulkan segalanya.Bukan pasal barang-barang yang kita guna atau apa yang kita baca.Setiap apa yang berlaku hanya atas kehendak Yang Maha Esa.Wassalam.